ILMU, IMAN DAN AMAL KEKUATAN UMMAH

14 Rabiul Akhir 1431 H / 30 Mac 2010 M http://surauannurlebuhnipah.blogspot.com Tahun 1 Bil : 1

MANUSIA CERDIK IALAH MEREKA YANG SENTIASA MENGINGATI MATI.
etiap yang bernyawa pasti akan mati dan tidak akan terkecuali hatta Malaikat Maut Izrail a.s jua akan dimatikan oleh Allah s.w.t.Firman Allah Taala yang bermaksud: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (ali-Imran:185) Oleh yang demikian kita hendaklah senantiasa mengingati mati sekalipun ada dikalangan manusia yang takutkan mati.Orang-orang yang yakin dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya yang sentiasa mengingati mati adalah golongan yang cerdik dan pandai.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Abdullah bin Umar r.anhuma berkata, bahawa ketika sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “siapakah yang lebih utama(lebih baik) di kalangan orang yang beriman?”. Jawab Rasulullah s.a.w: “orang yang lebih baik dikalangan orang beriman ialah mereka yag berakhlak mulia”. Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?”.Jawab Nabi s.a.w : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati”. (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah) Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa dan maksiat seperti berjudi, berzina, mengumpat, meninggalkan sembahyang dan puasa,menipu dan sebagainya kerana dosa dan maksiat akan membawa akibat buruk di alam barzakh dan lebih-lebih lagi di alam akhirat. Setiap apa yang berlaku akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum Allah Taala, bukan seperti pepatah melayu‘tepuk dada Tanya selera’ yang membawa erti hidup di bawah dorongan nafsu. Sebaliknya orang yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa bertanya kepada imannya sendiri iaitu ‘tepuk dada Tanya iman’. Andaikata dia seorang ketua rumahtangga dan sentiasa mengingati mati maka dia tidak akan mengabaikan dari melaksanakan tanggungjawabnya, memimpin anak-anak dan isterinya menurut petunjuk iman. Andaikata dia seorang peniaga yang sentiasa mengingati mati, nescaya dia akan menjadi seorang peniaga yang jujur. Tidak menipu dalam sukatan, tidak menyembunyikan kecacatan barangan yang diniagakan, tidak menindas pengguna dengan mengambil keuntungan yang berlebihan dan sebagainya. Andaikata dia seorang pemimpin Negara dan masyarakat yang sentiasa mengingati mati nescaya dia tidak akan menggunakan kekuasaannya untuk memuaskan nafsu untuk mengaut kekayaan dari harta Negara dan rakyat dengan memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya. Natijah dari mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak menipu, yakin kepada hukum Allah Taala, yakin bahawa rezeki adalah kurniaan Allah bukannya dari manusia, berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala dan sebagainya. Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu. Sebab itulah Allah Taala berjanji akan mengangkat darjat orang yang berilmu.Firman Allah Taala Yang bermaksud: “... Allah akan meninggikan (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mujadalah: 11). Orang yang tidak pernah dan lalai daripada mengingati adalah orang dangkal ilmu pengetahuan dan lemah, terutama dalam aspek kerohanian. Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada nafsunya sendiri, hidup dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat sementara, sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal. Jika ada manusia yang tidak memilih kebahagian yang kekal, nescaya mereka itu adalah terdiri dari orang yang bodoh dan dungu. Firman Allah s.w.t : Surah Al-Munaafiquun (9-11) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anakpinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (9) Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. (10) Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (11)

Ku bersujud pada-Mu memohon ampunan atas segala dosa yang telah hamba perbuat… Dosaku menggunung… berkenankah kau terima taubatku ?

Ya Allah

Ya Allah

PERHATIAN: Sila simpan risalah ini di tempat yang bersih dan jangan biarkan terhina.

Hari Keluarga Jemaah Surau
Kuliah Minggu Minggu Minggu Minggu

PROGRAM-PROGRAM SURAU
Subuh (Sabtu) 1 - Ustaz Rahmat b Muhammad Saleh 2 - Dr Danial b Zainal Abidin (18 April-Ahad) 3 - Ustaz Taufiqurrahman b Mohd Kassim Albanjari 4 - Ustaz Mohd Shafiq b Yusof

Kuliah Maghrib (Isnin) Minggu 1 dan 3 - Ustaz Abdul Latif Ismail Minggu 2 dan 4 - Tuan Hj Abdul Wahab b Hj Abdul Latif (Selasa) Minggu 1 dan 3 - Ustaz Muhammad Faisal b Abdullah Minggu 2 dan 4 - Ustaz Al Hami Husaini b Suhaimi /Ustaz Fazlon / Ustaz Abdul Rahim Kelas untuk Wanita Pengajian Al-Quran dan Tajwid Oleh : Ustazah Afiza bt. Azmi (Sabtu 8:30-10:30 pagi/Selasa 9:30-11:30 pagi) <pilih satu Hubungi : Hjh Shakila bt. Abdullah – Tel: 013-4404 800) Kelas Memasak Oleh : Hjh Hosnah bt. Maffoot (Tel: 012-4300 513) (Ahad ke-2 setiap bulan : jam 10:00 pagi – di dapur surau) Kuliah/Ceramah Tambahan  17 April 2010 (Sabtu: 8 malam) “Kuliah Ilmu dan Iman : Pembuktian Kebenaran Islam” - Ustaz Syazalie Hirman Ahmad Najib  25 April 2010 (Ahad: 8 malam) Ceramah Perdana: “Menggali Mutiara Dari Detik-Detik Akhir Rasulullah” - Dr Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman (Panel Jemputan TV9, Program “Tanyalah Ustaz” dan “Muqaddimah”. TV3 “Al-Kuliyah”) Nama Program Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu ‘Ain (pelajar sekolah) Bacaan Yasin/Tahlil Hari/Masa Isnin-Jumaat (Pagi dan Petang) Hubungi Ustaz Ridzuan (013-4143 336) Ustaz Ridzuan (013-4143 336) En.Shaiful (012-4118 523) - Imam Hj Ibrahim (012-4070 513) Hj Abdul Jalil (019-5704 161) Syed Mohamed (016-4973 037)

Pada 23 Januari 2010 bertempat di TM Resort Tanjung Bungah ahli jemaah surau telah mengadakan program hari keluarga. Seramai lebih kurang 43 peserta termasuk kanak-kanak dan wanita yang terdiri dari 13 keluarga mengambil bahagian. Antara aktivitinya BBQ, acara ‘game’ yg melibatkan semua ahli keluarga di samping tazkirah subuh. Sebanyak 3 buah bilik di sewa dan juga beberapa khemah didirikan untuk tujuan bermalam di situ. Walaupun kos sepenuhnya ditanggung oleh peserta sendiri, namun nilai pulangannya lebih berharga hasil kemesraan dan kegembiraan yang tersemai sesama mereka. Semoga Allah mempermantapkan lagi ukhuwah yang terjalin ini dengan iman, agar insyaAllah ianya dapat membantu usahausaha mengimarahkan lagi surau ini dengan aktiviti yang lebih bermanafaat untuk semua ahli kariah di sekitarnya. 3 Golongan Yang Lebih Allah Cintai Rasulullah s.a.w bersabda bahwa Allah telah berfirman: “Aku cinta kepada 3 golongan, tetapi terhadap 3 golongan lainnya lebih Aku cintai:  Aku cinta kepada orang yang pemurah, tetapi terhadap orang yang hidupnya sederhana dan pemurah pula maka dia lebih Aku cintai.  Aku cinta kepada orang yang tawadhu’ (rendah diri), tetapi terhadap orang kaya (berpangkat) dan tawadhu’ pula, maka dia lebih Aku cintai.  Aku cinta kepada orang yang taubat kepadaKu, tetapi terhadap anak muda yang bertaubat kepadaKu, maka dia lebih Aku cintai”. (Hadis Qudsi – Sahih – Riwayat Ibnu Hibban) AWAS : GOLONGAN ANTI HADIS Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh alQuran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." (Hadith Riwayat: Abu Daud) Keterangan Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi s.a.w. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi s.a.w.

Setiap Khamis (selepas solat Maghrib) Setiap Khamis Kelas Bahasa Arab (selepas solat Isyak) Setiap Ahad Zikir Al-Mathurat (selepas solat Subuh) Senaman/Riadhah Setiap Ahad (dewasa/remaja) (7:00 pagi- di padang) Berbuka Puasa /Iftar Isnin Pertama (Berpuasa Sunat) (setiap bulan) Setiap Rabu Ziarah (selepas solat Maghrib)

Projek Kitar Semula Pihak surau telah menyediakan ruang pengumpulan bahanbahan kitar semula (kertas, besi dan plastik) untuk orang ramai menyumbang sebagai salah satu projek ekonomi surau. (Hubungi: Encik Fadzil - 016-461 3095) Program Rombongan Ke Pulau Redang (Terengganu) Tarikh : 5-10 Jun 2010 (cuti sekolah) (Hubungi Encik Noorzaidy - 012-4010 069)  Semua kos dan yuran penginapan dan perjalanan ditanggung sepenuhnya oleh peserta rombongan. Jawatan Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Nama No Tel/eMail 012-4300 216
Isahak2020@yahoo.com

YB Dato’ Hj. Abdul Halim b. Hussain Isahak b. Ismail Dr. Zainal Arifin b. Mohd Ishak Shaiful Bahri b. Ibrahim Hj. Abdul Jalil b. Ismail

012-4073 445
zarifin.ishak@googlemail.com

012-4118 523
sibrahimasmoni@fedex.com

019-5704 161
jalil@linear.com