You are on page 1of 9

TUGASAN 7

(KUMPULAN)
ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENILAIAN

KOD KURSUS

: SME 6044

NAMA KURSUS

: ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

SEMESTER

: SEPTEMBER 2015

NAMA PENSYARAH : PN. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT RAJA MAMOR SHAH

NAMA PELAJAR

NO MATRIK

WAN NOR ATIQAH BT MEOR SAMSUDIN


NUR AISAH BINTI TAJARUDIN
FATIN NOR HANANI BINTI HARUN

M20151000766
M20151000769
M20151000751

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN ...................................................................................................... 2

2.0

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PEPERIKSAAN ........ 3

3.0

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) ................................................ 4

4.0

PERTUKARAN

PENILAIAN

MENENGAH

RENDAH

(PMR)

KEPADA

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) .............................................................................. 5


5.0

BIAS DALAM PENILAIAN...................................................................................... 7

6.0

RUMUSAN ................................................................................................................ 8

RUJUKAN............................................................................................................................ 9

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

1.0

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

PENDAHULUAN

Menilai ialah menentukan dimensi kualitatif terhadap suatu hasil pengukuran berdasarkan
kriteria tertentu yang telah ditetapkan manakala penilaian adalah proses pengumpulan dan
pengolahan maklumat bagi mengukur pencapaian pendidikan pelajar. Di Malaysia, sistem
pentaksiran yang merangkumi penilaian dan peperiksaan yang diamalkan berfungsi sebagai
petunjuk kualiti pendidikan negara. Pentaksiran yang dijalankan bertujuan mendapatkan
maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dan membantu murid
memperbaiki pembelajarannya melalui maklumat yang diperoleh (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012).
Tujuan penilaian diadakan dalam sistem pendidikan adalah bagi memberikan maklumat
mengenai pengetahuan sedia ada, menjadikan suasana pembelajaran aktif, mengesan
kesukaran dan kesilapan dan menempatkan murid dalam suatu jurusan. Penilaian di Malaysia
terbahagi kepada jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif ialah
satu jenis ujian formal atau tidak formal untk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan
pelajar di dalam kelas manakala penilaian sumatif ialah satu jenis ujian formal untuk
mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.
Menurut Abu Bakar Nordin (1990), penilaian merupakan suatu proses yang berterusan bagi
mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada pelajar dalam
aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna. Oleh itu,
proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran
dan pembelajaran selain daripada memastikan pelajar tidak tercicir daripada mengikuti
sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan.
Namun terdapat pelbagai isu yang timbul dalam melaksanakan penilaian dalam sistem
pendidikan. Persoalan utama yang sering timbul adalah bagaimana penilaian dapat
dilaksanakan dengan berkesan? Apakah kesan penilaian terhadap sistem pendidikan, pihak
sekolah, guru, pelajar dan masyarakat? Isu-isu yang akan dibincangkan dalam laporan ini
adalah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan peperiksaan, pentaksiran berdasarkan
sekolah, pertukaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3) dan bias dalam penilaian.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

2.0

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PEPERIKSAAN

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat
penting. Kebanyakkan rakyat di Malaysia mengamalkan budaya penilaian adalah tanda aras
kejayaan individu diukur dengan keputusan peperiksaan. Keputusan peperiksaan akan
menjadi mercu tanda kejayaan dan menjadi sanjungan serta kebanggaan sekolah dan keluarga
di samping dapat menentukan masa hadapan pelajar itu sendiri dalam bidang-bidang tertentu.
Penentuan yang begitu kuat diberikan kepada peperiksaan bermula dari sekolah rendah lagi
sewaktu murid masih lagi di Tahun 1 lagi.
Semua guru menginginkan kejayaan kepada pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna
berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus,
seseorang guru itu perlu bertindak membaiki pendekatan atau kaedah pengajarannya. Guru
akan mencari jalan penyelesaian yang mudah untuk dengan mengutamakan keputusan pelajar
dari ilmu yang ingin disampaikan. Kebanyakkan guru memberikan penekanan yang
berlebihan kepada peperiksaan. Guru akan menfokuskan pelajar untuk meguasai kemahiran
atau penguasaan topik tertentu untuk peperiksaan.
Oleh yang demikian, guru itu lebih selesa menggunakan kaedah biasa yang dianggap cepat
dan berkesan, mengajar pelajar hanya untuk peperiksaan dan hanya fokus dalam
menghabiskan sukatan dengan cepat. Suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lumpuh serta menyebabkan pelajar itu tidak berminat dan pembelajaran yang membosankan.
Menurut Zaleja Ismail dan Arinah Zaidan (2010), sietem pendidikan di sekolah pada zaman
kini berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu menumpu kepada pengiraan dan
penggunaan rumus manakala pembelajaran terbatas kepada latih tubi.
Menurut penyataan Johari Hassan & Yeong (2010), Keterampilan isi kandungan adalah
perlu tetapi bukan wajib untuk penyelesaian masalah, sebaliknya pengalaman dan
pendedahan kepada kemahiran dan strategi penyelesaian masalah mungkin adalah faktor
yang lebih penting." Namun begitu, masih ramai guru yang hanya memberi tumpuan kepada
kandungan sukatan mata pelajaran matematik dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Lim
Cha Sam dan Zhao Xiao Ping (2005) yang menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan prestasi pelajar dalam matapelajaran matematik di China lebih baik daripada di
Malaysia walaupun terdapat banyak persamaan di antara sistem peperiksaan di kedua-dua
negara ini.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

Selain itu, para pelajar juga sering merasa tertekan bila berhadapan dengan ujian atau
peperiksaan. Ini kerana bagi mereka kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik-tolak
daripada peperiksaan yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu
juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan
dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Penekanan
kepada pelajar dalam memperolehi skor yang cemerlang dalam peperiksaan seolah-olah
pelajar dibentuk melalui mesin iaitu kurikulum. Namun, apakah yang terjadi apabila selepas
peperiksaan? Pelajar dilatih untuk fokus dan berusaha bagi mendapatkan keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan, namun kurang diajar bagaimana untuk mengaplikasikan
pengajaran itu dalam kehidupan dan bagaimana untuk menerapkan nilai dari pengajaran ini.
3.0

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen penilaian yang
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan dalam proses P&P. PBS ini dirancang, ditadbir, diskor dan
dilaporkan secara terancang mengikut prosesur yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan
lagi sebagai skor peratusan yang biasa seperti 81% atau pun gred A, B, C dan D.
PBS juga merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif iaitu intelek, afektif
secara emosi dan rohani dan aspek-aspek psikomotor iaitu fizikal yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu, memantau pembangunan
individu dan membantu untuk meningkatkan potensi individu dan membuat laporan yang
bermakna kepada pembelajaran individu (Lembaga Peperiksaan, 2012).
Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran dan penilaian P&P
pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi
perhatian. Menurut McMillian (2008), tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah
untuk mendapat maklumat tentang kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar. Pentaksiran
dalam bilik darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan
pentaksiran prestasi, penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas tentang
hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

Namun, guru seharusnya merancang sebelum pentaksiran dilakukan supaya pentaksiran yang
dilakukan lebih terancang dan telus.
Namun begitu, ketidaksungguhan guru dalam menaksir dan menilai pelajar akan menjejaskan
seluruh sistem penilaian. Kualiti penilaian ini boleh dipertikaikan oleh semua pihak jika guru
mengambil sikap acuh tidak acuh semasa menilai pelajar. Sekiranya perkara ini berlaku,
kemungkinan besar wujud ketidakadilan, ketelusan dan keseragaman dalam membuat
penilaian terhadap pelajar sedangkan amalan ini merupakan salah satu elemen yang penting
dalam menentukan murid mendapat gred yang menepati apa yang diusahakan dan diperolehi
sepanjang P&P. Menurut Tan Ai Mei (2010), kurang pemantauan pihak atasan akan
menjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan penilaian.
Oleh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satu piawai atau standard penilaian atau
pentaksiran yang sah dan sesuai digunakan terhadap pelajar. Dalam kajian Chan, Sidhu, G. K.
& Md Rizal (2009), didapati 25 peratus guru mengatakan tiada pemantauan dari pihak
pentadbir dan tiada kerjasama dengan guru senior dan pihak pentadbir juga tak hiraukan
pelaksanaan PBS mereka hanya mahukan keputusan sahaja. Perkara ini berlaku juga
disebabkan pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan guru
menaksir sambil lewa.
4.0

PERTUKARAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) KEPADA


PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam Kenyataan Akhbar Kementerian


Pendidikan Malaysia pada 24 Disember 2014, PT3 merupakan penilaian sumatif yang setara
di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik calon dari aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Melalui PT3, calon ditaksir untuk
melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir sesuatu program pembelajaran.
Pelaksanaan PT3 mengambil kira instrumen dan panduan penskoran setara yang disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan manakala pentadbiran dan penskoran oleh guru di sekolah
masing-masing dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.
Struktur soalan PT3 berbentuk subjektif (respon terbuka) berbeza dengan soalan PMR yang
berbentuk objektif (aneka pilihan). Struktur soalan baharu ini memerlukan pelajar untuk
menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan benar-benar memahami sukatan pelajaran
apabila menjawab soalan peperiksaan berbanding soalan objektif yang hanya memerlukan
pelajar menghafal sukatan pelajaran untuk memperoleh keputusan cemerlang.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

Nisbah aras kesukaran soalan juga adalah berbeza, iaitu PT3 : 3:4:3 (rendah : sederhana :
sukar), manakala PMR : 5:3:2 (rendah : sederhana : sukar). Kaedah pengredan juga berbeza
iaitu pengredan PT3 ditetapkan berdasarkan penetapan standard (kriteria tertentu mengikut
mata pelajaran) dan

pengredan PMR adalah berdasarkan penentuan standard (gred

ditetapkan mengikut prestasi keseluruhan calon).Murid-murid Tingkatan 3 yang menduduki


PT3 mulai tahun ini telah ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) (Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, 2014).
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan I, P. Kamalanathan, PMR dan PT3
merupakan peperiksaan yang berbeza keran kedua-duanya bukan sahaja dijalankan dalam
format yang berbeza tetapi juga mempunyai tujuan yang berbeza. Soalan berbentuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) digunakan dalam PT3 dan tidak seperti PMR,
semua kertas PT3 terdiri daripada soalan subjektif yang memerlukan pelajar untuk berfikir
dan proses penandaan juga telah dipertingkatkan (Sinar Harian, 2014).
Namun, keputusan PT3 2014 mengejutkan ramai pihak. Ini kerana PTS yang digantikan
dengan PMR telah memperlihatkan penurunan angka calon yang mendapat keputusan semua
A. Kenyataan ini disokong oleh Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang
menyatakan bahawa inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc
(sementara), diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru
tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi
(Muhammad Shamsul Abd Ghani, 2014).
Sebenarnya, pelaksanaan PT3 ini turut memberi kesan kepada guru iaitu bebanan guru
semakin bertambah terutama guru yang terlibat dalam P&P pelajar tingkatan 3. Ini kerana
adalah kerana mereka perlu mengajar, menaksir dan memberi skor kepada pelajar. Sebelum
ini PMR yang dijalankan guru hanya mengajar dan guru luar terlibat dalam penandaan kertas
jawapan dan memberi markah kepada pelajar. Bebanan semakin bertambah apabila guru
memegang jawatan-jawatan penting di sekolah yang memaksa guru keluar sekolah untuk
berkursus atau terpaksa memberi tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-tugasan penting.
Secara tidak langsung, guru tertinggal banyak masa untuk mengajar dan mentaksir pelajar.
Acara atau aktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi P&P guru dalam
melaksanakan PBS.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

5.0

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

BIAS DALAM PENILAIAN

Bias ialah kewujudan kriteria-kiteria tertentu dalam memberi kesan yang verbeza terhadap
pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan
agama yang berbeza (Hambleton, Ronald, & Rodgers, 1995). Bias dalam penilaian pula
menyebabkan ketidakadilan dalam keputusan peperiksaan bagi ahli dalam kumpulan tertentu
(Camili, G. & Shepard, L. A., 1994). Tahap kebimbangan bias dalam penilaian semakin
tinggi setelah pelaksanaan PT3. Ini kerana kertas jawapan PT3 diperiksa sendiri oleh guru
yang sama mengajar di sekolah, bukannya guru dari sekolah atau negeri yang lain.
Pelbagai faktor boleh mempengaruhi pemarkahan oleh seorang guru. Apabila guru mengenali
murid dan dapat mengenal pasti kertas jawapan peperiksaan murid tersebut, bagi guru
bersifat pilih kasih, beliau akan lebih bersifat murah memberi markah ketika memeriksa
kertas peperiksaan murid tersebut, namun apabila beliau tidak suka dengan murid itu,
mungkin guru tersebut akan bersifat bias dan terlalu tegas dalam pemarkahan. Selain itu,
faktor tekanan dari pihak sekolah turut mempengaruhi guru. Seperti yang kita sedia maklum,
kerajaan mengumumkan ganjaran kewangan kepada pengetua, guru besar dan guru yang
berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing (Utusan Malaysia, 2010). Oleh itu,
penekanan dari pihak sekolah untuk menaikkan nama sekolah boleh mempengaruhi cara guru
tersebut memeriksa kertas peperiksaan murid.
Selain itu, bias dalam penilaian ujian lisan dan penulisan juga menjadi isu. Ini kerana ujian
lisan dan penulisan yang dijalankan kepada pelajar boleh dikatakan berat sebelah atau bias
kepada sebagian pelajar (Abd Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin, 2001). Golongangolongan yang kebiasaan terlibat dalam bias adalah golongan etnik atau bangsa yang
minoriti, mengikut jantina, golongan pelajar yang mempunyai kemahiran membaca yang
kurang dan golongan pelajar yang menguasai bahasa lain dan tidak dapat menguasai bahasa
Inggeris.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

6.0

TUGASAN 7
(KUMPULAN)

RUMUSAN

Penilaian sebenarnya

mempunyai

banyak kelebihan bagi

membantu kementerian

meningkatkan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih baik. Ini kerana penilaian yang
dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut
tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat
membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya
memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat
dan dalam diri murid dari aspek kognitif, pemikiran afektif, perasaan dan tingkah laku moral.
Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat
melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan
penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.
.

You might also like