E Peribahasa (e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi

yang terdapat dalam petikan ini. Budak-budak jahat yang selalu berkeliaran pada waktu malam itu akhirnya ditangkap polis juga. Mereka menyangka bahawa mereka bijak dan dapat melarikan diri daripada polis. Kini mereka menyesal atas perbuatan mereka itu. [6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. Raju sentiasa berbuat baik kepada dua orang rakannya yang berseteru untuk kepentingan dirinya sendiri. (ii) Kebanyakan buruh di kilang itu mendapat bonus yang tidak sama sekali dijangkakan kerana pada tahun ini kilang mereka mendapat keuntungan yang besar. (iii) Apabila gempa bumi berlaku di sekitar Yogjakarta maka banyaklah penduduknya keluar meninggalkan kawasan itu. [6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini. (i) (ii) (iii) Segala pekerjaan yang dilakukannya tidak berhasil kerana dia melakukannya tidak bersungguh-sungguh. Encik Badrul pengarah syarikat itu memberhentikan pekerjanya yang malas, iaitu mereka melakukan pekerjaan apabila disuruh sahaja. Kehidupan pemuda yang sebatang kara itu tiada sesiapa pun yang mempedulikannya baik pun saudara mara mahupun masyarakat sekelilingnya. [6 markah] (i)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful