You are on page 1of 2

Maksud Pembangunan Mapan

:
Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World
Commissionon Environment and Development (WCED), 1987, pembangunan
mampan adalah: “Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa
mengabaikan keupayaan generasi akan dating untuk memenuhi keperluan mereka.”
Namun, terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa pembangunan mapan kadangkadang dianggap sebagai konsep yang dan tidak boleh dicapai dan tidak logic ,kerana
proses aktiviti pembangunan memang akan menyebabkan kehabisan bekalan sumber
dan menjejaskan kualiti alam sekitar
Apakah Perikanan Mapan ?
Menurut Ray Hilborn, dari the University of Washington, beliau telah menyatakan
tiga jenis pernyataan untuk mendefinisikan perikanan mapan:
1. Hasil sumber perikanan yang mampu berterusan dalam jangka masa yang
panjang adalah berasaskan idea bahawa alam semula jadi yang tidak terganggu
akan mewujudkan satu keadaan mantap yang berubah sedikit dari semasa ke
semasa. Jika dilakukan dengan cara yang betul, aktivit perikanan yang
mencapai dan tidak mencecahi hasil mapan maksimum (Maximum
Sustainable Yield) membolehkan alam semula jadi untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan mantap yang baru, tanpa menjejaskan jumlah hasil perikanan
pada masa depan. Walaubagaimanapun, pandangan ini dikatakan amat naif
kerana konstensi (constancy) bukan ciri-ciri untuk ekosistem marin. Maka
pernyataan teori di atas tidak dapat diapplikasikan. Kebanyakan jumlah hasil
akan mengalami turun naik secara semula jadi dan menyebabkan hasil potensi
sepanjang tempoh jangka pendek dan panjang sentiasa berubah.
2. Pemeliharaan ekuiti secara intergenerasional mengakui bahawa tahap turun
naik semula jadi menjadi tidak mampan hanya berlaku kapabila amalan yang
tidak mampan yang merosakkan struktur genetic telah memusnahkan habitat,
atau mengurangkan spesies tertentu ke paras di mana proses pembinaan dan
pemuliharaan semula memerlukan masa lebih daripada satu generasi.
Walaupun proses pemuliharaan semula hanya mengambil masa satu generasi,
namun penangkapan ikan secara berlebihan masih merupakan kegitan yang
kurang pintar dari segi ekonomi bodoh dari segi ekonomi kerana rezeki
tersebut adalah tidak mapan. Definisi ini diterima secara meluas.
3. Proses untuk mengekalkan sistem biologi, sosial dan ekonomi yang stabil
haruslah mempertimbangkan kesihatan ekosistem manusia dan juga ekosistem
marin. Aktiviti perikanan yang berputar dalam kalangan pelbagai jenis spesies
ikan boleh mengurangkan pendapatan individu secara sedikit namun
keseimbangan ekosistem masih dapat dikekalkan selagi ekosistem
mengekalkan integriti intrinsiknya

Hilborn, Ray (2005) "Are Sustainable Fisheries Achievable?"Chapter 15, pp. 247–259, in Norse
and Crowder (2005).

 Cara yang digunakan untuk mengeksplotasi sumber perikanan hendaklah berada dalam kadar yang tidak menjurus kepada penurunan saiz dan kepelbagaian hidupan akuatik dalam jangka panjang. Oleh itu. Perikanan yang mapan mampu mempertahankan potensinya untuk memenuhi keperluan dan aspirasi generasi sekarang dan akan datang. kita boleh mengatakan bahawa perikanan mampan ialah aktiviti perikanan yang dapat memenuhi keperluan semasa dan juga masa hadapan serta dapat mencapai kesinambungan antara perkembangan ekonomi. . sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.