You are on page 1of 6

INDEPENDENT SELF LEARNING (ISL

)
NAMA: EMILIA BINTI ALI
UNIT: PISMP PENGAJIAN ISLAM JAN 2012
KURSUS: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN
ASIA (TITAS)

Minggu 1: Huraikan konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif Tamadun.

Konsep tamadun
Tamadun secara umum bermaksud pencapaian kemajuan dari segi pembangunan
fizikal di samping pemupukan tingkah laku yang baik. Menurut The Oxford
Dictionary (1995), salah satu makna tamadun ialah baru dan muktahir iaitu new and
up to date. Menurut kamus dewan (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai
keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir,
segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat, tamadun dan peradaban.
Definisi tamadun
Tamadun dari etologi Bahasa Arab yang disebut sebagai madanna atau madani.
Selain itu, definisi tamadun juga boleh didefinisikan mengikut bahasa- bahasa
tertentu.

Berasal

dari

perkataan

bahasa

Arab

‘maddana’

yang

bererti

membangunkan atau memajukan. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai
civilization. Perkataan tamadun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan
‘madana’ yang bererti membina, mendirikan bandar, menaik taraf ke tahap beradab,
menghalus budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat
kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budipekerti serta kebudayaan
yang luhur.
Manakala dari etologi bahasa Inggeris pula, tamadun disebut sebagai civilization.
Perkataan ini berasal dari perkataan Latin iaitu civitas, yang bermaksud bandar atau
kota.
Tamadun dari etologi bahasa Tamil pula disebut sebagai nakarikam dan bahasa
Cina pula ialah Wen Meng.
Seterusnya, istilah tamadun ini juga dapat ditakrifkan oleh beberapa tokoh Barat
dan tokoh Islam.

Tokoh Barat:
1. Arnold Toynbee
Tamadun adalah merupakan satu kebudayaan dan pemikiran yang
berkembang di kota yang mewujudkan kesusasteraan, politik, moral dan
agama.
2. Karl Wittfogel
Tamadun adalah satu cirri atau cara hidup secara keseluruhan daripada
sesuatu negara, seperti mempunyai sistem politik, ekonomi, sosial, agama.
3. A.S Hornbey dan E.C Parwell
Tamadun bermaksud meningkat daripada mundur, dan maju dalam bidang
ilmu, teknologi dan agama.
4. Jacqueta Hawkes
Kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Beliau mewarisi orang
Roman yang menyatakan bahawa Bandar adalah cirri terpenting dalam
tamadun. Ia juga merupakan teras dalam penilaian Barat. Contohnya, orang
Sepanyol telah menjajah Bandar orang Aztec, dan mereka telah menganggap
yang mereeka adalah bertamadun kerana telah memiliki bandar yang
lengkap dengan kemudahan asas.
Tokoh Islam
1. Ibn khaldun
Tamadun di dalam buku Muqaddimah, bermaksud al- umran dan al- hadarah.
Menurut Ibnu Khaldun, tamadun bermaksud satu kumpulan manusia yang
tinggal kekal di suatu tempat atau tanah pertanian yang akhirnya merintis
kemajuan dan kemakmuran serta pencapaian yang berasaskan agama.
Selain itu, tamadun juga bermaksud kemuncak pembangunan yang berkait
dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya.
2. Muhammad Rasyid Redha
Agama ialah asas tamadun kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual)
akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia
ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan kemusnahan

sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau
sebaliknya.
3. Sayyid Qutb
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi
dan kebudayaan yang beteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai
moral Islam.

Sebagai kesimpulan, tamadun dapat diertikan sebagai pencapaian gemilang
manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di bandar- bandar. Ia
terhasil dalam bnetuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan,
undang- undang, pentadbiran dan politik.

Ciri- ciri Tamadun
Antara ciri- ciri tamadun ialah seperti dalam gambarajah 1.0 di bawah.

C ir i
ta m
adu
n

H aya
t
keh i
dupa
n

Ilm u
( k r e a t iv it i &
r e k a c ip t a )

Pene
m p a ta
n
ke ka l

R e v o lu
si
p ertan i
an

S is t e m p o li t ik
dan
p e m e r in t a h a n

B ahasa
dan
t u li s a n

O rg a n i
sasi
s o s ia l

Agam a
dan
ke p e rc a
yaan

1) Penempatan kekal
Ia merupakan aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun kerana
manusia memerlukan tempat yang kekal bagi menjalankan kegiatan ekonomi
dan kemasyarakatan. Penempatan kekal juga bermaksud tinggal di suatu tempat
secara kekal dan tidak nomad. Ciri- ciri penempatan yang penting ialah lazimnya
kawasan lembah sungai dipilih kerana tanahnya subur untuk aktiviti pertanian,
bekalan air mencukupi serta member bekalan protien seperti ikan. Selain itu,
penempatan kekal juga merujuk kepada kewujudan bandar atau kota.
2) Sistem politik dan pemerintahan
Sistem politik dan pemerintahan

yang

teratur

dimana

kelompok

manusia memerlukan pemerintah bagi mencapai kemajuan dalam ekonomi,
pentadbiran

dan

politik.

Selain

itu,

tamadun

juga

mempunyai

sistem

perundangan dan sistem perundangan yang lebih teratur. Kesatuan politik ini
juga dapat menyatukan masyarakat dalam menentang orang luar. Sistem politik
ini juga akan menjadi lebih kompleks bila tamadun berkembang. Selain itu,
undang- undang yang teratur dan berwibawa juga untuk mengawal perilaku
tindak tanduk anggota masyarakat.
3) Organisasi sosial
Ciri tamadun yang lain ialah organisasi sosial. Organisasi sosial ialah
pengelasan masyarakat berdasarkan status. Oleh itu, terdapat peraturan adat

yang membezakan antara golongan atasan dengan bawahan. Maka, orang
bahawan berusaha mencapai kemajuan diri dan mengubah status mereka.
Usaha ini membentuk suatu masyarakat yang maju. Selain itu, wujud juga
institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur.
Sistem pengelasan masyarakat awal berkait rapat dengan pemilikan kekayaan
dan kekayaan yang penting ketika mencari penempatan kekal ialah tanah.
Justeru itu, stratifikasi sosial berasaskan kepada pemikiran tanah pertanian.
Sesiapa yang memiliki tanah mempunyai kedudukan tinggi dan jika tidak
mempunyai tanah, menjadi golongan pekerja atau buruh.
4) Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan ialah pemikiran yang mengkehendakkan manusia
supaya beradab sopan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik. Ini telah
meningkatkan ketamadunan sesebuah tamadun itu. Jika kita merujuk kepada
sejarah, kelaziman munculnya bandar- bandar awal di sekitar pusat upacara
agama seperti kuil.
5) Bahasa dan tulisan
Sesebuah tamadun mesti mempunyai satu bahasa atau beberapa bahasa
serumpun

dengan

sistem

tulisan

tersendiri

yang

menjadi

perantaraan

komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya. Selain
itu, ia juga sebagai penghantar maklumat yang membolehkan cacatan perkara
yang penting. Seterusnya, catatan ini tersebar luas ke dunia. Selain itu, ilmu juga
dapat dicatatkan dan diwarisi oleh generasi baru. Contohnya, karya-karya, ilmu
sains dan sebagainya.