You are on page 1of 18

TANGGA NOMB0R

SATU KAEDAH MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN


ASAS TAMBAH
MURID-MURID KELAS 1 TEKUN
1.0

FAKTA
BAGI

PENDAHULUAN
Pada akhir bulan Mac, saya telah mengajar tajuk Tambah dalam lingkungan

10 kepada murid-murid ini. Seperti yang dikatakan di dalam buku Pengajaran


Pembelajaran

Matematik

:Nombor

Bulat,

pengalaman

awal

murid

tentang

penambahan merupakan asas untuk menimbulkan minat dalam mata pelajaran


matematik. Selain itu, mengikut seorang ahli psikologi yang terkenal di dalam teori
pembelajaran kognitif iaitu Jean Piaget, tahap perkembangan kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada empat peringkat dan salah satunya ialah peringkat operasi
konkrit iaitu kanak-kanak yang berumur di antara tujuh hingga sebelas tahun di mana
mereka ini merupakan murid sekolah rendah dan hanya boleh memahami konsep
matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan
peranan yang amat penting untuk menyampaikan konsep matematik dengtan
berkesan kepada murid-murid ini. Maka dengan itu, saya menggunakan bahan
konkrit seperti straw, penutup botol, chopstik sebagai alat pembilang agar muridmurid kelas 1 Tekun dapat menyentuh, melakukannyanya sendiri serta memahami
konsep tambah itu sebagai penyatuan set. Di dalam setiap aktiviti yang dijalankan
menggunakan bahan bantu mengajar ini, murid-murid kelas 1 Tekun begitu seronok
dan memberikan kerjasama sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Namun demikian, apabila saya memberikan latihan bertulis sama ada di
dalam buku latihan atau di dalam lembaran, terdapat lima orang murid yang tidak
dapat menjawabnya dengan betul jika tidak diberikan bahan konkrit atau gambar
yang diberikan.

Selain dari menggunakan bahan konkrit , untuk menunjukkan tambah itu


sebagai penyatuan set, saya juga membimbing murid menambah menggunakan jari .
Kaedah menggunakan jari ini perlu didedahkan juga kepada murid-murid kerana
apabila mereka membuat latihan di rumah, kemungkinan besar alat pembilang tiada
di rumah maka mereka boleh menggunakan jari mereka sendiri sebagai
menggantikan bahan konkrit. Apabila guru memberikan soalan seperti 2 + 2, 4 + 5
dan 3 + 1, tiada sebarang kesukaran yang dihadapi oleh murid . Ini kerana bagi
setiap soalan yang diberikan itu, jari bagi kedua-dua belah tangan mencukupi.
Contohnya 4 + 5, di mana 4 jari dari tangan kanan dibuka dan juga 5 jari dari tangan
kiri dibuka dan kemudian ditambahkan kesemuanya. Namun demikian, apabila saya
memberikan soalan seperti 6 + 2 terdapat lima orang murid tidak dapat
melakukannya dengan betul kerana apabila 6 jari dibuka iaitu 5 dari tangan kanan
dan 1 dari tangan kiri, kemudian murid bermasalah untuk membuka 2 jari berikutnya.
Maka jawapan yang akan diberikan nanti adalah salah. Murid-murid ini tidak tahu
hendak membuka jari yang seterusnya walaupun setelah berulang kali dibimbing
oleh saya.

Oleh itu, saya membimbing murid-murid ini agar melukis lidi di atas

nombor yang diberikan. Alhamdulillah, kelima-lima murid ini dapat menjawab soalan
yang diberikan dengan betul namun demikian hasil kerja mereka agak lambat dan
tidak kemas.

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1

Tinjauan Masalah

Pada tarikh 16 April 2012, saya telah memberi lembaran tajuk tambah kepada muridmurid kelas 1 Tekun. Terdapat 15 soalan yang yang diberikan dan masa yang
diberikan ialah 15 minit. Tetapi lima orang murid yang menghadapi masalah sebelum
ini, tidak dapat menyiapkan pada masa yang ditetapkan kerana mereka perlu
mengambil masa untuk melukis lidi pada setiap nombor yang diberikan. Selain dari
itu, hasil kerja murid ini juga kurang kemas kerana lidi yang dilukis di atas nombor
terlalu besar. Oleh itu saya perlu memikirkan sesuatu agar selain daripada dapat
memahami konsep tambah, kelima-lima murid ini dapat menjawab soalan dengan
pantas dan kemas seperti rakan-rakan mereka yang lain. Penyelesaian masalah ini
bukan sahaja penting kepada saya sebagai seorang guru, namun juga penting
kepada anak-anak murid saya kerana dengan penyelesaian masalah tersebut akan
meningkatkan minat mereka dalam subjek Matematik dan membantu mereka dalam
kehidupan seharian.
Rajah di bawah menunjukkan beberapa hasil kerja murid berdasarkan
pemerhatian saya yang menyebabkan saya mencuba untuk menggunakan kaedah
tangga nombor.

Rajah 1: Hasil kerja murid sebelum saya membimbing mereka melukis lidi di atas
setiap soalan.

Rajah 2: Hasil kerja murid selepas saya membimbing mereka melukis lidi di atas
setiap soalan tetapi kurang kemas kerana lidi yang dilukis agak besar.

Rajah 3 : Hasil kerja murid selepas saya membimbing mereka melukis lidi tetapi
kurang kemas kerana lidi yang dilukis agak besar dan latihan tidak dapat disiapkan
kerana mengambil masa yang lama untuk melukis lidi.
Justeru itu, saya cuba memikirkan satu cara bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh 5 orang murid kelas 1 Tekun ini. Tangga nombor iaitu satu cara yang
diubahsuai dari garis nombor cuba saya laksanakan kepada kelima-lima murid ini .
Dengan menggunakan kaedah tangga nombor ini saya rasa murid-murid ini dapat
menjawab soalan dengan lebih pantas dan lebih kemas. Murid-murid juga tidak perlu

lagi sentiasa melukis lidi bagi setiap soalan yang diberikan. Dengan sekali melukis
sahaja tangga nombor di dalam buku latihan atau lembaran, mereka boleh
menjawab bagi semua soalan yang diberikan. Kaedah ini juga tidak memerlukan
sebarang kos dan ianya mudah dikawal atau ditadbir oleh guru di dalam kelas.
Selain itu, murid-murid juga lebih fokus kerana mereka menggunakan deria mereka
(jari dan mata) untuk mencari jawapan dari tangga nombor yang digunakan.

Analisis Tinjauan Masalah

2.2

Hasil daripada analisis pemerhatian pada hasil kerja murid dan tinjauan yang telah
dijalankan pada 16.4.2012, 5 orang murid yang menghadapi masalah dalam
penguasaan fakta asas tambah sebelum ini masih belum mahir dalam kemahiran ini
walaupun dengan cara melukis lidi di atas nombor soalan. Walaupun mereka dapat
menjawab soalan yang diberikan dengan betul tetapi mereka menghadapi masalah
dari segi masa dan juga kekemasan hasil kerja. Jadual 1 di bawah adalah hasil
pemerhatian tinjauan awal terhadap responden.
Pemerhatian yang dijalankan
Responden

Bilangan
jawapan
yang betul

Masa yang
diambil

Kekemasan kerja
Baik

11 /15

15 minit

Sederhana

Catatan

Lemah
/

Tidak siap

7/15

15 minit

Tidak siap

11/15

15 minit

9/15

15 minit

Tidak siap

7/15

15 minit

Tidak siap

Tidak siap

Jadual 1 : Hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap responden

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan fakta asas tambah murid-murid kelas 1 Tekun .


3.2

Objektif khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk;


i)

Meningkatkan tahap kepantasan masa dan keupayaan menjawab soalan bagi


murid kelas 1 Tekun dalam fakta asas tambah selepas menggunakan kaedah
tangga nombor.

ii)

Meningkatkan tahap kekemasan hasil kerja 5 orang murid kelas 1 Tekun yang
bermasalah dalam fakta asas tambah selepas menggunakan kaedah tangga
nombor.

UBAH/BAIKI PERKATAAN KEKEMASAN

iii)

Menambah

baik

amalan

pengajaran

guru

bagi

meningkatkan

tahap

penguasaan murid kelas 1 Tekun dalam fakta asas tambah selepas


menggunakan kaedah tangga nombor.

3.3

Soalan Kajian

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh saya bagi
mencapai objektif kajian iaitu;
i)

Sejauh manakah kaedah tangga nombor dapat meningkatkan tahap


kepantasan masa menjawab soalan bagi murid kelas 1 Tekun yang
bermasalah dalam fakta asas tambah ?

ii)

Adakah kaedah tangga nombor dapat meningkatkan tahap kekemasan hasil


kerja bagi 5 orang murid kelas 1 Tekun yang bermasalah dalam fakta asas
tambah ?

iii)

Bagaimanakah penggunaan kaedah tangga nombor dapat menambahbaik


amalan pengajaran guru untuk meningkatkan tahap penguasaan murid kelas
1 Tekun dalam fakta asas tambah ?

4.0

KUMPULAN SASARAN

Jadual di bawah merupakan butiran yang berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam
kajian saya iaitu;
BILANGAN SASARAN

5 daripada 24 orang murid

JANTINA

3 orang murid perempuan


2 orang murid lelaki

BANGSA

Perempuan

Lelaki

UMUR

7 tahun

KELAS

1 Tekun

PRESTASI

Lemah

AKADEMIK

2 orang Melayu

Seorang India

Seorang Melayu

Seorang India

RESPONDEN

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1

Perancangan tindakan

Guru merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan murid


dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu
yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan
seseorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model
kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif
terhadap pencapaian akademik. Di samping itu, (Kamaruddin, 1989) menyatakan
sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan itu memerlukan guru yang pandai dan
berkebolehan dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan
dalam pengajaran. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Sinari
(2003), sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai
dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, dan aktiviti yang
dijalankan dalam pengajarannya.

Kajian oleh Blair (1998)

mendapati pendekatan pengajaran guru yang

pelbagai menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat


pelajar serta akan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap gurunya. Hal ini
disokong oleh Tajul Ariffin (1998) yang menyatakan, guru yang sering menggunakan
kaedah dan pendekatan yang sama akan menyebabkan responden rasa bosan
terhadap pengajaran guru.
Oleh itu , bagi mencapai objektif kajian serta menepati dengan apa yang
disebut sebelum ini, iaitu guru perlu mempelbagaikan teknik, kaedah serta
pendekatan dalam pengajaran, maka saya terlebih dahulu perlu merancang
bagaimana saya perlu melaksanakan kaedah tangga nombor ini .
Langkah pertama untuk menggunakan kaedah tangga nombor ini ialah guru
akan menyediakan 24 keping kad tangga nombor dan mengedarkan kepada setiap
orang murid. Kad ini dibuat menggunakan mounting board berwarna hitam dan
terdapat nombor 0 hingga 18 di atasnya.
18
17
16
15
14
13
12
11

1
10
9
6
8
5
7
4
3
2
1

Langkah seterusnya ialah murid akan dibimbing menggunakan kad tangga


nombor berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru. Contoh soalan yang
diberikan ialah

6+3=

. Cara-cara menggunakan kad tangga nombor

ialah :
i.

Letakkan jari telunjuk anda pada nombor 6.

ii.

Gerakkan jari telunjuk anda ke atas sebanyak 3 kali untuk naik tangga.

iii.

Pada nombor berapakah jari telunjuk anda berhenti?

iv.

Itulah jawapan bagi soalan yang telah diberikan.

Guru akan membimbing lima orang murid yang bermasalah sebelum ini secara
individu untuk menggunakan kad tangga nombor.
Setelah murid-murid ini mahir menggunakan kad tangga nombor ini guru
akan memberikan kuiz dimana 5 orang murid yang bermasalah sebelum ini akan
diletakkan di dalam kumpulan yang sama dan akan cuba bersaing dengan kumpulan
yang tidak menghadapi sebarang masalah. Di sini guru hendak menguji adakah
kaedah tangga nombor ini berjaya ataupun tidak.

Langkah yang terakhir ialah murid dibimbing untuk menulis kaedah tangga
nombor ini di dalam buku latihan atau lembaran tanpa menggunakan kad lagi. Ini
kerana di dalam

latihan atau peperiksaan yang lain, murid tidak dibenarkan

membawa sebarang objek atau kad untuk membantu menjawab soalan. Cara
penggunaannya adalah sama seperti menggunkan kad tangga nombor hanya
nombor ini ditulis sendiri oleh murid.

5.2

Perancangan cara mengumpul data

Jadual 2 di bawah menunjukkan perancangan cara mengumpulkan data iaitu;


Langkah
/Tarikh

Cara Mengumpul
data

Langkah 1

Kumpulan
sasaran

Tujuan

Pemerhatian

5 orang
murid kelas
1 Tekun

Melihat hasil kerja murid


dalam menyelesaikan
masalah fakta asas tambah

Ujian pra

24 orang
murid kelas
1 Tekun

Melihat pencapaian murid


sebelum menggunakan
kaedah tangga nombor

18 hingga 22
Jun 2012

25 hingga 29 Jun 2012 Pelaksanaan kaedah tangga nombor


Langkah 2

Temubual

2 hingga 6
Julai 2012
Langkah 3
Ujian Post
9 hingga 13
Julai 2012

5 orang
murid kelas
1 Tekun

Mendapat maklumbalas
tentang penggunaan kaedah
tangga nombor dan kaedah
sebelumnya.

24 orang
murid kelas
1 Tekun
( termasuk 5

Melihat pencapaian murid


dari segi menjawab soalan,
kepantasan menjawab dan
juga kekemasan hasil kerja

orang murid
kelas 1
Tekun )

selepas menggunakan
kaedah tangga nombor

Jadual 2 : Perancangan cara mengumpul data


Bagi langkah yang pertama, guru akan menggunakan pemerhatian dan juga
ujian pra sebagai satu cara untuk mengumpul data. Pemerhatian ini dibuat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada
soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam buku tulis dan
juga lembaran kerja. Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia
berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, hasil kerja murid
ini saya fotokan sebagai bukti kepada pemerhatian yang telah dibuat. Cara ini
dilaksanakan adalah untuk melihat hasil kerja murid dalam menyelesaikan masalah
fakta asas tambah selain untuk melihat pencapaian murid sebelum menggunakan
kaedah tangga nombor apabila ujian pra diberikan.
Langkah kedua yang saya gunakan untuk mengumpul data adalah melalui
temu bual yang mana ia dilakukan secara formal iaitu selepas waktu pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Ianya dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran
selepas kaedah tangga nombor diperkenalkan.Temu bual ini secara tidak langsung
dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran fakta asas
tambah ini dan seterusnya mendapat maklumbalas tentang keberkesanan kaedah
tangga nombor.
Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah:
i.

Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik?

ii.

Seronok tak kamu belajar tajuk tambah?

iii.

Masa bila yang paling kamu seronok belajar tajuk tambah? Masa guna
pembilang, guna jari atau buat lidi dekat atas nombor? ( jika murid menjawab
pembilang teruskan kepada soalan berikutnya, jika murid menjawab
suka menggunakan jari teruskan dengan soalan v dan jika murid
menjawab suka melukis lidi teruskan dengan soalan vi )

iv.

Tetapi jika kamu buat latihan di rumah atau semasa periksa, mana ada
pembilang. Habis, kamu mahu gunakan cara apa? ( jika murid menjawab
jari teruskan dengan soalan berikutnya dan jika jawapan murid melukis
lidi teruskan dengan soalan vi)

v.

Jika kamu suka menambah menggunakan jari, mengapa latihan kamu


sebelum ini banyak yang salah berbanding kamu melukis lidi ?

vi.

Latihan kamu semasa saya beri lembaran pada 16.4.2012, semuanya betul,
tetapi mengapa tidak siap?

vii.

Sekarang kamu telah belajar cara tangga nombor. Senang atau susah nak
tambah guna cara ini?

viii.

Seronok tak guna kaedah tangga nombor

ix.

Kenapa kamu kata begitu ?

x.

Lepas ni kalau nak menambah, nak guna cara mana?


Langkah yang ketiga iaitu langkah yang terakhir untuk saya mengumpul data

ialah melalui ujian post. Ujian post ini juga dijalankan setelah kaedah tangga

nombor diperkenalkan kepada murid-murid kelas 1 Tekun. Saya akan berikan set
soalan yang sama seperti ujian pra. Masa yang dicadangkan juga masih 20 minit.
Semua murid kelas 1 Tekun menjalankan ujian post ini. Jarak tempat duduk di
antara murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka
daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa
mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan
daripada ujian post ini akan diragui. Selain dari hasil dapatan tidak diragui, guru juga
dapat melihat pencapaian murid dari segi menjawab soalan, kepantasan menjawab
dan juga kekemasan hasil kerja selepas menggunakan kaedah tangga nombor.

5.3

Perancangan cara menganalisis data

Setelah membuat perancangan apakah tindakan yang hendak dilaksanakan serta


merancang cara mengumpul data, cara menganalisis data merupakan peringkat
yang seterusnya dalam kajian ini.
Bagi menganalisis data berdasarkan pemerhatian yang dibuat, perbandingan
akan dibuat melalui gambar foto yang akan diambil berdasarkan hasil kerja murid
sama ada di dalam buku latihan atau di dalam lembaran sebelum dan selepas
kaedah tangga nombor digunakan.
Bagi menganalisis data berdasarkan ujian pra dan post pula, perbandingan
akan dibuat dengan menggunakan graf. Semua maklumat yang diambil kira seperti
jumlah jawapan yang betul, kekemasan hasil kerja dan masa yang diambil untuk
menyiapkan ujian akan ditunjukkan pada graf.

Akhir sekali, bagi menganalisis data melalui temubual pula, semua


maklumbalas responden akan direkodkan di dalam bentuk jadual.

5.4

Perancangan pelaksanaan tindakan

5.4.1 Jadual pelaksanaan tindakan


Bil

Aktiviti

Tarikh

Menerima tugasan

12 Mac 2012

Mengenalpasti masalah

Hujung Mac- 16 April 2012

Pengumpulan data

Hujung Mac- 16 April 2012

Menentukan objektif/soalan kajian

17 April 2012

Merancang tindakan

17 19 April 2012

Menulis proposal

2 April -

Melaksanakan tindakan

18 Jun-13 Julai

Menganalisis tindakan

14 16 Julai

Menulis laporan kajian

16 Julai 28 September
2012

10

Pembentangan kajian

November 2012

5.4.2 Kos kajian


Kos kajian ini adalah kos yang melibatkan kos sebelum, semasa

dan selepas

kaedah tangga nombor dilaksanakan. Jadual 3 di bawah adalah kos yang


dijangkakan;

Bil

Bahan

1
2

Kertas A4
Dakwat cetakan

3
4
5
6

komputer
Cetakan riso
Mounting board
Kertas putih pelekat
Barangan am

Bilangan unit

Harga seunit
(RM)

Jumlah
harga (RM)

1
1

12.00
10.00

12.00
10.00

100
1
4

0.05
4.50
0.50

5.00
4.50
2.00
20.00

JUMLAH KESELURUHAN

BIBLIOGRAFI

53.50

Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata
Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards
Mathematics

In

Negerian

Primary

School.

Research

Technological

Mathematics Education. 33 : 247 - 255.


Mok Soon Sang (2008) . Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam
Belajar. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

You might also like