You are on page 1of 4

PELAKSANAAN PENGURUSAN SISTEM RUMAH SMAP LABU

Nama dan Warna Rumah SMAP LABU


Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP LABU) mempunyai empat (4) buah rumah yang
menggunakan nama Sahabat Baginda Rasulullah S.A.W ( 4 Kalifah Al-Rashidin ) iaitu Abu Bakar r.a
(Rumah Hijau), Umar r.a (Rumah Kuning), Uthman r.a (Rumah Merah) & Ali r.a (Rumah Biru)

Akademik / Kurikulum
Pencapaian cemerlang ahli-ahli rumah dalam akademik akan diberi mata merit manakala pencapaian
akademik yang tidak mencapai tahap ditetapkan akan dikenakan mata demerit.
-Laporan Keputusan Peperiksaan Murid
-Laporan Adab Belajar

Kokurikulum
Pencapaian dari aspek kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sukan, unit beruniform, kelab
dan persatuan. Setiap penyertaan akan diberi mata merit bagi setiap ahli yang terpilih. Mata merit
adalah berbeza bagi setiap peringkat penyertaan dan markah bonus akan diberi sekiranya ahli dapat
mendapat tempat dalam penyertaan tersebut.
-Laporan/Markah Kokurikulum Murid Secara Keseluruhan
-Borang Penglibatan, Pencapaian Dan Acara

Sahsiah / Kepemimpinan / Disiplin / Mentor Mentee


Penerapan nilai murni dan sahsiah yang terpuji akan dikenalpasti oleh guru-guru dan akan diberi
pengiktirafan dan mata merit kepada rumah ahli. Dari segi kepimpinan akan dinilai dari aspek jawatan
tertinggi yang dijawat dalam mana-mana sektor jawatan tertinggi di sekolah.

Setiap ahli rumah adalah tertakluk kepada rumah masing-masing . Pelajar yang melanggar disiplin
sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan dikenakan tindakan demerit
akibatnya markah rumah turut terjejas.

Pelaksanaan sistem mentor-mentee adalah berdasarkan kepada rumah dan setiap kumpulan mentee
adalah tediri daripada rumah yang sama di bawah penjagaan atau seliaan seorang mentor yang terdiri
daripada guru rumah yang berkenaan.
-Borang Jawatan Murid
-Borang Khidmat Bakti Murid
-Borang Kesalahan Disiplin Murid
-Borang Program Kerohanian

3K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan)


Perlaksanaan keceriaan 3K adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran serta
tempat tinggal yang kondusif dalam menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu ia juga bertujuan
untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan berhemah terhadap diri dan persekitaran sekolah.
Markah 3K akan diambil kira dalam sisitem markah rumah pada setiap bulan.

-Borang Penghuni Asrama Mengikut Kamar


-Borang Markah Kelas
-Borang Markah Kamar

PENDAHULUAN
Sistem Rumah merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) premier. Pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya
di semua Sekolah Berasrama Penuh. lni merupakan langkah proaktif Unit Sekolah
Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai
misi dan matlamat SBP serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT SISTEM RUMAH
-Melahirkan sekolah yang unik dan istimewa school with character
(sekolah bewatak)
-Membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
-Memperkasa jati diri murid, berketerampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan
berdaya pimpin
-Mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid
-Mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan sense ofbelonging
dengan menanam perasaan menyayangi yang muda dan menghormati yang

tua
RASIONAL
Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) merupakan
satu usaha untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan Sistem Rumah di Sekolah
Berasrama Penuh (SBP). Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berkesan, muridmurid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri
kepemimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Oleh itu, kursus ini dirancang untuk
mengisi ruang ilmu kepemimpinan kepada murid-murid yang telah diberi amanah sebagai
Ketua Rumah agar menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.
OBJEKTIF KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH
-Membina sikap dan gaya kepimpinan murid sebagai Ketua Rumah di SBP.
-Meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan kepada Ketua Rumah di SBP.
-Mewujudkan kejelekitan yang authentic dalam menjalankan tanggungjawab
sebagai Ketua Rumah.
-Melaksanakan tugas dan peranan Ketua Rumah yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab.
-Melahirkan Ketua Rumah yang berkeyakinan, bewvawasan dan mempunyai
sahsiah diri yang terpuji.

SISTEM RUMAH

RUMAH ABU BAKAR