NOTA PUISI TRADISIONAL ANTOLOGI ANAK LAUT

PANTUN KIASAN
Rangkap 1 Maksud Sesuatu benda yang buruk atau rosak tidak seharusnya dibuang begitu sahaja kerana kemungkinan benda itu masih boleh digunakan untuk keperluan lain. Nilai berjimat-cermat / tidak membazir Pengajaran Janganlah kita membazir dengan membuang barang-barang yang kita anggap sudah lama atau buruk kerana mungkin barang itu masih boleh digunakan untuk tujuan lain. Rangkap 2 Maksud Orang yang berdagang merendah diri dengan mengatakan bahawa dirinya seorang yang tidak berguna dan tidak penting dalam komuniti / masyarakat. Nilai merendah diri tidak sombong Pengajaran i. Seseorang yang merantau di tempat orang hendaklah menjaga tutur kata dan budi bahasa . ii. Hendaklah kita merendah diri apabila berada di tempat orang. iii. Janganlah kita bersikap sombong dan ego apabila berada di tempat orang. Rangkap 3 Maksud Seseorang yang ingin menyunting / meminang atau menjadikan seorang gadis sebagai isterinya tetapi gadis itu adalah dari kalangan orang yang berdarjat tinggi. Nilai : Berani Tidak berputus asa Pengajaran i. Seseorang itu hendaklah bersedia menghadapi cabaran dan dugaan untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. ii. Janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang diidam-idamkan walaupun perkara itu kelihatan sukar untuk diperoleh/ dicapai. iii. Setiap orang hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hajat/citacitanya.

Rangkap 4 Maksud Rangkap ini memberi peringatan supaya kita tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti kerana perkara yang kita harap-harapkan itu mungkin tidak akan kita dapati selamalamanya. Nilai berhati-hati Pengajaran i. Janganlah kita mengharapkan sesuatu yang belum pasti boleh kita peroleh kerana kita akan berasa kecewa jika tidak dapat memilikinya. ii. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan. Rangkap 5 Maksud Seseorang yang bersikap sombong dan bangga akan kebolehan dirinya sehingga memandang rendah akan kebolehan orang lain. Pengajaran i. Janganlah kita bersikap sombong walaupun kita mempunyai kelebihan daripada orang lain. ii. Janganlah memandang rendah terhadap keupayaan orang yang kelihatan lemah dan tidak berkemampuan jika dibandingkan dengan diri kita.