You are on page 1of 4

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBAIK PULIH STESEN PENTERNAKAN : KOLAM

IKAN KELI BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PEMELIHARAAN HAIWAN,


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN

SMK TAMAN PUTRI, KULAIJAYA


TAHUN 2015

1.

TAJUK

Kertas kerja cadangan membaik pulih stesen penternakan : kolam ikan keli bagi
mata pelajaran kemahiran hidup pemeliharaan haiwan, program pendidikan khas
integrasi masalah pembelajaran SMK Taman Putri, Kulaijaya bagi tahun 2015
2.

PENDAHULUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKIMP)
adalah satu program yang dikhususkan untuk mendidik murid-murid
berkeperluan khas. Segala aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan potensi dan jati diri setiap murid. Melalui program ini,
murid-murid PPKIMP SMK Taman Putri akan mendapat bimbingan melalui
pendedahan dalam pelbagai aktiviti dengan pendekatan yang sesuai
berdasarkan keupayaan mereka. Pada Ogos 2014, Stesen Penternakan Ikan
Keli Dalam Kolam Kanvas telah dimulakan tetapi pada hujung tahun lepas
stesen ini telah rosak terutamanya bahagian bumbung akibat angin kencang.
Semua bumbung dari net hitam telah koyak dan kayu beam banyak yang
patah. Oleh itu, cadangan membaikpulih stesen ini perlu dilakukan untuk
mengelakkan daripada air kolam yang panas kerana terdedah kepada
pancaran matahari.
Secara tidak langsung, murid-murid ini juga dapat diterapkan dengan
kerja-kerja pertukangan dan menyemai semangat berganding bahu, berdikari
dan membina keyakinan diri. Selain itu, adalah diharapkan agar aktiviti ini
akan mewujudkan kemahiran sosial yang positif dikalangan murid Pendidikan
Khas ke arah hidup berdikari sebagai individu yang boleh menyumbangkan
sesuatu kepada masyarakat dan negara.

3.

RASIONAL

Kurikulum sekolah biasanya tertumpu kepada aktiviti pembelajaran dan


pengajaran (P&P) di dalam bilik darjah sahaja. Namun, kaedah ini agak
berbeza bagi murid-murid berkeperluan khas. Kaedah P&P murid-murid
berkeperluan khas ini memerlukan pengalaman menerusi penglibatan dirinya
dalam aktiviti yang nyata untuk mencapai objektif yang lebih berkesan. Oleh
itu, dengan adanya stesen penternakan yang sudah dibaikpulih ini diharapkan
agar aktiviti penternakan ikan keli dalam kolam kanvas dapat dijalankan
dengan sempurna dan kondusif.
Aktiviti sebegini juga dapat menarik dan mengukuhkan usaha muridmurid PPKIMP, SMK Taman Putri untuk menjadi individu yang berproduktif
dalam melahirkan insan yang berpotensi cemerlang. Selain itu juga, ia dapat
membina semangat guru sebagai penjana transformasi pendidikan negara
dalam melahirkan murid-murid berkeperluan khas yang berpotensi untuk
berdikari dan berdaya saing dalam masyarakat luar.
4.

OBJEKTIF
5.1.
Membaik pulih bumbung stesen penternakan dengan
memasang net hitam secara menegak dan menambah beam serta
tiang kayu bagi setiap pagar.
5.2. Mengukuhkan tiang pagar sedia ada.
5.3.
Membaik pulih pintu stesen penternakan.

5.

JAWATANKUASA KERJA
Penasihat

: Pn. Hjh Lily Bu Binti Abdullah


Pengetua SMK Taman Putri

Penyelaras Projek

: En. Jairuddin Bin Hadjilani


Penyelaras PPKIMP

Setiausaha

: Pn. Monis Diana Binti Abu Bakar

Bendahari

: Pn. Siti Zaharah Binti Putek

Pegawai Pemasaran

: Pn. Faiza Binti Abd. Samad

AJK

: 1.
2.

AJK Pelaksana

: 1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pn. Yanti Mastika Binti Maskam


Pn. Noor Izerleena Binti Suhaimi
Che Ku Mohd. Hasif Bin Che Ku Razak
Low Zhi Xian
Chan Kah Lock
Mohd. Razif Bin Abdul Razak
Chong Dickson
Muhammad Hanif Bin Ramlan
2

7. Liew Sheng Long


6.

KUMPULAN SASARAN
Sasarannya adalah semua murid lelaki PPKIMP SMK Taman Putri yang telah
dikenalpasti. Senarai mereka adalah seperti ajk pelaksana diatas.

7.

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan PCG Pendidikan Khas,

8.

ANGGARAN KOS MEMBAIK PULIH STESEN PENTERNAKAN


Bil
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Harga Seunit
(RM)
90.00

Stesen Penternakan

Net Hitam (90%)


Kayu beruti 2X2X6ft
Kayu beruti 2X4X10ft
Kayu beruti 1X2X12ft
Paku besi 2 inci
Paku besi 2 inci
Engsel pintu
Pintu papan nipis
Tombol pintu
14.00
JUMLAH KOS PERBELANJAAN

Kuantiti
3 unit
8 btg
4 btg
36 btg
1 kg
1 kg
6 biji
2 keping
2 set

Jumlah
(RM)
270.00

28.00

9.

SUMBER TENAGA
Projek ini akan dijalankan sepenuhnya oleh murid-murid Pendidikan Khas
dibawah bimbingan guru-guru Pendidikan Khas. Guru-guru KH Aliran
Perdana akan menjadi rakan penasihat kepada kelancaran projek.

10.

PENUTUP
Murid-murid
Pendidikan Khas atau pun Berkeperluan Khas ini
sebenarnya berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai
dengan
kemampuan
dan
perkembangan
mereka
secara
menyeluruh. Mereka ini hanya sekadar kurang bertindak balas
dengan sempurna terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran
biasa. Oleh yang demikian, pelbagai program perlu dirancang dan
dilaksanakan bagi memenuhi keperluan murid ini sebagai bekal
3

kepada mereka untuk menempuh alam dewasa sekaligus mampu


menjadikan mereka insan yang berdikari didalam kehidupan
mereka.
Kecemerlangan Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama

Disediakan oleh

................
( EN. JAIRUDDIN B. HADJILANI )
PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS
SMK TAMAN PUTRI
Diluluskan oleh,

.............................................................
(PN. HJH LILY BU BINTI ABDULLAH)
PENGETUA
SMK TAMAN PUTRI
Tarikh kelulusan

: ____________________

Cop sekolah

You might also like