HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Pendahulan Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah “kajian tentang mekanisme mental yang

membolehkan manusia menggunakan bahasa”. Matthews (1997), berpendapat bahawa bidang ini ialah “kajian bahasa dari sudut psikologi. Mangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai “cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan,” iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. Oleh yang demikian, psikolinguistik boleh diertikan sebagai disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan psikologi. Ilmu psikolinguistik dan pemerolehan bahasa saling berkaitan dalam proses pengajaran guru dalam menyampaikan ilmu terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Teori bahasa pula ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraian bahasa. Menurut Lyons (1994), bahasa ialah nurani. Oleh hal demikian, bahasa tidak diperoleh secara semula jadi tetapi tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus Linguistik (1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti kanakkanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua. Mangantar Simunjuntak (1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama. Pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu menggunakan pendekatan teori dan prinsip pedagogi yang sesuai disamping menggunakan kaedah, starategi dan teknik yang betul dan berkesan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran bermakna. Kajian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru 1

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Biodata Guru Kajian pengajaran dan pembelajaran dijalankan terhadap seorang guru Bahasa Melayu Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kopok, Johor Bahru setelah mendapat persetujuan daripada pihak pentadbiran sekolah. Berikut biodata guru yang dikaji : 1. Nama 2. No. Kad Pengenalan 3. Umur 4. Opsyen 5. Gred Jawatan 6. Alamat Sekolah 7. Pengalaman mengajar 8. Kelas diajar 9. Tarikh 10. Masa 11. Tahun 12. Bilangan Murid 13. Tema 14. Tajuk 15. Fokus Utama 17. Objektif 18. Sistem Bahasa 19. Pengisian Kurikulum 20. BBM : Nora @ Suraya Binti Idin : 660920-01-5728 : 42 tahun : Pengajian Melayu : DG 32 : Jalan Hijrah Utama, Kg. Kopok Baru, Pasir Gudang, 81700 Johor. : 12 tahun : 5 Ikhlas : 30 Jun 2009 : 8.20 pagi – 9.20 pagi : 5 : 41 orang : Kegigihan : Tangisan kejayaan : 6.1 Aras 1 Mencari makna perkataan : Merujuki kamus untuk mencari makna perkataan : Simpulan bahasa : Pendidikan Moral - Kerajinan : Video, Petikan, Kad perkataan, kad huruf, lembaran kerja

2

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Dapatan Kajian Pengajaran dan Pembelajaran a. Apakah pendekatan teori yang digunakan oleh guru tersebut bagi mengajar sekolah rendah ? Dari kajian yang dijalankan terhadap pengajaran Cikgu Nora, didapati beliau menggunakan pendekatan teori Kognitif.Pada beliau pendekatan ini adalah sesuai dengan murid sekolah rendah. Menurut ahli-ahli kognitif, “perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar dengan perubahan kognitif”.Ahli-ahli kognitif berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang berteraskan teori-teori kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau perubahan mental.Proses pengajaran hanya akan dianggap berjaya apabila berlaku perubahan mental dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.Ahli-ahli kognitif menerapkan kaedah-kaedah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan bacaan..Berikut adalah Pendekatan Teori Kognitif yang digunakan oleh Cikgu Nora iaitu : (a). Pembelajaran bermakna Cikgu Nora telah mengaplikasikan teori ini dengan memulakan set induksi atau pengenalan pembelajaran pada hari itu dengan mengemukakan persoalan yang bermakna yang mencambahkan pemikiran murid.Set gambar yang beliau gunakan telah memberi gambaran bermakna tentang tajuk pembelajaran pada hari itu. (b). Pembelajaran mudah kepada sukar Cikgu Nora menggunakan bahan bacaan yang mengandungi ayat yang pendek dan perkataan mudah.Beliau menggunakan petikan bergambar dan berwarna untuk menarik minat murid.Kaedah ini tidak memberi tekanan dan bebanan kepada murid ketika menjalankan aktiviti.Murid akan bermotivasi untuk meneruskan pembacaannya. Begitu juga dalam membina ayat berdasarkan gambar. Cikgu Nora menggunakan perkataanperkataan untuk dikaitkan dengan gambar. Seterusnya murid membina ayat mengikut kesesuaian gambar. Semasa pengajaran, beliau telah menggunakan petikan untuk menjelaskan lagi tajuk pembelajaran pada hari itu.Berdasarkan petikan tersebut, beliau 3

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK meminta murid mencari dan menggariskan ayat-ayat penyata yang terdapat di dalam petikan tersebut.Kemudian dari ayat-ayat tersebut beliau meminta murid menggariskan perkataan yang membawa maksud banyak. Pendekatan yang beliau gunakan bersesuaian dengan pendekatan yang diterapkan oleh ahli-ahli kognitif iaitu pengajaran membaca bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang lebih kecil.Pengajaran beliau juga mempunyai unsurunsur yang bermakna seperti ayat, frasa dan perkataan. (c). Kaedah Inkuiri Penemuan Cikgu Nora menggalakkan murid membaca, kemudian murid perlu menceritakan kembali apa yang dibaca menggunakan ayat mereka sendiri iaitu tentang kegigihan seorang kanak-kanak berdasarkan gambar yang dipaparkan. Cikgu Nora telah dapat mencungkil idea atau pemahaman murid dengan mengemukakan beberapa soalan.Beliau juga membuat ulasan terhadap jawapan murid dan memberi peneguhan.

4

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK b. Apakah prinsip pedagogi yang dipegang oleh guru tersebut ? Dalam pengajaran bahasa, seseorang guru yang baik harus sentiasa memikirkan kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya dalam usaha untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dengan pencapaian murid yang maksimum.Ini juga menggambarkan bahawa guru perlu mempunyai satu prinsip tentang pedagogi pengajaran. Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung dengan teori pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum, iaitu: 1. Pembelajaran merupakan proses mental. 2. Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian. 3. Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanakkanak dalam peringkat kematangan yang sama. 4. Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan. 5. Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan. 6. Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Cikgu Nora adalah mengikut prinsip pedagogi aliran Behaviorisme dan aliran kognitif. Prinsip Behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran sebagai satu perubahan tingkahlaku yang sesuai dan berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh pengalaman. Ianya menumpukan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Berikut a. Memberi peneguhan Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan Cikgu Nora banyak memberi peneguhan positif kepada murid-muridnya seperti ‘ bagus” dan ‘ baik’. Selain itu tepukan pada bahu murid juga dilakukan oleh Cikgu Nora sebagai satu penghargaan kepada murid-muridnya. Prinsip ini dapat memberikan keyakinan dan motivasi kepada murid untuk meningkatkan pembelajaran mereka. 5 prinsip Behaviorisme yang telah digunakan oleh Cikgu Nora dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu :

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK b. Pengulangan dan latihan Murid-murid di dalam kelas ini telah diberikan pengulangan dan latih tubi dalam bacaan dan penulisan. Dalam aktiviti penulisan, Cikgu Nora telah memberikan latihan untuk membina ayat berdasarkan gambar. Bagi bacaan pula, murid membaca secara berulangulang untuk meningkatkan pembacaan mereka. Prinsip kedua pula ialah prinsip Kognitif. Dalam prinsip ini menyatakan bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mengumpul,menyimpan, mengingat, dan menggunakan ilmu. Fokus kajiannya ialah terhadap proses minda individu. Cara individu berfikir tentang situasi, kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya mempengaruhi cara individu itu belajar.Berikut adalah prinsip kognitif yang digunakan oleh Cikgu Nora iaitu : a. Pembelajaran melalui inkuiri penemuan Dalam langkah 2, Cikgu Nora telah menyuruh murid-murid membuat banding-beza antara sifat gigih dengan malas melalui paparan gambar. Murid telah diberikan borang pengurusan grafik ( PG ) untuk membuat banding-beza di dalam kumpulan masingmasing. Hasil laporan telah disampaikan oleh wakil setiap kumpulan. Secara tidak langsung murid dapat membuat perbandingan dan penemuan tentang hasil banding-beza tersebut. b. Interaksi sosial Dalam aktiviti kumpulan, Cikgu Nora telah menggalakkan murid-murid berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan berukar-tukar pendapat bagi mendapatkan jawapan. Secara tidak langsung ini akan memberikan pengalaman kepada murid-murid untuk berinteraksi dengan lebih baik dan berkeyakinan. Selain itu mereka juga akan dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat yang diperolehi dikongsi bersama.

6

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK c. Apakah pendekatan yang diamalkan dalam pembelajaran bahasa ? Menurut Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran supaya sesuai dengan tahap pelajar. . Dalam pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora telah menggunakan beberapa pendekatan iaitu : Pendekatan Induktif Pendekatan induktif adalah pendekatan gramatikal yang mendahulukan sesuatu pengajaran dengan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan dibuat. Antara contoh pendekatan induktif yang Cikgu Nora gunakan adalah seperti berikut : a. Cikgu Nora telah menyuruh murid menyatakan beberapa makna perkataan yang terdapat di dalam petikan seperti ‘mencengkam’, ‘pelawaan’, ‘merobah’, ‘tuisyen’ dan ‘rintangan’. Setelah itu, Cikgu Nora menyatakan maksud perkataan tersebut dan penggunaannya dalam ayat. Selain itu murid juga diminta untuk membina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut. b. Cikgu Nora meminta murid menyatakan sifat-sifat gigih yang diketahui oleh murid. Setelah murid-murid memberikan contoh, beliau menerangkan definisi sifat gigih.

7

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK d. Apakah kaedah yang digunakan untuk memulakan pengajaran bagi mencapai objektif pelajaran ? Menurut anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa pendek.Kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkan susunan yang teliti dan rapi. Berikut merupakan kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh Cikgu Nora dalam pengajaran beliau. Kaedah natural Dalam memulakan pengajarannnya, Cikgu Nora memaparkan video yang menunjukkan sifat kegigihan seorang kanak-kanak.Penerangan daripada tayangan video itu menjadi alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Kaedah penglibatan tindak balas fizikal Semasa memperkenalkan makna perkataan, Cikgu Nora menyebut perkataan-perkataan yang terdapat di dalam petikan.Murid diminta mencari makna perkataan-perkataan tersebut.Kemudian beliau menjelaskan makan perkataan tersebut.Hasil daripada penerangan beliau, murid dapat memahami makna perkataan tersebut. Kaedah Oral-Aural Selain itu, Cikgu Nora menggunakan kaedah dengar dan tutur dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Contohnya murid mendengar penerangan daripada guru tentang simpulan bahasa dan murid menyebut serta membina ayat. Setiap murid digalakkan untuk mendengar arahan yang disampaikan dan bertutur untuk menyampaikan kembali maklumat. Kaedah Bahasa Komuniti Cikgu Nora juga menggunakan kaedah ini bagi aktiviti kumpulan. Setiap murid akan berkomunikasi dan berinteraksi dalam kumpulan kecil. Mereka belajar antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat. Contohnya membina ayat berdasarkan gambar. Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan melaporkan jawapan.

8

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Kaedah Tatabahasa Terjemahan Cikgu Nora menggunakan kaedah ini untuk menjelaskan cara membina ayat penyata dan ayat tanya dengan betul beserta penggunaan kata kerja yang betul dalam ayat. Ini penting supaya murid dapat membuat ayat yang gramatis. Cikgu Hamid juga membantu murid memurnikan ayat yang tidak lengkap.

9

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK e. Adakah strategi bahasa yang digunakan oleh guru tersebut sesuai dan apakah strategi teknik yang boleh digunakan untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum? Strategi Bahasa dan Strategi Teknik Strategi bahasa adalah suatu cara atau langkah atau tindakan yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, Cikgu Nora telah menggunakan strategi bahasa yang sesuai mengikut tahap murid-murid dalam kelas ini. Antaranya ialah : a. Pendekatan berpusatkan murid Dalam aktiviti kumpulan, Cikgu Nora sebagai fasilitator manakala murid-murid berbincang dan berkomunikasi untu mendapatkan jawapan serta melaporkan kepada kelas. b. Kepelbagaian teknik Cikgu Nora menggunakan pelbagai teknik dalam pengajarannya untuk menarik minat murid mengikuti pembelajaran dan seterusnya menjadikan pembelajaran mereka bermakna. Antaranya tayangan video, penggunaan gambar dan kad perkataan yang menarik. c. Kepelbagaian sumber bahan Cikgu Nora mempelbagaikan sumber pengajarannya dengan menyediakan petikan cerita, video, gambar, kad perkataan dan lembaran kerja untuk aktiviti menulis. d. Penggunaan tatabahasa yang tepat Cikgu Nora menekankan penggunaan tatabahasa yang tepat dalam pengajaran dan pembelajarannya. Contohnya penggunaan kata kerja, ayat tanya dan ayat penyata dengan diberikan contoh-contoh penggunaan yang betul. e. Penggabungjalinan Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, Cikgu Nora telah menggabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis dengan baik. Setiap kemahiran ini diajar dengan baik dan berkesan.

10

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Strategi teknik pula ialah suatu alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Antara straegi teknik yang digunakan oleh Cikgu Nora ialah : a. Teknik soal jawab Teknik ini sentiasa digunakan oleh Cikgu Nora kepada murid pada setiap langkah pengajarannya. Interaksi berlaku antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Cikgu Nora akan membantu murid untuk memberi jawapan yang baik serta membetulkan jawapan yang salah. b. Penyelesaian masalah Dalam aktiviti kumpulan, Cikgu Nora telah meminta murid untuk mencari makna perkataan serta maksud simpulan bahasa. Murid akan melaporkan jawapan dan akan berkongsi maklumat bersama kumpulan lain. c. Teknik sumbang saran Cikgu Nora sentiasa mengadakan sumbang saran dengan murid untuk mendapatkan maklumbalas terhadap pengajarannya. Antaranya meminta murid menyatakan maksud simpulan bahasa, memberi contoh ayat penyata dan membina ayat.Dalam aktiviti kumpulan juga teknik ini digunakan. Setiap murid akan mengeluarkan pendapat sebelum keputusan dibuat untuk menulis jawapan yang akan dilaporkan. d. Latih tubi Dalam aktiviti membina ayat berdasarkan gambar, Cikgu Hamid meminta murid membina ayat penyata dengan kata kerja yang sesuai, kemudian murid membacanya . Setelah dimurnikan murid akan menulisnya serta membacanya sekali lagi.

11

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK f. Kajian terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

a. Set Induksi ( 5 minit ) Dalam set induksi ini, Cikgu Nora telah menayangkan satu tayangan video yang memaparkan kegigihan seorang kanak-kanak melalui LCD Projektor.Seterunya beliau mengaitkan tayangan video itu tadi dengan tajuk pembelajaran ‘Tangisan kejayaan’. Kekuatan Bahan Bantu mengajar yang digunakan dalam set induksi ini ialah paparan gambar melalui LCD Projektor . Kebaikan penggunaan kemahiran ICT ini : i ) Memudahkan pengajaran dan pembelajaran Guru dapat membuat penerangan dengan mudah.Guru tidak perlu membawa gambar atau penggunaan kad manila untuk membuat demontrasi. ii ) Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid. Penggunaan komputer dan LCD ini dapat menarik minat murid dan mencetuskan motivasi mereka untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran.Mereka akan lebih memberi tumpuan . Kelemahan dalam set induksi ini ialah murid tidak memahami dengan jelas berkenaan dengan sikap yang digambarkan melalui tayangan tersebut kerana sikap yang digambarkan itu lebih bersifat subjektif.Beliau boleh memulakan pengajaran dengan cara memaparkan perkataan gigih dan meminta murid menjelaskan makna perkataan itu berdasarkan fahaman mereka. b. Langkah 1 ( 15 minit ) Dalam langkah 1 ini, Cikgu Nora meminta murid membaca petikan di dalam buku teks secara individu yang dipilih secara rawak. Setelah itu murid bersoal jawab berdasarkan petikan. Kemudian murid diminta mencari maksud lima perkataan menggunakan kamus secara berpasangan. Kekuatan yang terdapat dalam langkah 1 ini ialah keupayaan murid membaca petikan dengan baik dan dapat mencari maksud perkataan dengan menggunakan kamus.

12

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Kelemahannya pula tidak semua murid dapat menggunakan kamus dengan baik kerana terdapat murid yang tidak mempunyai kamus dan murid ini hanya mendengar sahaja. Bagi aktiviti bacaan pula hanya 2 orang murid sahaja dilibatkan. Untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Nora boleh membuat melakukan aktiviti pengajaran di pusat sumber dan murid boleh menggunakan kamus yang terdapat di situ. Untuk lebih menyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora boleh menjalankan aktiviti permainan mencari makna perkataan secara kumpulan. c. Langkah 2 ( 15 minit ) Dalam langkah 2 ini, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan . Cikgu Nora memberikan lembaran aktiviti mencari maksud simpulan bahasa. Setelah itu murid disuruh menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata tanya yang terdapat dalam petikan. Murid juga diminta membina ayat daripada kata kerja tersebut. Setelah itu, Cikgu Nora memberi penerangan tentang kata tanya. Kemudian murid memberi contoh ayat tanya yang terdapat dalam petikan. Kekuatan dalam langkah 2 ini ialah murid dapat menjalankan akiviti kumpulan secara koperatif dan kolaboratif iaitu berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan. Murid juga dapat memberikan contoh kata tanya dengan betul. Kelemahannya ialah pengagihan kumpulan mengambil masa yang lama dan ahli kumpulan tidak terdiri daripada pelbagai kebolehan.Dalam kumpulan juga tidak dilantik ketua, pencatat dan pelapor.Keadaan ini menimbulkan kebisingan. Bagi mengatasi masalah ini, Cikgu Hamid perlu pastikan setiap murid dalam kumpulan terdiri dari pelbagai kebolehan dan pastikan mereka melantik ketua, pencatat dan pelapor. Aktiviti permainan bahasa seperti teka-teki, teka silangkata dan sebagainya boleh disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

13

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK d. Langkah 3 ( 15 minit ) Cikgu Nora memaparkan kad perkataan dan kad ayat serta memberi contoh ayat tanya dan ayat penyata. Murid diminta membina ayat tanya dan ayat penyata dengan menggunakan perkataan yang dipaparkan pada kad perkataan. Setiap kumpulan melaporkan jawapan. Cikgu Hamid memurnikan jawapan murid. Murid menulis ayat dalam bentuk perenggan di dalam buku latihan. Kekuatan dalam langkah 3 ini ialah Cikgu Hamid berjaya membantu sesetengah murid untuk membina ayat menggunakan kata tanya disamping penggunaan kad perkataan dan kad ayat yang menarik. Kelemahannya ialah tidak semua murid dapat membina ayat kerana perkataan yang diberikan agak sukar pada tahap mereka.Murid yang lemah hanya diam dan membiarkan murid cerdas memberikan jawapan. e. Penutup ( 5 minit ) Cikgu Nora sekali lagi menayangkan video dan membuat penyoalan lisan sebagai pengukuhan.Beliau juga meminta murid menyebut simpulan bahasa yang dipelajari serta maknanya.Beliau juga memberikan lembaran kerja sebagai aktiviti penulisan.

14

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Rumusan temubual Berdasarkan temubual yang dijalankan selepas pengajaran dan pembelajaran Cikgu Nora menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu disesuaikan dengan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan . Selain itu pengajaran dan pembelajaran bahasa melibatkan beberapa aspek iaitu : a. Penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat Pengunaan tatabahasa yang betul dan tepat amat penting dalam perbualan dan penulisan. Ini akan dapat membantu murid untuk memantapkan penggunaan tatabahasa mereka terutama aktiviti membina ayat. b. Banyak latihan dan pengulangan Latihan perlu dimaksimumkanmengikut tahap keupayaan murid supaya hasil pembelajaran dapat mencapai objektif yang ditentukan. Pengulangan dalam setiap kemahiran dapat membantu muird meningkatkan kefahaman mereka serta dapat menggunakannya dalam matapelajaran yang lain. c. Guru perlu memantapkan pengetahuan dalam bahasa Guru bahasa perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bahasa supaya dapat menghasilkan pengajaran yang berkualiti dan pembelajaran yang bermakna kepada murid. d.Pemilihan stategi, kaedah dan teknik yang betul untuk hasil yang berkesan. Guru bahasa perlu mengambilkira semua aspek ini sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru akan dapat melihat kekuatan , kelemahan dan cara untuk mengatasi serta meningkatkan pengajaran.

15

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK e. Perlu ada aktiviti pengukuhan dan pemulihan Aktiviti pengukuhan amat penting untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid. Begitu juga aktiviti pemulihan untuk membantu murid sederhana dan lemah meningkatkan penguasaan kemahiran mereka. Kadangkala guru kurang mengambil berat aspek ini disebabkan kekangan masa. f. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Menurut Cikgu Nora, beliau menggunakan ICT apabila mengetahui pengajaran dan pembelajarannya dipantau. Jika tidak, beliau lebih selesa menggunakan cara tradisional. Tidak semua murid berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer kerana mereka mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

16

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Penutup Kepentingan persediaan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan pendekatan teori dan prinsip pedagogi yang sesuai dengan murid amat penting bagi guru. Pengajaran dan pembelajaran ini dapat meningkatkan keyakinan guru mengajar, disamping dapat membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir pengajaran dengan lebih berkesan. Segala pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap kepada murid perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas. Aktiviti pengajaran-pembelajaran hendaklah mempunyai perkaitan yang jelas dengan setiap objektif pengajaran dan isi pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Guru perlu memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid agar pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Disamping menilai pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.

17

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

RUJUKAN Mohd.Nasar Bin Sukor.et.al. (2006). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan. (2008). HBML3303 Psikolinguistik dan Semantik. Selangor : Open University Malaysia. Dr. Ali Mahmood, et.al. (2007 ). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas Pendidikan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lufti Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa. (1989). Tatabahasa Dewan Jilid 2 : Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz.(1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan) Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Abdul Aziz Abdul Talib, (1885). Langkah-Iangkah permulaan dalam mengajar kanakkanak menulis karangan: Satu Pendekatan, jurnal Dewan Bahasa, No. 31,Bil.lO. Abdul Jalil Othman. (1989). Rnjukan segera Bahasa Malqysia KBSM. Kuala Lumpur Berita Publishing Sdn. Bhd. Awang Sariyan. (1980). Kesalahan umum penggunaan Bahasa Malqysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

LAMPIRAN

19