You are on page 1of 8

CARTA ORGANISASI PUSAT REHABILITASI PERKESO

PENGARAH EKSEKUTIF
DR. HAFEZ HUSSAIN
TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN)
EDMUND CHEONG PECK HUANG

KETUA JABATAN
1) PENGURUSAN KES & VOKASIONAL
ENCIK MUSTAPA BIN UMAR
2) PENTADBIRAN
ENCIK ROZAIRY MUSZALI
3) SUMBER MANUSIA
PUAN RONA KHALILI BINTI DARMAN
4) KEWANGAN
ENCIK CHONG SHIONG JOO
5) FISIOTERAPI
PUAN NORHAYATI AB.HADI
6) JURUPULIH CARA KERJA
PUAN JULIANAH BINTI SALLEH

7) KEJURURAWATAN
PUAN NOOR SYUHADA
8) OPTOMETRI
ENCIK ABDUL RASHID
9) AUDIOLOGI
PUAN MUZLIHAH BINTI MAMAT
10) TERAPI PERTUTURAN
CIK AFIQAH IYLIA BINTI KAMARUDDIN
11) DIETETIK
CIK WAN NURUL HAZIRAH
12) PENGURUSAN PENGINAPAN
ENCIK FADLI BIN ROSLAN
(

KEBAIKAN PUSAT REHABILITASI

Pengenalan
Melangkah masuk ke Pusat Rehabilitasi PERKESO di Bandar Hijau
Melaka amat mengujakan. Ia kawasan yang baru dibina dan belum pun
berusia dua tahun. Seperti nama bandarnya, tatkala kami memasuki
Pusat Rehabilitasi ini seperti berada di sebuah taman yang menghijau.
Sekalipun dengan rekabentuk yang moden serta

menggunakan

teknologi canggih untuk merawat pesakit, namun kelestarian alam


tetap terpelihara. Bahkan sewaktu kami mendapat taklimat awal
berkenaan

Pusat

Rehab

ini,

kami

dimaklumkan

bahawa

setiap

pembangunan yang ingin dibangunkan harus memeliharakan keadaan


asal tanah di mana para arkitek dan jurutera tidak boleh menebang
pokok dan menorah tanah sesuka hati.
Pesakit yang mendapatkan rawatan di sini pastinya teruja dengan
kehijauan dan kedaimain persekitarannya. Bukan itu sahaja, pelan
bangunan yang dibangunkan juga amat mesta pesakit. Tempat pejalan
kaki OKU terdapat di mana sahaja di seluruh bangunan tersebut. Pelan
itu juga mengambil kira kesesuaian dan memudahkan setiap pesakit
untuk bergerak.
Sebelum kami menjejakkan kaki ke sana, En Abdul Khalim sebagai
ketua

rombongan

kebenaran

kami

membuat

memohon

lawatan

kebenaran

sambil

belajar.

untuk

mendapat

Menurut

beliau

kakitangan Pusat Rehabilitasi amat mesra dan senantiasa menghulur


tangan bantu. Bahkan ketika kami tiba di sana, pegawai yang memberi
penerangan kepada kami juga amat mesra dan memberi penerangan
kepada kami dengan baik dan jelas.

Perkhidmatan Terbaik Bertaraf Dunia


Seperti yang kita maklum Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif
yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsurans PERKESO
ataupun pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional dan
akhirnya kembali ke alam pekerjaan. Pusat Rehabilitasi PERKESO
menyediakan program pemulihan yang efektif kepada Pencarum
PERKESO dan Pesakit luar yang mengalami kekurangan daya fizikal
atau kehilangan upaya. Bahkan tidak keterlaluan andai dikatakan
mereka

menjadi

peneraju

utama

kepada

program

pemulihan

perubatan yang melibatkan Fisioterapi, Terapi Carakerja, Terapi Hidro,


Terapi Pertuturan, dan Latihan Pemulihan secara Vokasional dengan
tujuan mengembalikan semula pesakit ke alam pekerjaan.

Perkhidmatan Mesra Pesakit


Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, kami
dapat melihat Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai tanggungjawab
dan sangat komited dalam usaha mengembalikan kehidupan melalui
program pemulihan yang komprehensif
Dengan

membawa

konsep

penginapan

bertaraf

hotel,

Pusat

rehabilitasi PERKESO pastinya menyediakan kemudahan istimewa dan


lengkap kepada para pesakit yang tiba bagi menjalani rawatan
pemulihan. Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai 2 blok asrama
yang mempunyai 150 buah bilik yang memberi kemudahan lengkap
kepada pesakit dan penjaga. Setiap yang hadir juga bakal mendapat
layanan yang terbaik dari setiap anggota pegawai khidmat pelanggan
untuk

mempermudah

rutin

harian

bagi

menjalani

rawatan.

Kelengkapan yang disediakan pastinya dapat memberikan keselesaan


serta fokus kepada pesakit untuk menjalani rawatan pemulihan.

Para pesakit yang hadir dengan keadaan kesihatan yang pelbagai juga
akan

diberikan

kemudahan

wad

disamping

dibekalkan

rutin

pemakanan yang diselia khas mengikut keperluan diet pesakit oleh


Ahli Dietetik.
Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, segala
fasiliti dan kemudahan yang disediakan pastinya dapat membantu
serta memberi impak positif kepada program pemulihan yang dirangka
disamping mewujudkan semangat baru kepada para pesakit.

Rehabilitasi Berorientasikan Teknologi


Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, kami
mempunyai

tanggungjawab

mengembalikan

kehidupan

dan

sangat

melalui

komited

program

dalam

usaha

pemulihan

yang

komprehensif. Antara modul rehabilitasi yang ditawarkan di Pusat


Rehabilitasi PERKESO adalah Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Optometri,
Audiologi,

Vokasional

dan

kemudahan

lain

yang

melibatkan

Penginapan Wad dan Hostel.

Pembangunan Mesra Alam


Apa yang lebih menarik Pusat Rehabilitasi PERKESO memiliki elemen
semulajadi dan bercirikan teknologi binaan mesra alam semula jadi
yang penuh dengan kehijauan. Pembinaan pusat ini menggabungkan
bukan sahaja perancangan seni bina dan reka bentuk, malah
dilengkapkan juga dengan peralatan dan teknologi maklumat yang
berkualiti tinggi.
Konsep Bangunan Hijau yang terdapat di Pusat Rehabilitasi PERKESO

Penggunaan cermin tingkap yang dapat mengurangkan penyerapan


haba. Cermin yang dipasang adalah bercirikan 40% penyerapan haba
dan yang selebihnya 60% haba akan dilepaskan.

Penyediaan sistem takungan air (water catchment) yang menyalurkan


air hujan melalui saluran daripada bumbung ke tangki air bawah tanah
(Underground water reservoir).

Penggunaan panel solar untuk penyalaan lampu jalan utama dan


persekitaran Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Sistem

Aircond

mengamalkan

yang

diselaraskan

penggunaan

gas

(centralised
R134A

yang

aircond)

dan

bebas

dari

chlorofluorocarbon (free CFC ).


.

Penggunaan lampu jenis T5 dan berkonsepkan LED. Sebanyak 30%


penjimatan elektrik dapat dilakukan berbanding penggunaan lampu
biasa.
Memiliki elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam
di dalam dan di luar bangunan.

KEKURANGAN
Pengenalan

Bukanlah menjadi tujuan kami ke Pusat rehabilitasi PERKESO di Bandar


Hijau Melaka untuk mencari kelemahan dan kekurangan. Sebagai bakal
kaunselor

professional

pastinya

kami

perlu

bersedia

dengan

pengetahuan yang pelbagai bagi membantu kami ketika dengan klien


kelak. Maka tidak ada sebab untuk kami meneropong keburukan dan
menyingkapnya untuk tatapan umum. Namun di setiap kebaikan itu
pastinya terdapat serba sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki.
Barangkali dengan adanya tugasan ini sedikit sebanyak dapat
membantu pihak PERKESO untuk memperbaiki tiap kelemahan yang
akhirnya memberi nama baik kepada PERKESO dan yang lebih penting
pesakit yang dirawat di sana akan memperoleh perkhidmatan yang
lebih baik. Di sini kami kemukakan serba sedikit kelemahan dan kami
juga akan memberi cadangan bagi penambah baikan itu.

Tiada Kaunselor Professional


Barangkali bunyinya seperti tidak adil kami sebagai bakal kaunselor
untuk mencadangkannya. Namun atas kesedaran yang ada kami
melihat amatlah perlu pihak PERKESO mempertimbangkan beberapa
kaunselor professional untuk berkhidmat di sana. Sekiranya masalah
kesihatan yang ditanggung pesakit di Pusat Rehabilitasi ini, mereka
sudah mempunya pakar dalam pelbagai bidang untuk merawatnya.
Tetapi bagaimana pula dengan penyakit jiwa yang tidak dapat dirawat
dengan ubat dan teknologi? Maka di sinilah peranan kaunselor untuk
membimbing pesakit keluar dari perasaan yang tidak baik kepada
perasaan yang baik. Sebab itu kita mendengar sebahagian kes di
mana pesakit telah sembuh tetapi tidak punya semangat untuk
memneruskan kerja di atas beberapa faktor dalaman.

Dengan

keberadaan kaunselor terlatih, kami percaya insyaAllah pesakit yang


diberi suntikan semangat akan dapat meneruskan kehidupan mereka.

Bebanan Kepada Case Manager


Disebabkan ketiadaan kaunselor bukan sahaja pesakit yang menjadi
mangsa bahkan juga Case Manager iaitu pengurus yang menguruskan
pesakit itu sendiri. Seperti yang kami dimaklumkan Case Manager akan
mengurus banyak perkara terhadap tiap pesakit. Lebih malang lagi
Case Manager perlu mengurus lebih 10 dalam satu masa. Kami
berasakan tidaklah terlalu sukar untuk mengurus pesakit namun
terdapat pesakit yang tidak mahu berubah, terlalu mengharap serta
pelbagai ragam ini bakal memberi tekanan kepada Case Manager.
Sekiranya Jabatan Psikologi Kaunseling ditubuhkan maka kami percaya
masalah tersebut dapat dikurangkan.

You might also like