You are on page 1of 9

GEOGRAFI - TINGKATAN 2

SKALA & JARAK

Skala
1. Skala adalah nisbah jarak di antara dua tempat di atas peta yg mewakili jarak sebenar
di atas permukaan bumi, Skala digunakan untuk mengira sesuatu jarak di permukaan
bumi berdasarkan peta.
2. Skala lurus digunakan untuk menentukan jarak di antara dua tempat pada peta.(lihat
rajah di bawah).

3. Rujuk rajah di bawah ini menunjukkan bagaimana jarak sebenar 1 kilometer di
permukaan bumi yg ditandakan dengan AB boleh diwakili oleh A1 B1 pada peta dengan
ukuran 1 cm.
4. Jarak AB pada permukaan bumi diwakili oleh A1 B1 pada peta dilukis dengan
menggunakan skala lurus 1 cm mewakili 1 kilometer.
5. Setiap unit dalam skala lurus mewakili jarak sebenar di permukaan bumi. Contohnya,
setiap ukuran 1 cm di atas peta mewakili 1 km jarak sebenar di permukaan bumi.
Mengukur Jarak Lurus
1. Jarak dapat dinyatakan sebagai ukuran dekat atau jauh di antara dua tempat.
2. Jarak di antara dua tempat pada peta dapat diukur sama ada secara lurus atau secara
melengkung.
3. Jarak lurus pada peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok, &
jaluran kertas.

Mengukur jarak lurus antara Kg Kuantan dengan Kg Teluk.
1. Tentukan tempat yg hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah Kg Haji Hadi & satu titik di tengah2 Kg Api.
3. Sambung kedua-dua titik tersebut dengan satu garisan lurus.
4. Tandakan C pada titik Kg Haji Hadi & D pada Kg Api.
5. Letakkan tepi pembaris pada garisan CD & tandakannya.
6. Jarak CD pada peta ialah 4 cm.
7. Letakkan pembaris yg bertanda itu pada skala lurus & baca ukurannya.
8. Jarak sebenar CD ialah 4 km.
Mengukur jarak lurus dengan menggunakan pembaris.

Mengukur jarak lurus antara Kg Jawa dengan Kg Tok.
1. Tentukan tempat yg hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah Kg Rakit & satu titik di tengah-tengah Kg Padi.
3. Tandakan E pada titik Kg Rakit & F pada titik Kg Padi.
4. Letakkan kedua-dua hujung jangka tolok pada kedua-dua titik tersebut.
5. Kekalkan jarak yg diperoleh melalui jangka tolok itu & letakkannya pada skala lurus.
6. Baca ukurannya.
7. Jarak EF pada peta ialah 4 cm.
8. Jarak sebenar EF ialah 8 km.
Mengukur jarak lurus dengan menggunakan jangka tolok

Mengukur jarak dengan menggunakan skala lurus

Mengukur jarak lurus antara simpang empat Kg Bayu dengan simpang empat Kg Baba.
1. Tentukan tempat yg hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah simpang empat Kg Bayu & satu titik di
tengah-tengah simpang empat Kg Baba.
3. Sambungkan kedua-dua titik itu dengan satu garisan lurus.
4. Tandakan G pada titik simpang empat Kg Bayu & H pada titik simpang empat
Kg Baba.
5. Letakkan tepi jaluran kertas pada kedua-dua titik G & H.
6. Letakkan jaluran kertas di atas skala lurus & baca ukurannya.
7. Jarak GH pada peta ialah 4 cm.
8. Jarak sebenar GH ialah 6 km.
Mengukur jarak lurus dengan menggunakan jaluran kertas

Mengukur Jarak Melengkung
1. Jarak melengkung di atas peta seperti sungai, tali air, jalan raya, benteng & tarahan
dapat diukur dengan menggunakan benang & jaluran kertas.

Mengukur jarak sungai antara Jambatan Usop dengan Jambatan Cukai.
1. Tentukan tempat yg hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah kedua-dua jambatan tersebut.
3. Tandakan satu tanda pada hujung benang dengan pen atau pensel.
4. Letakkan bahagian benang yg sudah ditandakan itu pada titik Jambatan Usop.
5. Gerakkan jari sambil menekan benang mengikut lengkung Sungai Kerapu dari Jambatan
Usop ke Jambatan Cukai.
6. Regangkan benang ke atas skala lurus & baca ukurannya.
7. Jarak sebenar antara Jambatan Usop dengan Jambatan Cukai melalui sungai ialah 4.5
km.
Mengukur jarak melengkung antara P dengan Q
1. Tentukan tempat yg hendak diukur.
2. Bahagikan panjang jarak melengkung itu kepada bahagian-bahagian kecil yg lurus.
Tandakan huruf pada setiap bahagian yg dibahagikan itu. Rujuk rajah di bawah.

Jarak dibahagikan kepada bahagian lecil yg lurus
3. Letakkan jalur kertas di sepanjang bahagian lurus yg pertama & tandakan titik P pada
jaluran kertas. Rujuk rajah di bawah.

Hujung kertas diletakkan di bahagian lurus
4. Kemudian gerakkan jalur kertas & tandakan a pada tepi jalur kertas tersebut.
5. Kemudian gerakkan jalur kertas & tandakan b.
6. Gerakkan jalur kertas sekali lagi & tandakan c & d. Ulangi kaedah ini sehingga semua
bahagian lurus yg kecil ditandakan ke atas kertas sampai ke titik S. Rujuk rajah di bawah.
7. Alihkan jaluran kertas ini ke atas skala lurus & baca ukurannya. Rujuk Rajah di bawah.
8. Jarak sebenar PQ ialah 4.4 km.
Ulangan letakkan sehingga sampai titik Q.

Jaluran kertas diletak diatas skala lurus & bacaan diambil
Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar
1. Jarak di antara tempat-tempat pada peta dapat ditukarkan pada jarak sebenar dengan
menggunakan skala lurus.
2. Dengan menggunakan skala lurus pada peta, jarak sebenar antara satu tempat dengan
tempat yg lain dapat diperoleh.
3. Perhatikan peta di bawah. Jarak antara satu tempat dengan tempat yg lain telah pun
ditukar kepada jarak sebenar seperti yg ditunjukkan melalui Jadual di bawah.

Kedudukan tempat-tempat pada peta
Hasil penukaran jarak pada peta kepada jarak sebenar
Menukarkan Jarak Di Lapangan Kepada Jarak Pada Peta
1. Untuk menukarkan jarak di lapangan kepada jarak pada peta, skala lurus pada peta
perlu digunakan.
2. Misalnya, sebuah peta dilukis berdasarkan skala lurus 1 cm mewakili 2 km. Jarak di
lapangan (jarak sebenar) ditukarkan kepada jarak pada peta. Rajah 1

Rajah 1: Kedudukan Jalan Sepintas & kawasan sekitarnya.
3. Tukarkan semua jarak di lapangan atau jarak sebenar kepada jarak pada peta dengan
berpandukan kaedah yg diberikan di bawah ini.
4. Kemudian lukiskan peta yg mewakili jarak sebenar dengan merujuk kepada ukuran yg
diperolehi. Rujuk rajah 2.

Rajah 2: Kedudukan Jalan Sepintas & kawasannya sekitarnya.

Jarak lurus di antara dua tempat dalam peta boleh diukur dengan menggunakan jangka
tolok & pembaris.

Jarak tidak lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan benang & pembaris.
Pada mulanya benang digunakan untuk mengikut garis-garis tidak lurus pada peta yg
perlu diukur. Kemudian panjang benang yg digunakan diukur dengan menggunakan
pembaris