You are on page 1of 14

PENGENALAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah merupakan undang-undang Malaysia
yang telah diwartakan pada 25 Februari 1994 oleh Parlimen Malaysia.

Prinsip Akta "Untuk membuat peruntukan lanjut bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang yang sedang bekerja , bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada
keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang di tempat kerja, untuk
menubuhkan Majlis Negara bagi Pekerjaan hal-hal keselamatan dan kesihatan dan untuk yang
berkaitan dengannya. "

Akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Tiada
apa-apa dalam Akta ini boleh terpakai bagi pekerjaan atas kapal yang dikuasai oleh Ordinan
Perkapalan Saudagar 1952 , Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah atau Sarawak atau
angkatan tentera.

KANDUNGAN

ARTIKAL 1

Tangki tempat mangsa terjatuh ketika membaiki paip rosak

SEREMBAN - Seorang lelaki maut dipercayai lemas akibat terjatuh ke dalam sebuah tangki
ketika sedang membaiki kerosakan paip di Ming Kee Food Court Jalan Temiang di sini, kira-kira
jam 10 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa, Lee
Sea Noy, 66, tidak sedarkan diri selepas ditemui terapung dalam keadaan terlungkup di dalam
sebuah tangki yang mempunyai kedalaman kira-kira 3.6 meter.
"Lebih kurang jam 10 pagi, mangsa telah diminta untuk membaiki paip dan pergi ke tangki untuk
melihat kerosakan yang berlaku. Selepas 10 hingga 15 minit kemudian, seorang penyelia
terdengar bunyi dari arah tangki dan kemudiannya senyap.
"Tidak sedap hati, penyelia terus meninjau lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan
terlungkup. Hanya bahagian kepala dan bahu mangsa yang nampak dalam paras air lebih kurang
enam hingga tujuh kaki," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, pasukan bomba dan ambulans dipanggil untuk menyelamatkan mangsa,
bagaimanapun mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jalaluddin
Abu Kassim berkata, bomba terpaksa membuang separuh air di dalam tangki berkenaan bagi
menyelamatkan mangsa.
"Mangsa tak sedarkan diri selepas kita berjaya membawa dia naik ke atas dengan menggunakan
tali bagi kerja-kerja menyelamat, katan

PUNCA BERLAKU KEMALANGAN

Salah satu punca berlakunya kemalangan di tempat kejadian ialah faktor kecuaian.
Pekerja selalunya akan mengalami masalah kekurangan tumpuan dan berkhayal ketika
melakukan kerja kerja.
Selain itu, pekerja kurang mengambil pengetahuan tentang tugas yang dilakukan,
langkah langkah keselamatan semasa melakukan kerja, tidak mempuyai kemahiran
latihan tentang kerja dan bersikap tidak mahumengambil tahu.
Pekerja juga perlu mempunyai sikap berdisiplin iaitu tidak mematuhi peraturan
peraturan yang telah ditetapkan, bergurau kasar dan sukamengambil jalan pintas.
Di samping itu, pekerja perlu mengambil berat tentang kesihatan mereka seperti sakit,
letih, dan mengantuk.

KESAN KEMALANGAN

Terdapat banyak kesan negetifyang melibatkan kemalangan di tempat kerja antaranya


ialah dari segi fizikal. Dari segi fizikalnya ia melibatkan kecederaan dan kecacatan pada
bahagian anggota badan dan boleh melibatkan kematian.
Selain itu, ia juga memberi kesan kepada majikan kerana melibatkan kerugian yang besar
ke atas peralatan yang telah digunakan oleh pekerjanya yang mengalami kemalangan di
tempat kerja.
Kesan daripada kemalangan ini juga boleh membawa kepada keluarga mangsa tersebut.
Keluarga mangsa akan mengalami kesedihan terhadap apa yang telah terjadi.

LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN


2 konsep:

Sains (sistematik, teratur)


Seni (kreativiti)

2 pendekatan:

Segera (kawalan terus kepada manusia, persekitaran)


Jangka panjang (arahan, latihan, pendidikan)

Dasar pemilihan pendekatan:

Falsafah (mengikut fakta, punca, sebab, rumusan)


Psikologi (tingkah laku manusia)

PERTOLONGAN CEMAS

Menyelamatkan mangsa dengan mengankat dan membawa ke tempat yang selamat dan
sesuai
Cuba menyedarkan mangsa sekiranya mangsa tidak sedarkan diri dengan melakukan cara
yang sesuai seperti pernafasan mulut ke mulut
Sentiasa berkomunikasi dengan mangsa bagi mengelakkan mangsa tidak sedarkan diri
semula
Memberi kata-kata semangat kepada mangsa supaya dapat menenangkan hati mangsa

Akta keselamatan 1994


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi tanggungjawab kepada semua pihak
terlibat supaya mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan yang berkesan ditempat kerja
termasuklah aspek polisi keselamatan, organisasi dan sistem kerja. Tujuan Akta ini adalah:

Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja


terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktivitiaktiviti orang-orang sedang bekerja
Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti
orang-orang sedang bekerja
Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka
Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh
sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara
bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau
memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

ARTIKAL 2

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang memadam kebakaran kilang kitar semula di Bukit Minyak, Pulau Pinang awal pagi tadi

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kilang mengitar semula getah di Juru di sini, musnah dalam
kebakaran jam 12.27 tengah malam tadi.
Jurucakap bomba, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.28 tengah
malam sebelum sampai ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Beliau berkata, kebakaran berkenaan memusnahkan hampir 90 peratus premis itu dan jentera
tangki air tidak dapat masuk ke kawasan kilang berkenaan kerana laluan sempit.
"Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berada di sepanjang jalan tersebut melakukan 'relay pumpping'
dan kerja memadam juga dilakukan menggunakan sumber air terbuka.
"Seorang anggota PBS Juru juga sesak nafas ketika melakukan operasi memadam api
berkenaan," katanya.
Beliau berkata, seramai 20 anggota dari Balai Bomba Prai ditugaskan dalam operasi berkenaan
termasuk bantuan daripada polis dan anggota PBS.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu," katanya.

PUNCA BERLAKU KEMALANGAN


Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda
tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca
yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di
tempat kerja adalah seperti berikut:

1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.


2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
3. Kebocoran atau mampatan gas.
4. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:

1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.


2. Lebihan beban aliran kuasa
3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

LANGKAH MENGELAKKAN KEMALANGAN


Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi
mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan
kebakaran yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh
dikawal lagi(uncontrollable stage).

Pengurusan risiko kebakaran


Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau
kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan
untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
1. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of
escape).
2. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
3. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
4. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
5. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
6. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
7. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.
8. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.

Peralatan Pencegahan Kebakaran


Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang
dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu
terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran
kebakaran.
Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan
kepada 2 jenis:
a. Perlindungan aktif.

Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah,


mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.

b. Perlindungan pasif.

Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang
berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung,
menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan
dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

KESAN BERLAKU KEMALANGAN


Pelbagai kesan negatif yang akan dihadapi akibat daripada kebakaran antaranya:

Individu
Memperoleh kecacatan pada tubuh badan sama ada kecatatan sementara atau kecatatan
kekal. Selain itu, berkemungkinan akan membawa kepada tragedi buruk iaitu kematian
Majikan
Menghadapi kerugian yang besar disebabkan oleh kebakaran yang memusnahkan
pelbagai jenis alat dan juga mesin di samping modal pembinaan semula bangunan yang
musnah dalam kebakaran
Masyarakat
Membawa kepada pandangan negatif terhadap tahap disiplin pekerja selain daripada
menganggap tahap keselamatan yang rendah pada kilang tersebut sekaligus susah bagi
pihak majikan untuk mencari pengganti untuk bekerja setelah siap dibaiki bangunan
tersebut.

PERTOLONGAN CEMAS
Luka terbakar yang ringan:
Jika kulit tidak terkoyak, lalukan aliran air sejuk ke seluruh bahagian yang terbakar atau
rendamkannya di dalam air sejuk (bukan air ais). Pastikan tempat luka direndam selama 5 minit.
Walau bagaimanapun, jika luka terbakar berlaku di persekitaran yang sejuk, jangan gunakan air.
Gunakan tuala yang bersih, basah dan sejuk untuk mengurangkan kesakitan.
Tenangkan mangsa. Beri keyakinan padanya. Luka terbakar boleh menjadi teramat sakit.
Selepas melalukan air atau merendam luka tersebut untuk beberapa minit, tutup luka dengan
pembalut yang steril atau kain yang bersih.
Lindungi luka daripada tekanan dan geseran.
Ambil ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli dari mana-mana kedai farmasi untuk
meredakan kesakitan, keradangan atau bengkak.
Luka yang ringan biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan lanjut. Walau
bagaimanapun, bagi luka terbakar peringkat kedua yang melibatkan keluasan kulit berjejari

(diameter) 2 hingga 3 inci, atau ia berlaku pada tangan, kaki, muka, celah kelangkang, punggung
atau sendi utama, rawatkannya sebagai luka terbakar yang teruk.
Luka terbakar yang teruk:
Jika seseorang itu sedang terbakar, jiruskan mangsa dengan air (jika terdapat air), selimutkan
mangsa dengan kain yang tebal dan tidak terbakar seperti kot bulu atau kapas, hambal (tikar
tebal) atau gebar/selimut untuk memadamkan api atau baringkan mangsa dan gulingkannya di
atas tanah.
Jika pakaian anda terbakar lakukan teknik berhenti, baring dan berguling. Jangan menanggalkan
pakaian yang terbakar (kecuali ia mudah ditanggalkan), tetapi pastikan mangsa tidak bersentuh
dengan bahan-bahan yang membara.
Pastikan mangsa masih bernafas. Jika pernafasan terhenti atau saluran udaranya tersekat, buka
laluan udara. Jika perlu berikan bantuan pernafasan dan CPR.
Jika penafasan tidak menimbulkan masalah, tutup kawasan luka dengan pembalut yang sejuk,
lembap dan steril atau kain yang bersih (jangan menggunakan tuala atau selimut; selapisan kain
nipis telah memadai jika kawasan terbakar adalah luas).
Jangan sapu sebarang minyak atau salap. Jangan pecahkan lepuh pada luka tersebut.
Jika jari kaki atau tangan terbakar, balutkan jari-jemari berasingan dengan pembalut yang tidak
melekat, kering dan steril.
Angkat sedikit atau tinggikan bahagian yang terbakar dan elakkan daripada tekanan dan geseran.
Ambil langkah-langkah untuk mencegah renjatan. Baringkan mangsa di atas permukaan atau
lantai yang rata. Angkatkan kaki setinggi lebih kurang 12 inci dan tutup mangsa dengan kot atau
selimut.
Jangan letakkan mangsa pada kedudukan ini jika kepala, leher, belakang atau kakinya disyaki
tercedera atau jika ia boleh menyebabkan mangsa berasa tidak selesa.
Teruskan memantau/mengawasi tanda-tanda penting keadaan mangsa (nadi, kadar pernafasan,
tekanan darah) sehingga bantuan perubatan tiba.

AKTA KESELAMATAN KEBAKARAN BANGUNAN


Terdapat empat akta dan undang-undang utama yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran di

Malaysia.
Ini merangkumi aspek utama dalam keselamatan kebakaran bangunan. Setiap akta atau undangundang tersebut, walaupun mempunyai skop-skop yang berlainan, tetapi ia perlu dirujuk
bersama-sama bagi memastikan peraturan-peraturan dan keperluan tersebut dipatuhi secara yang
optimum.
Akta dan undang-undang yang terlibat adalah seperti berikut:

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984)-Semenanjung Malaysia


dan Sabah
Ordinan Bangunan Sarawak
Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

KESIPULAN
Keselamatan di tempat kerja bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah oleh setiap
individu mahupun masyarakat terutamanya yang bekerja kerana ia merupakan suatu perkara
yang amat penting dan perlu diikuti oleh setiap golongan yang bekerja sama ada kerja kerajaan
mahupun swasta. Hal ini demikian kerana, keselamatan adalah perkara yang melibatkan nyawa
dan diri sendiri. Apabila perkara ini masih tidak dipandang berat di mata para pekerja maka
pelbagai perkara buruk yang bakal terjadi kepada mereka yang mungkin membawa kepada
kematian. Oleh itu, pelbagai perkara pencegahan harus dibuat bagi mengelakkan tragedi buruk
berlaku semasa bekerja sehingga tergubalnya undang-undang bagi memastikan keselamatan
pekerja terjamin.
Para pekerja juga harus bersikap peka dan sentiasa berwaspada bagi sebarang
kemungkinan yang bakal terjadi bagi mengelakkan kemalangan semasa bekerja. Oleh itu, semua
perilaku pekerja haruslah ditetapkan oleh majikan dan undang-undang supaya kemalangan serta
tragedi yang buruk dapat dikurangkan dan dielakkan dengan semaksimum mungkin.

RUJUKAN

Laman web berikut:


http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan/666kebakaran-dan-keselamatan-pengguna
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=1001&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

http://eportfolio.utm.my/view/view.php?id=8680
http://www.dosh.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1713:kilang-kitar-semula-getah-musnahdalam-kebakaran-berita-harian-online&catid=150&Itemid=259&lang=ms

http://chekguzaidi.blogspot.my/2011/08/akta-keselamatan-dan-kesihatan.html