TAMADUN DUNIA: TEMA 1;SOALAN NO : 4:Bagaimanakah ahli-ahli sejarah menentukan ciri-ciri yang wujud dalam sesuatu

tamadun. A : Pengenalan (3m) :Pra sejarah adalah sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatat dalam bentuk tulisan sebelum wujudnya tamadun. Terdapat tiga zaman pra sejarah iaitu Paleolitik 500000 SM – 10000 SM, Mesolitik 10000 SM – 7000 SM dan Neolitik 7000 SM – 3500 SM. Pada zaman ini terdapat empat spesis manusia yang mendiami dunia iaitu Pithecantropus Erectus (Java Man), Sinanthropus Pekinensis, Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Tamadun pula ialah pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian dan senibina. Kemunculan tamadun tidak sama diantara satu tempat dengan tempat lain. Contoh-contoh tamadun awal manusia ialah Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun China. B : Isi:Ahli-ahli Sejarah menentukan ciri-ciri yang wujud dalam sesuatu tamadun berdasarkan beberapa cara atau kaedah. 1. Kaedah Arkeologi / Cari gali:Ahli-ahli arkeologi menggunakan kaedah cari gali untuk mengesan hasil tinggalan tamadun. Tapak-tapak runtuhan tamadun digali dan dikaji tentang kewujudannya. Hasil fosil dan artifak yang digunakan oleh masyarakat awal ditemui contoh perkakas yang dijumpai seperti pinggan mangkuk, monumen, bahan-bahan logam. Untuk menentukan umur bahan ahli arkeologi menggunakan bantuan ahli

sains melalui pengesanan radio karbon (C14). Di Timur laut China, ditemui peralatan tembikar dan gangsa. Alat-alat tembikar digunakanuntuk menyimpan wine,bijirin, dan minyak. Penemuan tenggala (3000 SM)memudahkan kerja-kerja membajak. Penemuan roda dan kincir air dalam pertanian dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. 2.Penempatan Kekal dan Pembandaran:Gordon Childe menekankan revolusi urban sebagai ciri yang membentuk masyarakat bertamadun. Tamadun lahir apabila manusia mula tinggal menetap dalam kumpulan-kumpulan besar di bandar. Ini menyebabkan berlaku perkembangan dalam aspek-aspek material, intelektual dan kesenian ke tahap yang amat kompleks. Colin Renfew pula berpendapat tiga ciri utama menjadi pemangkin kelahiran tamadun ialah kewujudan bandar, tempat beribadat dan sistem tulisan. M.A.J Beg mentakrifkan bandar sebagai satu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besar boleh membaca dan menulis serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian. Raja Muhammad Affendi mentakrifkan pembandaran adalah proses tempat orang-orang tinggal dan bekerja dalam satu kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan memberi khidmat. 3. Organisasi Sosial:Menurut Mayer Kurt : kewujudan organisasi sosial dalam masyarakat awal
dikesan sejak zaman Neolitik. Kemunculan pertempatan kekal dan perkembangan dalam bidang ekonomi menyebabkan muncul golongan paderi yang bertindak sebagai ketua dalam bidang keagamaan dan sekular serta menduduki tangga teratas dalam masyarakat awal di Mesopotamia, Mesir dan tamadun lain.

-

Dari segi sosial, raja menduduki tangga teratas dalam susun lapis masyarakat. Diikuti oleh golongan bangsawan, paderi, pedagang, rakyat biasa dan hamba.

4. Kepercayaan dan Agama :Agama merujuk kepada segala kepercayaan terhadap tuhan, dewa / roh nenek moyang serta kebaktian dan kewajipan yang berkaitan dengannya. Kepercayaan dan agama membuktikan sesuatu masyarakat itu telah matang. Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan adalah hasil daripada hubungan antara manusia dengan alam sekeliling. Mereka melakukan aktiviti pemujaan dan pengorbanan untuk Tuhan yang menjaga alam. Idea-idea keagamaan telah mempengaruhi bidang kesenian, kesusasteraan, politik, ekonomi dan sosial masyarakat Mesopotamia, Mesir dan lain-lain. Wujud rumah-rumah berhala iaitu Ziggurat di Mesopotamia, kuil agama di Karnak. 5. Sains dan Teknologi :Pertambahan penduduk dan perkembangan akal fikiran mematangkan manusia. Mereka mencipta alat-alat untuk memudahkan kerja mereka dalam bidang pertanian, perusahaan dan perdagangan. Penciptaan roda mempercepatkan alat pengangkutan untuk mengangkut bahan-bahan pertanian. Kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan pertanian. Kapal-kapal layar digunakan untuk barag dagangan dari satu tempat yang jauh seperti dari Mesopotamia ke Mesir. Tamadun China meninggalkan bukti seni bina yang mengkagumkan iaiti

Tembok Besar China, tamadun Rom meninggalkan banggunan stadium iaitu Collessium. 6. Sistem Tulisan dan Bahasa:Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan ia merintis jalan
kearah perkembangan sistem tulisan.

-

Wujud sistem tulisan iaitu Cuiniform di Mesopotamia, Hieroglif di Mesir. Sistem tulisan dan bahasa perlu untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian.

-

Matlamat utama sekolah-sekolah di Sumeria adalah untuk melatih jurutulis bagi menjalankan pentadbiran dan menguruskan ekonomi ladang-ladang yang dimiliki oleh rumah berhala dan istana.

-

Perkembangan sistem tulisan dan bahasa telah melahirkan sarjana-sarjana dalam bidang sains, teknologi, botanikal, zoologikal dan linguistik.

7. Institusi Pemerintahan:Kesan organisasi sosial, muncul institusi pemerintahan, pendidikan dan keagamaan, sebagai organisasi membolehkan manusia membuat adaptasi dan mengawal alam sekitar mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sbagai orang berkuasa. Dari sudut sosio politik, raja menerajui takhta pemerintahan, mempunyai kuasa yang tinggi, memainkan peranan dalam bidang pentadbiran dan keagamaan. Mengikut kepercayaan orang Mesopotamia, raja ialah wakil Tuhan dan dipilh untuk mentadbir sesebuah bandar. Raja akan dibantu oleh golongan pembesar / bangsawan yang dikenali sebagai Marbanuti. Pegawai-pegawai seperti panglima tentera, ketua paderi dan gabenor dilantik

oleh raja dari kalangan golongan bangsawan dan menumpahkan taat setia kepada raja. Ini menjamin perpaduan dan kelancaran pentadbiran negara.

8. Pengkhususan Kerja:Pertambahan penduduk memberi peluang kepada penghuni bandar menumpu kepada pengeluaran barangan. Wujud orang yang mahir dalam bidang tertentu seperti tukang jahit, ahli besi, bomoh / pawang dan lain-lain. Ini akan meningkatkan produktiviti keperluan bekalan di satu-satu kawasan. Dengan adanya pengkhususan kerja akan menyebabkan wujudnya sistem ekonomi yang teratur. E.L. Farmer menjelaskan perdagangan yag wujud dalam bentuk sistem barter telah membantu perkembangan ekonomi tamadun-tamadun awal sepertiTamadun Mesopotamia dan Mesir. C.Kesimpulan :Kewujudan tamadun telah merintis jalan kepada penubuhan kepada negara-negara
bangsa, beraja dan empayar-empayar. Ini juga telah mempelbagaikan sistem pemerintahan di dunia.

Soalan 7:Huraikan organisasi ketenteraan di negara kota Sparta dalam tamadun Yunani. A.Pengenalan(3m) 1. Organisasi ketenteraan dapat diertikan sebagai bahagian-bahagian atau jenisjenis tentera yang wujud dalam sesebuah tamaun.terdapat beberapa jenis tentera yang wujud dalam tamadun-tamadun awal seperi dalam tamadun Yunani denagn merujuk kepada negara kota Sparta, antaranya tentera berjalan kaki, tentera berkuda, dan tetera berkereta. 2. Organisasi keteteraan juga merangkumi bentuk-bentuk tentera, taktik dan strategi, peralatan perang dan pentadbiran ketenteraan.

3. Sparta merupakan sebuah negara kota di Yunani yang mengamalkan pemerintahan berasaskan ketenteraan.hasilnya telah berjaya melahirkan masyarakat Sparta yang dikenali sebagai pejuang handal. B.Organisasi Ketenteraan Sparta :1.Pentadbiran ketenteraan:Bermula dengan membentuk dasar pendidik ketenteraan iaitu untuk melahirkan golongan Peer dan individu yang taat serta kepada negara dan pemerintah Sparta. Di sampig iu dasar pendidikannya juga bertujuan mlahirkan anggota tentera yang kuat dan sempurna. Dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak Sparta, kerajaan mengutamakan latihan fizikal yang berkaitan dengan ketenteraan. Aktiviti sukan yang tidak berkaitan dengan ketenteraan tidak diajar. Contoh aktiviti sukan yang terkenal ialah perlumbaan kuda, bergusti, merejam lembing dan lain-lain. Melalui dasar pendidikan ketenteraan, Sparta dapat melahikan anggota tentera yang kuat dan sempurna serta dapat membentuk disiplin individu dan ketahanan negara. Untuk itu beberapa langkah telah dilaksanakan seperti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan cacat dan tidak berupaya dihapuskan. Kanak-kanak yang berusia antara 8-18 tahun dan belia dikehendaki tinggal di berek dan mereka dilatih dengan teruk. Apabila kanakkanak mencapai usia 18-20 tahun, mereka diberikan latihan ketenteraan yang profesional. Dalam usia 20-30 tahun mereka ditugaskan di perbatasan. Apabila mencapai usia 30 tahun mereka dipaksa untuk berkahwin dan ketika berusia 35 tahun barulah diberi taraf kewarganegaraan Sparta. 2.Peralatan perang:Merupakan elemen penting dalam organisasi ketenteraan di Sparta

memberikan penekanan terhadap senjata dan kelengkapan perang.Ini kerana ia merupakan unsur penting bagi menjamin kejayaan dalam sesuatu ekspedisi ketenteraan. Penghasilan senjata merupakan satu bidang penting kerajaan Sparta. Oleh itu langkah-langkah tertentu diambil untukmenjamin penghasilan senjata berjalan lancar. Antaranya, tukang-tukang mahir dalam membuat senjata dikawal oleh kerajaan. Kerajaan juga turut memastikan bahan-bahan menghasilka senjata sentiasa mencukupi dan bekalannya tersedia. Antara peralatan perang yang digunakan oleh tentera Sparta ialah pedang dan lembing. Anggota tenteranya pula dilengkapi dengan topi besi serta baju besi untuk mempertahankan diri. 3.Taktik dan strategi :Oleh kerana ketahanan dan pertahanan merupakan asas kepada dasar imperialis, kerajaan sparta telah menunjukkan semangat ketahanan dan pertahanan yang tinggi. Ini dibuktikan dalam perang Pelloponesia yag melibatkan Sparta dan kerajaan Athens dan dalam perang Punic antara Sparta dengan kerajaan Carthage. Taktik dan strategi peperangan yang digunakan ialah formasi Phalanx. Ia merupakan satu formasi untuk pertahanan. Dalam taktik dan strategi ini hanya pasukan berjalan kaki digunakan. Askar-askar bersenjata berat yang dikenali sebagai Hoplite akan membentuk segiempat bujur lapan deretan yang dibentuk. Taktik peperangan ini telah digunakan oleh negara-negara kota Yunani termasuk Sparta pada tahun 490sm. Semasa berhadapan dengan tentera Parsi dalam perang Marathon. 4. Jenis-jenis Tentera:Di Sparta, tenteranya pula terdiri daripada infanteri atau berjalan kaki dan juga
tentera berkuda serta tentera berkereta kuda. Mereka membentuk batalion-batalion yang terdiri daripada unit-unit tentera infanteri, tentera berkuda dan tentera bersenjata ringan. Turut serta di medan perang ialah bahagian perubatan dan kejuruteraan yang dipertanggungjawabkan bagi merawat anggota tentera yang cedera serta membaiki kereta kuda yang rosak.

5.Bentuk Tentera:Di Sparta, bentuk tenera yang diperkenalkan dan dilaksanakan ialah tentera sepenuh masa yang memberikan perkhidmatan sepanjang tahun. Situasi ini ditekankan berdasarkan usaha kerajaan menjadikan rakyatnya sebagai pahlawan yang gagah dan berani serta mampu berkhidmat pada bila-bila masa yang diperlukan. Mereka dilatih sejak kanak-kanak lagi supaya mempunyai ketahanan dalam bentuk penyeksaan dan kesusahan seperti hanya diberikan satu pakaian tanpa kasut, disajikan dengan bubur yang berwarna hitam yang tidak sedap rasanya. Sekiranya ingin mendapatkan makanan lain, mereka terpaksa mencurinya dari ladang atau dusun yang merupakan sebahagian daripada latihan sekiranya di tangkap akan dihukum. Setelah dewasa, anggota tentera akan dipukul di khalayak ramai setiap tahun untuk meningkatkan daya ketahanan dengan tidak menjerit kesakitan. Hasilnya pemerintahan tentera di Sparta berjaya membentuk pasukan tentera yang amat tinggi disiplinnya dan tidak banyak bercakap. C : Kesimpulan (2m) Pendidikan di Sparta bermotifkan untuk melahirkan individu yang lasak untuk berkhidmat dalam ketenteraan. Ketenteraan di Sparta memperlihatkan usaha pemerintah Sparta menyusun satu organisasi ketenteraan yang cekap dan berkesan sehingga mampu menjadikan Sparta sebagai sebuah negara ketenteraan yang terunggul di kalangan negara-negara kota di Yunani. Bahagian B (soalan 9) Bincangkan taktik dan strategi yang digunakan oleh tentera Islam dalam peperangan pada zman Nabi Muhammad s.a.w. A. Pengenalan : (3m)

1. Islam adalah agama damai dan cintakan perdamaian. Islam tidak menggalakkan peperangan apatah lagi melakukan pencerobohan keatas negara-negara asing. Al-Quran telah memberikan beberapa garis panduan tentang undang-undang pertahanan dan peperangan. 2. Ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w adalah berbeza. Pada zaman ini, tentera Islam terdiri daripada para sahabat dan para mujahid Islam yang berperang kerana agama dan menuntut keredhaan Allah. 3. Peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada dua. Peperangan yang disertai Nabi Muhammad dipanggil ‘ghazah’ dan peperangan yang tidak disertainya dipanggil ‘sariyah’. Baginda telah menyertai sebanyak 27 peperangan dan 9 daripadanya telah membawa kepada pertempuran, dan 38 ‘sariyah’ telah diwakilkan kepada sahabatnya. 4. Takrif ‘taktik’ dan ‘strategi’ serta contoh-contoh peperangan. B: Isi : Taktik dan strategi yang digunakan: 1. Taktik menunggu :Teknik ini digunakan semasa peperangan Badar iaitu mereka menuggu hingga pihak musuh datang menghampiri mereka. Pada ketika itu, barulah mereka bertindak balas dan menyerang secara spontan. Dalam peperangan ini tentera Islam telah disusun rapi mengikut sistem ‘al-saf’ dibawah pimpinan Nabi Muhammad. 2. Taktik Bertahan :Ia digunakan ketika dalam keadaan mereka diserang seperti yang berlaku dalam peperangan Khandak. Teknik ini telah dicadangkan oleh Salman AlFarisi di mana tentera Islam di Madinah mengadakan benteng pertahanan yang kukuh seperti menggali parit di sekililing kota Madinah. Taktik ini telah membingungkan

pihak musuh, dan akhirnya mereka terpaksa berundur dari kota Madinah. 3. Taktik Mengepung :Ia diunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam peperangan di taif di mana tentera islam telah mengepung dan seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi hingga pihak musuh tidak sempat bersedia. 4. Taktik tidak mengejar atau memerangi tentera musuh : Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin agung telah menasihati sebegini kerana 2 sebab : a) Ingin menunjukkan bhw. Tentera Islam tidak bersifat agresif atau terbaru. b) Perbuatan ini boleh menjejaskan kedudukan pertahanan tentera Islam atau boleh menjadi mereka diperangkap oleh musuh. 5. Taktik perjanjian persahabatan musuh :Nabi Muhammad s.a.w mengkaji keadaan persekitaran edan pertempaturan sebelum peperangan berlaku. Baginda mengadakan perjanjian persahabatan dengan pihak yang akan menhadapi pencerobohan serupa. 6. Menguji keimanan orang Islam :Nabi Muhammad s.a.w merahsiakan jumlah anggota tentera musuh yang akan dihadapi dalam medan pertempuran. Taktik ini bertujuan untuk menguji keimanan orang Islam. Umpamanya dalam Perang Badar, Nabi tidak mendedahkan bahawa tentera musuh melebihi 1000 orang. 7. Menggunakan kepintaran untuk mengetahui jumlah musuh ;Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kepintaran untuk mengetahui bilangan tentera kafir dalam Perang Badar. Caranya ialah dengan menanyakan berapakah unta yang disembelih setiap hari untuk memberi makanan tentera. dAripada jawapan bahawa 9-10 ekor, nabi dapat anggarkan bilangan tentera adalah antara 900-1000 orang. 8. Sistem al-saf:Dalam sisitem ii tentera Isalm telah disusun dengan rapi dalam dua

barisan.Barisan hadapan bersenjatakan panah dan juga perisai. Setiap barisan tentera didahului dengan seorang yang membawa bendera. Pemimpin tentera islam ketika itu hanyalah seorang iaitu Nabi sendiri. Teknik ini telah digunakan ketika menghadapi musuh dalam Perang Badar. 9. Menyalakan Api :Bertujuan untuk memperdayakan musuh umpamanya sebelum memasuki Makkah, Nabi mengarahkan tentera menyalakan unggun api di sekitar khemah. Keadaan perkhemahan tentera islam yang terang benderang di salah tafsirkan oleh musuh yang menganggap tentera Islam ramai. Ini telah melemahkan musuh. 10. Risikan :Nabi Muhammad s.a.w telah mengarahkan Ali, Zubair serta beberapa orang sahabat pergi ke Makkah untuk merisik kekuatan tentera musuh. C: Kesimpulan :setiap peperangan haruslah selaras dengan etika peperangan.