You are on page 1of 20

1.

0 DEFINISI PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Penilaian pengesanan ialah satu penilaian tidak formal yang dilakukan kepada
kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun. Penilaian ini dilakukan secara
pemerhatian ataupun dengan cara perbandingan dengan kanak-kanak yang lain.
Penilai terdiri daripada individu yang rapat dengan kanak-kanak tersebut terutama
guru, ibu bapa dan pengasuh. Maklumat yang diperolehi daripada hasil penilaian
akan digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan
kanak-kanak tersebut.
Perkembangan ialah perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara
berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran.
KONSEP PENILAIAN
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat
penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan
kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak
terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang
seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif
pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanakkanak mengalami proses pembelajaran.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti
yang tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah
satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan
membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia
juga membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan
tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.

1.1

Aspek Penilaian Perkembangan

1.1.1

Fizikal.
Penilaian dari segi fizikal merangkumi penilaian dari aspek menggunakan

kemahiran anggota badan. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak


akan membesar mengikut bentuk tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya.
Selain itu, kanak-kanak juga akan dinilai tahap perkembangan dari segi motor halus
dan motor kasar.
1.1.2

Kognitif.
Penilaian perkembangan kognitif merangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir

seperti membuat persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan


kebolehan mengingat. Penilaian ini berdasarkan tahap umur kanak-kanak selari
dengan kebolehan kognitif mereka.
1.1.3

Sosial.
Aspek

sosial

merangkumi

kebolehan

kanak-kanak

berinteraksi

dan

menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di persekitarannya. Kanak-kanak yang


berkebolehan berkawan dan bermain bersama rakan menunjukkan perkembangan
sosial yang baik. Sekiranya kanak-kanak itu lebih suka menyendiri dan tidak mahu
bercampur-gaul bersama rakan yang lain menunjukkan bahawa kanak-kanak ini
memerlukan bimbingan untuk menyakinkan dirinya ketika berhadapan dengan rakanrakan yang lain.
1.1.4

Emosi.
Aspek emosi merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal

perasaan. Kanak-kanak akan dinilai melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka
iaitu seperti perasaan gembira, gelisah, pendiam, risau, dan malu. Kanak-kanak
yang emosinya stabil dan tiada tekanan akan menunjukkan sikap yang ceria dan
mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika bersama rakan yang lain. Bagi kanakkanak yang mempunyai tekanan emosi lebih cenderung duduk mendiamkan diri dan
sentiasa diselubungi perasaan takut, bimbang, dan tiada keyakinan diri ketika
berhadapan dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang menghadapi masalah
ini perlu dibimbing dan sentiasa memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan
kembali keyakinan dirinya.

1.1.5

Bahasa Dan Komunikasi.


Aspek ini merangkumi kemahiran bertutur menggunakan bahasa yang

difahami. Perkataan yang digunakan juga jelas selari dengan peringkat umur kanakkanak. Kanak-kanak yang berumur empat tahun dan mempunyai masalah artikulasi
iaitu masalah sebutan yang tidak jelas contohnya buku disebut butu, makan
disebut matan, pokok disebut potok dan lain-lain lagi. Untuk mengatasi masalah
ini guru dan ibu bapa mestilah melatih kanak-kanak ini menyebut ayat-ayat mudah
dahulu seperti ayat suku kata terbuka. Setelah menguasai ayat mudah barulah
menyebut ayat suku kata tertutup.
1.1.6

Pengurusan Diri.

Aspek ini merangkumi kebolehan kanak-kanak menjaga dan memelihara diri


sendiri dari segi makan, minum, memakai pakaian, menggunakan tandas, mandi,
kekemasan diri, memakai kasut, dan lain-lain. Kanak-kanak yang biasa, mampu
melakukan perkara-perkara ini pada usia empat tahun ke atas. Sekiranya ada
dikalangan kanak-kanak yang masih gagal melakukan salah satu perkara di atas
contohnya memakai pakaian dan memakai kasut maka kanak-kanak ini perlu di beri
latihan setiap hari agar dapat menguasai kemahiran tersebut.
1.2 TUJUAN PENILAIAN PENGESANAN
Penilaian pengesanan kanak-kanak yang dilakukan oleh guru dan ibu bapa
akan memberi gambaran awal tentang jenis ketidakupayaan atau perkembangan
kanak-kanak.

Gambaran awal ini penting untuk kita mengenal pasti tahap

keupayaan kanak-kanak.
Sekiranya didapati kanak-kanak menghadapi ketidakupayaan dari aspek tertentu,
guru prasekolah atau ibu bapa dapat mengambil tindakan awal untuk mengatasi
kekurangan tersebut. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dan ibu bapa
ialah merujuk kepada pakar atau perkhidmatan yang berkaitan untuk menolong
kanak-kanak tersebut. Langkah segera ini akan membantu kanak-kanak menangani
ketidakupayaannya.
1.2.1 Mengesan keupayaan kanak-kanak di peringkat awal.
Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti
ketidakupayaan yang dialami oleh anak-anak mereka. Setelah mengetahui tahap

keupayaan kanak-kanak, guru dan ibu bapa bolehlah merancang dan melaksanakan
tindakan yang boleh membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan keupayaan
yang sedia ada dengan aktiviti yang berkesan.
1.2.2

Kenal pasti tahap kelebihan yang dimiliki.


Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti

kekuatan atau kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Kanak-kanak terdiri


daripada pelbagai kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki contohnya jika
seseorang kanak-kanak itu kelihatan lebih cenderung ke arah aktiviti sosial seperti
bermain bersama kawan dan suka berbual maka guru dan ibu bapa haruslah
meningkatkan kecenderungan itu.
1.2.3

Kumpul maklumat untuk simpanan rekod.


Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan rujukan bimbingan

dan perancangan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Maklumat ini juga boleh
diserahkan

kepada

pihak

yang

berkaitan

sebagai

rujukan

dalam

proses

meningkatkan keupayaan kanak-kanak.


1.2.4

Membantu

ibu

bapa

dan

guru

menyelesaikan

masalah

kanak-kanak.
Penilaian pencapaian ini dapat mendedahkan masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak. Dengan maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian ini, guru dan ibu
bapa dapat merancang tindakan susulan untuk mengurangkan masalah atau
kekurangan keupayaan kanak-kanak tersebut. Masalah ini akan dapat dikurangkan
sekiranya perancangan dilakukan mengikut keperluan kanak-kanak.
1.2.5

Menilai perkembangan kanak-kanak.


Penilaian perkembangan kanak-kanak bertujuan untuk menilai tahap

perkembangan dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan pertuturan, dan
pengurusan diri. Sekiranya kanak-kanak ini ketidakupayaan berkembang secara
normal, maka guru boleh menjalankan proses intervensi untuk membantu kanakkanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya.

1.2.6

Mengesan kekurangan kanak-kanak


Melalui proses penilaian perkembangan ini, guru dapat mengesan tahap

perkembangan

kanak-kanak tersebut. Dari enam aspek penilaian yang telah

disebutkan, mungkin kanak-kanak ini mengalami kekurangan perkembangan dari


segi kognitif dan bahasa. Oleh yang demikian guru dapat merancang proses
intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut.
1.2.7

Mengambil tindakan untuk mempertingkatkan tahap perkembangan.


Setelah guru mengenal pasti kekurangan perkembangan yang dialami oleh

kanak-kanak

ini,

guru

merancang

program

intervensi

yang

sesuai

untuk

meningkatkan tahap perkembangan selari dengan usianya. Proses intervensi ini


melibatkan latihan latih tubi latihan yang berterusan untuk melatih kanak-kanak ini
berkembang mengikut tahap perkembangan yang normal.
1.2.8

Penglibatan

keluarga

dalam

proses

mempertingkatkan

tahap

perkembangan.
Penilaian perkembangan yang dijalankan akan membantu guru dan ibu bapa
mengenal pasti tahap kekurangan kanak-kanak berdasarkan enam aspek tadi.
Kanak-kanak yang mengalami kekurangan dapat dibantu untuk meningkatkan
keupayaan dengan lebih cepat sekiranya guru dan ibu bapa dapat bekerjasama
untuk mengatur program yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut. Sekiranya
program pemulihan dilakukan berterusan di sekolah dan di rumah, sudah tentu
kanak-kanak ini akan menguasai kemahiran dengan lebih cepat.
1.3

Kegunaan Penilaian Perkembangan


Kanak-kanak akan mengalami perkembangan sejak lahir hingga berumur 6

tahun. Dalam tempoh ini kanak-kanak akan mengalami banyak pembelajaran dan
berkembang mengikut tahap umur yang tertentu. Perkembangan ini akan terbantut
sekiranya kanak-kanak ini mengalami ketidakupayaan. Ketidakupayaan ini akan
membezakan kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Sekiranya
masalah ini dibiar beralarutan ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada
keluarga dan kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian perbezaan ini perlu dikesan
diperingkat awal agar pihak yang rapat dengan kanak-kanak ini seperti guru dan ibu
bapa dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak ini melalui program

intervensi. Melalui program ini kanak-kanak akan dilatih dan diasuh sehingga mereka
dapat meningkatkan kebolehupayaan dalam kemahiran yang patut mereka kuasai
selaras dengan umur mereka. Dalam hal ini guru dan ibu bapa perlu memainkan
peranan dan sentiasa peka dengan perkembangan kanak-kanak. Langkah ini
penting agar kanak-kanak yang tidak berkeupayaan akan diatasi pada peringkat
awal.
2.0 KEPENTINGAN PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM
AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
2.1 Dapat mengetahui ketidakupayaan dengan lebih awal.
Dengan adanya penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap
perkembangan kanak-kanak di peringkat awal. Sekiranya tahap perkembangan
berada pada paras normal, guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang
boleh mengembangkan lagi kemahiran yang sedia ada. Begitu juga sebaliknya, jika
didapati kanak-kanak itu berada pada tahap perkembangan yang agak perlahan
maka guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang mampu meningkatkan
kemahiran atau keupayaan kanak-kanak tersebut. Langkah awal yang diambil dapat
membantu kanak-kanak menigkatkan ketidakupayaannya dengan lebih cepat.
2.2

Menyediakan perancangan berdasarkan keperluan kanak-kanak.


Setelah melakukan penilaian pengesanan, guru dan ibu bapa akan

mengetahui keperluan anak-anak mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh itu,


guru dan ibu bapa dapat merancang perancangan yang sesuai dengan keperluan
kanak-kanak itu.
2.3

Kenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.


Melalui penilaian pengesanan ini juga, guru dan ibu bapa dapat mengenal

pasti kelebihan dan kekurangan kanak-kanak. Setelah mengetahui kemampuan


kanak-kanak,

guru

dan

ibu

bapa

bolehlah

membuat

perancangan

untuk

mempertingkatkan lagi kekuatan dan mengurangkan kelemahan yang dimiliki oleh


kanak-kanak tersebut.

2.4

Menyediakan laporan untuk rujukan pakar.


Keputusan penilaian pencapaian ini boleh diajukan kepada pakar bagi kes

yang memerlukan khidmat pakar. Maklumat yang diperolehi ini akan membantu
pakar mengenali dan mengesan tahap keupayaan kanak-kanak ini dalam tempoh
yang singkat. Seterusnya proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak akan dapat
dijalankan dengan segera dan berkesan.
2.5

Simpanan rekod untuk rujukan dan bimbingan.


Rekod atau keputusan penilaian pencapaian yang diperolehi akan disimpan

untuk rujukan dan bimbingan. Rekod ini penting bagi memudahkan guru membuat
rujukan sekiranya diperlukan. Dengan itu kanak-kanak ini akan dinilai dari masa ke
semasa berdasarkan rekod terdahulu dan pencapaian yang telah mereka kuasai.
Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting
kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal
pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan
murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru
dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga
dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang
aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan
murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau
aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti
tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti
pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah
mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza
mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi
asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga
murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha
memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.

2.1 LANGKAH-LANGKAH

UNTUK

MENGESAN

PERKEMBANGAN

DAN

KEMAJUAN KANAK-KANAK
Sebelum penilaian dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara
berikut :
2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4
2.1.5
2.1.6

Mengenal pasti murid yang akan dinilai


Menentukan kaedah pemerhatian yang sesuai
Menentukan hasil pembelajaran yang diberi tumpuan
Apa yang hendak diperhatikan
Cara merekod pemerhatian
Masa pemerhatian dibuat

Semasa menjalani praktikum, terdapat banyak langkah yang telah saya lakukan
untuk mengesan perkembangan dan kemajuan pelajar-pelajar saya. Antaranya
ialah :
2.2

Perbualan atau interaksi

Semasa sesi perbualan pagi dengan kanak-kanak, saya berbual tentang pelajaran
yang akan dipelajari dan pelajaran yang telah dipelajari sebelum ini. Melalui
perbualan ini, saya dapat mengesan kanak-kanak yang memberi tindak balas
terhadap sesi pengajaran yang telah dijalankan. Semasa sesi perbualan ini juga
kanak-kanak memberikan jawapan yang pelbagai, secara tidak langsung saya dapat
mengetahui setakat mana kemampuan dan kemajuan masing-masing. Sekiranya
ada antara kanak-kanak yang tidak memberikan apa-apa tindak balas, saya dapat
mengetahui yang mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang telah dipelajari
sebelum ini.
Contoh perbualan/interaksi/lisan murid yang boleh diperhati dandinilai adalah
seperti berikut :
2.2.1

Perbualan/interaksi antara murid dengan guru

2.2.2

Perbualan/interaksi murid dengan murid

2.2.3

Interaksi murid dengan bahan

2.2.4

Main peranan

2.2.5

Bercerita dan bersoaljawab

2.2.6

Nyanyian

2.2.7

Bacaan

2.2.8

Hafalan

2.2 Tingkah laku


Berdasarkan tingkah laku kanak-kanak juga saya dapat mengesan tahap
perkembangan dan kemajuan mereka. Apabila saya menyoal tentang pelajaran yang
telah dipelajari, tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka melambangkan tahap
kefahaman mereka. Sekiranya kanak-kanak tersebut terus menjawab apabila disoal,
ini menandakan mereka memahami apa yang telah diajar. Tetapi, sekiranya kanakkanak tersebut hanya tersenyum ataupun tidak mengendahkan kepada soalan saya,
itu menandakan yang mereka tidak berminat dan tidak memahami tentang pelajaran
pada hari tersebut.
Semasa

kanak-kanak

melakukan

aktiviti

juga

dapat

saya

mengesan

perkembangan dan kemajuan mereka berdasarkan tingkah laku masing-masing.


Antara aktiviti yang boleh saya kesan perkembangan mereka ialah :
2.2.1
2.2.2
2.2.3
2.2.4
2.2.5
2.2.6

Bermain pondok-pondok bersama rakan


Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian
Mengikat tali kasut
Berlari sambil melompat
Menyelesaikan masalah bersama rakan
Membuat kolaj dalam kumpulan

2.3 Hasil kerja kanak-kanak


Untuk mengesan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak, saya juga
menggunakan hasil kerja mereka. Antara hasil kerja yang dapat dinilai ialah :
2.3.1
2.3.2
2.3.3
2.3.4
2.3.5

Lukisan
Tulisan
Buku Skrap
Kraftangan
Buku Kecil

2.4 Merekod
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang
diperhatikan berkaitan dengan perkembangan kebolehan, kemajuan, pengetahuan

dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Cara mengumpul dan merekodkan
maklumat adalah melalui :
2.4.1

Senarai Semak
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan dari segi pengetahuan,kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item


yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri
ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan
sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu
diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam
penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu
disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan
hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan
menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting
dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat
memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian
hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang
lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan
menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu,
orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah.
Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya
dengan membuat flashback. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru
dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa.
Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk
kanak-kanak.
Saya

memberikan

lagi

banyak

aktiviti

bimbingan

bagi

mengesan

perkembangan pelajar-pelajar saya. Setiap kali pelajaran atau rutin, saya akan
menerapkan nilai murni dan soalan yang merangsang fikirannya. Untuk tunjang
kognitif, Syafikah mengalami masalah menguasainya. Jadi, saya telah mengajarnya
secara peribadi dan bertanya semula kepadanya apakah objek yang menyerupai
bentuk yang ditunjukkan oleh saya. Sebagai contoh, Syafikah, cuba lihat bola itu
berbentuk apa? Lihat juga pada glob itu. Apakah bentuk yang kamu lihat?
Pada fasa ke-2, perkembangan Syafikah semakin meningkat. Ini boleh dilihat
pada fasa 1 Syafikah hanya boleh menguasai 30% sahaja berbanding pada fasa 2
sebanyak 90% pada kedua-dua domain. Ini adalah satu peringkat yang menyakinkan

dan baik. Ini mungkin disebabkan oleh penerapan yang saya lakukan dalam
pengajaran dan pembelajaran agar semua murid termasuk Syafikah dapat
mengembangkan diri mereka pada tahap yang sepatutnya. Ini kerana saya telah
melakukan aktviti bimbingan pada fasa 1. Namun Syafikah hanya menguasai 70%
perkembangan afektif pada fasa 2. Dia memerlukan aktiviti peneguhan sehinggalah
dapat meguasai sepenuhynya.
Antara aktiviti peneguhan yang telah dijalankan adalah aktiviti simulasi dan
lakonan. Dia akan disoal dan dikehendaki membuat lakonan. Contohnya, apakah
yang perlu dilakukan jika seseorang memberi pertolongan atau barang kepada kita?
Syafikah juga masih ada sedikit kekeliruan dengan ciptaan Tuhan dan manusia.
Saya telah memberikan ciri-ciri bahan buatan Tuhan yang tidak termampu dicipta
oleh manusia. Dan nampaknya dia faham dengan baik perkara yang saya
sampaikan. Pada pendapat saya dia perlu diberi peluang melihat keindahan ciptaan
dan kekuasaan Tuhan seperti pokok-pokok,binatang dan pantai supaya dia boleh
menghayati pemahaman yang ada. Saya juga perlu mengajar Syafikah juga
menggosok gigi dengan cara yang betul. Dia boleh menggosok gigi dengan betul
namun perlu diperbaiki. Jika sebelum ini, dia menggsosok gigi dengan turutan yang
kurang tepat, namun setelah saya membimbingnya secara dua kali, dia berjaya
melakukannya dengan sendiri tanpa bimbingan. Sebagai langkah berterusan, saya
meminta dia melakukan perkara yang sama di rumah. Saya juga menitikberatkan
pemakanan yang sihat agar dapat menjaga gigi kekal sihat kepada murid.

2.4.2

Rekod Anekdot
Rekod Anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau

tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
Anekdot ditulis secara objektif menerangkan apa yangberlaku, bila dan di
mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan
Perkara-perkara yang pelu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot :
i.

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak

ii.
iii.

dirancang.
Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan.
Mengenalpasti peristiwa itu penting dan signifikan

iv.

aspek perkembangan murid


Tuliskan apa yang dilihat secara objektif

kepada

Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yangmenggambarkan


tentang perkembangan bahasa dan literasi, polainteraksi sosial, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan
Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod
anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal
pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid,
merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu
peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif
Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan
peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan
pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu
atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan
apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang
terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya
juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit
sehingga tiga puluh minit
2.4.2

Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk ceritanaratif yang dibuat

keatas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalamtempoh 5-10
minit
Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir
proses untuk menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang
dilakukan sepanjang masa tidak kira masa tertentu. Ia bersifat formatif iaitu
mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya
dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan
pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian
bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester.
Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa. Guru juga hendaklah membuat
diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semsa ke semasa. Penilaian

berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru
memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di
prasekolah,penilaian

dijalankan

secara

berterusan

dan

tidak

formal

bagi

memudahkan guru mengambil tindakan susulan.


Prosedur-prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya
guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang
akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah
dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang
dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah
mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat
memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh
yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan
yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga,
kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan
dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru
membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu
seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya
adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan.
Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana
seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak
sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu
guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar
rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.
Selepas pemerhatian dan rekod telah dilakukan, saya dapat menyimpulkan
bahawa terbukti penilaian secara berterusan adalah sangat sesuai dengan kanakkanak prassekolah. Ini kerana tindakan serta-merta yang dilakukan oleh guru sangat
berkesan dalam langkah memperbaiki kelemahan murid. Murid akan lebih
mengingati sesuatu kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki diri mereka melalui
bimbingan guru. Guru juga harus memberikan sokongan dan penilaian yang telus
agar potensi murid dapat dikembangkan secara maksimum.
Guru prasekolah juga harus peka dengan semua perkara yang dilakukan oleh
murid tanpa mengira dan memilih murid. Pembelajaran yang sama rata
membolehkan murid mendapat hak mereka dalam kehidupan sebagai kanak-kanak.

Saya juga berpendapat bahawa kanak-kanak yang pandai membaca atau


kelihatan bijak tidak semestinya pandai melakukan semua perkara. Guru seharusnya
tidak mengamalkan sikap sambil lewa dengan perkembangan kerohanian dan
emosinya semata-mata membolehkan murid pandai membaca. Semua aspek perlu
diambil kira untuk membentuk murid yang seimbang. Rekod yang dicatat dalam
instrument adalah satu bahan bukti penilaian dan tindakan telah dibuat oleh guru. Ibu
bapa juga harus didedahkan dengan laporan penilaian supaya dapat terlibat sama
dalam pembentukan perkembangan anak mereka. Di sini baharulah ibu bapa
mengetahui aktiviti dan hasil kerja anak mereka sepanjang pembelajaran di
prasekolah. Ini dapat dijadikan bahan perbincangan dan penambahbaikan yang
boleh diambil oleh ketiga-tiga pihak iaitu murid,guru dan ibu bapa.

3.1

MENGESAN PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MELALUI HASIL


KERJA KANAK-KANAK
Terdapat pelbagai langkah untuk mengesan perkembangan dan kemajuan

kanak-kanak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah dengan


menggunakan hasil kerja mereka. Dengan menggunakan hasil kerja yang diberikan
oleh kanak-kanak, saya sebagai seorang guru prasekolah dapat mengetahui tahap
kefahaman mereka dan tahap perkembangan serta kemajuan masing-masing.
Apabila saya memberikan lembaran kerja untuk dibuat oleh kanak-kanak,
saya akan membimbing dan memantau mereka supaya dapat melihat tahap
kefahaman mereka. Hasil kerja yang dilakukan oleh semua kanak-kanak dapat
membantu saya mengesan tahap perkembangan dan kemajuan masing-masing
kerana hasil kerja yang dihasilkan adalah pelbagai. Sebagai contoh, sekiranya
seseorang kanak-kanak itu dapat menguasai pembelajaran pada hari tersebut
dengan baik, mereka akan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan
sempurna. Tetapi bagi kanak-kanak yang tidak dapat menguasainya, mereka akan
melakukan tugasan yang diberikan sambil lewa dan tidak terlalu menitikberatkan
kesempurnaan bagi menyiapkan tugasan tersebut.
Dengan

menggunakan

hasil

kerja

kanak-kanak

juga,

saya

dapat

memotivasikan mereka dan meningkatkan pembelajaran melalui refleksi dan


penilaian hasil kerja masing-masing. Apabila saya melihat hasil kerja yang
ditunjukkan tidak seperti yang dimahukan, saya dapat mengesan dengan mudah
bahawa kanak-kanak tersebut tidak memahami dan tidak dapat menguasai

pembelajaran yang telah saya ajar pada hari tersebut. Secara tidak langsung, saya
dapat memotivasikan kanak-kanak tersebut dengan cara membimbing dan memberi
perhatian yang lebih kepada mereka supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran.
Sekiranya saya memberikan kertas lukisan untuk kanak-kanak dan meminta
mereka melukis apa yang ingin dilukis, mereka dapat meluahkan perasaan mereka
melalui lukisan. Dengan cara tersebut, saya dapat mengesan tahap perkembangan
pelajar saya iaitu dengan cara melihat cara mereka melukis dan sejauh mana
kepandaian mereka dalam lukisan. Sekiranya lukisan yang dihasilkan agak baik,
tahap perkembangan dan kemajuan mereka juga adalah lebih tinggi berbanding
kanak-kanak

yang

hanya

melukis

bentuk-bentuk

yang

senang.

Dengan

menggunakan lukisan juga, saya dapat mengesan kelebihan dan kelemahan


seseorang kanak-kanak itu.

4.0

LAPORAN LENGKAP HASIL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID

4.1

MAKLUMAT DIRI KANAK-KANAK

NAMA MURID

MOHAMMAD ARIF SOFEAN BIN MAHADI

NO.MY KID

080803-03-0565

NAMA BAPA

MAHADI BIN SALLEH

PEKERJAAN BAPA :

TUKANG CAT

NAMA GURU

HAYATI BT YAACOB

TEMPAT PENILAIAN :

TABIKA KEMAS RIDZUAN BUKIT SIREH

BILANGAN ADIK BERADIK :

1 ORANG

MAKANAN KEGEMARAN

NASI AYAM

MINUMAN KEGEMARAN

AIR MILO

4.2

Pengenalan pemerhatian

Penilaian telah dilakukan ke atas Mohammad Arif Sofean bin Mahadi berumur
6 tahun. Dia adalah anak tunggal dan hidup bertiga bersama ibu dan bapa. Tidak
hairanlah jika dia mendapat kasih sayang yang cukup dan agak manja.
Saya memilih Arif Sofean kerana dia adalah antara murid yang paling petah
bercakap dan boleh memberikan komitmen kepada saya. Ini juga bertujuan untuk
menyenangkan kerja-kerja saya. Saya juga terdorong untuk memilihnya sebagai
bahan penilaian kerana dia rajin ke sekolah dan mempunyai ketekunan yang tinggi
dalam membuat tugasan. Contoh aktiviti yang selalu mendapat perhatiannya adalah
subjek kreativiti. Dia banyak menghasilkan banyak hasil kerja yang baik jika
dibandingkan dengan rakan-rakan lain. Namun ini tidak bermakna ianya sempurna.
Dia mempunyai masalah tingkah laku yang bermasalah. Dia seorang yang aktif dan
suka mengusik rakan-rakannya.
5.0

Analisis
Berdasarkan hasil kerja yang dilampirkan, Arif Sofean adalah seorang kanak-

kanak yang sudah boleh menguasai beberapa kemahiran iaitu kemahiran psikomotor
dan kemahiran menulis. Dia sudah boleh menulis dengan baik dan dapat
membezakan warna serta dapat mewarnakan lembaran kerja yang diberikan dengan
baik. Walaubagaimanapun, kebanyakan kerja yang diberikan tidak dapat disiapkan
dengan sempurna disebabkan sikapnya yang suka bercakap dan bermain.
Arif Sofean adalah seorang kanak-kanak yang suka mengganggu rakanrakannya yang lain. Dia juga suka berjalan ke tempat duduk rakan-rakan yang lain
menyebabkan kerja yang diberikan tidak dapat disiapkan. Dari segi perkembangan
fizikal, Sofean sudah dapat menguasainya dengan baik. Segala aktiviti fizikal yang
dilakukan di tabika dapat diikuti dengan baik. Dia juga melibatkan diri dengan semua
aktiviti yang saya jalankan. Dia juga memang menyukai aktiviti luar kerana aktiviti
tersebut membolehkannya untuk berada di luar kelas dan bergerak bebas.
Dari segi perkembangan kognitif pula, Sofean masih lagi berada di peringkat
pertengahan kerana belum dapat menguasai kemahiran kognitif dengan baik. Sofean
hanya dapat membilang 1 20. Dia juga tidak berapa mengenali nombor dengan
baik. Jika hendak dilihat pada awal penilaian, Sofean hanya boleh menguasai 30%
pada

perkembangan

kognitif

dan

psikomotor.

Dan

sebanyak

20%

pada

perkembangan afektif. Ini mungkin disebabkan dia kurang pendedahan ilmu yang
sepatutnya diajar kepadanya.

5.1

Tindakan susulan
Tindakan yang saya lakukan adalah memberikan lagi banyak aktiviti

bimbingan pada tahap ini. Setiap kali pelajaran atau rutin, saya akan menerapkan
nilai murni dan soalan yang merangsang fikirannya. Untuk tunjang kognitif, ST 2.1.6
memerhati dan mengenal pasti bentuk di persekitaran, Sofean mengalami masalah
menguasainya. Jadi, saya telah mengajarnya secara peribadi dan bertanya semula
kepadanya apakah objek yang menyerupai bentuk yang ditunjukkan oleh guru.
Sebagai contoh :
Sofean, cuba lihat bola itu berbentuk apa? Lihat juga pada glob itu. Apakah bentuk
yang kamu lihat?
Antara aktiviti peneguhan yang telah dijalankan adalah aktiviti simulasi dan
lakonan. Dia akan disoal dan dikehendaki membuat lakonan. Contohnya, apakah
yang perlu dilakukan jika seseorang memberi pertolongan atau barang kepada kita?
Sofean juga masih ada sedikit kekeliruan dengan ciptaan Tuhan dan manusia. Saya
telah memberikan ciri-ciri bahan buatan Tuhan yang tidak termampu dicipta oleh
manusia. Dan nampaknya dia faham dengan baik perkara yang saya sampaikan.
Pada pendapat saya dia perlu diberi peluang melihat keindahan ciptaan dan
kekuasaan Tuhan seperti pokok-pokok,binatang dan pantai supaya dia boleh
menghayati

pemahaman

yang

ada.

Saya

juga

perlu

mengajar

Sofean

menggosok gigi dengan cara yang betul. Dia boleh menggosok gigi dengan betul
namun perlu diperbaiki. Jika sebelum ini, dia menggsosok gigi dengan turutan yang
kurang tepat, namun setelah saya membimbingnya secara dua kali, dia berjaya
melakukannya dengan sendiri tanpa bimbingan. Sebagai langkah berterusan, saya
meminta dia melakukan perkara yang sama di rumah. Saya juga menitikberatkan
pemakanan yang sihat agar dapat menjaga gigi kekal sihat kepada murid.
Selepas pemerhatian dan rekod telah dilakukan, saya dapat menyimpulkan
bahawa terbukti penilaian secara berterusan adalah sangat sesuai dengan kanakkanak prasekolah. Ini kerana tindakan serta-merta yang dilakukan oleh guru sangat
berkesan dalam langkah memperbaiki kelemahan murid. Murid akan lebih
mengingati sesuatu kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki diri mereka melalui
bimbingan guru. Guru juga harus memberikan sokongan dan penilaian yang telus
agar potensi murid dapat dikembangkan secara maksimum. Guru prasekolah juga
harus peka dengan semua perkara yang dilakukan oleh murid tanpa mengira dan

memilih murid. Pembelajaran yang sama rata membolehkan murid mendapat hak
mereka dalam kehidupan sebagai kanak-kanak.
Saya juga berpendapat bahawa kanak-kanak yang pandai membaca atau
kelihatan bijak tidak semestinya pandai melakukan semua perkara. Guru seharusnya
tidak mengamalkan sikap sambil lewa dengan perkembangan kerohanian dan
emosinya semata-mata membolehkan murid pandai membaca. Semua aspek perlu
diambil kira untuk membentuk murid yang seimbang. Rekod yang dicatat dalam
instrument adalah satu bahan bukti penilaian dan tindakan telah dibuat oleh guru. Ibu
bapa juga harus didedahkan dengan laporan penilaian supaya dapat terlibat sama
dalam pembentukan perkembangan anak mereka. Di sini baharulah ibu bapa
mengetahui aktiviti dan hasil kerja anak mereka sepanjang pembelajaran di
prasekolah. Ini dapat dijadikan bahan perbincangan dan penambahbaikan yang
boleh diambil oleh ketiga-tiga pihak iaitu murid,guru dan ibu bapa.
6.0

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Pemerhatian adalah salah satu teknik pentaksiran dan penilaian yang sering

digunakan oleh guru prasekolah bagi mendapatkan data tentang perkembangan


kanak-kanak. Cikgu Fasihah telah menggunakan skala radar untuk merekodkan
perkembangan kemahiran bacaan salah seorang muridnya yang bernama Aminah.
Berdasarkan rekod yang dipaparkan, Aminah merupakan seorang kanakkanak yang bijak kerana sudah menguasai prabacaan. Dia juga mempunyai
pengamatan dan pendengaran yang baik. Koordinasi mata tangannya juga di tahap
yang baik iaitu menguasai. Kebiasaan kanak-kanak yang telah menguasai
kemahiran koordinasi mata tangan adalah kanak-kanak yang aktif dan sentiasa
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di prasekolah.
Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan pada Aminah apabila kemahiran
untuk mengeja dan menyebut adalah rendah. Kemahiran menyebut dan mengeja
terletak pada skala kedua iaitu kurang menguasai. Berdasarkan rekod yang
disediakan, Aminah adalah seorang kanak-kanak yang sudah membaca perkataanperkataan yang mudah. Asas bacaan sudah dapat dikuasai olehnya. Aminah
mungkin dilatih untuk membaca perkataan tanpa mengeja dan menyebut sukukata
terlebih dahulu. Oleh sebab itu, kemahiran mengeja dan menyebut tidak dapat
dikuasai olehnya.
6.1

Proses Membaca

Daripada

definisi-definisi

yang

telah

dibincangkan,

ternyata

bahawa

membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan
beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses
pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses
memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.
Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke
otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah
penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.
Seseorang juga memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya
membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang
diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat.
Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan.
Pengamatan pula adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugastugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung
rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang
mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi
dan juga makna. Disebabkan itulah Aminah dapat menguasai kemahiran prabacaan
kerana dia memberikan pengamatan dan pendengaran semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
7.0

Kesimpulan
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana

melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam


pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat
yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar
kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai
dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan
bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.

You might also like