You are on page 1of 2

Keris - Keunikan dan Maksud disebalik Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu
ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat
pemiliknya.
Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan
kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan
bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu
perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan
dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri
dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan
berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk
bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan.
Entry kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang
terdapat pada Keris Melayu.
Jika diperhatikan, Keris Melayu terdapat bilangan lok yang berliku-liku dan mengikut turutan
bilangan ganjil seperti 13, 11, 9, 7, 5 dan 3. Keris yang kelihatan lurus lebih dikenali sebagai
keris lurus atau sipukal. Keris lurus digenggam dlm tangan manakala keris berlok disisip di
bawah rusuk kiri dalam samping dan diikat kemas oleh bengkung yang menyembunyikan
pelbagai jenis senjata sulit. Ada juga yang menyisip keris di pinggang.
Panjang mata keris adalah mengikut sukatan dan sedap si pemilik untuk berhadapan dengan
musuh. Ada juga keris yang digenggam adalah keris berlok dan bukannya keris lurus. Lok itu
adalah lok 3 dan mempunyai mata yang panjang. Keris berlok yang disisip pula mempunyai
ukuran antara 9 hingga 13 inci panjangnya. Loknya 5, 7 & 9. Jika lebih loknya, keris adalah
sangat panjang dan tidak selesa untuk pergerakan bebas ketika bertarung.
Dikhabarkan juga bahawa setiap Melayu mesti mempunyai keris kerana keris itu melambangkan
maruah & martabat. Keris diri atau keturunan membawa kepada pengenalan siapa dan
kedudukan pemiliknya dalam bangsa Melayu. Dari ulu (hulu), pendukuk, sampir dan mata
menceritakan siapa pemiliknya. Kedudukan pula adalah daripada anugerah istana. Oleh sebab
itu, pada majlis keramaian di istana, jemputan yang datang akan membawa keris masingmasing.
Berikut adalah maksud yang digambarkan melalui bilangan lok-lok yang terdapat pada keris.
Keris Lurus - melambangkan kesetian, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Ianya lazim digunakan
sebagai keris istiadat.
Keris Lok 3 - digunakan oleh para panglima atau pahlawan. Keris ini dipercayai dapat
menunaikan sebarang permintaan penggunanya.
Keris Lok 5 - melambangkan pemiliknya mempunyai kelancaran berbicara dan boleh
mempengaruhi orang melalui berbicara.
Keris Lok 7 - melambangkan pemiliknya mempunyai wibawa dan karisma dalam pemerintahan.
Keris Lok 9 - melambangkan pemiliknya bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan.

Keris Lok 13 . keistimewaan/kemampuan keris sebagai senjata pembunuh. . Entry akan datang akan menceritakan dengan lebih detail tentang pembuatan.bermaksud pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang sudah dimilikinya. kegunaan.menggambarkan pemiliknya memiliki cita-cita tinggi dalam mengejar kemajuan sosial dan sesuai digunakan oleh mereka yang telah bekerja dan berumah tangga. pantang larang dsb berkaitan dengan keris yang digunakan sebagai senjata dalam dunia persilatan.Keris Lok 11 .