TAMADUN BARAT: Sistem Ekonomi Sara Diri Pada zaman pertengahan awal (500-1050 M), sistem ekonominya adalah

bercorak sara diri. Sebahagian besar daripada keperluan petani seperti makanan, pakaian dan peralatan dihasilkan daripada institusi manor. Hasil-hail ini kemudian diedarkan dalam lingkungan kawasan manor. Di bawah sistem manor ini, petani tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Pendek kata, sistem ekonomi sara diri di bawah sistem manor merupakan suatu dunia kecil di mana di dalamnya terangkum sistem ekonomi dan politik yang mudah dan primitif. Sistem Ekonomi Komersil Pada abad ke-18 M, Revolusi Perindustrian melanda di Eropah. Revolusi perindustrian ini telah juga membawa perubahan yang nyata dalam bidang pertanian. Dalam bidang perindustrian, kaedah pengeluaran barangan secara mesin dan proses kimia diperkenalkan. Kaedah baru ini membolehkan pengeluaran kilang meningkat berlipat ganda. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barangan yang dihasilkan dengan banyak itu kemudian dijual kepada orang lain atau dipasarkan ke tempat lain. Dalam ekonomi pertanian pula, beberapa teknologi baru telah diperkenalkan. Sebagai contoh, alat penggali yang dicipta oleh Jethro Tull membolehkan lubang digali dan benih ditabur pada jarak tertentu. Ini memudahkan kerja menggembur dan membersihkan tanah. Sistem penanaman lama juga dihapuskan. Kini petani dikehendaki menanam tanaman yang sama sepanjang tahun dan kegiatan membajak dan menuai dijalankan secara serentak. Penggunaan teknologi baru ini berjaya menambahkan hasil pengeluaran. Kini, terdapat golongan tertentu yang bertindak untuk mengusahakan pertanian secara komersil. Institusi manor mulai menjadi lemah dan akhirnya lenyap. Manusia kini hidup secara saling bergantungan untuk memperolehi barangan keperluan yang dikehendaki dan bukan lagi menghasilkan barangan yang cukup untuk kegunaan sendiri sahaja. Pengkhususan kerja adalah semakin nyata pada zaman ini. Sistem Ekonomi Perdagangan Pada zaman kemuncak pertengahan (1050-1270 M), perdagangan antara Eropah dan Timur Tengah dipulihkan. Pemulihan perdagangan menghidupkan lagi bandar lama dan mewujudkan yang baru. Penggunaan mata wang mulai berkembang. Menjelang abad ke11 M, Venice menjadi pusat perdagangan penting Eropah Selatan. Ia membekalkan Constantinople bahan mentah dan membawa barang mewah Timur untuk diagihkan di Eropah. Ia juga mengasaskan hubungan dagangan dengan masyarakat Islam. Perkembangan perdagangan juga berlaku di Itali, Pisa dan Genoa. Di Eropah Utara pula, pemulihan perdagangan bermula dari Flanders. Ia memainkan peranan seperti yang dimainkan oleh Venice. Pedagang dari Norway dan Denmark belayar ke Flanders dengan kapal dipenuhi kulit binatang, madu dan kembali dengan kain bulu. Pedagang dari Eropah Selatan pula datang ke Flanders untuk memperolehi barang keluaran Eropah Urtara. Menjelang pertengahan abad ke-14 M, Itali telah mendahului daerah lain dalam

pemulihan perdagangan. Bandar-bandar Milan, Venice, Florence, Genoa dan Pisa dikunjungi oleh pedagang dari semua bahagian dunia Barat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat Itali terdedah kepada pelbagai gaya hidup. Kemudian, Gerakan Renaissance (abad ke-16) dan Reformasi (abad ke-17) yang bermula di Itali telah menjadi asas kepada Revolusi Perindustrian dna Revolusi Pertanian (abad ke-18). Revolusi ini telah menyebabkan kemajuan dalam bidang pertanian dan perindustrian dan meninggalkan kesan yang besar ke atas perdagangan luar terutamanya di England. Penghasilan barangan yang berlebihan membolehkan ia dieksport ke luar negeri. Menjelang pertengahan abad ke-19 M, perdagangan antarabangsa telah meningkat 20 kali ganda. Sistem Ekonomi Kapitalisme Pada zaman pertengahan awal, terdapat kapitalisme yang tidak menyeluruh. Walaupun semua penduduk di bawah institusi manor diberi kebebasan untuk mencari pekerjaan atau menjalankan suatu perusahaan, tetapi kesemuanya ini hanya terhad dalam lingkungan institusi manor sahaja. Selepas gerakan Renaissance dan Reformasi, sistem kapitalisme menjadi lebih sempurna. Individu diberi kebebasan yang sepenuhnya dalam mengerja kekayaan. Bukti yang menunjukkan bahawa sistem kapitalisme menjadi asas ekonomi di Barat selepas abad ke17 ialah: a. Parlimen England telah memansuhkan monopoli perdagangan SHTI dengan negara China pada tahun 1833; b. Parlimen England juga mengurangkan senarai barang yang dikenakan duti import dan eksport; dan c. Melonggarkan Undang-undang Jagung yang mengharamkan import jagung melainkan harga dalam negeri mencapai 8 syiling satu suku oleh Parlimen England. Pemansuhan penyekatan ini membolehkan perdagangan dijalankan dengan bebas di Barat tanpa gangguan dan sekatan kerajaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful