You are on page 1of 32

BAB 1 : KADAR

TINDAK BALAS

DEFINISI

Kadar Tindak Balas : perubahan kuantiti bahan


tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa.

Masa

Kadar Tindak Balas

Pendek

Tinggi

Panjang

Rendah

Contoh perubahan sesuatu kuantiti :


Pengurangan dalam jumlah bahan tindak balas.
ii. Penambahan dalam jumlah hasil tindak balas
iii. Isipadu gas yang dibebaskan, perubahan jisim,
perubahan warna, perubahan suhu.
i.

Cara Pengiraan Kadar Tindak Balas :

Graf kadar tindak


balas

Graf berikut menunjukkan kesan luas


permukaan bahan tindak balas terhadap
kadar tindak balas bagi tindak balas
antara kalsium karbonat dan asid
hidroklorik.

Video berikut mengandungi maklumat


mengenai graf kadar tindak balas.

FAKTOR FAKTOR
MEMPENGARUHI KADAR
TINDAKBALAS

1. Saiz bahan tindakbalas


2. Kepekatan bahan tindakbalas
3. Suhu
4. Tekanan
5. Mangkin

SAIZ BAHAN TINDAKBALAS.


Jika saiz bahan tindakbalas lebih kecil, maka
lebih banyak jumlah luas permukaan yang
terdedah untuk tindakbalas berlaku. Kadar
tindakbalas adalah lebih tinggi.
Apabila saiz bahan tindakbalas berkurang dan
jumlah luas permukaan bahan tindakbalas
bertambah, maka kadar tindakbalas
bertambah.

KEPEKATAN BAHAN TINDAKBALAS.


Jika kepekatan bahan tindakbalas bertambah,
maka kadar tindakbalas adalah lebih tinggi.
Apabila kepekatan bahan tindakbalas
bertambah maka kadar tindakbalas juga
bertambah.

SUHU.

Jika suhu bertambah, maka kadar tindakbalas adalah


lebih tinggi. Apabila suhu bertambah maka kadar
tindakbalas bertambah.

TEKANAN.

Pertambahan tekanan dapat meninggikan kadar


tindakbalas jika bahan dalam keadaan gas. Ini kerana
pertambahan tekanan memampatkan gas. Apabila tekanan
bertambah maka kadar tindak balas bertambah.

MANGKIN.

Mangkin ialah bahan yang dapat mengubah


kadar tindakbalas kimia.
Mangkin bukan bahan tindakbalas atau hasil
tindakbalas.
Mangkin mempengaruhi tindakbalas kimia
namun tindak mengubah jenis hasil
tindakbalas.
Dengan kehadiran mangkin, kadar
tindakbalas berubah.

Aktiviti Makmal 1.2.1:


Kesan Luas Permukaan ke atas
Kadar Tindak Balas

Perbincangan:
Kalsium karbonatbertindak balas dengan asid
hidroklorik cair untuk menghasilkan karbon dioksida
gas, seperti yang ditunjukkan dalam persamaan
berikut:
CaCO3(s) + 2HCl(aq) CaCl2(aq) + CO2(g) + H2O(l)
Serbuk kalsium karbonat mempunyai jumlah luas
permukaan terdedah yang lebih besar berbanding
dengan ketulan kalsium karbonat. Oleh itu, kadar tindak
balas bagi serbuk kalsium karbonat lebih tinggi.
Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, kadar
tindak balas berkurang dengan masa (kecerunan graf
yang berkurangan dengan masa yang semakin
meningkat). Kepekatan asid hidroklorik dan jisim
kalsium karbonat berkurangan dengan masa.

Aktiviti Makmal 1.2.2:


Kesan Kepekatan ke atas
Kadar Tindak Balas

Perbincangan:

Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid


hidroklorik untuk membentuk mendakan sulfur secara
perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan dalam
persamaan berikut:

Na2S2O3(aq) + H4SO4(aq) Na2SO4(aq) + H2O(l) + SO2(g) +


S2

Masa yang diambil untuk pemendakan sulfur yang


digunakan untuk menentukan kadar tindak balas.
Graf kepekatan melawan masa :

Graf kepekatan terhadap 1/masa

Graf kepekatan terhadap 1/masa ialah garis


lurus. Ini bermakna kepekatan natrium tiosulfat
berkadar terus dengan 1/masa
Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas,
semakin tinggi kadar tindak balas.

Aktiviti Makmal 1.2.3 :


Kesan Suhu ke atas Kadar Tindak Balas

Perbincangan:

Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid


hidroklorik untuk membentuk mendakan sulfur secara
perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan dalam
persamaan berikut:
Na2S2O3(aq) + H4SO4(aq) Na2SO4(aq) + H2O(l) + SO2(g)
+ S(s)

Masa yang diambil untuk pemendakan sulfur


digunakan untuk menentukan kadar tindak balas.

Graf suhu melawan masa.

Berdasarkan graf suhu melawan masa, dapat


diperhatikan bahawa apabila suhu natrium tiosulfat
bertambah, masa yang diperlukan untuk tanda 'X'
hilang berkurangan.
Ini bermakna apabila natrium tiosulfat mempunyai
suhu yang lebih tinggi, kadar tindak balas akan
bertambah juga.

Graf suhu melawan 1/masa

Graf suhu melawan 1/masa ialah garis lurus. Ini


bermakna bahawa suhu natrium tiosulfat berkadar
terus dengan 1/masa.
Semakin tinggi suhu bahan tindak balas, semakin
tinggi adalah kadar tindak balas. Menurut teori,
apabila suhu bertambah sebanyak 10 C, kadar
tindak balas akan meningkat dua kali ganda.

Aktiviti Makmal 1.2.3 :


Kesan Mangkin ke atas Kadar Tindak Balas

Perbincangan:
Hidrogen peroksida terurai secara perlahanlahan pada suhu bilik.
H2O2(aq) 2H2O(l) + O2(g)
Kehadiran mangan (IV) oksida bertindak
sebagai mangkin positif yang akan meningkatkan
kadar gas oksigen terbebas dan meningkatkan
kadar tindak balas.
Mangan(IV) oksida adalah mangkin. Ia tidak
digunakan dalam tindak balas. Jisimnya adalah
tidak berubah pada akhir tindak balas

Teori Pelanggaran

Teori perlanggaran adalah satu teori


yang dicadangkan oleh Max
Trautz (1916) dan William
Lewis(1918), yang menerangkan
bagaimana tindak balas kimia berlaku
dan mengapa kadar tindak balas
berbeza bagi tindak balas yang lain.

Perlanggaran berkesan
Zarah-zarah bahan tindak balas mesti
berlanggar antara satu sama lain untuk
menghasilkan tenaga yang sama atau lebih besar
daripada tenaga pengaktifan.
Perlanggaran mesti berlaku dalam orientasi
yang betul.

Tenaga Pengaktifan (Ea)


Jumlah tenaga minimum yang diperlukan untuk
memulakan tindak balas kimia.

Penggunaan teori perlanggaran untuk


menjelaskan kadar tindak balas:
Hubungan kekerapan perlanggaran berkesan
dan kadar tindak balas
Tindak balas yang mempunyai kekerapan
perlanggaran berkesan yang lebih tinggi
bermakna kadar tindak balas adalah lebih tinggi.
Hubungan tenaga pengaktifan dan kadar tindak
balas
Tindak balas dengan tenaga pengaktifan yang
tinggi berlaku secara perlahan manakala tindak
balas dengan tenaga pengaktifan yang rendah
berlaku dengan cepat.

Teori perlanggaran dan kesan


luas permukaan (saiz zarah)

Kesan saiz bahan tindak balas


Jika saiz bahan pepejal yang bertindak
balas adalah kecil, jumlah luas permukaan
terdedah kepada tindak balas meningkat.
Peluang untuk perlanggaran meningkat,
frekuensi perlanggaran juga meningkat,
menyebabkan peningkatan perlanggaran
berkesan.
Kadar tindak balas juga meningkat.

Teori perlanggaran dan kesan


kepekatan

Kesan kepekatan
Apabila kepekatan meningkat, bilangan zarah
per unit isipadu bertambah.
Jumlah bilangan perlanggaran dan frekuensi
perlanggaran berkesan antara zarah-arah bahan
tindak balas akan meningkat.
Oleh itu, kadar tindak balas meningkat.

Teori perlanggaran dan kesan


suhu

Kesan suhu
Apabila suhu tindak balas meningkat, zarahzarah bahan tindak balas mempunyai lebih banyak
tenaga kinetik.
Zarah-zarah bahan tindak balas bergerak
dengan lebih cepat.
Ini meningkatkan peluang perlanggaran,
frekuensi perlanggaran bertambah.
Perlanggaran berkesan peningkatan kekerapan
perlanggaran dan kadar peningkatan tindak balas.

Teori perlanggaran dan kesan


mangkin

Kesan mangkin
Mangkin mengubah kadar tindak balas dengan
mengubahkan tenaga pengaktifan.
Mangkin Positif

Menyediakan laluan tindak balas yang


memerlukan tenaga pengaktifan yang lebih rendah.
Lebih banyak zarah akan mempunyai tenaga
yang cukup untuk mengatasi tenaga pengaktifan
yang lebih rendah.
Kekerapan perlanggaran berkesan bertambah.
Oleh itu, ia mempercepatkan kadar tindak balas.

Mangkin Negatif

Melambatkan kadar tindak balas dengan


meningkatkan tenaga pengaktifan tindak balas
supaya frekuensi perlanggaran berkesan
dikurangkan.
Tekanan dan kadar tindak balas
Kesan tekanan

Apabila tekanan meningkat, jarak antara zarah-zarah


menjadi lebih dekat.
Bilangan zarah per unit isipadu bertambah.
Kekerapan perlanggaran zarah meningkat, frekuensi
perlanggaran berkesan adalah lebih tinggi.
Lebih banyak zarah dapat mengatasi tenaga
pengaktifan, jadi kadar tindak balas meningkat.

Aplikasi faktor mempengaruhi kadar tindak balas

You might also like