You are on page 1of 31

ABST4106

Panduan Kertas Projek

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

PANDUAN KERTAS PROJEK


ABST4106
PERLANTIKAN PENYELIA
FORMAT CADANGAN PROJEK
FORMAT LAPORAN AKHIR PROJEK

SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

First Edition, April 2013


Copyright Open University Malaysia (OUM)
All rights reserved. No part of this work may be reproduced in any form or by any means
without the written permission of the President, Open University Malaysia.

ABST4106

Panduan Kertas Projek

ABST4106

Panduan Kertas Projek

Contents
SEKSYEN
1
1.1
1.2
1.3

Keperluan Am Penulisan Kertas Projek


Pengenalan ........................................................................................ 5
Pencalonan Penyelia ......................................................................... 5
Spesifikasi Teknikal ............................................................................ 6
1.3.1 Jenis Tulisan dan Saiz ........................................................... 6
1.3.2 Margin .................................................................................... 6
1.3.3 Jenis Kertas ............................................................................ 6
1.3.4 Binding ................................................................................... 6
1.3.5 Serahan Cadangan Projek & Laporan Akhir Projek ............... 7
1.3.6 Sub Bahagian ......................................................................... 7
1.3.7 Carta Alir Proses Penyediaan Kertas Projek
Fakulti Sains Sosial Gunaan .................................................. 8

2
2.1
2.2
2.3
2.4

Format Cadangan Projek


Mengenalpasti Bidang Kajian ........................................................... 10
Cadangan Kajian .............................................................................. 10
Kenapa Perlu Ada Cadangan Kajian? ............................................. 10
Persediaan Sebelum Menulis Cadangan Kajian .............................. 11
2.4.1 Masalah Kajian ..................................................................... 11
(a) Contoh masalah kajian ................................................ 11
(b) Membuat kajian literatur .............................................. 11
(c) Membina soalan-soalan kajian atau
membuat hipotesis ...................................................... 11
(d) Membina metodologi kajian ......................................... 12
Penulisan Cadangan Kajian ............................................................. 12
2.5.1 Pengenalan .......................................................................... 12
2.5.2 Tinjauan Kajian ..................................................................... 13
2.5.3 Kaedah Kajian ...................................................................... 13
Penyerahan Cadangan Kajian kepada Fakulti / Penyelia ................ 13

2.5

2.6
3
3.1
3.2

Format Laporan Akhir


Garis Panduan Am ........................................................................... 14
Penyusunan Bab .............................................................................. 14
3.2.1 Seksyen Hadapan ................................................................ 14
(a) Tajuk Halaman ............................................................ 14
(b) Abstrak ........................................................................ 14
(c) Penghargaan ............................................................... 15
(d) Perakuan ..................................................................... 15
(e) Isi Kandungan .............................................................. 15
(f)
Senarai jadual / rajah / ilustrasi ................................... 15

ABST4106

3.2.2

3.2.3

Panduan Kertas Projek

Seksyen Utama .................................................................... 15


Bab 1: Pengenalan............................................................... 15
Bab 2: Kajian Literatur.......................................................... 15
Bab 3: Metodologi Kajian ..................................................... 16
Bab 4: Hasil temuan dan perbincangan ............................... 16
Bab 5: Kesimpulan ............................................................... 16
Seksyen Belakang ............................................................... 16
(a) Format Senarai Rujukan ............................................. 16
(b) Senarai Contoh-contoh Format Rujukan ..................... 17

Penghantaran Kertas Projek ............................................................ 18

Lampiran .......................................................................................... 18

ABST4106

Panduan Kertas Projek

SEKSYEN 1
Keperluan Am Penulisan Kertas Projek
1.1

Pengenalan
Penulisan Kertas Projek merupakan satu bentuk Latihan Ilmiah bagi
setiap pelajar Ijazah Sarjana Muda di pusat-pusat pengajian tinggi.
Pengalaman ini akan memberi panduan kepada para pelajar untuk
menulis tesis atau disertasi apabila mereka melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi (Sarjana / Doktor Falsafah). Dalam
panduan kertas projek ini akan diterangkan secara ringkas mengenai
format dan prosedur penulisan Kertas Projek.
Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu pelajar dalam
menyediakan dan menyiapkan Cadangan Projek dan Laporan
Projek. Pelajar dinasihatkan agar kerap berkomunikasi dengan
penyelia masing-masing untuk berbincang mengenai garis panduan
ini. Ini bermaksud, pelajar perlu mencari seorang penyelia untuk
memberi panduan dan menyelia kajian penyelidikan yang bakal
dijalankan.

1.2

Pencalonan Penyelia
Pelajar dikehendaki mencari seorang penyelia dengan menyerahkan
Borang Pencalonan Penyelia untuk Kertas Projek (Borang
FASSRP01) kepada pihak Fakulti sama ada melalui e-mel atau pos
bersama-sama dengan Resume penyelia berkenaan (sila rujuk
Lampiran A & B).
Penyelia dilantik untuk satu tempoh jangkamasa projek yang bakal
dijalankan. Dalam tempoh tersebut, penyelia dan pelajar dikehendaki
mengikut Garis Panduan Kertas Projek di dalam tempoh penyediaan
Kertas Projek berkenaan. Pelajar dan Penyelia hendaklah
berinteraksi secara atas talian / bersemuka (sekurang-kurangnya
minima 4 kali / semester).
Penyelia yang dicalonkan, mestilah mempunyai sekurang-kurangnya
Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan tajuk projek
yang hendak dijalankan.
Pelajar boleh menjalankan kajian Kertas Projek dalam tempoh dua
semester. Ini bermaksud satu semester untuk Bahagian I (Cadangan

ABST4106

Panduan Kertas Projek

Projek) dan satu lagi semester untuk melengkapkan Bahagian II


(Laporan Akhir Projek).

1.3

Spesifikasi Teknikal
Untuk format penulisan, pelajar dikehendaki mematuhi keperluankeperluan berikut:

1.3.1

Jenis Tulisan dan Saiz

Teks keseluruhan untuk Kertas Cadangan Projek dan Laporan Projek


meliputi tajuk dan halaman muka surat hendaklah ditulis dalam saiz
12 dan jenis tulisan Times New Roman atau Arial.

1.3.2 Margin
Muka surat pertama setiap bab hendaklah mengikut margin berikut:

Atas:

5 sm/2 inci

Kanan:

2.5 sm/1 inci

Kiri:

3.5 sm/1 inci

Bawah:

2.5 sm/1 inci

Teks didalam sub halaman hendaklah mengikut margin berikut:

Atas :

2.5 sm/1 inci

Kanan :

2.5 sm/1 inci

Kiri :

3.5 sm/1 inci

Bawah :

2.5 sm/1 inci

1.3.3 Jenis Kertas


Pelajar perlu menggunakan kertas A4 80 gram berwarna putih dan
bersaiz (210mm X 297mm) untuk mencetak.

1.3.4 Binding
Pelajar hendaklah menyerahkan Laporan Akhir Kertas Projek yang
dibinding setelah mendapat kelulusan penyelia. Cadangan Projek
perlulah dibuat secara comb binding manakala Laporan Akhir Kertas
Projek perlulah dalam bentuk hardcover (Warna Biru) .

ABST4106

Panduan Kertas Projek

Maklumat depan hardcover haruslah meliputi tajuk projek, nama


pelajar, fakulti, nama institusi dan sesi akademik dan dicetak di
dalam huruf besar bersaiz 18 (Arial Narrow gold fonts). (rujuk
Lampiran )

1.3.5 Serahan Cadangan Projek dan Laporan Akhir Projek


Cadangan Projek dan Laporan Projek / Disertasi hendaklah
diserahkan kepada Fakulti Sains Sosial Gunaan satu (1) minggu
sebelum peperiksaan akhir semester berkenaan bermula.

1.3.6 Sub-bahagian
Teks mestilah dibahagikan kepada beberapa bab. Sebagai contoh,
Bab 1, Bab 2, dan lain-lain. Sub-bahagian boleh juga digunakan.
Kandungan setiap bab boleh dibahagikan mengikut topik dan sub
topik (sila rujuk Lampiran H).

ABST4106

Panduan Kertas Projek

CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN KERTAS PROJEK FAKULTI SAINS


SOSIAL GUNAAN

ABST4106

Panduan Kertas Projek

ABST4106

Panduan Kertas Projek

SEKSYEN 2
Format Cadangan Projek
2.1

Mengenal Pasti Bidang Kajian


Sebelum para pelajar merancang untuk menulis Kertas Projek,
pelajar hendaklah mengenal pasti bidang kajian. Dalam Pengajian
Islam, sekurang kurangnya ada 3 bidang iaitu Usuluddin, Syariah dan
Sejarah. Jadi, pelajar mestilah mengenal pasti bidang yang diminati
untuk membuat kajian. Setelah mengenal pasti bidang kajian,
seterusnya boleh difikirkan tajuk yang sesuai di dalam bidang
tersebut. Sila rujuk contoh-contoh Kertas Projek dari mana-mana
institusi pengajian tinggi di Malaysia samada dalam bentuk bercetak
atau digital.

2.2

Cadangan Kajian
Langkah pertama dalam penulisan Kertas Projek atau sebarang
bentuk penulisan ilmiah ialah menyediakan Cadangan Kajian.
Apakah yang dimaksudkan dengan Cadangan Kajian? Cadangan
Kajian ialah satu ringkasan atau satu dokumen yang ditulis secara
sistematik yang melakarkan tentang langkah-langkah kajian yang
akan dilakukan. Dalam cadangan kajian ini perlu mengandungi tajuktajuk kecil seperti berikut:

2.3

(a)

Masalah kajian

(b)

Persoalan kajian

(c)

Tinjauan literatur

(d)

Metodologi kajian

(e)

Senarai rujukan

Kenapa perlu ada Cadangan Kajian?


Cadangan Kajian ini penting kerana ia dapat menolong para pelajar
mencari penyelia yang betul dan selaras dengan bidang kajian.
Pelajar dapat mengetahui sama ada penyelia tersebut daripada
bidang syariah, usuluddin, sejarah atau pendidikan. Demikian juga
pelajar dapat mengenalpasti bidang pengkhususannya sama ada
muamalat, munakahat, ilmu sesat atau sebagainya. Ini bermakna,
pelajar haruslah mengenalpasti dan merangka tajuk cadangan kajian
terlebih dahulu dan seterusnya mencari penyelia yang berkaitan
dengan bidang kajian.
10

ABST4106

2.4

Panduan Kertas Projek

Persediaan Sebelum Menulis Cadangan Kajian


2.4.1 Masalah Kajian
Pelajar haruslah telah mengenalpasti masalah yang hendak dikaji
iaitu yang diistilahkan dengan masalah kajian
(a)

Contoh masalah kajian


Antara contoh-contoh masalah kajian adalah seperti:
(i)

Ramai murid tahun enam sekolah kebangsaan tidak boleh


membaca Al-Quran (pendidikan);

(ii)

Pelajar sekolah menengah rendah suka hidu gam;

(iii)

Ramai remaja Islam di daerah (mana-mana) murtad


(Usuluddin);

(iv)

Mengkaji satu kumpulan ajaran sesat (Usuluddin);

(v)

Penceraian di kalangan pasangan Islam di satu daerah


(Syariah) atau;

(vi)

Ramai org Islam tidak mengambil Insuran Takaful


(Syariah); dan

(vii) Sebuah masjid lama di kampung dusun (sejarah) dan


sebagainya.
(b)

Membuat kajian literatur


Pelajar hendaklah membuat rujukan yang berkaitan dengan
tajuk masing-masing melalui buku, majalah, jurnal dan lain-lain.
Disamping itu pelajar juga perlu merujuk kajian lepas yang telah
dilakukan oleh pihak lain didalam bentuk tesis, disertasi, kertas
projek dan jurnal.

(c)

Membina soalan-soalan kajian atau membuat hipotesis.


Kajian yang dibuat adalah untuk menjawab soalan kajian yang
dibina.
Contoh soalan kajian:
(i)

Siapakah Qari terkenal di Kedah?

(ii)

Apakah gaya bacaan yang biasa dipilih oleh Qari ini?

(iii)

Adakah terdapat persamaan dari segi gaya bacaan


dengan Qari-Qari lain di Kedah?

11

ABST4106

Panduan Kertas Projek

Contoh lain yang berkaitan:

(d)

2.5

(i)

Adakah pekerja-pekerja di jabatan (xxx) membayar zakat


pendapatan?;

(ii)

Adakah pekerja-pekerja ini membayar zakat pendapatan


melalui potongan gaji?;

(iii)

Adakah pekerja-pekerja ini


membayar zakat pendapatan?;

(iv)

Adakah pekerja-pekerja ini tahu jenis-jenis zakat lain yang


wajib dibayar?; dan

(v)

Adakah pekerja-pekerja ini mengetahui dimanakah wang


kutipan zakat ini disalurkan?

mengetahui

kewajipan

Membina metodologi kajian


Ia menceritakan bagaimana kajian itu akan dilakukan, siapakah
orang yang terlibat (responden), dimana kajian itu akan dibuat
dan lain-lain yang berkaitan.
(i)

Membina reka bentuk kajian dan teknik atau tatacara


mengumpul data. Penggunaan kaedah kaji selidik
(survey), temubual, observasi, kajian teks, kajian buku,
kajian perpustakaan, tokoh dan sebagainya.

(ii)

Menjelaskan bagaimana data yang telah dikutip itu


hendak dilakukan analisis.

Penulisan Cadangan Kajian


Cadangan kajian hendaklah ditulis mengikut prosedur yang biasa
dilakukan dalam penulisan ilmiah. Berikut diterangkan secara ringkas
prosedur tersebut:

2.5.1 Pengenalan
Dalam bab ini dibentangkan pernyataan masalah yang ingin dikaji,
kemudian dijelaskan tujuan atau objektif kajian ini dibuat. Selanjutnya
membentangkan soalan-soalan kajian yang telah digubal dan
kepentingan kajian.

12

ABST4106

Panduan Kertas Projek

2.5.2 Tinjauan Kajian


Dalam bab ini penulis dikehendaki memaparkan literatur yang telah
dikaji, sama ada daripada buku, majalah, jurnal, kertas projek, kertas
kerja, tesis, disertasi, laporan kerajaan dan sebagainya. Literatur ini
mestilah ada kaitan dengan tajuk yang dipilih.

2.5.3 Kaedah Kajian


Dalam bab ini penulis membentangkan secara terperinci reka bentuk
kajian. Ini termasuklah sampel kajian, tempat, cara data dikutip dan
bagaimana data tersebut dianalisis.

2.6

Penyerahan Cadangan Kajian kepada Fakulti/Penyelia


Cadangan kajian yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
Fakulti dan satu salinan kepada penyelia yang dicadangkan. Jika
penyelia berkenaan menilai dan didapati sesuai dengan bidangnya,
maka pelajar boleh memaklumkan kepada pihak Fakulti untuk
melantiknya menjadi penyelia. (sila rujuk Lampiran A & B)

13

ABST4106

Panduan Kertas Projek

SEKSYEN 3
Format Laporan Akhir
3.1

Garis Panduan Am
Laporan Projek / Disertasi hendaklah merangkumi dokumentasi
bertulis antara 50 hingga 60 muka surat tidak termasuk bahagian
hadapan dan lampiran

3.2

Penyusunan Bab
Kertas Projek / Disertasi adalah dokumen saintifik, justeru itu
mestilah ditulis mengikut cara penulisan yang sistematik seperti
berikut:

3.2.1 Seksyen Hadapan


(a)

(b)

Tajuk Halaman perlu meliputi perkara berikut:


(i)

Tajuk Projek

(ii)

Nama Penulis

(iii)

Nama Program
(sila rujuk Lampiran D )

Abstrak
Sila ambil perhatian di dalam penyediaan abstrak.
Abstrak mestilah berinformasi dan merangkumi enam
bidang utama:
(i)

Tujuan

(ii)

Skop

(iii)

Kaedah-kaedah yang digunakan

(iv)

Keputusan

(v)

Penutup

(vi)

Saranan

Hadkan abstrak anda kepada 350 patah perkataan (sila


rujuk Lampiran F).

14

ABST4106

Panduan Kertas Projek

(c)

Penghargaan
Seksyen ini membolehkan pelajar untuk menyatakan
rasa terima kasih kepada orang ramai dan organisasi
yang telah membantu dalam menyiapkan disertasi
dengan jayanya seperti penyelia, ahli keluarga,
organisasi dan sebagainya (sila rujuk Lampiran G)

(d)

Perakuan
Pelajar memperakukan bahawa kerja-kerja yang
dijalankan untuk melengkapkan kertas projek / disertasi
adalah asli, benar mengikut etika penyelidikan dan
tanpa unsur unsur plagiat. (sila rujuk Lampiran E)

(e)

Isi Kandungan
Menyediakan garis panduan kepada pembaca
mengenai topik utama dan sub topik dalam
menyediakan Kertas Projek / Disertasi (sila rujuk
Lampiran I)

(f)

Senarai jadual dan rajah / ilustrasi


Tajuk jadual dan rajah / ilustrasi hendaklah ditulis dalam
cara yang sama seperti dalam teks sebenar.

3.2.2 Seksyen Utama


Bab 1: Pengenalan
1.

Latar belakang kajian

2.

Pernyataan Masalah

3.

Soalan-soalan kajian

4.

Objektif kajian

5.

Hipotesis

6.

Sumbangan kajian

7.

Had kajian

Bab 2: Kajian Literatur


1.

Kajian literatur

2.

Konsep dan Teori

3.

Konsep rangka kerja

15

ABST4106

Panduan Kertas Projek

Bab 3: Metodologi Kajian


1.

Reka bentuk kajian

2.

Contoh-contoh

3.

Instrumen Kajian

4.

Kaedah kajian

5.

Pengumpulan Data

6.

Analisis Data

Bab 4: Hasil temuan dan Perbincangan


1.

Keputusan yang dinyatakan perlu ada plot yang


mengambarkan keputusan anda.

2.

Teks anda haruslah mengambarkan apa yang anda lihat


dalam angka-angka terperinci yang menunjukkan
pemerhatian yang ketara.

Bab 5: Kesimpulan
1.

Merumuskan secara keseluruhan kajian yang telah


dilaksanakan, hasil dan pencapaian projek serta
perancangan dan harapan/cadangan pembaikan ke
atas projek yang dibangunkan.

2.

Berbincang tentang sebarang kekangan, kegagalan


atau kelemahan projek anda.

3.

Memberi penekanan kepada sumbangannya kepada


bidang kajian.

4.

Menunjukkan kajian pada masa hadapan.

5.

Potensi kejayaan anda jika bekerja dalam projek yang


dijalankan.

3.2.3 Seksyen Belakang


(a)

Format Senarai Rujukan


(i)

Mulakan senarai rujukan pada halaman baru


dengan rujukan perkataan di tengah-tengah
bahagian atas halaman.

(ii)

Susunkan item mengikut pengarang (jika tiada


nama pengarang, mulakan dengan tajuk).

16

ABST4106

(b)

Panduan Kertas Projek

(iii)

Jangan menyatakan nama pertama pengarang


atau nama tengah contoh: (Ashraf, Lokman
(bukannya Ashraf Lokman)

(iv)

Dalam tajuk buku, artikel, laman web, hanya


perkataan pertama tajuk dan sarikata ditulis dalam
huruf
besar
(kecuali
kata
nama),
walaubagaimanapun kata-kata penting dalam tajuk
jurnal, majalah & surat khabar perlu ditulis dalam
huruf besar contohnya: Jurnal Pendidikan Islamik

Senarai Contoh-contoh Format Rujukan


Jurnal atau Artikel Majalah
Bahagian ini mengandungi senarai rujukan khusus yang
telah digunakan sebagai kutipan dalam penulisan teks
laporan projek (bab-bab di atas). Setiap senarai rujukan
perlu dipastikan direkod dalam teks laporan.
Contoh Penulisan Rujukan:
(i)

Journal:
Ho, Y. W., & A. Nawawi. (1991). Effect of carbon
and nitriogen sources on growth of Ganoderma
boninense from oil palm. Journal of Plant
Protection in the Tropics 8:37-43.

(ii)

Monographs:
Herlina, S., & Tan, F. H. (1992). Molecular aspects
of typhoid fever. Kuala Lumpur: Protea Press.

(iii)

Book Chapter:
Chan, T. K. (1992). Plasmids of enterobacteria. In
Pathogenesis of bacterial infections, ed. A.
Ramirez, and S. Aquino, pp 235-243. Kuala
Lumpur: Protea Press.

(iv)

Personal Communications:
These should be mentioned in the text in the
following form: (A.B. Salleh, pers.comm.).

(v)

Web pages
Vice President, 1999. University of Calgary
Research Policies and Procedures Handbook.

17

ABST4106

Panduan Kertas Projek

http://www.ovpr.uga.edu/rpph/rph_misn.html.
Accessed on 23 February 1999.
(vi)

4.0

Thesis
Chin, Y. (1986). Title of Ph.D. Dissertation, Ph.D
Thesis,
Any
State
University.
Reports
Country/Ministry/State/Institution, 1999. Title of
reports. Malaysia, 1999. Rancangan Malaysia
Keenam 1991-1995.

Penghantaran Kertas Projek


Pelajar perlu menghantar:

5.0

1.

Satu CD yang mengandungi salinan kertas projek. Labelkan CD


dengan kod projek, tajuk projek, nama pelajar, nombor matrik
dan nama

2.

Satu hardcopy Kertas Projek berjilid.

Lampiran
Lampiran yang disertakan hendaklah dicatat perkataan LAMPIRAN
berhuruf besar pada sebelah atas setiap helaian. Lampiran adalah
dokumen-dokumen sokongan yang relevan meliputi instrumen kajian,
bahan-bahan dan prosedur yang berkaitan dengan kajian untuk
mengukuhkan lagi penyataan di dalam hasil temuan. Ini akan
memastikan bahawa hasil kajian anda adalah produk yang lengkap
dan berkualiti.

18

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN A
Borang FASSRP01

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

PERLANTIKAN PENYELIA UNTUK KERTAS PROJEK


BAHAGIAN A

UNTUK DIISI OLEH PELAJAR

Nama

: ______________________________________

Program

: ______________________________________

Pusat Pengajian

: ______________________________________

No. Kad Pengenalan

: ______________________________________

No. Matrik

: ______________________________________

Ambilan

: ______________________________________

Perlantikan untuk Semester : JAN


Alamat Surat Menyurat

MEI

SEPT

Tahun_____

: ______________________________________
______________________________________

No. Telefon

: ________________Bimbit: ________________

Emel

: ________________________

19

ABST4106

Panduan Kertas Projek

TAJUK KAJIAN (menggunakan HURUF BESAR)

_________________

_______________

Tandatangan Pelajar

Tarikh

20

ABST4106

Panduan Kertas Projek

BAHAGIAN B UNTUK DISI OLEH PENYELIA

Maklumat Penyelia 1
Nama Penyelia*

: ________________________________________

Bidang pengkhususan

: ________________________________________

Institusi & Alamat

: ________________________________________
________________________________________

Telefon

: (P) ________________ (Bimbit) _____________

____________________

____________________

Tandatangan Penyelia

Tarikh

Maklumat Penyelia 2 (jika berkaitan)


Nama Penyelia*

: ______________________________________

Bidang pengkhususan

: ______________________________________

Institusi & Alamat

: _____________________________________
______________________________________

Telefon

: (P) ________________ (Bimbit) ____________

_____________________

_____________________

Tandatangan Penyelia

Tarikh

* Sila lampiran resume. (rujuk Lampiran B)

21

ABST4106

Panduan Kertas Projek

BAHAGIAN C UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

UNTUK PENYELARAS PROGRAM


SAHAJA
Lulus/Tidak Lulus

UNTUK FASS SAHAJA


Kemaskini I-Campus
Disahkan oleh:

________________________

_______________________

(Tandatangan & Cop)

(Tandatangan & Cop)

Tarikh: _____________

Tarikh:: _____________

Catatan (jika ada)


_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

22

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN B
FORMAT RESUME

UNTUK DISI OLEH CALON PENYELIA BAGI KERTAS PROJEK

Nama

Institusi

: .

Tarikh Lahir

: .

Alamat

: .

No Telefon

Emel

: .

Bidang Pengkhususan

Pej:Bimbit:

Kelayakan Akademik & Profesional:

.........................................................
.........................................................................

23

ABST4106

Panduan Kertas Projek

Senarai terbitan terdahulu (jurnal/buku/kertas persidangan):

Maklumat lain yang berkaitan:

____________________

____________________

Tandatangan Penyelia

Tarikh

24

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN C
FORMAT MUKA DEPAN & COMB BINDING

ROSHIZAN MAHMOOD

(Arial Narrow, saiz 18, HURUF BESAR)

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DIDALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DI DALAM


PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA
(Arial Narrow, saiz 18, HURUF BESAR)

ROSHIZAN MAHMOOD
(Arial Narrow, Saiz 18, HURUF BESAR)

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


2012
(Arial Narrow, Saiz 18, HURUF BESAR)

BIS

2012

*Do not indicate the box on the Front Cover & Spine

25

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN D
FORMAT TAJUK HALAMAN

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DI DALAM


PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA
(Arial Narrow, saiz 14, HURUF BESAR)

ROSHIZAN MAHMOOD
(Arial Narrow, saiz 14, HURUF BESAR)

Kertas Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang Pengajian Islam

Fakulti Sains Sosial Gunaan


Open University Malaysia
2012

(Arial Narrow, saiz 14, HURUF BESAR)

*Do not indicate the box on the Title Page

26

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN E
FORMAT HELAIAN PERAKUAN

PERAKUAN

(Times New Roman / Arial, saiz 14, HURUF BESAR)

Nama:
No Metrik:

Saya dengan ini memperakukan bahawa Kertas Projek ini adalah hasil
kerja saya sendiri, kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah
diperakui.

Tandatangan:

Tarikh:

ii

*Do not indicate the box on the Declaration

27

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN F
FORMAT ABSTRAK

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DI DALAM


PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA
(Times New Roman / Arial, saiz 14, HURUF BESAR)

ROSHIZAN MAHMOOD
Mei 2012
ABSTRAK

(Times New Roman / Arial, saiz 12, HURUF BESAR)

______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
* Hadkan abstrak ke 350 patah perkataan
*Jarak hanya satu baris
*Satu (1) halaman sahaja

*Do not indicate the box on the Abstract

28

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN G
FORMAT PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

(Times New Roman / Arial, saiz 14, HURUF BESAR)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya yang


memberikan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan projek ini. Terima
kasih atas sokongan kawan-kawan, ahli keluarga atas dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

*Do not indicate the box on the Acknowledgement

29

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN H
FORMAT SUB BAHAGIAN

(5 cm/2 inci)

BAB 1
TAJUK UTAMA BAB
(Times New Roman / Arial, saiz 12, HURUF BESAR)
1.1
Topik Utama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(3.5 cm/1 inci)

(2.5 cm/1 inci)

1.1.1 Sub topik 1


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.1.2 Sub topik 2
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.1.3 Sub topik 3
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(2.5 cm/1 inci)

* Do not indicate the box on the Chapter Heading

30

ABST4106

Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN I
FORMAT ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
PERAKUAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL / RAJAH / ILUSTRASI
SENARAI NOMBOR
SENARAI SINGKATAN

1
2
3
4
5
6
7
8

BAB 1

PENGENALAN
1.1 Latar belakang kajian
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Soalan-soalan kajian
1.4 Objektif kajian
1.5 Hipotesis

10

BAB 2

KAJIAN LITERATUR
2.1 Konsep dan Teori

15

BAB 3

METHODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka bentuk kajian
3.2 Contoh prosedur
3.4 Kaedah kajian
3.5 Pengumpulan Data
3.6 Penganalisaan Data

17

BAB 4

HASIL TEMUAN & PERBINCANGAN

20

BAB 5

KESIMPULAN

22

RUJUKAN

23

LAMPIRAN

25

* Do not indicate the box on the Table of Content

31