⇒ Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan kata nama untuk membentuk frasa supaya dapat

berfungsi sebagai predikat ayat. Kata sendi nama berperanan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa lain ⇒ Kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa melayu ialah: Bagi Di Laksana Ke Demi Sejak Untuk Dari Tentang Terhadap Dengan Daripada Seperti Akan Dalam Kepada Bagai Oleh Sampai Pada Umpama Hingga ⇒ Penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ ⇒ Kata sendi ’di’ digunakan untuk tempat dieja secara terpisah dan tidak boleh digunakan untuk masa. Contoh penggunaan yang betul: • Beberapa buah kelas di sekolah ini akan dipilih menjadi tempat berlangsungnya pertandingan itu. Contoh kesilapan umum pengguna: • Di zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang pernah tinggal di sini bersama ank mereka. ⇒ Kata sendi ’ke’ digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah atau waktu. Contoh penggunaan yang betul: • Anda diminta untuk bergerak ke kelas masing-masing sebelum pukul 10.40 pagi.

Dari pagi ke petang tadi, dia berada di rumah menyiapkan kerja rumahnya.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima dan memerlukan objek sesudahnya. Objek yang menyertai kata kerja transitif pula mestilah frasa nama • Contoh:

Rosnah melipat kain. Ibu menghiris daging.
•       Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:

Kata kerja yang berawalan men Kata kerja yang berapitan men...kan Kata kerja yang berapitan men...i Kata kerja yang berawalan memper Kata kerja yang berapitan memper...kan Kata kerja yang berapitan memper...i

Kata kerja yang berawalan men • Contoh:

 Kakak membasuh kain.  Rahmah menggoreng udang.

Kata kerja yang berapitan men...kan • Contoh:

 Anda janganlah mengabaikan pelajaran anda.  Dia menceritakan pengalamannya kepada rakan-rakan sekelas.

Kata kerja yang berapitan men...i

Contoh:

 Pelajar itu mengakui kesilapannya.  Ibu merestui pemergiannya.

Kata kerja yang berawalan memper • Contoh:

 Pihak polis telah memperketat kawalan di bangunan itu.  Pihak kerajaan akan memperlebar lebuh raya itu.

Kata kerja yang berapitan memper...kan • Contoh:

 Polis sedang memperhatikan tingkah laku pemuda yang disyaki itu.  Ahli-ahli parlimen masih memperdebatkan akta pendidikan.

Kata kerja yang berapitan memper...i • Contoh:

 Majlis itu diadakan untuk memperingati rakan-rakan mereka yang telah gugur di medan peperangan.  Encik Raju akan memperisteri Cik Prema.

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya

Contoh:

 Adik duduk.  Kakak tersenyum.
• Kata kerja tak transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut

 Kata asal / kata yang tidak disertai imbuhan • Ada, balik, bangun, diam dan sebagainya

 Berawalan ber • Berasal, berbaris, berdarah, berfaedah dan sebagainya

 Berapitan ber...an • Bercucuran, berjatuhan, bertaburan dan sebagainya

 Berapitan ber...kan • Beralaskan, beratapkan, berbuahkan dan sebagainya

 Berawalan me • Menyala, melawat, menari, menangis dan sebagainya

 Berawalan ter • Tercengang, terduduk, terjatuh, terlena dan sebagainya

• • •

Kata kerja pasif adalah terbentuk daripada kata kerja transitif yang dibuang imbuhan awalannya. Misalnya; adili, perangi, peralat, anjurkan, dan ambil Kata kerja pasif boleh dibahagi kepada dua bahagian: Kata Kerja Pasif Berpelaku  Kata kerja pasif akan menjadi kata kerja pasif berpelaku sekiranya disertai kata pelakunya yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kedua, dan ketiga • Contoh kata kerja pasif diri pertama; kuambil, kuadili, kuberati, kuperakukan, dan kuanjurkan. • Contoh kata kerja pasif diri kedua; kau ambil, kau pelopor, kau pilih, kau peralatkan, dan kau nyanyi. • Contoh kata kerja pasif diri ketiga; diambil, diadili, dirasai, dididihkan, dilonggokkan, dan disayangi. Kata Kerja Pasif tak Berpelaku  Kata kerja pasif berawalan ber• Kata kerja pasif yang berawalan ber bererti sama dengan awalan di • Contoh penggunaan: ♦ Pakaiannya sudah berbasuh. ♦ Pakaiannya sudah dibasuh  Kata kerja pasif berawalan ter• Kata kerja pasif dengan walan ter mempunyai dua maksud: ♦ Keupayaan atau dapat. Contoh:  Terangkat = dapat diangkat  Terbawa = dapat dibawa  Terenang = dapat direnangi ♦ Tidak sengaja di-. Contoh:  Terduduk = tidak sengaja diduduk  Tergesel = tidak sengaja digesel  Tersepak = tidak sengaja disepak  Kata kerja pasif berawalan kena

Kata kerja jenis ini terdiri daripada kata kerja asal kena dan kata kerja pokok. • Contoh: kena buru, kena langgar, kena cucuk, kena tebuk, kena baling.  Kata kerja pasif berapitan ke-...-an • Kata kerja yang berapitan ke-...-an biasanya membawa erti ditimpa akibat. • Contoh: ♦ Keracunan = ditimpa akibat racun ♦ Kepuasan = ditimpa akibat puas ♦ Keseronokkan = ditimpa akibat seronok

• •

Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung dikenali sebagai ayat majmuk

Kata Hubung Gabungan • • • Kata hubung gabungan ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa (ayat kecil) atau lebih yang sama tara sifatnya Antara contoh kata hubung gabungan ialah atau, dan, lalu dan tetapi Contoh:

 Adnan atau Azlan boleh pergi dahulu.  Rosdi dan Rosli doktor pakar bedah.

Kata Hubung Pancangan • • Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk menyambung kalusa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk Kata hubung pancangan terbahagi kepada:  Kata hubung pancangan relatif • • Kata yang berfungsi menghubungkan ayat utama dengan satu ayat kecil yang lain Contoh:

 Budak yang berlari itu ialah adik saya.
 Kata hubung pancangan komplemen

• •

Kata hubung ini berfungsi menghubungkan satu ayat kecil yang menjadi pelengkap pada satu ayat utama Contoh:

 Aku yakin bahawa dia akan menang dalam pertandingan badminton itu.  Kata hubung pancangan keterangan
• • Kata hubung ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama Contoh:

 Kami tekun menulis hingga kami berjaya menghasilkan buku panduan PMR.

Kata Hubung Berpasangan • • Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasang-pasang untuk membentuk ayat majmuk gabungan Contoh:

 Baik lelaki mahupun perempuan diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.

• •

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan penuh atau sebahagiannya Kata ganda terdiri daripada kata nama ganda, kata adjektif ganda dan kata kerja ganda

Kata Nama Ganda • Penggandaan penuh

 Rumah-rumah yang dibina di kawasan itu masih belum dapat disiapkan lagi.

Penggandaan separa

 Guru Matematik menggunakan sesiku untuk membina sudut tegak.
• Penggandaan berentak

 Kayu-kayan yang terdapat di dalam hutan itu menjadi sumber pendapatan orang Asli.

Kata Kerja Ganda • Penggandaan penuh

 Saya selalu pusing-pusing di bandar itu untuk mengambil angin.
• Penggandaan separa

 Kita hendaklah tegur-menegur supaya cepat mesra.
• Penggandaan berentak

 Orang yang mabuk itu berjalan terhuyung-hayang.

Kata Adjektif Ganda • Penggandaan penuh

 Saiz badan pemain ragbi itu besar-besar.
• Penggandaan separa

 Dia berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan.
• Penggandaan berentak

 Rambutnya kusut-masai kerana belum sempat bersikat apabila saya datang.

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah, dan bertindak sebagai satu unit seperti kapal terbang, terima kasih dan sebagainya Walaupun kata majmuk pada dasarnya dieja secara terpisah, namun terdapat 15 kata majmuk yang dieja secara rapat seperti yang berikut:                Antarabangsa Setiausaha Beritahu Sukarela Bumiputera Suruhanjaya Jawatankuasa Kerjasama Warganegara Kakitangan Olahraga Tandatangan Matahari Pesuruhjaya Tanggungjawab

Bentuk kata majmuk  Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas  Contoh • • • Gambar rajah Bandar raya Kereta api

 Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus  Contoh:

• • •

Hak milik Garis pusat Mata pelajaran

 Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan • • • Kaki ayam Berat tangan Tangkai jering

Penggandaan kata majmuk

Tidak Baku Alat tulis – alat tulis Balai raya – balai raya Setia – setiausaha Tanda – tandatangan

Baku Alat – alat tulis Balai – balai raya Setiausaha – setiausaha Tandatangan – tandatangan