P. 1
kertas kerja kursus pemantapan p&p pemulihan khas

kertas kerja kursus pemantapan p&p pemulihan khas

4.56

|Views: 2,592|Likes:
Published by mazni bin othman
panatia pemulihan khas daerah manjung
panatia pemulihan khas daerah manjung

More info:

Published by: mazni bin othman on May 09, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) PEMULIHAN KHAS
BAGI

GURU-GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MANJUNG 2008

DISEDIAKAN OLEH: EN. MAZNI BIN OTHMAN GURU PEMULIHAN KHAS SK KAYAN, SITIAWAN, PERAK

1.

Pendahuluan

1.1

Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan sehingga ke Tahap 2 persekolahan. Kebanyakkan murid Pemulihan Khas ini menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran 3M iaitu mambaca, menulis dan mengira. Mereka juga terbahagi kepada beberapa tahap kebolehan malah tahap penerimaan mereka juga berbeza. Ini sering kali menimbulkan masalah kepada guru-guru Pemulihan Khas terutama dalam menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan untuk murid-murid ini.

1.2

Atas dasar itulah, Panitia Pemulihan Khas Daerah Manjung dengan kerjasama PPD Manjung menganjurkan satu kursus pendek untuk mempertingkatkan dan memantapkan P&P guru-guru Pemulihan Khas Daerah Manjung ini.

2.

Rasional

2.1

Walaupun guru-guru Pemulihan Khas telah mendapat pendedahan bagi mengatasi masalah murid-murid yang belum menguasai 2 M tetapi satu strategi P&P yang berkesan perlu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai.

2.2

Bagi memastikan suatu P&P itu menarik dan berkesan, satu perancangan harian juga amat penting untuk membolehkan aktiviti P&P berjalan dengan lancar.

3.

Matlamat

3.1

Guru-guru Pemulihan Khas dapat merangka dan merancang satu rancangan harian yang menarik dan berkesan supaya P&P dapat mencapai objektifnya.

4.

Objektif

Di akhir kursus ini, guru-guru Pemulihan Khas dapat: 4.1 Merangka dan merancang satu rancangan P&P harian yang lebih baik dan berkesan bagi mencapai objektif pelajaran 4.2 Menggunakan pendekatan dan strategi yang lebih menarik, kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid-murid yang terdiri dari pelbagai tahap kebolehan. 4.3 Wujud kesedaran di kalangan guru-guru Pemulihan Khas bagi mengurangkan kadar buta 3M selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di bawah Teras yang ke-3 iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan di dalam Fokus yang ke-4 iaitu Pemantapan Kurikulum Pendidikan Khas bagi murid yang bermasalah pembelajaran.

5.

Tentatif

Tarikh Masa Tempat

: 13 Mei 2008 (Selasa) : 8.00 pagi hingga 4.30 petang : Dewan Samudera, SK Seri Bayu.

6.

Kumpulan Sasaran

6.1

Semua guru Pemulihan Khas Daerah Manjung iaitu seramai 76 orang. SK - 35 orang

SJKC - 18 orang SJKT - 6 orang SKM - 17 orang

7.

Jawatankuasa Perlaksana

Penasihat

: En. Musa b. Hamid Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Manjung

Pengerusi

: Pn. Hajjah Suri binti Nordin Ayus Guru Besar, SK Sungai Wangi.

Setiausaha

: En. Mazni bin Othman Guru Pemulihan SK Kayan

Bendahari

: Pn. Zaiton binti Ba’ai Guru Pemulihan SK Beruas

Ahli Jawatankuasa
Pendaftaran : Pn. Hasnah binti Ishak SK Simpang Empat Pn Wan Norleza binti Ahmad Shah SK Ayer Tawar Jamuan : Pn. Hamai AK Hangkin SK Pangkalan TLDM II Pn. Nooraini binti Ahmad Hadzri SK Seri Sitiawan Persediaan Tempat : En. Abdul Rahman bin Din SK Seri Bayu Siaraya : En. Taslim bin Rumdan SK Gugusan Lekir Sijil : Pn. Zalina binti Saat SK Seri Manjung

8. 8.1

Anggaran Perbelanjaan Minum pagi , makan tengahari dan minum petang RM 5.00 X 80 orang = RM 400.00

8.2

Cenderamata Penceramah RM 40.00

8.3

JUMLAH RM 440.00

9. 9.1

Punca Kewangan Sumber LO

10. 10.1

Penutup Di harap kurusu ini dapat meningkatkan lagi kemantapan guru-guru Pemulihan

Khas dalam P&P supaya dapat mengurangkan masalah murid-murid yang belum menguasai kemahiran 3M bagi mencapai hasrat PIPP iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

....................................................... (EN MAZNI BIN OTHMAN) Guru Pemulihan Khas SK Kayan, Sitiawan, Perak.

...................................................... (EN. MUSA BIN HAMID) Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Manjung

LAMPIRAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->