You are on page 1of 4

1.

0

Pengenalan Aplikasi Esteem

“ Esteem : The Ultimate Reinforced Concrete Integrated Total Solution Software “ ialah satu
aplikasi kejuruteraan yang dibina di Malaysia bersama-sama dengan kepakaran daripada negara
Singapura dan New Zealand. Aplikasi Esteem ini direka khas untuk memberi penyelesaian
berintegrasi untuk para jurutera struktur yang merekabentuk bangunan konkrit bertetulang.

Paparan yang ditunjukkan oleh Esteem adalah mesra pengguna dan ikon Toolbar yang
kebanyakannya mudah difahami disertai dengan help context yang mudah diakses. Dengan
berdasarkan paparan Microsoft Project, barisan shortcut toolbar yang mengandungi pelbagai
input dan arahan (command) yang boleh diubahsuai saiznya juga disediakan di bahagian atas
window. Pandangan pelan kekunci merangkumi sebahagian besar di sebelah kanan project
explorer dan object viewer di bahagian kiri.

GUI disediakan di sebelah kanan yang boleh memaksimunkan produktiviti si pengguna. GUI
juga mempunyai pandangan model secara 3D untuk visual yang lebih baik untuk elemen
pembingkaian. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi walkthrough untuk penggunaan POV
luaran dan dalaman bangunan.

Apakah yang Esteem boleh lakukan? Esteem boleh memasukkan dan menganalisis hampir
semua bentuk bangunan sama ada orthogonal atau rekabentuk bebas. Esteem membenarkan
pengguna untuk memasukkan apa-apa jua pelan lantai membatasi imaginasi seorang arkitek.

Disebabkan aplikasi ini direkabentuk khas untuk rekabentuk konkrit bertetulang, pengguna boleh
menyimpan semua langkah untuk menghuraikan setiap bahan. Caranya ialah dengan setkan
Code of Practice dan gred tetulang konkrit atau keluli. Tambahan pula, keadaan sokongan juga
dibuat secara automatic oleh perisian ini. Dengan hanya satu klik selepas input, Esteem akan
menghasilkan laporan dan lukisan pembinaan untuk dihantar.

Analisis:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Susunan beban untuk mendapatkan gambaran rekabentuk muktamad
Analisis sub-frame
Analisis 3D frame penuh
Simulasi peringkat pembinaan
Beban angin menggunakan daya per luas yang dikira daripada kelajuan angina
Beban Ufuk
Analisis Seismik Statik menggunakan ELFM

Rekabentuk:
1. Papak Lantai
2. Rasuk dan Tiang
3. Dinding ricih
4. Asas pad
5. Penutup cerucuk
6. Asas pelbagai peringkat
7. ‘Ties’ dinding ricih
8. Papak pindah
9. Papak Leper
10. Asas Rakit
11. Ricih Menumbuk

Dengan memfokuskan ciri di atas, Esteem boleh menyampaikan hasil kualiti output dan
kestabilan program. Kebarangkalian parameter dan setiap perincian diuruskan oleh program ini
berdasarkan pengalaman kejuruteraan selama bertahun lamanya oleh pengasas.

2.0

Objektif Aplikasi Esteem

Untuk memberi penyelesaian berintegrasi untuk para jurutera struktur yang
merekabentuk bangunan konkrit bertetulang.

ESTEEM boleh memasukkan dan menganalisis hampir semua bentuk bangunan sama ada
orthogonal atau rekabentuk bebas

ESTEEM membenarkan pengguna untuk memasukkan apa-apa jua pelan lantai
membatasi imaginasi seorang arkitek.

ESTEEM akan menghasilkan laporan dan lukisan pembinaan untuk dihantar.

ESTEEM boleh menyampaikan hasil kualiti output dan kestabilan program

ESTEEM boleh menghasilkan kerangka kerja yang berharga untuk pengurusan projek
dalam sesuatu kawasan yang akan menjadi penting untuk sesebuah projek.

ESTEEM boleh digunakan dalam kebanyakan kitaran pengurusan projek, terutamanya
semasa rekabentuk dan organisasi projek.

ESTEEM menyokong aktiviti yang berkaitan dengan kebanyakan projek yang cenderung
untuk menanggung seperti analisis risiko dan pengurusan risiko, penilaian impak, dan
pembangunan awam dalam kata lain, pengurusan pihak berkepentingan dan projek
komunikasi.

Proses ESTEEM boleh menyokong rekabentuk semula yang boleh mengelakkan konflik
yang akan datang dan menjadikan rekabentuk projek lebih berdaya tahan.

  ESTEEM boleh menghasilkan input berharga untuk bilangan tugas pengurusan projek
terutamanya komunikasi projek, pengurusan pihak berkepentingan dan analisis risiko.

3.0

Latarbelakang Projek

Projek pembinaan ini adalah berdasarkan pelan arkitek cadangan membina dan
menyiapkan sebuah rumah banglo 1 ½ tingkat diatas lot 4709, Jalan Merdeka Kampung Melayu
Majdiee di Bandar Johor Bharu, Johor Bharu Darul Takzim. Projek ini dilaksanakan oleh pemaju
berdasarkan pelan yang dihasilkan oleh arkitet daripada syarikat F.I Architect Sdn. Bhd. Pelan ini
dihasilkan pada skla 1:100.

Tapak rumah ini adalah 955.95 meter persegi iaitu 10289.76 kaki persegi termasuk kawasan
perkarangan. Jumlah keseluruhan kos pembinaan rumah banglo ini adalah RM300000.00.
Rumah ini terdiri daripada dua aras iaitu untuk 1 tingkat dan ground floor manakala ½ tingkat
hanya mempunyai satu aras. Kerja-kerja pembinaan akan bermula pada 1 November 2015 dan
tamat pada 1 September 2016. Kerja-kerja pembersihan dilakukan selepas kerja-kerja penandaan
sempadan kawasan pembinaan rumah banglow tersebut selesai. Selepas itu,

kerja-kerja

penggalian dilakukan untuk bahagian rumah tersebut yan mempunyai dua aras dan penambakan
pada bahagian ½ tingkat rumah tersebut. Kerja pemasangan cerucuk dilakukan pada kawasankawasan yang telah ditandakan berdasarkan pelan.