You are on page 1of 4

NAZIRAWANDI NAWANG (800612-11-5657)

TAJUK/SOALAN:
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN BACAAN BAHASA MELAYU DI
SEKOLAH RENDAH
JAWAPAN:
PENGENALAN
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di
Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan
untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama
untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara.
PRINSIP-PRINSIP BACAAN
Prinsip-prinsp bacaan mempunyai dua pinsip iaitu Prinsip Behaviourisme dan
Prinsip Mentalisme
Prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori
pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan
dibincangkan dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum
supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan.
Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses
pengulangan Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini
mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui
ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini
menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan
dalam pengajaran.

NAZIRAWANDI NAWANG (800612-11-5657)


Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan
pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistic Aliran Behaviorisme. Golongan ini
beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan
manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme
menegaskan bahawa pengajaran bahasa.

PRINSIP-PRINSIP FALSAFAH

Pinsip pertama :
Prinsip adalah bahasa yang digunakan mestilah standard yang diterima oleh
masyarakat

dan penutur jati. Bahasa yang baik,betul dan tepat hendaklah

digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu menyampaikan pengajaran mereka.ia


juga boleh diterima oleh para pelajar yang lain dengan baik dan tidak janggal kepada
pendengar atau penutur bahasa jati.
Prinsip kedua:
Prinsip kedua adalah pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan
lisan.pengajaran lisan penting dalam pengajaran bahasa kerana ia bersesuaian
dengan

proses semulajadi kanak-kanak.mengikut Awang

Mohammad Amin

(Kamaruddin,2001:56) mengatakan dalam proses penguasaan pertama,seorang


anak memperoleh kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adlah daripada
orang-orang yang hamper dengan kehidupannya sepeti ibubapa dan kaum keluarga.
Perkara kedua penting ialah kerasa lisan senang dikuasai daripada perkara-perkara
lain yang dipelajari.selain itu,kemahiran lisan adlah punca kepada segala kemahiran
yang lain.ini bermakna kemahiran mendengar dan bertutur adalah asas kepada
kemahiran menulis dan membaca.

NAZIRAWANDI NAWANG (800612-11-5657)


Prinsip ketiga:
Prinsip ini adalah bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih,disusun ,dikawal dan
dipertingkatkan.
3.1

Pemilihan bahan bahan pengajaran adalah proses mencari bahanbahan yang sesuai untuk pengajaran yang dihasilkan iaitu sesuai untuk
pengajaran bahasa.
Pemilihan dipengaruhi oleh tujuan dan guna serta tingkat pencapaian
pelajar-pelajar itu

3.2

penyusunan bahan-bahan pengajaran


Bahan-bahna pengajaran harus disusun supaya perkembangannya
maju iaitu secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal
hingg

peringkat

akhir.susunan

bahan-bahan

pengajaran

dapat

mengelakkan pengajaran berlaku secara kucar kacir.


3.3

kawalan bahan pengajaran:


Prinsip ini adalah untuk bahan-bahan pelajaran bahasa dapa yang
hendakl disampaikan

secara berseimbangan.ini bermakna guru

haruslah dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak


disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mmengajar yang
ditentukan.
3.4

pemeringkatan bahan-bahan pengajaran


Bahan-bahan pengajaran hendaklah disampaikan
dirancangkan

terlebih

dahullu

kerana

dari

itu seharusnya
segi

belakang

keluarga,pengalaman,kecenderungan dan kebolehan pelajar adalah


berbeza.selain daripada pemilihan dan sunan yang dilakukan,bahanbahan perlu diperingkatkan mengikut kesesuaian.
Prinsip keempat:
Prinsip

ini

adalah

penguasaan

kemahiran

bahasa

iaitu

kemahiran

bertutur,membaca dan menulis.sebutan yang betul akan terbawa kepada

NAZIRAWANDI NAWANG (800612-11-5657)


bacaan yang mengikut cirri-ciri prosodinya dan seterusnya bahan bacaan ini
akan dirakamkan ke dalam bentuk tulisan yang baik.
Prinsip seperti ini menekankan bahawa tiap-tiap satu kemahiran itu harus
dilakukan mengikut sususnan,iaitu satu kemahiran kemudian disusuli dengan
kemahiran yang berikutnya.

KESIMPULAN
Seseorang guru itu tidak patut berpegang sama ada pada prinsip-prinsip
Behaviorisme atau prinsip-prinsip Mentalisme. Ini adalah kerana cara
pembelajaran seseorang pelajar dengan pelajar yang lain adalah tidak sama.
Kedua-duanya boleh saja digabungkan dalam pengajaran seseorang guru itu
kerana seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini kedua-dua teori tersebut
adalah saling melengkapi. Prinsip-prinsip dari golongan tersebut hanya
sebagai jalan keluar bagi guru tersebut dalam menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi tidak kira dalam pengajarannya atau dalam
pembelajaran pelajarnya. Dengan berbekalkan pengalaman yang sedia ada
dari guru itu dan menerapkan prinsip-prinsip yang tersebut di atas maka
pengajaran yang disampaikan akan lebih efisen dan akan lebih terjamin
mutunya.

RUJUKAN:
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu

You might also like