You are on page 1of 2

TIPS LAJUKAN STREAMYX

Tahukah anda, default setting pada router TM boleh menyebabkan bottleneck yang
mengakibatkan kelajuan sambungan Wi-Fi menjadi lebih perlahan daripada
sepatutnya. Contohnya, walaupun melanggan streamyx 8Mbps, anda masih
mengalami lag ketika bermain games atau buffering yang lama ketika streaming
video.
Tips mudah ini membantu anda lajukan wifi dari router asal yang dibekalkan oleh TM
untuk mengurangkan lag atau buffering ketika streaming.
Lajukan Wifi Dari Router TM
lajukan tm wifi-router
Saya rasa majoriti pengguna internet TM (terutama Streamyx) menggunakan router
yang dibekalkan sendiri oleh TM. Kalau mampu, tukarlah kepada router jenama lain
seperti Asus untuk kualiti dan usability yang lebih baik berbanding router TM. Jika
anda tidak bercadang untuk menukar router, saya galakkan praktik tips seperti di
bawah untuk dapatkan sambungan Wi-Fi yang lebih memuaskan.
Langkah 1 : Akses Configuration Router Anda
lajukan tm wifi router
Untuk mengakses configuration router, taip 192.168.1.1 pada pelayar internet anda.
Jika anda menggunakan router seperti dalam gambar di atas, model INNATECHW700N (Innacom) username dan password adalah seperti berikut :
Login : tmadmin
Password : Adm@XXXX disini XXXX merujuk kepada empat angkat terakhir MAC
Address router tersebut. Boleh rujuk di pelekat di bahagian bawah router.
Langkah 2 : Menukar Wi-Fi kepada Wireless N sahaja
lajukan tm wifi router 2
Setting asal bagi kebanyakan router ialah Wi-Fi B/G/N iaitu signal radio yang
menyokong peranti legacy dari zaman sedekad lepas hingga ke sekarang. Peranti
moden seperti laptop generasi baru, iPhone, peranti Android kebanyakannya
menyokong sambungan Wifi b/g/n/ac.
Masalah utama ialah penggunaan mode wifi b/g/n pada peranti moden boleh
menjejaskan speed wifi transfer itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan bottleneck
saya sarankan bahawa anda set wifi mode kepada Wifi N sahaja.
Tekan Apply Changes untuk menyimpan setting terbaru.
Langkah 3 : Menukar security kepada WPA2
lajukan tm wifi router 3

Kebanyakan router juga masih mengekalkan wifi security jenis WEP sebagai default
settings. Masalah utama WEP ialah boleh menyebabkan kelajuan transfer data
melalui wifi dibawah prestasi sebenar selain sekuriti WEP yang mudah digodam.
Biasa dengar kes curi wifi? Saya yakin kebanyakan wifi yang kena curi itu masih
guna sekuriti WEP.

Untuk lebih lajukan wifi transfer, tukar sekuriti kepada WPA2 (AES) dan apply
changes, kemudian restart router anda.
Secara teori anda akan merasakan perubahan yang agak drastik terutamanya bila
streaming dan bermain online games. Router TM banyak limitasinya, seperti signal
yang tidak kuat kerana antena terbina dalam, jumlah RAM yang rendah (tidak
mampu menambung banyak peranti pada masa sama) dan tiada sokongan dualband.

Saya merupakan pengguna modem dan router Asus yang menggunakan custom
firmware. Kalau post ini dapat sambutan, mungkin saya boleh cerita sikit mengenai
pengguna modem dan router Asus di dalam artikel akan datang.