Kawasan Kajian

Menurut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di Daerah ini, iaitu pokok Sepang (Caesalpinia sappan). Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan kecil Daerah Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Daerah Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudiannya digabungkan menjadi satu Daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975. Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada 26 Ogos 1983. Dalam kajian ini, saya telah memilih kawasan Bandar Baru Salak Tinggi sebagai kawasan kajian yang dahulunya sebuah hutan.Kawasan ini terletaknya di negeri Selangor, iaitu di daerah Sepang mukim Dengkil. Kawasan ini juga terletak dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia atau MSC yang dijangkakan akan bercirikan era informasi baru. Ia dijangka akan menyokong kepada pembangunan, pengangkutan antarabangsa KLIA yang akan membawa limpahan pembangunan yang pesat di bandar ini. Bilangan penduduk yang semakin bertambah dari semasa ke semasa menunjukkan Bandar Baru Salak Tinggi mempunyai potensi yang besar dalam pembangunan pada masa hadapan. Bandar Baru Salak Tinggi juga mempunyai bahan infrastruktur yang lengkap dan memenuhi segala keperluan penduduk, termasuklah petempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan.Bandar Baru Salak Tinggi adalah kawasan perumahan berdekatan ke Kuala Lumpur International Airport(KLIA), penduduknya terutama terdiri daripada tanah kakitangan lapangan terbang dan kru syarikat penerbangan. Kota Warisan adalah bandar yang relatif baru yang terletak di pinggiran Bandar Baru Salak Tinggi. Bandar seluas 896 hektar ini sedang giat dibangunkan terutama melalui penswastaan supaya ianya menjadi setaraf serta mampu menyokong projek-projek di daerah lain di Negeri Selangor. Selain daripada bangunan kerajaan, banyak kawasan-kawasan perumahan baru telah dibina dan kilang-kilang dibuka. Bandar ini juga dilengkapi dengan kemudahan awam yang diperlukan oleh rakyat seperti perpustakaan, stadium, dewan orang ramai dan sebagainya. Di samping itu, kawasan ini dilengkapi dengan Sistem Kereta api Ringan (Express Rail Link ERL) yang dibina untuk menghubungkan Kuala Lumpur (KL Central) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Putrajaya dan Cyberjaya.Perkhidmatannya tiba dua kali setiap jam.

Bandar Baru Salak Tinggi ini mempunyai pandang darat fizikal seperti tanah beralun,tanah pamah/rata dan hutan.Saya dapat menyimpulkan bahawa Bandar Baru Salak Tinggi merupakan sebuah kawasan yang mengutamakan kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perdagangan,perindustrian dan pembinaan. Jaringan jalan yang berturap menjadi penghubung utama di kawasan ini. Hampir setiap kawasan mudah dihubungi. Tanpa sistem pengangkutan yang baik, semua kegiatan penduduk tidak dapat dilakukan dengan sempurna.Namun kajian ini merujuk kepada Bandar Baru Salak Tinggi iaitu Taman Dahlia, Taman Ixora, Taman Seroja, dan Taman Mawar 1 & Taman Mawar 2 kerana ia berhampiran dengan sekolah. Kawasan ini terletak dalam lingkungan dari bandar terderkat iaitu 55 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Putrajaya, 17 km dari Cyberjaya, dan 7 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bandar Baru Salak Tinggi dikelilingi oleh bandar ± bandar utama seperti Nilai, Banting, Kajang dan Bandar Baru Bangi.