You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS BAGI MAJLIS GRADUASI SKTM 2016

AGENDA PROGRAM
Guru-guru penolong kanan, Guru-guru Cemerlang, guru-guru rakan
seperjuangan, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG, Ibubapa dan penjaga
pelajar, serta para graduan yang diraikan seterusnya hadirin-hadirat
yang dimuliakan.
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak
sekolah kepada putera-puteri 6 mawar SK tanjung manawali bagi sesi
2015 yang telah memberikan berjaya dalam pencapaian UPSRbarubaru ini yang telah meletakkan SKTM di tangga pertama sekolah terbaik
bagi zon banggi dan di dalam 10 sekolah terbaik di kudat. Seramai 6
orang murid akan di graduasikan sebentar lagi.
Majlis graduasi sesi akademik 2015 ini diraikan khusus untuk murid
tahun 6 mawar sebagai peransang kepada anak didik kita mencapai
kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam
bidang akademik agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
bidang akadmeik di masa hadapan.
Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan
mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para
graduan. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat kepada para
graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari
mendatang.
Bagi memulakan acara, kita akan menyaksikan satu video akan koleksi
gambar murid tahun 6 mawar ses 2015.semoga semua terhibur
Majlis dengan ini menjemput para graduan murid tahun 6 mawar sesi
2015 untuk tampil di hadapan.
Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Penyelaras tahun 6
mawar 2015 cikgu abdul rahman b abbas untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh cikgu
Abdul Rahman b Abbas. Majlis merakamkan jutaan terima kasi
Kini majlis dengan sukacitanya menjemput wakil murid tahun 6 untuk
menyampaikan ucapan.majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada wakil murid diatas
ucapan tadi.
Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah dan sijil
graduasi kepada graduan-graduan SKTM 2015.
Para graduan akan menerima slip keputusan UPSR 2015 dan
cenderhati graduasi dari pihak sekolah,
majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang berusaha tuan guru
besar sk tg manawali cikgu abdul malat b sarisil bagi menyempurnakan
penyampaian anugerah.

TINDAKAN

Majlis menjemput
NORANISA BINTI MAHMUD
MUHAMMAD FAZNI BIN UMAR
SUHAILA BINTI MOHD SATRA
MUHAMMAD FAIZAL B MADSHAH
SITI NORDIANI BINTI DONNY
AZIEMA BINTI MADNISA
MOHAMAD ASRI BIN HAMDAN
Kepada para bakal graduan SKTM, di harap sentuhan majlis ini juga
dapat membuatkan anakand tidak melupakan jasa dan pengorbanan
yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali sktm. Kami
berharap, anakanda dapat mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa
dan negara sebaik sahaja melangkah keluar mengakhiri sesi pengajian
di SKTM