You are on page 1of 1

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan berhasrat untuk

mencapai lima bidang keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Bidang keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari
dengan aspirasi yang turut disuarakan serta setanding dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh
sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan, setiap
tindakan yang diambil adalah penting dan tidak ada inisiatif dalam mana-mana aspek berkenaan yang
boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya.
Objektif PPPM 2013-2025 salah satunya ialah untuk memahami prestasi dan cabaran semasa
sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan
dalam kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Perkembangan sistem pendidikan
negara menyaksikan lonjakan besar sejak tahun 1957. Ketika negara mencapai kemerdekaan, lebih
separuh daripada populasi tidak menerima pendidikan formal iaitu hanya 6% kanak-kanak menerima
pendidikan peringkat menengah dan 1% sahaja mendapat pendidikan lepas menengah. Lima setengah
dekad kemudian, akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang melangkaui jangkaan.
Sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha yang boleh membangunkan
generasi bangsa yang akan menjulang nama negara pada masa akan datang selaras dengan hasrat
Wawasan 2020 untuk meningkatkan status negara Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang
membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020

You might also like