You are on page 1of 19

MAKLUMAT TESIS

Tajuk tesis ini ialah GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA


DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI NEGERI JOHOR yang di buat oleh Tinah
Binti Naim @ Nain, pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada November 2007. Kajian ini
dikemukakan oleh Tinah Binti Naim @ Nain sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana
Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik
yang menggunakan skala likert lima mata. Alat ukur Leader Behavior Description
Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua dimensi
berstruktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur tahap
stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua dimensi tersebut.
ULASAN BAB 1
Penyelidik telah menjadikan berita berkenaan dakwaan 22 murid ditampar kerana tidak
menyiapkan kerja serta 200 orang pelajar perempuan kena berendam dalam kolam kotor kerana
kesalahan seorang pelajar membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas sebagai latar belakang
masalah kajian ini. Ini memberikan gambaran bahawa pengkaji seolah-olah mencari kesalahan
berbanding kelemahan guru. Penyelidik menggambarkan guru yang dalam suasana stres berada
di persekitaran sekolah.
Penyelidik menyatakan tahap stres guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan
dan persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era globalisasi. Tetapi tidak menjelaskan
faktor-faktor sumbangan stres kepada guru-guru di sekolah secara khusus. Penjelasan berkaitan
peranan organisasi dalam pendidikan boleh dikhususkan dengan lebih jelas. Hipotesis yang
dikenal pasti oleh Penyelidik digambarkan seperti kurang signifikan dengan objektif kajian.
Penyelidik boleh menambah serta mengembangkan lagi pengetahuan mengenai masalah
ketegangan, tekanan atau stres yang dialami oleh guru terutamanya di sekolah. Penyelidik juga
boleh memberikan panduan penyeliaan dan penilaian serta mencari beberapa alternatif
penyelesaian masalah stres guru serta menyedarkan pihak guru dan pengetua agar lebih
berperanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Batasan kajian yang dijalankan ini adalah bersesuaian dan relevan bagi daerah Muar,
Johor. Skop kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pengetua di sekolah mungkin boleh

dikembangkan lagi Tahap stres guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dari
dua kepimpinan dimensi kepimpinan tersebut iaitu berstruktur dan timbang rasa adalah dirasakan
relevan dengan kajiannya. Perbezaan tahap stres guru dicari berdasarkan demografi guru boleh
juga dikembangkan berdasarkan pengalaman atau lain-lain elemen yang lebih signifikan.
PENGENALAN
Latar Belakang Masalah
Berita berkenaan dakwaan 22 murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran
ditampar kerana tidak menyiapkan kerja di rumah serta 200 orang pelajar perempuan SMK
Bawang Assan di denda berendam dalam kolam kotor kerana kesalahan seorang pelajar
membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas menjadi asas pembicaraan latar belakang
masalah kajian ini.
Isu yang dibangkitkan ialah mengapakah guru-guru berkenaan bertindak sedemikian?
Adakah kerana tertekan atau stress oleh gaya kepimpinan pengetua yang mengurus dan
mentadbir sekolah.
Penyelidik membuat rujukan kepada beberapa kajian yang dibuat;
a. Kajian Ohio State melihat gaya kepimpinan pengetua dari dua dimensi iaitu
dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa.
b. Universiti Michingan, melihat gelagat kepimpinan pengetua dari segi kepimpinan
berorientasikan manusia pekerja dan kepimpinan berorientasikan pengeluaran
tugas.
c. Manakala grid pengurusan oleh Robert Blake dan Jane Mouton memberi
penekanan kepada manusia dan penekanan kepada pengeluaran.
d. Gaya kepimpinan yang berteraskan teori kotingensi boleh dilihat dari Model
Fiedler, Julat Kepimpinan Tannenbaum dan Schmidt, Teori Situasi Herseye.

Blanchard, Teori Laluan Matlamat dan Model Pemimpin-Penyertaan.


Gaya kepimpinan kontemporari pula adalah pengganti kepada kepimpinan dan
kepimpinan transformasional.

Penyelidik juga merujuk Kamarudin (1989) yang telah menggariskan kekurangan dalam
kecekapan pengetua yang menimbulkan masalah ialah :

a. Kecekapan pentadbiran yang melibatkan perancangan, pengelolaan, pengarahan,


penyelarasan, pelaporan, perbelanjaan dan sebagainya
b. Kecekapan sosial yang penting untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi
daripada semua sektor
c. Kecekapan pengajaran bagi kelas-kelas besar yang pelbagai kaum
1.3

Pernyataan Masalah
Kajian mengenai stres yang dialami oleh guru telah mula diberi perhatian. Menurut Mohd

Taib dan Hamdan (2006), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Manchester
Institute Science and Technology didapati bidang bekerjaan guru mempunyai kadar stres yang
tinggi iaitu pada skala 6.2 dari skala stres 0 hingga 10.
Tahap stres guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan dan persaingan dunia
pendidikan dalam menghadapi era globalisasi.
Guru-guru terpaksa menjalankan tugas bagi memenuhi kehendak pelbagai pihak seperti
kehendak organisasi sekolah, pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri,
Kementerian Pelajaran, serta kehendak pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.

1.6

Kepentingan Kajian

Menambah

serta

mengembangkan

lagi

pengetahuan

mengenai

masalah

ketegangan, tekanan atau stres yang dialami oleh guru terutamanya di sekolah
menengah yang dikatakan mengalami beban kerja yang banyak.

Panduan penyeliaan dan penilaian serta mencari beberapa alternatif penyelesaian


masalah stres guru

Menyedarkan pihak guru dan pengetua agar lebih berperanan dalam


melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas guru yang mengajar di lapan buah sekolah menengah
harian biasa yang mempunyai dua sesi/sidang persekolahan di daerah Muar,
Johor.

Skop kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pengetua di sekolah tersebut sama
ada mengamalkan gaya kepimpinan dimensi berstruktur atau timbang rasa.

Tahap stres guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dari dua
kepimpinan dimensi kepimpinan tersebut iaitu berstruktur dan timbang rasa.

Seterusnya gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru dicari.

Perbezaan tahap stres guru dicari berdasarkan demografi guru.

1.8

Definisi Istilah

1.8.1

Gaya
Gaya yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah merujuk kepada stail, cara, gelagat

dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dalam mengurus dan mentadbir organisasi
sekolah.
1.8.2

Kepimpinan:
Kepimpinan pengetua yang berkesan ialah apabila seorang pengetua dapat memainkan

peranannya sebagai seorang pemimpin yang bijaksana, mampu memberi arahan serta memimpin
tetapi pada masa yang sama menjaga hati dan perasaan guru serta berjaya mewujudkan suasana
sekolah yang kondusif dan bebas tekanan yang melampau.
1.8.3

Pengetua:
Dalam kajian ini, pengetua dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan pentadbiran

sesebuah sekolah.

1.8.4

Stres
Dalam kajian ini istilah stres dan tekanan merujuk kepada kadar tekanan yang dirasai

oleh seseorang guru terhadap gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua.
1.9

Kerangka Kajian
Dalam kajian ini gaya kepimpinan pengetua adalah berdasarkan kepada pandangan guru

iaitu sama ada dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa. Manakala tahap stress guru pula
adalah berdasarkan kepada apa yang guru rasa terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pengetua.

2.

SOROTAN PENULISAN

ULASAN
Dalam bab 2 tesis ini membincang dan meninjau kajian-kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji lepas mengenai gaya kepimpinan pengetua dan perkara yang berkaitan dengan
stress kerja guru.
Pelbagai bentuk gaya kepimpinan telah dibincangkan dalam bab ini yang mana ia amat
bersesuaian dengan keperluan kajian yang hendak dijalankan. Gaya kepimpinan adalah satu
struktur keperluan yang memotivasikan tingkah laku dalam pelbagai situasi kepimpinan. Banyak
perkara gaya kepimpinanyang dihuraikan seperti Gaya Autokratik, Demokratik dan Laissez Faire
yang mana ada hubung kait dengan teori pentadbiran pendidikan, iaitu teori keperluan Maslow.
Melalui teori Maslow, Penyelidik telah cuba menerangkan tingkah laku manusia berasaskan
tahap-tahap keperluan atau needs manusia. Berasaskan pengetahuan tentang keperluan yang
harus ada dalam diri manusia, Maslow telah cuba memajukan pandangannya tentang motivasi
kerja seseorang itu. Manusia atau pekerja dalam sesebuah organisasi itu adalah berbeza-beza dan
mempunyai keperluan mereka tersendiri. Ciri-ciri keperluan ini boleh ditunjukkan dalam bentuk
tingkah laku pekerja.
Dalam Bab 2 ini juga, Penyelidik membincangkan mengenai definasi dan konsep stress,
petanda dan faktor-faktor stres guru, pendekatan dan teori stres, dan juga kajian-kajian yang
lepas. Penyelidik mengutarakan definasi stress berdasarkan kajian-kajian yang lepas dan
membincangkan mengenai bentuk tekanan yang dihadapi manusia iaitu tekanan yang
berlebihan, tekanan yang memudaratkan, tekanan yang baik dan berguna serta kurang tekanan.
PANDANGAN
Pada keseluruhannya, kajian ini telah dijalankan dengan baik dan menepati objektif
kajian namun begitu dicadangkan penyelidikan pada masa hadapan dilakukan dalam konteks
perbandingan tingkah laku kepimpinan melibatkan lebih daripada satu daerah di Negeri Johor.
Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan faktor gaya kepimpinan pengetua dengan stress guru.
Selain daripada itu, Penyelidik boleh juga melihat pelbagai gaya kepimpinan pengetua
berasaskan teori pentadbiran pendidikan seperti Teori Tret, Teori Kontigensi dan Teori Laluan
Matlamat House.

Di dalam bab ini, hujah yang diberi adalah bertepatan dengan tajuk yang dikaji. Namun
sekiranya Penyelidik dapat menambah sedikit lagi maklumat khusunya mengenai kajian yang
pernah dilakukan diluar negara, sudah pasti penulisan ini akan nampak lebih bermaklumat dan
menarik. Ini kerana stres dalam kalangan guru adalah fenomena yang merangkumi kesemua
institusi pendidikan seluruh dunia terutama di sekolah dan terdapat banyak kajian-kajian lepas
yang dilakukan di luar negara boleh dijadikan panduan atau melihat perbandingan dapatannya.
Contohnya, kajian-kajian yang dijalankan di Australia (McCormick, 1997), Hong Kong (Hui dan
Chan, 1996), Israel (Yagil, 2004), New Zealand (Manthei, Gilmore, Tuck & Adair, 1996), United
Kingdom (Griffith, Steptoe & Cropley, 1999) dan Amerika Syarikat (Abell & Sewell, 1999) ada
menunjukkan trend ini.
Dalam bab 2 ini, Penyelidik ada mengupas mengenai gaya kepimpinan/ stail kepimpinan
pengetua, namun Penyelidik juga boleh menambah lagi Gaya-gaya kepimpinan yang lain seperti
stail karismatik, stail birokratik, stail Aristokratik, stail Demogogik dan sebagainya.
2.2

Gaya Kepimpinan
Menurut Fiedler (1967) dalam Aminudin (1990), gaya kepimpinan ialah struktur

keperluan yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi kepimpinan. Ainon
(2005), menyatakan perbezaan gaya kepimpinan mempunyai kesan penting ke atas produktiviti
individu-individu yang mereka pimpin. Oleh itu pengetahuan tentang gaya kepimpinan
membolehkan seseorang pemimpin untuk lebih yakin dan berkemahiran sebagai pengurus,
pentadbir dan pemimpin.
2.2.1

Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire


Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire telah dihasilkan oleh Lewin, Lippit dan

White (1939) dalam Aminudin (1990). Ciri-ciri gaya autokratik, demokratik dan laissez faire
adalah seperti berikut:
a. Ciri-ciri gaya autokratik:
i. Pemimpin menetapkan semua polisi
ii. Teknik dan langkah-langkah ke arah mencapai matlamat diarahkan oleh pemimpin,
satu matlamat pada satu masa sehinggalah masa depan sentiasa tidak menentu
iii. Tugas-tugas kerja dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin sendiri

iv. Pemimpin bersikap `peribadi dalam memberi pujian dan kritik terhadap kerja-kerja
setiap anggota tanpa memberi alasan yang objektif. Dia tidak mencampuri aktiviti
kelompok kecuali ketika menunjukkan sesuatu.
b. Ciri-ciri gaya demokratik:
i. Semua polisi ditentukan oleh kelompok dengan digalak dan dirangka oleh pemimpin
ii.Sebarang aktiviti yang akan dijangkakan oleh anggota akan dapat difahami daripada
penerangan yang diberi mengenai langkah-langkah umum dalam perbincangan pertama.
Jika kelompok memerlukan nasihat teknikal, pemimpin akan memberi dua tiga prosedur
alternative yang boleh dipilih oleh kelompok.
iii. Anggota bebas untuk bekerja dengan siapa sahaja yang mereka suka dan pembahagian
tugas diserahkan kepada kelompok.
iv. Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritik dan mengambil
bahagian dalam kelompok secara semangat tanpa banyak campur tangan dalam kerja.
c. Ciri-ciri gaya laissez faire:
i. Pemimpin memberi kebebasan tentang cara kerja dan hanya campur tangan apabila
diminta pandangan Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire dibezakan oleh tahap
dan peranan pemimpin ke atas orang bawahannya. Pemimpin gaya autokratik lebih
mengarah, berorientasi tugas dan berpusat kepada pemimpin. Pemimpin demokratik
membenarkan ketua dan pengikut bergerak dan bekerja bersama-sama dalam membuat
keputusan. Pemimpin gaya laissez faire pula memperlihatkan seolah-olah ketua tidak
berperanan.
2.2.2

Gaya Kepimpinan X dan Y Mc Gregor


Gaya kepimpinan McGregor merupakan hasil pengalaman seumur hidupnya sebagai

pengurus, perunding dan ahli akademik. Beliau mendifinisikan dua set andaian yang boleh
digunakan oleh pengurus dan dinamakan Teori X dan Teori Y.
Teori X ialah konsepsi konvensional tentang tugas pengurusan. Pemimpin yang
berpegang kepada teori ini mempunyai anggapan tertentu. Tanggapan tersebut akan menjadikan
diri pemimpin tersebut melihat manusia sama ada secara negatif atau positif. Pemikiran tersebut
seterusnya membentuk gaya kepimpinan yang akan diamalkannya.

2.2.3

Gaya kepimpinan dua faktor (Kajian Ohio)


Faktor keberkesanan dan kecekapan kumpulan kerja dalam institusi pendidikan telah

dikaji oleh sekumpulan penyelidik di Ohio, Amerika Syarikat. Hasil dari kajian didapati terdapat
dua jenis gaya pemimpin iaitu:
i. Mementingkan tugas yang berstruktur
ii. Bertimbang rasa
2.2.4

Kajian Universiti Michingan


Kajian Universiti Michingan telah dijalankan bagi mengenal pasti gaya kepimpinan yang

berkesan ke atas satu sampel yang terdiri daripada para kerani sebuah firma insurans yang besar
di Amerika Syarikat. Dalam penyelidikan yang dibuat, terdapat dua gaya kepimpinan yang
diamalkan iaitu :
i. Kepimpinan berorientasikan manusia (pekerja)
ii. Kepimpinan berorientasikan pengeluaran (tugas)
Menurut Aaizat, Intan dan Zainal (2006), kepimpinan berorientasikan manusia
merupakan pemimpin jenis yang lebih suka menekankan aspek perhubungan antara individu.
Manakala kepimpinan berorientasikan pengeluaran pula, memberi penekanan kepada aspekaspek tugas.
2.2.5

Grid Pengurusan
Grid pengurusan yang diperkenalkan oleh Robert Blake dan Jane Moulton terhasil

daripada gaya kepimpinan yang berteraskan teori-teori perlakuan atau gelagat. Dimensi
kepimpinan yang digunakan adalah memberi penekanan kepada manusia dan pengeluaran.
2.3

Model atau Teori


Teori kepimpinan yang digunakan untuk menggambarkan kajian ini adalah teori

kontigensi. Menurut Robiah (2003), teori kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan


kepimpinan adalah bergantung kepada kesesuaian atau keselarasan personaliti pekerja dan
tingkah laku pemimpin dengan faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa, kedudukan atau
jawatan, dan kemahiran serta sikap pekerja. Teori ini juga menganggap tiada satu pun gaya

kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi, semuanya bergantung kepada situasi
semasa dan tahap keupayaan pekerja.
Pengurus sekolah sebagai seorang pentadbir dan juga pemimpin harus mengenal pasti
faktor-faktor yang paling penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau ahli
yang dipimpinnya dalam situasi yang tertentu, dan meramalkan gaya kepimpinan yang paling
berkesan untuk situasi tersebut. Model teori yang digunakan di bawah teori kontigensi ini ialah
model teori laluan matlamat House yang telah diasaskan oleh Martin G. Evans dan Robert House
pada tahun 1971, diambil dan diubahsuai daripada buku Teori Asas Pendidikan oleh Robiah
Sidin (2003).
2.4.1

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Motivasi dan

Kepuasan Kerja Guru


Amalan gaya kepemimpinan seseorang pengurus sekolah mampu memberi kesan
terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf dibawahnya. .Penyelidik
menyenaraikan beberapa kajian dan dapatan antaranya ialah dari Mohd. Nor (2004) yang
mengkaji amalan gaya kepimpinan guru besar kepada stafnya pula mendapati tingkah laku
(gaya) kepemimpinan pengajaran guru besar memberi kesan positif kepada motivasi dan
komitmen kerja guru.
Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus sekolah sama ada gaya
kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan
pengajaran, gaya kepimpinan situasi atau gaya kepimpinan tranformasional memberi kesan
positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Guru yang bermotivasi dan mendapat
kepuasan kerja dapat membantu mewujudkan sekolah berkesan dan meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran.
2.4.2

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Pemantapan Pengurusan Sekolah


Gaya kepimpinan pengurus sekolah memberi kesan terhadap pemantapan pengurusan

sekolah. Gaya pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan transformasional adalah gaya yang
dinyatakan memberi kesan positif terhadap pemantapan pengurusan sekolah.
Kesimpulannya, gaya-gaya kepimpinan pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan
transformasional telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pemantapan pengurusan

sekolah. Gaya-gaya tersebut juga didapati memberi kesan positif terhadap keberkesanan sekolah
kecuali gaya kepimpinan pemudah cara.
2.4.3

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri dan

Inovasi
Gaya kepimpinan pengurus sekolah mempunyai pengaruh terhadap perkembangan
potensi diri dan inovasi pekerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan
kebolehan guru atau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri
dalam melakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja. Perkembangan potensi
diri dan inovasi ini memerlukan dorongan daripada kepimpinan. Dalam tesis ini, penyelidik
mensentaksis beberapa kajian dan dapatan.
Kesimpulannya, gaya kepimpinan pengurus sekolah yang positif juga dapat mendorong
guru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalam urusan
kerja seharian. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh
guru dan staf.
2.4.4

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Amalan Pengajaran

Dan Pembelajaran Yang Berkesan.


Kajian-kajian yang dilaksanakan mengenai gaya kepimpinan pengurus sekolah
menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional , gaya kepimpinan pengajaran dan gaya
pemudah cara apabila diaplikasikan oleh pengurus sekolah dapat meningkatkan amalan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di sekolah.
RUMUSAN
Kesimpulannya , dalam bab 2 ini(Sorotan Penulisan) Penyelidik telah cuba menghuraikan
dan mengupas beberapa bentuk gaya kepimpinan seperti gaya autokratik, demokratik dan
Laissez Faire . Penyelidik juga turut menerangkan gaya kepimpinan X dan Y Mc Gregor, gaya
kepimpinan dua faktor menurut kajian Ohio, kajian-kajian penyelidikan gaya kepimpinan dari
Universiti Michigan dan Gred Pengurusan. Secara umumnya, bab 2 ini menghuraikan kelompokkelompok teori yang berkaitan dengan proses mentadbir yang perlu ada dalam diri pengetua.

Tidak semua teori kepimpinan dibincangkan kerana huraian mengenai gaya kepimpinan tertentu
itu ada juga disentuh dalam bab- bab lain.
Dalam bab 2 yang bertajuk sorotan penulisan ini membincangkan dan meninjau kajiankajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai gaya kepimpinan pengetua
dan perkara yang berkaitan dengan stres kerja guru. Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat
gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres kerja guru dan bagaimana keadaan itu
dibantu dengan melihat persamaan dan perbezaan keputusan berbanding dengan kajian yang
terdahulu.
Seterusnya, amalan gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan pengajaran dan
gaya pemudah cara oleh pengurus sekolah mampu memberi kesan terhadap amalan pengajaran
dan pembelajaran secara berkesan. Melalui gaya-gaya kepimpinan ini, pengurus sekolah
mendapat kerjasama guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3.

METODOLOGI KAJIAN

3.2

Rekabentuk Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perhubungan di antara gaya pengetua dengan

tahap stres yang dihadapi oleh guru. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan kerana kaedah ini
dapat mengukur subjek kajian yang luas berdasarkan soal selidik yang disediakan. Instrumen
soal selidik mempunyai item-item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A
merupakan demografi responden, bahagian B merupakan gaya kepemimpinan pengetua iaitu
dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa manakala bahagian C pula adalah
tahap Instrumen yang dibina mempunyai kaitan secara langsung di antara gaya kepimpinan
pengetua dan tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua yang dikaji.
3.3

Populasi, Sampel dan Tempat Kajian


Populasi kajian adalah guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah menengah harian

biasa yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar, Johor. Sekolah tersebut hendaklah
telah ditadbir oleh pengetua yang sama sekurang-kurang selama setahun. Hanya lapan buah
sekolah yang berkaitan. Jumlah populasi guru di lapan sekolah tersebut ialah seramai 685 orang
(Pejabat Pelajaran Daerah Muar, 2007).

Penyelidik telah mengedarkan 50 set soal selidik kepada guru-guru di lapan buah sekolah
berkenaan yang menjadikan jumlah sampel yang terlibat adalah seramai 400 orang.
Bagaimanapun, hanya 314 set soal selidik telah dipulangkan dan boleh diproses.
Selebihnya tidak dipulangkan dan terdapat sebilangan kecil soal selidik yang rosak kerana
responden tidak menjawab ketiga-tiga bahagian dengan lengkap.
3.4

Instrumen Kajian
Instrumen kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A (demografi), bahagian

B (Soal selidik gaya kepimpinan pengetua, LBDQ) dan bahagian C (soal selidik tahap stres
guru).
3.4.1

Bahagian A (demografi)
Bahagian A merupakan demografi responden iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar,

status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sidang / sesi
persekolahan.
3.4.2

Bahagian B (Soal selidik gaya kepimpinan pengetua, LBDQ)


Bahagian B mengandungi 30 item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang

gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru iaitu sama ada pengetua mengamalkan
dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa.
Alat ini dicipta oleh Hemphill dan Coons (1950) dan telah diubahsuai oleh Halpin dan
Winer (1952). Alat ini kemudiannya telah dimurnikan oleh Halpin (1966). Soal selidik ini telah
siap diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia dan dimurnikan mengikut kesesuaian telah diambil
terus oleh penyelidik dari Ong (2001). LBDQ ini telah digunakan oleh pengkaji lain seperti
Nagayaya (1988), Mohd Shapri (1995), Suaidah (1984) dan Kalaiselvam (2000).
3.4.3

Bahagian C (Soal Selidik Tahap Stres Guru)


Bahagian C merupakan soal selidik tahap stres guru yang dibina sendiri oleh penyelidik

dengan cara mengubahsuai semua item dalam bahagian B (LBDQ). Bahagian C mengandungi
item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap stres guru berdasarkan item bagi gaya
kepimpinan pengetua yang mengamalkan sama ada dimensi berstruktur atau dimensi timbang
rasa.

3.5

Prosedur Kajian
Kajian yang dijalankan telah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya


penyelidik memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran
Daerah Muar. Soal selidik diedar dan dipungut semula dengan kerjasama guru bimbingan dan
kaunseling sekolah-sekolah berkenaan. Data dimasukkan ke dalam perisian SPSS secara
berperingkat. Kemudian data diproses dan dianalisis. Akhir sekali dapatan kajian ditulis dalam
bentuk laporan projek.
3.7

Kajian Rintis
Soal selidik ditadbir kepada sekumpulan responden yang mempunyai ciri yang sama

dengan populasi sebenar. Jumlah responden seramai 15-20 orang telah mencukupi untuk analisis
kesahan luaran dan indeks kebolehpercayaan. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas
29 orang guru.
3.8

Pembolehubah Kajian
Kajian ini mempunyai dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan

pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar kajian ialah tahap stres guru. Pembolehubah
bebas kajian ialah faktor-faktor demografi responden (guru) iaitu jantina, umur, pengalaman
mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sidang/sesi
persekolahan.
3.9

Analisis Data
Sebanyak 314 daripada 400 borang soal-selidik telah dikembalikan untuk dianalisis. Data

di analisis dengan menggunakan Program Statistical package of Sosial Sciense (SPSS) for
Windows 11.5. Soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.
3.9.1

Kaedah Deskriptif

Kaedah deskriptif yang menunjukkan kekerapan, min dan peratusan di gunakan untuk
taburan demografi iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar, status perkhawinan, sebagai guru
kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan.
3.9.2

Kaedah Inferensi
Kaedah inferensi digunakan untuk menguji hipotesis yang memerlukan statistik lanjutan.
i. Pengujian hipotesis i :
Pengujian hipotesis yang pertama iaitu untuk menguji perbezaan tahap stress guru dari

segi demografi. Faktor demografi mempunyai dua pembolehubah iaitu jantina, sebagai guru
kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan diuji menggunakan min dan Ujian-t.
Dalam kajian ini analisis Ujian-t digunakan untuk menguji Hipotesis nol (Ho). Aras
signifikan yang digunakan ialah pada aras keyakinan p 0.05. Pembolehubah yang mempunyai
lebih dari dua kumpulan iaitu umur, pengalaman mengajar dan status perkahwinan diuji dengan
menggunakan ANOVA.
ii. Pengujian hipotesis ii :
Untuk menguji hubungan antara gaya kepimpinan pengetua (dimensi berstruktur dan
dimensi timbang rasa) dengan tahap stres guru menggunakan ujian statistik korelasi Pearson, r
dan diplotkan.

4.

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang

telah diedarkan. Perbincangan deskriptif menumpukan kepada penghuraian latar belakang


responden seperti jantina, umur, pengalaman mengajar , status perkahwinan , sebagai guru kelas,
mengajar peperiksaan dan sesi persekolahan. Penganalisisan inferensi pula melibatkan kaedah
statistik analisis min, ujian- t, Anova dan ujian korelasi pearson- r untuk melihat hubungan dan
perbezaan pembolehubah yang dikaji berdasarkan hipotesislah yang telah dibina.
4.2

Huraian latar belakang responden

Latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, pengalaman mengajar, status
perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan.
4.3

Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua


Berdasarkan analisis yang telah dijalankan oleh penyelidik, dalam dimensi gaya

kepimpinan pengetua berstruktur berdasarkan pandangan guru, responden telah memilih item
24 iaitu beliau meminta guru mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan
mencatatkan 2 orang (memilih tidak pernah) 8, (jarang-jarang) , 47 (sekali-sekala), 144
(kerapkali) dan 113 (sentiasa). Min bagi item ini ialah 4.14
Manakala bagi analisis gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru (dimensi
gaya bertimbang rasa), responden telah memilih item ke 21 iaitu beliau bersedia melakukan
perubahan, seramai 14 orang memilih (jarang-jarang), 80 orang ( sekali sekala), 154 (kerap kali),
dan 65 (sentiasa) . Min dalam bahagian ini ialah 3.99.
4.4

Untuk mengenal pasti tahap stres guru


Tahap stres guru adalah berdasarkan pada gaya kepimpinan pengetua yang berstruktur

dan pada gaya kepimpinan pengetua gaya bertimbang rasa. Berdasarkan analisis yang telah
dijalankan oleh penyelidik , berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur
memahami sikapnya sebagai item yang mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.29. Manakala
dalam analisis tahap stres guru pada gaya kepimpinan pengetua dimensi bertimbang rasa,
responden telah memilih item 1 iaitu pengetua yang tidak menghulurkan pertolongan peribadi
kepada guru mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.60
Analisis dapatan dari aspek tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua
dilakukan dengan meletakkan kategori sedikit tekanan, agak tertekan, dan pasti tertekan.
Kesimpulannnya tahap stres responden pada gaya kepimpinan pengetua yang berstruktrur
adalah sederhana atau agak tertekan di mana min ialah 2.762. tahap stres responden pada gaya
bertimbang rasa pengetua adalah juga sederhana atau agak tertekan min hanya 2.60.
4.5

Pengujian hipotesis
Hipotesis kajian adalah untuk melihat perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah.

Untuk melihat perbezaan tahap stres di kalangan guru berdasarkan faktor demografi , penyelidik

telah menggunakan ujian t. Dalam kajian ini , min antara dua pemboleh ubah dibandingkan.
Nilai p yang digunakan ialah 0.05 untuk menentukan aras signifikan bagi menguji hipotesis
null, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi demografi( jantina,
sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan)
Untuk melihat perbezaan tahap stres di kalangan guru berdasarkan faktor demografi
(umur, pengalaman mengajar dan status perkahwinan) penyelidik menggunakan One-Way
ANOVA. Ia digunakan untuk menguji wujudnya perbezaan di antara min satu pemboleh ubah
bagi lebih dari dua kumpulan yang tidak saling bergantungan. Nilai p yang digunakan ialah
0.05 untuk menentukan aras signifikan bagi menguji hipotesis null iaitu tidak terdapat perbezaan
yang signifikan tahap stres guru dari segi demografi (umur, pengalaman mengajar dan status
perkahwinan)
5.

KESIMPULAN DAN DAPATAN KAJIAN


Dalam bab 5 ini , pengkaji membuat perbincangan dan kesimpulan dapatan dari kajian

yang telah dijalankan. Pengkaji menerangkan secara terperinci segala dapatan hasil kajiannya.
Pengkaji mengkategorikan bab 5 ini kepada 7 perkara.
1 Pendahuluan
2 Ringkasan Kajian
3 Keputusan dan implikasi kajian
4 Menjawab Objektif Dan Hipotesis Kajian
5 Cadangan Tindakan Berdasarkan Keputusan Kajian
6 Cadangan Tentang Kajian Lanjutan
7 Kesimpulan
5.1

Pendahuluan .
Di dalam bahagian ini penyelidik menerangkan perkara yang akan dihuraikan hasil

keputusan yang diperolehi dalam bab 4.


5.2

Ringkasan Kajian
Di dalam bahagian ini penyelidik menerangkan tujuan kajian ini dijalan iaitu sebagai

usaha untuk menambah serta mengembangkan lagi pengetahuan mengenai gaya kepimpinan

pengetua dari dimensi mengutamakan berstruktur dan bertimbang rasa dan hubungannya dengan
stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua yang berkenaan.
Penyelidik juga menerangkan tentang soalan atau hipotesis dalam kajian ini antaranya
mengenalpasti perbezaan tahap stres guru dari segi dari segi jantina, umur, pengalaman
mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi/sidang
persekolahan.
Seterusnya penyelidik menerangkan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data
iaitu tinjauan secara soal selidik yang dibahagiakan kepada 3 bahagian. Bahagian A, butir-butir
diri sampel iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas,
mengajar kelas peperiksaan dan sesi/sidang persekolahan. Bahagian B soal selidik ini
mempunyai 30 item yang menyentuh tentang gaya kepimpinan pengetua dari dimensi
pendayautamaan struktur dan bertimbang rasa. Bahagian C pula mengandungi 30 item yang
menyentuh tentang tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua.
5.3

Keputusan dan implikasi kajian


Bahagian ini membincangkan keputusan dan implikasi kajian. Penyelidik menerangkan

secara terperinci setiap dapatan hasil kajian ini. Penyelidik menerangkan keputusan dan
implikasi kajian ini dengan menggunakan skor min untuk memberikan penjelasan kepada
pembaca. Penyelidik juga menjelaskan / memasukkan hasil kajian dari kajian terdahulu yang
berkaitan dengan tajuk / bidang yang dikaji oleh Penyelidik.
Penyelidik juga menggariskan panduan yang dapat diguna pakai oleh pengetua dan guru
dalam menangani persoalan yang dikaji. Penyelidik menggariskan 6 perkara yang boleh
dijadikan panduan .
5.4

Menjawab Objektif Dan Hipotesis Kajian


Di dalam bahagian ini pula, Penyelidik membincangkan pencapaian objektif kajian dan

hasil pengujian hipotesis berdasarkan kepada 314 borang soal selidik yang telah dilengkapkan
oleh responden.
Penyelidik juga telah memberikan pandangan pandangan guru hasil dari dapatan kajian
ini. Setiap objektif kajian telah dijawab oleh Penyelidik pada bahagian ini. Penyelidik juga telah
memasukkan hasil kajian terdahulu oleh pengkaji lain berkaitan dengan objektif kajian ini. Skor

min telah digunakan bagi menerangkan tentang dapatan hasil kajian ini berdasarkan objektif
kajian.
Penyelidik telah menjelaskan satu persatu setiap hipotesis yang didapati hasil dari kajian
ini. Sembilan hipotesis telah dihuraikan oleh Penyelidik.
5.5

Cadangan Tindakan Berdasarkan Keputusan Kajian


Penyelidik pada bahagian ini telah memberikan beberapa cadangan perlu dilakukan.

Penyelidik telah mengkategorikan pihak yang perlu menjadikan kajian ini sebagai panduan untuk
tujuan penambahbaikan iaitu :
a. Penambahbaikan diri guru dalam menangani tekanan yang dihadapi dan
seterusnya menambahbaikan hubungan di antara pengetua dengan guru.
b. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Penggubalan Kurikulum
Guru agar mewajibkan semua guru dan pengetua mempelajari ilmu psikologi,
komunikasi dan kepimpinan.
c. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah agar
mengadakan kursus-kursus khas yang memberi fokus kepada pengendalian emosi
dan menangani stres.
d. Kaunselor pentadbir yang berperanan untuk membantu guru dalam menghadapi
sebarang tekanan, konflik dan isu.
5.6

Cadangan Tentang Kajian Lanjutan


Di dalam bab ini Penyelidik telah memberi garis panduan yang boleh dikuti oleh pengkaji

akan datang. Penyelidik telah menjelaskan dengan jelas keperluan kepada pengkaji akan datang
tentang perlunya kajian ini dilanjutkan. Perkara yang dititk beratkan ialah ;
i.

Kajian tentang faktor yang menyebabkan tahap stres guru lelaki lebih tinggi

berbanding tahap stres guru perempuan dalam menghadapi gaya kepimpinan pengetua.
ii.

Kajian tentang faktor stres dari segi personaliti guru itu sendiri dan cara guru

berhadapan dengan gaya kepimpinan pengetua.


iii.

Kajian tentang gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tahap

pencapaian akademik pelajar dan tahap stres guru di sekolah-sekolah pencapaian


akademik paling rendah dan paling tinggi

iv.

Kajian tentang hubungan tahap stres guru dengan cara menghadapi tekanan dalam

menghadapi gaya kepimpinan pengetua yang berbeza dimensi.


v.

Kajian tentang hubungan gaya kepimpinan pengetua dari sudut dimensi yang lain

dengan tahap stres guru


5.7

Kesimpulan
Di akhir bahagian ini Penyelidik telah membuat kesimpulan kepada perkara yang

dibincangkan di dalam bab 5 ini. Walaupun Penyelidik menjelaskan secara ringkas pada
bahagian kesimpulan ini, Penyelidik telah berjaya memberi kefahaman yang jelas kepada
pembaca. Penyelidik telah menerangkan tentang keputusan pengujian yang telah dijalankan iaitu
hipotesis null yang diterima dan hipotesis null yang ditolak serta penerimaan hipotesis
alternative.
1.

Hipotesis yang diterima ialah tiada perbezaan yang signifikan tahap stress guru

apabila dikaitkan dengan umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru
kelas, mengajar kelas peperiksaan, dan dari segi sesi persekolahan.
2.

Hipotesis null yang ditolak dan menerima hipotesis alternatif (Ha) pula ialah :
i.

terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan

dengan jantina.
ii.

terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua

dimensi berstruktur dengan tahap stres guru. Hubungan tersebut adalah pada
tahap yang sangat lemah dan hubungannya adalah secara negatif.
Selain itu, Penyelidik juga telah memberikan kaedah kepada semua pihak yang berkaitan
dengan kajian ini untuk mengatasi permasalahan yang timbul hasil dari dapatan kajian ini.
Secara keseluruhannya tesis ini sangat baik. Penyelidik mampu membuktikan hasil
penyelidikannya dengan ilmiah dan mampu menjadikan tesis ini sebagai satu bahan rujukan
ilmiah.

You might also like