You are on page 1of 9

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGENALAN
Bagi kursus Pendidikan Kesihatan semester 6, 2015, guru pelatih dikehendaki untuk
membina satu sudut kesihatan atau merancang satu program kesihatan di sekolah
praktikum. Selain itu guru pelatih perlu membuat satu kajian berkenaan latar belakang satu
program kesihatan di sekolah seperti Program Susu 1 Malaysia, Rancangan Makanan
Tambahan (RMT), Hapuskan aedes, Pemeriksaan gigi dan Gaya Hidup Sihat. Sehubungan
dengan itu, saya dan rakan praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong telah
memutuskan untuk membina satu sudut kesihatan berhampiran kantin sekolah yang
bertajuk Jom Hidup Sihat. Manakala bagi penulisan satu program kesihatan di sekolah,
saya telah memilih program Rancangan Makanan Tambahan yang diadakan pada setiap
pagi waktu sekolah.

SEJARAH PERLAKSANAAN PROGRAM RMT (RANCANGAN


MAKANAN TAMBAHAN)
RMT adalah singkatan kepada RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT). RMT
adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
bertujuan membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar di
sekolah. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usahausaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid.Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak
tahun 1979. RMT juga bertujuan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan
mengandungi nutrien seimbang bagi membantu murid-murid memberi tumpuan kepada
pembelajaran dalam kelas. Bagi maksud pelaksanaan RMT di sekolah rendah, kadar yang
ditetapkan ialah RM1.80/ murid/ hari bagi Semenanjung dan RM2.05/ murid/ hari bagi
Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Penubuhan RMT sebenarnya telah bermula selepas Perang Dunia yang ke-2,
apabila Pemerintahan Tentera British telah mengadakan satu Rancangan Makanan
Tambahan di sekolah-sekolah sebagai suatu usaha kecemasan berdasarkan hasil
pemerhatian di kalangan muridmurid di sekolah rendah pada masa itu yang dimana
kebanyakkannya mengalami kekurangan pengambilan nutrisi permakanan. Dalam masa
lebih kurang dua puluh lima tahun yang berikut, Rancangan Makanan Tambahan telah
dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih, kebanyakkannya adalah sekolah - sekolah di
bandar. RMT dilaksanakan oleh pertubuhanpertubuhan sukarela seperti Persatuan

PENDIDIKAN KESIHATAN
Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (Malaysian Council for Child Welfare), Majlis Pusat
Kebajikan (Central Welfare Council) dan badan- badan berkanun, seperti FELDA, di mana
makanan itu dibekalkan oleh Catholic Relief Service of America di bawah anjuran Catholic
Welfare Service Malaysia. Sebanyak 468 buah sekolah yang melibatkan seramai 98,910
orang murid telah menerima makanan tambahan. Rancangan ini telah berakhir apabila
bekalan bahanbahan makanan daripada Amerika Syarikat telah dihentikan pada tahun
1972. Pada tahun 1974 kerajaan Negeri Selangor telah memulakan Projek Perintis,
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan di KualaLangat, Selangor. Projek ini telah
diperluaskan ke kawasan kawasan yang lain dalam negeri Selangor.
Hasil dari Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa oleh
kerana Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan telah dapat menghasilkan
peningkatan taraf kesihatan umum, pertumbuhan tubuh badan yang tidak terencat,
pengurangan serangan penyakit dan pertambahan daya pembelajaran murid, maka
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan khasnya Rancangan Makanan
Tambahan diteruskan dan diperbaiki. Program makanan tambahan di sekolah telah
menyebabkan kedatangan murid lebih memuaskan dan pencapaian akademik yang lebih
baik terutama daripada golongan berpendapatan rendah.Rancangan Makanan Tambahan di
sekolah rendah dijalankan selaras dengan Rancangan Kesihatan Sekolah, Rancangan
Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Nadi. Bagi pelaksanaan program ini,
faktor faktor berikut telah dititikberatkan di seluruh Malaysia iaitu pertama, terdapat murid
murid miskin di semua kawasan walaupun kadar kemiskinan mereka berbeza. Kedua,
masalah penentuan sekolah wujud di beberapa buah negeri kerana terdapat perbezaan
antara Daerah Pentadbiran Kerajaan (Daerah Rancangan AMP) dengan Daerah
Pentadbiran Jabatan Pelajaran.
Pada tahun 1978, Menteri Pendidikan telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk
memperluaskan Rancangan Makanan Tambahan ke semua sekolah rendah menjelang
tahun 1980.Untuk pemilihan murid dalam menyertai rancang ini adalah berasaskan kriteria
yang tertentu. Pertama, murid yang menunjukkan tandatanda salah pemakanan (dipilih
oleh Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan/atau guru darjah dan diselaraskan oleh
satu Jawatankuasa Khas di peringkat sekolah).Kedua, murid adalah daripada keluarga yang
berpendapatan rendah dan keahliannya besar (Pendapatan bawah RM400.00 atau
perkapita RM80.00). Ketiga, iaitu murid yang lokasi rumahnya jauh dari sekolah.Manakala
untuk jumlah bilangan penerima program Rancangan Makanan Tambahan ini adalah
berbeza antara satu sekoah dengan satu sekolah yang lain. Ianya berdasarkan kepada
kedudukan sekolah, saiz sekolah ( bilangan murid), taraf pemakanan penduduk dan

PENDIDIKAN KESIHATAN
pendapatan keluarga. Ini bermakna sekolahsekolah yang terletak di kawasan AMP dan
kawasan mundur serta sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kecil diberi
keutamaan.

OBJEKTIF PERLAKSANAAN RMT


Di dalam program Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah ini ianya
mempunyai objektif am yang tersendiri. Objektif am Rancangan Makanan Tambahan ini
adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid murid sekolah rendah,
terutamanya daripada luar Bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan
untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan pelajar, sebagai suatu usaha,
selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Bagi objektif khusus, antaranya ialah yang pertama
adalah untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid
murid yang berkenaan untk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi
pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Kedua adalah untuk menyelenggarakan
pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung dan tidak langsung. Ketiga adalah untuk
memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini
berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
Keempat adalah untuk memperkasakan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan
kerana program ini mendapat sambutan yang baik oleh Masyarakat. Kelima adalah untuk
menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha usaha sekolah,
terutama Rancangan Makanan Tambahan.

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM RMT


Program Rancangan Makanan Tambahan ini adalah hasil kerjasama antara pihak
Sekolah Kebangsaan Bukit Losong dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan
RMT ini dicatat pada 3 September 2015 berempat di kantin SK Bukit Losong. Program ini
dilaksanakan sememangnya adalah untuk membantu murid-murid dengan memberi
makanan tambahan kepada murid murid sekolah rendah agar dapat membantu mereka
mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, program ini dilaksanakan pada setiap hari
dan hanya melibatkan murid-murid yang tertentu sahaja. Seramai 83 orang murid lelaki dan
perempuan yang terpilih bagi menerima bantuan makanan. RMT diagihkan kepada murid-

PENDIDIKAN KESIHATAN
murid dari tahap 1 dan tahap 2 mula jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 7.30 pagi. Pada 3
September 2015, Khamis, seorang guru iaitu Puan Zuraifah binti Rameli bertugas
memantau murid-murid RMT dan turut dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid
bagi melancarkan lagi proses pemberian makanan RMT. Pada pukul 7.00 pagi semua
hidangan telah dihidangkan oleh pengusaha kantin dan guru bertugas mula menanda
kehadiran murid-murid yang terlibat. kebiasaannya, murid-murid yang menerima bantuan
RMT akan hadir ke sekolah lebih awal berbanding urid-murid lain. Dengan kerjasama ibu
bapa dan guru bertugas, murid-murid tersebut dapat hadir mengikut tentatif program yang
disediakan dan perjalanan program ini berjalan dengan lancar seterusnya murid-murid ini
dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan kondusif dan bersemangat.
Dengan peruntukan yang diberikan, pihak pengusaha kantin bertanggungjawab
menyediaka satu hidangan lengkap kepada semua murid yang terlibat iaitu satu pinggan
hidangan sarapan, buah serta minuman yang berkhasiat. Berdasarkan maklumat yang
didapati dari sesi temu bual yang dijalankan, pengusaha kantin perlu menyediakan makanan
yang berkhasiat serta menepati piawaian yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan bagi
memastikan program RMT ini memberi manfaat kepada murid seterusnya dapat
meningkatkan lagi taraf pendidikan negara. Usaha murni ini haruslah dilaksanakan dengan
kerjsaama semua pihak bagi memastikan generasi-generasi akan datang menjadi lebih
berkualiti dan berjaya. Pelbagai menu yang disediakan dan iainya berbeza seperti Nasi
Ayam, Nasi Goreng Cina dan bijirin mengikut hari-hari persekolahan mengikut jadual serta
garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Pada hari tersebut, muridmurid RMT menjamu hidangan Nasi Lemak beserta buah limau dan minuman panas.
Walaubagaimanapun, kehadiran murid-murid yang terlibat denga RMT pada hari
tersebut tidak mencapai 100 peratus. Ini kerana terdapat sebilangan murid yang hadir lewat
ke sekolah dan ada sebilangan kecil yang tidak menyukai menu pada hari tersebut. Menurut
guru bertugas, guru-guru akan sedaya upaya memastikan para murid yang menerima
bantuan RMT ini untuk hadir ke kantin ke kantin bagi mendapatkan sarapan terlebih dahulu
sebelum masuk ke kelas ini bagi mengelakkan sebarang masalah kepada murid-murid
tersebut yang boleh mengganggu pembelajaran kerana kebanyakkan mereka berasal dari
keluarga susah dan tidak mampu untuk bersarapan di rumah. Guru-guru seterusnya akan
memantau para murid sepanjang program ini berlangsung bagi memastikan tiada
pembaziran berlaku dan semua murid-murid mendapat makanan yang cukup.

PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM RMT KEPADA SEKOLAH
DAN PELAJAR
Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat
dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat
telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan. Mementingkan
kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa
menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan
berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit. Pelajar mula
mengamalkan membasuh tangan sebelum makan, menjaga kebersihan gigi dengan cara
yang betul, berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara
yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Selain itu, murid juga mampu
membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul. Mereka
membawa pulang pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada
keluarga masing-masing dalam masyarakat.

Kini murid-murid boleh berbincang dan

memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM RMT DI SEKOLAH


Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu
makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu
makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak
sekolah boleh mempertimbangkan idea memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir
dan makan setiap hari. Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut
boleh dijalankan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat
mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini
juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang
kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guruguru RMT.
Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan dengan
cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara
membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid
yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan
demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.Ceramah kepentingan tentang pentingnya

PENDIDIKAN KESIHATAN
pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada muridmurid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil
makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan
cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu
turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.
Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk
murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid yang
berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan
kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih
dahulu daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.Program memberi penerangan dan
galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi kerana kurang kesedaran murid
tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian mendapati kebanyakan murid-murid
tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu
tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu
pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan pada
waktu awal pagi. Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada muridmurid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini
mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk
makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

PENDIDIKAN KESIHATAN
LAMPIRAN PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

Gambar 1 Proses menggunting gambar-gambar hiasan.

PENDIDIKAN KESIHATAN

Gambar 2 Sudut Kesihatan sebelum dihias.

Gambar 3 Bahan-bahan hiasan sudut.

Gamabar
Gambar 54Proses
Prosesmenambah
menampal poster kesihatan.
kesihatan

PENDIDIKAN KESIHATAN