You are on page 1of 11

BAHASA MELAYU

Kertas 1

1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan


2. Jawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
Soalan 1-7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Harga ikan __________ tinggi sejak musim tengkujuh bermula kerana nelayan tidak
dapat turun ke laut.
A melonjak
B melambung
C menaik
D mendadak

2. Walaupun umumnya sudah menjangkau 20 tahun, namun Zamri berperangai seperti


________.
A kegila-gilaan
B kebudak-budakan
C ketua-tuaan
D kematang-matangan

3. Hidupnya _________ sejak suami dan anak-anaknya meninggal dunia dalam satu
kemalangan jalan raya.
A terhuyung-hayang
B terumbang-ambing
C terawang-awangan
D tunggang-langgang

4. Datin Nelly memberitahu bahawa beliau sedang tidur ________ kejadian itu
berlaku.
A apabila
B setelah
C ketika
D pada

5. Orang ramai ______ mengunjungi majlis rumah terbuka yang diadakan sempena
Hari Raya Puasa.
A berasak-asak
B bertolak-tolak
C berebut-rebut
D berpusu-pusu
6. Dengan ________ Nor Najma bangun mencadangkan hujah-hujahnya semasa
menyertai pertandingan bahas peringkat sekolahnya.
A bersahaja
B bersungguh
C bersemangat
D bergaya

7. Saya dan adik berasa ________ apabila melihat ke bawah semasa menaiki kereta
kabel di Gunung Mat Cincang.
A sayup
B goyah
C gayat
D gamam

Soalan 8 – 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C
jika ayat itu mengandungi kesalah dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Oleh kerana tidak memakai baju sejuk, tubuh Alia menggeletar kesejukan.
A B B
Tiada kesalahan
D

9. Usaha untuk mensepadukan penduduk Negara yang berbilang kaum bukanlah suatu
A B C

kerja yang mudah. Tiada kesalahan


D

10. Pihak berkuasa tempatan terpaksa memindahkan beribu penduduk kampung


A B
setinggan itu ke tempat yang lebih selamat. Tiada kesalahan
C D

11. Semua pelajar di politeknik itu diwajibkan mengambil kursus pengendalian


A B C
komputer. Tiada kesalahan.
D

12. Sayu-payur yang dijual di pasar tani itu ialah hasil tanaman para petani itu sendiri.
A B C
Tiada kesalahan.
D
13. Fahmi berjanji akan membalas jasa ibu bapanya setelah hayat masih ada.
A B C
Tiada kesalahan.
D

14. Setelah agak lama berbual di rumah rakannya itu, dia pun minta jalan kerana hari
A B C
hampir malam. Tiada kesalahan
D

Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15. I Encik Abu suka mengunjungi Taman Tasik Taiping untuk mencari
kelapangan jiwa
II Kelapangan terbang itu penuh sesak pada musim cuti sekolah.
III Alasan Zahid bahawa dia tidak kelapangan pada hari itu tidak diterima
majikannya
IV Jika ada masa kelapangan, Anita suka menggubah bunga.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

16. I Farid merenung muka orang tuanya lama-lama sebelum berangkat ke luar
negeri
II Sekiranya kamu tidak berusaha dari sekarang lama-lama nanti kamu juga
yang rugi
III “Lama-lama sudah kita tidak menziarahi Pak Long,” kata Ali kepada adik-
adiknya
IV Dia tidak tahu lama-lama mana diperlukan bagi menyiapkan kerja
membaiki pondok usang itu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
17. I Kedua-dua keluarga itu mula bertentangan sejak kejadian pergaduhan
antara mereka
II Walaupun mempunyai pendapat yang bertentangan mereka tetap
bekerjasama bagi menjayakan program tersebut
III Walaupun kedudukan rumah mereka bertentangan, tetapi kedua-dua orang
tua itu tidak bertegur sapa.
IV Oleh kerana cintakan gadis yang sama, kedua-dua pemuda itu terpaksa
bertentangan.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 18 – 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

18. Para penduduk kampung itu dinasihatkan jangan bimbang kerana gerak-geri
kumpulan samseng itu diperhatikan oleh pihak polis.
A diperhati akan pihak polis
B pihak polis perhatikan
C pihak polis memerhati
D diperhatikan oleh pihak polis

19. Kelima orang anak Cikgu Rahimi berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
A Kelima-lima anak-anak
B Lima orang anak-anak
C Kelima-lima orang anak
D Kelima orang anak

20. Sultan Kedah menganugerahi beliau pingat kerana jasanya kepada masyarakat.
A menganugerahi pingat oleh beliau
B menganugerahkan beliau pingat
C menganugerahkan pingat beliau
D menganugerahi beliau pingat
21. Setiap orang warganegara mesti mematuhi undang-undang yang termaktub dalam
perlembagaan negara.
A Setiap warganegara
B Tiap-tiap orang warganegara
C Setiap warganegara orang
D Setiap orang warganegara

Soalan 22 – 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal

22. “Tolong! Tolong! Bas ekspres itu terjatuh ke dalam gaung,” jerit pemuda itu
kepada orang ramai.
A Pemuda itu menjerit meminta tolong kerana bas ekspres yang dipandunya
Jatuh ke dalam gaung
B Orang ramai diberitahu oleh pemuda itu bahawa bas ekspresnya jatuh ke
dalam gaung
C Dengan perasaan cemas pemuda itu menjerit memanggil orang ramai
memberitahu bahawa bas ekspres jatuh ke dalam gaung
D Pemuda yang kelihatan cemas itu menjerit meminta bantuan orang ramai
mengeluarkannya dari dalam bas ekspres yang jatuh ke dalam gaung.

23. Hidangan yang istimewa telah disediakan oleh emak untuk menyambut abang
yang akan pulang dari England.
A Emak telah memasak masakan istimewa sempena meraikan kepulangan
anaknya dari England.
B Abang pulang dari England kerana hendak menikmati masakan istimewa
dari emak.
C Emak dan abang akan dihidangkan juadah istimewa apabila mereka
pulang dari England.
D Dari England, emak telah menyediakan masakan istimewa untuk abang.

24. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran bagi
mententeramkan keadaan riuh-rendah di kem pelarian itu.
A Anggota pasukan keselamatan kecoh di kem pelarian itu apabila terdengar
beberapa das tembakan amaran dilepaskan.
B Pasukan keselamatan mententeramkan kekecohan di kem pelarian itu
dengan menembak pelarian dengan beberapa das tembakan
C Beberapa das tembakan amaran dilepaskan ke udara oleh pasukan
keselamatan bagi mengawal suasana kekecohan di kem pelarian itu
D Suasana kekecohan di kem pelarian itu berlaku apabila pihak keselamatan
melepaskan tembakan amaran ke udara.
Soalan 25 – 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Abang menghadiahi saya jam tangan Citizen kerana berjaya mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan
II Kami ketawa apabila melihat telatah pelajar baru itu.
III Calon-calon PMR digalak mengikuti bengkel teknik menjawab soalan.
IV Pembinaan dewan orang ramai di kampung itu hampir siap.
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

26. I Bapa menghantar adik ke sekolah pada tiap hari kerana bimbang sesuatu
yang tidak diingini berlaku.
II “Kami dipanggil oleh guru disiplin berhubung kes ponteng sekolah,” kata
Ramesh kepada rakan-rakan
III Apabila ayah pulang dari kerja, emak selalu menyambutnya dengan
senyuman.
IV Sejak tadi Azman memerhatikan gerak-geri pemuda-pemudi yang
melepak di pasar raya itu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

27. I Khairul tidak dapat berlari kencang kerana badannya semakin gemuk
II Ramai pelancong yang datang ke Pulau Pinang terpegun dengan keunikan
bangunan-bangunan bersejarah di negeri tersebut.
III Usaha gigihnya selama ini telah membuahkan hasil yang baik.
IV Semangat pahlawan orang-orang Melayu menentang penjajah Inggeris
amat dikagumi
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-
pernyataan berikut.

28. Mariah menangis apabila Aznil menghinanya di hadapan rakan-rakannya yang lain.
Kata-kata Aznil begitu menyentuh perasaannya

Situasi ini dikatakan

A Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.


B Kata-kata lebih tajam dari mata pedang.
C tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
D mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

29. “Aku berharap agar engkau akan memulangkan wang yang kau pinjam tempoh hari
seperti yang engkau janjikan.” Kata Salmi kepada Ramlah.

Peribahasa Melayu ada menyebut

A jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk yang akan lupa jerat.
B jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
C hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.
D Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

30. Semua pelajar kelas 3 Mutiara didenda oleh guru dispilin walaupun hanya Johari
sahaja yang membuat bising

Keadaan ini samalah seperti

A rambut sama hitam, hati lain-lain.


B kalah jadi abu, menang jadi arang
C seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.
Soalan 30 – 35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Kamu semakin hebat, Mat!” Cikgu Rosli menelefon dari maktab tempatnya
bekerja. “Punca kejayaan saya ialah cikgu. Kalau cikgu tak tunjukkan jalan mungkin saya
masih panjat pokok kelapa.”
“Allah sebenarnya punca kejayaan kamu. Saya hanya pengantara. Err…dah
berjaya, dah kaya, tak berangan-angan kahwin dengan puteri raja?”
“Ha…ha…ha…!”
“Harta kekayaan bertimbun-timbun kalau tak ada zuriat pun tak guna.
Kahwinlahcepat, Mat!” Kata cikgu Rosli menutup perbualan. Percakapannya itu, sentiasa
ada di dalam kepalaku.
Malam itu Raja Nor Mustaqimah datang ke dalam mimpiku. Dia membawa bunga
mawar merah yang cantik dan wangi. Bunga itu dihulurkan kepadaku. Belum sempat aku
menyambutnya deringan loceng menghalau Raja Nor Mustaqimah.
Aku terbangun daripada tidur
Pagi itu, entah kuasa apa yang mendorong aku menelefon Raja Nor Mustaqimah.
Suaranya mesra dan lembut. Tidak sedar hamper setengah jam aku bergayut di telefon.
Untuk pertama kalinya aku membuang banyak masaku untuk seorang perempuan.
Apakah ertinya ini semua?
Malamnya aku masuk tidur lebih awal dari hari-hari biasa. Dalam gelap mataku
terkebil-kebil tidak mahu terlena. Wajah Raja Nor Mustaqimah terbayang-bayang. Oh,
Tuhan! Penyakit apakah yang sedang menyerangku.
“Dekati perempuan dengan jujur dan berani kalau kamu mahu
memperisterikannya. Tetapi jangan hampiri perempuan kalau sekadara mahu berfoya-
foya kerana kebanyakan perempuan cukup pandai menghabiskan wang!” Kata-kata Haji
Sapudin mengetuk gegendang telingaku.
“Mat Jenin abad kedua puluh mesti berani!” Percakapan Cikgu Rosli juga hidup
semula dalam ingatanku.

(Dipetik dari cerpen Hikayat Mat Jenin)


Karya Mohd Ismail Sarbini
Antalogi “Anak Bumi Tercinta”. Tingkatan 2, DBP

31. Mengapakah Mat menganggap kejayaan itu datang daripada gurunya


A Kerana Cikgu Rosli menunjukkan cara memanjat pokok kelapa
B Kerana Cikgu Rosli mendidiknya dengan ilmu pengetehuan yang berguna
C Kerana Cikgu Rosli menunjukkan jalan ke tempat ada harta kekayaan
D Kerana Cikgu Rosli memberikannya peluang pekerjaan di maktab.
32. Apakah nasihat Cikgu Rosli yang sentiasa bermain dalam fikiran Mat?
A Sebagai seorang yang kaya, Mat sepatutnya mengahwini puteri raja.
B Mat perlu berjimat-cermat dengan harta kekayaan yang bertimbun-timbun
C Walaupun kaya tetapi Mat tidak ada pewaris bagi hartanya.
D Mat perlu mencari isteri agar kekayaannya boleh dikongsi bersama

33. Berikut adalah cirri-ciri perwatakan Mat KECUALI


A gigih berusaha
B suka membuang masa
C menghormati orang
D tidak mudah lupa diri

34. Latar tempat semasa Mat terdengar pesanan Haji Sapudin ialah
A di pejabat
B di tempat dia mula bekerja
C di bilik tidur
D di restoran

35. Apakah yang akhirnya berlaku terhadap Mat Jenin yang tergila-gilakan Raja Nor
Mustaqimah?
A Mat Jenin mengahwini Raja Nor Mustaqimah
B Mat Jenin diejek oleh rakan-rakan kerana gila bayang.
C Mat Jenin hanya berangan-angan kerana Raja Nor Mustaqimah
mengahwini orang lain
D Mat Jenin meninggalkan Raja Nor Mustaqimah apabila teringat pesanan
Haji Sapudin

Soalan 36 – 40

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Rumah Baru

Telah kita siapkan rumah baru


untuk anak-anak berteduh
kerana kita diamanah
mendewasakan mereka
menjadi warga bijaksana
menjelang tahun wawasan
Telah kita siapkan rumah baru
di atas tiang muafakat
air, pasir dan simen
dari tangan pelbagai bangsa
negara yang tumbuh
atas bumi toleransi

Telah kita siapkan rumah baru


berwajah kebangsaan
agar penghuni saling ramah
rajin memberi dan menerima
juadah kesejahteraan
sampai akhir zaman

(Dipetik daripada karya Haron A.H dalam


antalogi “Anak Bumi Tercinta”
Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkatan 3, DBP)

36. ‘Rumah baru’dalam sajak di atas membawa maksud


A suasana baru yang akan diharungi
B suatu kawasan yang baru dihuni
C sesebuah negara yang baru merdeka
D sebuah rumah yang baru disiapkan

37. Berikut ialah faktor-faktor penentu keamanan sesebuah Negara KECUALI


A semua rakyatnya mendapat rumah baru
B rakyat sentiasa bermuafakat
C rakyat sanggup bertolak-ansur
D rakyat yang bersopan santun tanpa mengira kaum.

38. Antara persoalan utama yang ingin disampaikan oleh penyajak ialah
A sumbangan rakyat pelbagai kaum terhadap negara
B generasi baru perlukan Negara baru.
C semua pihak perlu membantu untuk membina sebuah negara
D pentingnya kerjasama antara kaum untuk menjamin keselamatan Negara.

39. Penyajak menggunakan rangkai kata “tiang muafakat” yang merupakan unsure
A metafora
B simile
C personifikasi
D hiperbola

40. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak “Rumah baru” ialah
A kerjasama, berani dan gigih
B bersatu, kerjasama dan bertolak-ansur
C bertolak-ansur, berwawasan dan matang
D bersatu, sabar dan berserah kepada Tuhan.

You might also like