You are on page 1of 11

Teks 2: Hidup Muafakat Membawa Berkat

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing, Bulat air kerana pembentung, Bulat kata kerana
muafakat. Salam perpaduan dihulurkan untuk semua.
Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang saya hormati, dif-dif kehormat, panel hakim yang
arif lagi bijaksana serta sentiasa menegakkan paksi kebenaran, warga pendidik yang
budiman seterusnya hadirin yang saya kasihi. Hidup Muafakat Membawa Berkat begitulah
nada lirik syarahan saya pada hari ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakat majmuk
seperti Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nurani yang suci. Kita
perlu bekerjasama dan saling membantu tanpa mengira ras dan warna kulit. Perkara ini
tidak dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyang masih segar dalam ingatan. Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Dengan terbinanya amalan bekerjasama antara kaum, maka akan wujudlah perpaduan dan
kesejahteraan hidup. Tanpa sikap tolak ansur dan bekerjasama, perbalahan dan pergeseran
kaum mudah berlaku.
Sidang dewan yang saya kasihi,
Masih ingatkah anda wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana menteri kita,
Tun Dr Mahathir Mohamad? Dalam cabaran yang kelima telah dinukilkan dengan jelas iaitu
untuk membangunkan masyarakat yang bertoleransi. Ini bermakna rakyat Malaysia yang
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat istiadat, budaya dan agama tanpa sekatan dan
kongkongan. Masyarakat Tionghua tanpa canggung memakai baju kurung dan kebaya.
Begitu juga masyarakat Melayu betapa anggun mengenakan ceongsam dan sari. Keadaan
inilah yang menonjolkan keunikan negara Malaysia yang maju dan dibangunkan oleh rakyat
yang berbilang kaum dan agama.
Hadirin yang saya hormati,
Dalam hidup berjiran tetangga kita perlu mewujudkan masyarakat yang saling mengambil
berat antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan agama. Yang buta
dipimpin, yang sakit diziarahi. Susah senang sesama jiran ditangani bersama. Bersikap
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dipinggirkan daripada
sanubari. Justeru, marilah kita sama-sama mengutamakan hal-hal kekeluargaan dan
kemasyarakatan yang mendasari semangat kejiranan. Saranan ini bertepatan dengan dasar
kebudayaan yang menggalakkan keharmonian perhubungan antara kaum. Jiran sepakat
membawa berkat.
Warga dewan yang setia,
Generasi hari esok adalah pewaris kepemimpinan hari ini. Institusi pendidikan memainkan
peranan penting untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri.
Seandainya sikap individualisitik dan materialistic wujud di kalangan pelajar maka
berkemungkinan akan melahirkan prejudis terhadap rakan etnik yang lain. Melalui Dasar

Pendidikan Kebangsaan, unsur-unsur negatif ini dapat ditangani demi kepentingan


perpaduan nasional.
Akhirnya marilah kita bersama-sama bersatu mengekal dan mengukuhkan permuafakatan.
Sebelum saya mengundur diri, renung-renungkanlah madah ini Jangan biarkan kudis
menjadi sopak, sopak pula menjadi kusta. Sekian, terima kasih.

Teks 2: Faedah menyertai aktiviti kokurikulum

Yang mulia tuan pengerusi majlis, Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Faedah Menyertai Aktiviti
Kokurikulum.
Hadirin sekalian,
Aktiviti kokurikulum patut disertai oleh semua murid kerana banyak kebaikannya.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Sebagai
contoh sekiranya kita menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah, kita akan dapat belajar caracara merawat kecederaan atau memberi pertolongan cemas.
Selain itu, menyertai aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Masa kita tidak
akan dibazirkan kerana masa sangat berharga. Kita juga dapat menghindarkan diri daripada
perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, merempit, berbual-bual kosong dan
sebagainya.
Hadirin sekalian,
Di samping itu, menyertai aktiviti kokurikulum dapat melatih diri kita menjadi seorang
yang berdisiplin. Sebagai contohnya, jika kita menyertai Persatuan Pengakap kita perlu
mematuhi arahan semasa aktiviti kawad kaki dan sebagainya.
Kita juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri kita lakukan. Kita akan
membuat tugasan tersebut bersama-sama kawan kita. Ini secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan.
Oleh sebab masa terlalu cemburu, izinkan saya mengundur diri. Sebelum saya
mengundurkan diri ingin saya memohon maaf jika terdapat salah dan silap semasa
syarahan saya tadi.
Sekian, terima kasih.

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Disiplin Penentu Kejayaan.
Hadirin sekalian,
Tahap disiplin kebanyakan pelajar pada masa kini dikatakan berada pada tahap yang agak
membimbangkan. Pelbagai pengaruh negatif telah menggugat disiplin dan ketahanan diri
pelajar yang sepatutnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Hadirin sekalian,
Untuk mencapai kejayaan, para pelajar mestilah memiliki disiplin yang tinggi. Hal ini,
membolehkan para pelajar membina sahsiah yang baik dan sentiasa patuh peraturanperaturan yang ditetapkan. Justeru itu, para pelajar mampu mengawal diri mereka daripada
ancaman pengaruh negatif yang merosakkan.
Selain itu, para pelajar akan terdorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Malahan, para
pelajar juga tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan
norma-norma kehidupan masyarakat seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, dan
lepak. Dengan itu, para pelajar akan dapat membina tingkah laku yang lebih baik dan
dihormati oleh masyarakat.
Hadirin sekalian,
Pemupukan aspek disiplin perlu disertai dengan keyakinan dan kekuatan diri pelajar. Oleh
itu, para pelajar sepatutnya memperkasakan diri mereka dengan ajaran agama, dan
menghindari sebarang bentuk aktiviti yang boleh mendorong mereka melakukan
perlanggaran disiplin. Jika para pelajar bersedia dengan sepenuh hati, kejayaan pasti
menanti mereka.
Hadirin sekalian,
Daripada hujah-hujah yang telah saya sampaikan, jelaslah bahawa para pelajar yang
mempunyai tahap disiplin yang tinggi akan lebih mudah menjulang kejayaan dalam
pelajaran dan kehidupan mereka kelak.
Sekian, terima kasih

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Rakyat Sihat Negara Makmur.
Hadirin sekalian,
Biarlah saya huraikan apa yang dimaksudkan dengan rakyat yang sihat. Rakyat yang sihat
ialah mereka yang sihat fizikal dan mental. Untuk melahirkan rakyat yang sihat, kita
memerlukan makanan yang seimbang dan berzat. Selain itu, kita juga memerlukan
persekitaran yang tenteram.
Kerajaan kita telah menyediakan pelbagai kemudahan perubatan untuk memastikan rakyat
negara ini mendapat rawatan yang terbaik. Dengan hal yang demikian, rakyat akan sentiasa
berada dalam keadaan sihat. Rakyat yang sihat akan dapat meningkatkan produktiviti dalam
apa juga bidang yang diceburi. Bukankah ini akan memberi pulangan yang besar kepada
negara?
Hadirin sekalian,
Rakyat yang mempunyai mental atau emosi yang sihat pula akan berfikiran lebih rasional.
Kita tidak mungkin melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh merosakkan diri sendiri,
masyarakat, dan negara. Di dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Kita tentunya akan
berusaha untuk mewujudkan perpaduan antara kaum.
Selain itu, jika sesebuah negara memiliki rakyat yang berkualiti, negara tersebut akan
disegani oleh negara-negara lain. Inilah sebenarnya yang sedang berlaku sekarang. Negara
kita yang berupaya mengekalkan kemakmuran dan keharmonian, telah menjadi contoh
kepada negara-negara lain.
Hadirin sekalian,
Bagi mengakhiri syarahan ini, saya menyeru kepada para hadirin, marilah kita bersamasama berusaha untuk memastikan negara kita ini akan terus menikmati kemakmuran kerana
rakyatnya sentiasa sihat.
Sekian, terima kasih.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin
sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya
untuk memberi syarahan pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Tajuk syarahan saya ialah Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah.
Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkaraperkara yang berfaedah.
Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan
diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahkan pengalaman serta
ilmu pengetahuan.
Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan
bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah untuk mengisi
masa lapang.
Hadirin sekalian,
Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta
keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa
lapang.
Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih
dan assalamualaikum.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guruguru,dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada
kali ini ialah Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.
Hadirin sekalian,
Kata membazir bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang
terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita
terlalu boros berbelanja, kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar
memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan
dibuang.
Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu
pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah
membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang
berfaedah.
Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air
dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil
berkenaan.
Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa
dicatu.
Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini.
Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang
tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.
Sekian, terima kasih.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan rakanrakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Menjaga Alam Sekitar.
Hadirin hadirat sekalian,
Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita
pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.
Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada
kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi
buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya
pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak
melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita
hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.
Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu
diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu
mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin
kesihatan kita.
Sekian, terima kasih

Karangan Jenis Syarahan : Faedah Mempunyai Hobi


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Guru Besar, Penolong Kanan, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. "Kepentingan Mempunyai Hobi yang
Menguntungkan" adalah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan buat hadirin semua.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Hobi merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Hobi boleh dilakukan
tidak kira di mana jua, sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Banyak kepentingan dan
faedah yang boleh kita peroleh daripada hobi yang kita lakukan setiap hari. Kita boleh
memanfaatkan kepentingan dan faedah itu pada masa hadapan.
Contohnya, hobi yang menguntungkan ialah melayari internet, membaca buku dan juga
membaca surat khabar. Kita boleh memanfaatkan hobi ini dengan menambahkan ilmu dari
segi pengetahuan am dan juga tentang isu-isu semasa.
Kawan-kawan sekalian,
Hobi boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua mahupun yang
muda. Ini kerana terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan oleh semua golongan
masyarakat. Contohnya, bersukan atau bersenam. Ini juga adalah hobi yang
menguntungkan kerana ia dapat menyihatkan badan bukan sahaja setakat kesihatan fizikal
malah kesihatan mental juga.
Selain itu, bercucuk tanam juga adalah salah satu hobi yang sangat menguntungkan. Bak
kata pepatah, "berbudi kepada tanah, pasti akan mendapat hasilnya". Dengan hasil
tanaman tersebut, kita boleh menjualnya untuk menambahkan pendapatan. Di samping itu,
kita juga dapat mengurangkan suhu cuaca yang kini menjadi semakin panas.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa mempunyai hobi yang menguntungkan amatlah berguna
kepada kita semua. Seperti yang saya nyatakan tadi, selain daripada mengisi masa lapang,
kita juga mendapat banyak faedah yang mana kita boleh memanfaatkanya sebaik yang
mungkin. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, ingin saya sampaikan serangkap
pantun yang telah di reka khas,

Banyak burung berterbangan,


Burung bayan, burung merpati,
Kepentingan hobi amat menguntungkan,
Faedah dan kebaikan kita manfaati.

Sekian terima kasih.

Syarahan : Sayangilah Alam Sekitar


Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk syarahan saya pada hari
ini ialah Sayangilah Alam Sekitar .
Alam sekitar yang bersih dan indah perlu dipelihara untuk menjamin kesejahteraan hidup
manusia. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan setiap insan
menyayanginya?
Hadirin sekalian.
Aktiviti yang boleh menjejaskan flora dan fauna hendaklah dikawal. Hal ini demikian kerana
jika tidak dikawal, akan mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti banjir, tanah
runtuh dan sebagainya.
Selain itu, kita juga hendaklah memastikan kebersihan alam sekitar tidak dicemari oleh
unsur-unsur yang boleh membawa kemusnahan seperti sisa-sisa toksik, sampah sarap, dan
tumpahan minyak.
Penguatkuasaan undang-undang perlu dijalankan dengan lebih keras. Denda dan hukuman
yang berat perlu dikenakan kepada individu atau kumpulan yang melakukan aktiviti yang
boleh mencemarkan dan memusnahkan keindahan alam.
Hadirin sekalian,
Marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab bagi menentukan dunia yang kita diami
ini terus terpelihara, bersih, dan indah. Jika anda sayang diri anda, sayangilah alam
sekitar!.

Syarahan : Rakyat Sihat Negara Makmur


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Rakyat Sihat Negara Makmur.
Hadirin sekalian,
Biarlah saya huraikan apa yang dimaksudkan dengan rakyat yang sihat. Rakyat yang sihat
ialah mereka yang sihat fizikal dan mental. Untuk melahirkan rakyat yang sihat, kita
memerlukan makanan yang seimbang dan berzat. Selain itu, kita juga memerlukan
persekitaran yang tenteram.
Kerajaan kita telah menyediakan pelbagai kemudahan perubatan untuk memastikan rakyat
negara ini mendapat rawatan yang terbaik. Dengan hal yang demikian, rakyat akan sentiasa
berada dalam keadaan sihat. Rakyat yang sihat akan dapat meningkatkan produktiviti dalam
apa juga bidang yang diceburi. Bukankah ini akan memberi pulangan yang besar kepada
negara?
Hadirin sekalian,
Rakyat yang mempunyai mental atau emosi yang sihat pula akan berfikiran lebih rasional.
Kita tidak mungkin melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh merosakkan diri sendiri,
masyarakat, dan negara. Di dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Kita tentunya akan
berusaha untuk mewujudkan perpaduan antara kaum.
Selain itu, jika sesebuah negara memiliki rakyat yang berkualiti, negara tersebut akan
disegani oleh negara-negara lain. Inilah sebenarnya yang sedang berlaku sekarang. Negara
kita yang berupaya mengekalkan kemakmuran dan keharmonian, telah menjadi contoh
kepada negara-negara lain.
Hadirin sekalian,
Bagi mengakhiri syarahan ini, saya menyeru kepada para hadirin, marilah kita bersamasama berusaha untuk memastikan negara kita ini akan terus menikmati kemakmuran kerana
rakyatnya sentiasa sihat.
Sekian, terima kasih.