TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

€ CIRI-CIRI TAMADUN

DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

KONSEP TAMADUN

Perkataan tamadun berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Secara umumnya maksud perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu pengetahuan ,pentadbiran,undang-undang,kepercayaan agama,kesenian,perbandaran dan sistem tulisan,moral serta adat resam.

DEFINISI TAMADUN MENURUT TOKOH TOKOH ISLAM Menurut Ibnu Khaldun tamadun bermaksud meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah . Manakala menurut Syed Naquib al-Attas pula tamadun merupakan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Menurut Muhamad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniah Wa alIslam menyatakan tamadun sebagai kehidupan yang berasaskan akidah,syarak dan akhlak.

TOKOH BARAT Menurut Arnold Toynbee tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi,sistem politik,pengetahuan dan seni. Menurut J.R.Strayer dalam The Mainstream of Civilization,menjelaskan tamadun ada hubungan dengan perbandaran ,tamadun itu lahir di bandar. Manakala menurut Oswarld Spengeler tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu yang membawa kepada kemajuan.

CIRI-CIRI TAMADUN PENEMPATAN KEKAL Masyarakat bertamadun tidak lagi menjalankan aktiviti nomad,sebaliknya mereka akan menetap di kawasan-kawasan yang boleh membekalkan hasil makanan kepada mereka. Ciri-ciri ekonomi asas di kawasan ini ialah wujudnya sumber makanan asas seperti tumbuhan bijirin liar serta sumber protein seperti ikan.

Sebelum membina sesuatu penempatan kekal beberapa ciri-ciri geografi perlu diambil kira. Antara ciri-ciri tersebut ialah kawasan penempatan sesuai di bina di lembah sungai kerana tanahnya mempunyai tahap kesuburan semulajadi bagi permulaan kepada pertanian tetap,bekalan air bersih yang kekal dan sumber protein seperti ikan. Antara contoh tamadun awal yang bermula di lembah sungai ialah Tamadun Mesir di lembah sungai Nil ,Tamadun Sumeria di lembah sungai Eruphrates,Tamadun Mohenjo Daro-Harappa di lembah Sungai Indus.

KEPERCAYAAN DAN AGAMA

Tamadun awal menyembah banyak Tuhan atau bersifat politeisme contohnya orang ± orang Sumeria, Mesir dan Indus. Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit. Orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon ± Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa ± dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari ( Mitra ), langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Manakala tamadun Islam menekankan konsep Tauhid iaitu mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme, iaitu segala bentuk penyembahan atau penyamaan tuhan dengan makhluk Nya. Mempercayai enam rukun iman , beriman kepada Allah, kepada Malaikat, kitab ± kitab suci Allah, para Rasul, hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.

KEMAJUAN TEKNOLOGI

Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Contohnya ,mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng. Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.

URBANISASI

Manusia hidup tetap di sesuatu tempat ,contohnya menetap di lembah-lembah sungai Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M. Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis , Dhilkah dan Thebes.

TULISAN DAN BAHASA Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara. Lambang-lambang bertulis merupakan alat yang melahirkan ideaidea perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan. Contohnya tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil,manakala tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

ORGANISASI SOSIAL Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas,di ikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir,Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan.

Rakyat biasa pula menjalankan aktiviti ekonomi masingmasing,manakala golongan hamba pula menjalankan kerja-kerja berat. Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi.

PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Pembinaan tamadun Malaysia banyak dipengaruhi oleh tamadun Islam. Selain itu juga pembinaan tamadun Malaysia merupakan kesinambungan daripada pembinaan tamadun Melayu iaitu Melaka,Temasik,Srivijaya dan Johor-Ria. Pengaruh tersebut dapat dilihat dari segi politik,perundangan,pendidikan serta bahasa dan kesusasteraan.

KEMAJUAN TEKNOLOGI MALAYSIA
€ € €

Memberikan impak yang besar dalam bidang-bidang tertentu Khususnya dalam bidang pertanian, perusahaan dan perikanan Kemajuan teknologi juga pada media dan perhubungan

SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
€ € € €

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan Tamadun Melayu-Islam mempengaruhi sistem pemerintahan Sultan/ Raja/ Yang di-Pertua berkuasa dalam sistem politik Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua institusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen

€

€ € €

Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga buah badan : y Badan Pemerintah (eksekutif) y Badan Perundingan (Legislatif) y Badan Kehakiman (judikatif) YDP tidak terlibat dalam politik dan pemerintahan negara Baginda merupakan payung atau paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan negara Baginda tidak berkuasa mutlak dan bertindak atas nasihat PM atau JM seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Urbanisasi Malaysia
Sistem perumahan yang terancang dan selamat € Usaha naik-taraf pada kawasankawasan yang tertentu € Memajukan kawasan perbandaran dan perkampungan
€

AGAMA DAN ISTIADAT MALAYSIA
€ € € € €

Islam dan adat Melayu banyak mempengaruhi agama dan istiadat di Malaysia Islam menjadi faktor definitif Melayu di negara ini Islam juga menjadi identiti Sosial dan budaya orang Melayu Islam juga menjadi Ketua agama bagi setiap negeri di dalam persekutuan Agama-agama lain bebas dianuti dan diamal kecuali aliran atau fahaman yang dianggap menyeleweng atau sesat

SISTEM PERUNDANGAN
Sejak dahulu lagi setiap negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang yang tersendiri seperti Hukum Kanun Melaka,Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan Pelembagaan Negeri Terengganu. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan perlembagaan ini telah dilanjutkan pula kepada entiti politik Malaysia dalam pelembagaan Malaysia dan pelembagaan negeri.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di kalangan para pedagang yang telah berdagang di Tanah Melayu. Pengaruh bahasa Melayu amat tinggi sehingga ia dimaktubkan di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagi bahasa Kebangsaan Malaysia. Di dalam bidang pendidikan pula,Akta Pendidikan (1961) bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara,di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Tamadun Malaysia memenuhi ciri-ciri sesebuah tamadun dan berkembang pesat bersamanya Tanpa panduan dan rujukan daripada tamadun tersebut tidak mungkin tamadun Malaysia dapat mencapai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Oleh itu bagi memastikan negara kita terus maju ke hadapan kita hendaklah banyak mengkaji tentang kemajuan yang dicapai oleh tamdun Islam yang dipimpin oleh khalifah-khalifah yang hebat secara lebih mendalam lagi.