You are on page 1of 16

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Secara umumnya, topik ini membicarakan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas.
Segala pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan
amali. Selain itu, menumpukan kepada perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja
membentuk strategi pelaksanaan, dan melatih kemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan
kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar
institut.
Objektif Terapi
1. Dapat mengenal pasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah
pembelajaran secara menyeluruh.
2. Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk murid yang
bermasalah.

Keperluan Terapi
1. Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang
bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
2. Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
3. Merangsang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
4. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah
pembelajaran.

Definisi Terapi
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan
bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk
bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan
ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah
terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.
Jenis-Jenis Terapi
Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah
pembelajaran ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Terapi fisio dan terapi cara kerja.


Terapi seni.
Terapi berkuda.
Terapi pasir.
Terapi muzik dan nyayian.
Pergerakan kreatif dan drama.

7. Terapi Hidro (Air)


8. Terapi alternatif
9. Terapi pertuturan
TERAPI FISIO
Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan
khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan
pergerakan kreatif dan drama tersebut.
Definisi Fisio
Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke
atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah
seperti berikut:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Mengurut.
Manipulasi.
Latihan teraputik
Penyejukan dan pemanasan
Terapi hidro.
Rangsangan menggunakan elektrik.
Rangsangan menggunakan cahaya.

6.2 Aktiviti Fisio


Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperoleh di pusat-pusat
perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan berdasarkan
masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Mengurut
Merenyuk.
Mencubit.
Menguli.
Mengoyak.
Menggentel.
Menggunting.
Mencabut.
Menggenggam.
Menggaru.
Memicit.

Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:


1.
2.
3.
4.
5.

Melambung.
Membaling.
Menyambut.
Menolak.
Menarik

6.
7.
8.
9.
10.

Melompat.
Menendang.
Memukul.
Berlari.
Berjalan.

Latihan imbangan:
1.
2.
3.
4.
5.

Berdiri di atas kerusi.


Berjalan di atas tali
Membawa buku di atas kepala
Membawa bola ping pong dengan sudu.
Berdiri sebelah kaki.

Latihan koordinasi:
1.
2.

Melambung dan menyambung bola berbagai saiz


Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.

Rawatan
1.
2.
3.
4.

kebiasaan yang ditawarkan


Terapi senaman.
Perawatan elektrofizikal.
Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs dan lainlain.
Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi.

Terapi Cara Kerja


Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan
untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan
pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga
dilakukan dengan murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:

1.
2.
3.
4.

Latihan
Latihan
Latihan
Latihan

aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup.


pra vokasional
aktiviti membuka dan memasang alatan.
aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

TERAPI SENI
Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya.
Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sebagai salah satu daripada jenis terapi membantu
pesakit yang berhadapan dengan psikotik.
Definisi Seni
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan
pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni
visual, seni lukis, kraf tangan, fesyen, dan lain-lain.
Kepentingan Seni
1. Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
2. Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
3. Sebagai pengalaman universal.
Komponen Pendidikan Seni
a) Seni Visual
-

melukis
membuat rekaan dan corak
membuat binaan
menghasilkan kraf tangan

Objektif :
- mengembangkan bakat dan kreativiti
- menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
- menilai keindahan alam dan warisan budaya
- Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul
- menghasilkan karya seni yang kreatif
- memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya
Objektif Melukis :
melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)
menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)
menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menamakan dsb /
mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan menggunakan unsur
seni / penggunaan pelbagai media dan teknik.
b) Muzik, Gerakan dan Drama

melibatkan seni persembahan iaitu nayanyian, permainan alat muzik, pergerakan dan
drama
Objektif:
mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan drama
mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
berkemahiran menggunakan alat muzik
melakukan gerakan mengikut rentak lagu
mengenal lagu berdasarkan melodi
mengawal koordinasi anggota badan
melakonkan dan menghayati berbagai watak
mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang baik
membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling

Peranan, faktor dan pertimbangan guru dalam mengendalikan pendidikan kesenian.


-

bersikap positif terhadap seni


berpengetahuan dan berkemahiran
kreatif
berpengetahuan tentang psikologi kanak-kanak
berpengetahuan tentang teori pembelajaran
menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif
memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi
memastikan murid merasa selamat dan diterima
membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian
mengadakan peluang untuk interaksi antara murid
mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi

RASIONAL PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS

1.

Kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan seni, ada potensi, Howard Gardner(1983)

2.

Mereka berhak menerima PSV diberi peluang

3.

PSV sebagai alat yang digunakan untuk perkembangan diri

4.

Sebagai alat untuk capai FPK

5.

membantu memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak. Dalam kumpulan


normal mungkin tak boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama mungkin dia boleh melalui aktiviti seni
yang melibatkan kerjasama, keyakinan dsb.

6.

membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekspresi dalam keadaan normal. Co.
Kanak bermasalah pertuturan akan ekspresi keinginan, kehendak, keseronokan, tenaga, emosi
mereka melalui seni. Mereka tak malu

Pengajaran dan Pembelajaran Seni

1.

Bidang Pengurusan Kehidupan

komponen
komponen
komponen
komponen

1.

pengurusan diri
kemahiran manipulatif
pengurusan tingkah laku
kemahiran hidup

Bidang Akademik berfungsi


-

komponen Bahasa Melayu


komponen Matematik
komponen Bahasa Inggeris
Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.

Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni

komponen Pendidikan Agama Islam


Komponen Pendidikan Moral

1.

Bidang Riadah dan Kreativiti

Komponen
Komponen
Komponen
Komponen

Pendidikan
Pendidikan
Pendidikan
Pendidikan

Jasmani
Seni
Muzik, Gerakan dan Drama
sains, Sosial dan Alam Sekitar

Fungsi Seni Dalam Pendidikan


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Alat membantu perkembangan kanak-kanak.


Menggalakkan perkembangan fizikal, mental, estatika.
Menyumbang kepuasan diri.
Meningkatkan imaginasi kreatif.
Menyelesaikan masalah
Menekankan pemikiran yang asli, pelaksanaan, dan penilaian.
Menyumbang kepada perkembangan personaliti.

Definisi Terapi Seni


Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai
a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a qualified art
therapist contributes toward externalization of thoughts and feelings which may otherwise remain
unexpressed. The images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they
provide the patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for
further treatment.

Teknik Seni Visual


1. Lukisan
2. Kolaj
3. Mozek
4. Gurisan
5. Anyaman
6. Capan
7. Cetakan
8. Tiupan
9. Jahitan
10. Papier Mache
11. Model
12. Origami
13. Catan
14. Tekapan
Kefahaman Kemahiran Seni Visual Kepada Murid-Murid
Guru boleh memberi kefahaman murid melalui cara:
1. Tunjuk ajar.
2. Lawatan.
3. Simulasi
4. Membuat sendiri.
5. Contoh-contoh.
6. Perbincangan.
7. Menonton video.
8. Penggunaan ICT.

Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Bermasalah Pembelajaran Seni Visual


Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1. Pengamatan
2. Koordinasi motor kasar dan motor halus.
3. Komunikasi.
4. Sosialisasi
5. Imaginasi
6. Pemahaman konsep
Kepentingan Seni Visual Kepada Murid
Antara kepentingan-kepentingan tersebut ialah:
1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar.
2. Meluahkan perasaan.
3. Menikmati keseronokan menjalani aktiviti.
4. Menguatkan daya imaginasi.
5. Menguatkan motor kasar dan motor halus.
6. Memperkembangkan bakat.
7. Menghayati nilai seni.

TERAPI ALTERNATIF
TERAPI HAIWAN BERKUDA
Olahraga berkuda ternyata memiliki manfaat untuk metode penyembuhan bagi berbagai masalah
anak. Mulai dari masalah psikologis, mental, emosional, lemah fizik, kemampuan berbahasa dan
berbicara, bahkan autisme.
1 Definisi Terapi Berkuda
Menurut Lisa McCallum, terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South
African Riding for the Disabled Association (Sarda): "Menunggang kuda adalah satu kegiatan yang
menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan,
menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan.
2 Kelebihan Terapi Berkuda
Setiap tahun, banyak orang merasakan manfaat dari terapi menunggang kuda dan jumlahnya
terus meningkat. Menurut McCallum, terapi berkuda tersebut memiliki tiga manfaat utama, iaitu
olahraga, pendidikan dan pengubatan. Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan
anak-anak.
McCallum menjelaskan terapi biasa tidak berhasil kerana anak sudah antipasti terlebih dahulu
terhadap kegiatan terapi. Sedangkan aktiviti berkuda, anak-anak memandangnya sebagai kegiatan
bermain yang menyenangkan sehingga mereka menjadi lebih rileks menjalaninya.
Berkuda boleh memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta kendala
dalam belajar. Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan disiplin tinggi. Aktiviti
berkuda ini membolehkan wujudnya kerjasama antara kuda dan penunggangnya. Saat belajar
berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak dengan kuda yang dinaikinya.
Menurut McCallum lagi hubungan unik antara kuda dengan pengendaranya membantu mengatasi
ketakutan. Justeru, akan tumbuh rasa saling percaya antara anak dengan kuda, hal inilah yang
menjadi terapi emosi mereka. Untuk anak yang mengalami kecacatan fizik, misalnya kaki lumpuh,
berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak boleh mereka dapatkan
saat berada di atas kursi roda.
Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. "Saat
menunggang kuda, otot-otot pada selangkangan anak akan merasakan sensasi seperti saat
berjalan kaki. Hal itu akan mengaktifkan otot-otot kaki sehingga perlahan-lahan si anak akan boleh
berjalan," kata McCallum.

TERAPI PASIR
Terapi Sand play adalah satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk membentuk satu hubungan
dengan jiwa ke satu penyembuhan. Pengasasnya adalah ahli terapi orang Switzerland Dora M.
KALFF (1904-1990), yang berpangkalan teori-teorinya pada prinsip-prinsip psikologi Jungian dan
pada kerja Margaret Lowenfeld.
1 Definisi
Terapi Sand play adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan emosional dan
perkembangan peribadi pelanggan-pelanggan. Sand play boleh ditambah melalui penggunaan
terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi. Satu proses pusat adalah pelanggan itu
adalah diberi peluang bagi memilih daripada satu kepelbagaian benda-benda dan angka-angka
dengan satu gol mewakili dunia dalaman mereka. Tindakan-tindakan itu dan keputusan-keputusan
sand play adalah kemudiannya ditafsirkan secara simbolik oleh pelanggan. Proses interpretasi itu
dibantu oleh ahli terapi.
Menurut Bradway dan McCoard (1997), kanak-kanak yang dipanggil Kathy yang datang
untuk terapi kerana mengalami masalah-masalah kebimbangan, kegagalan dan kemarahannya
yang telah membina sejak bertahun-tahun. Dia takut menyatakan kemarahannya dan lazimnya
diletakkan dipagari dalam dulang pasir itu. Dengan meletakkan kelilingnya binatang-binatang
hutan, dia berupaya menghayati satu kemampuan melakukan sesuatu kira-kira mengawal
binatang-binatang ini dan, dia bermain meriam iaitu alat permainan dalam dulang pasir dan terus
memainkan perasaan positif terhadap saya. Dia telah tanam badan kami istana pasir bersama
dalam dulang tersebut.
2 Cara Terapi Pasir
1. Menanam badan.
2. Membina istana pasir.
3. Bermain ting-ting dalam pasir.
4. Genggam pasir.
5. Buka selipar dan mencecahkan kaki pelajar dalam pasir.
3
1.
2.
3.

Tempat-Tempat Yang Sesuai


Di kawasan lapang.
Di tepi pantai.
Dalam bekas berisi pasir.

TERAPI MUZIK
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga
bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai
ubat yang memulihkan.
Definisi Terapi Muzik
Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud
a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment
evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music
based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are
specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an
individuals condition, skills, thoughts, feelings or behaviours.
Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran
Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman
dan
juga
berupaya
untuk
mengurangkan
gangguan
emosi
seseorang
(http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Jenis Peralatan Muzik
Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:
1 Muzik Tradisional
Dipalu
Digesek
Ditiup
Digoncang

-loceng, gong, kompang.


-rebab, gambus, oud, kecapi.
-serunai, seruling, nafiri.
-angklung.

2 Muzik Barat
Perkusi tidak berpic
Tiup dan bras
Bertali

-loceng, tamborin, kerincing, dram bess.


-rekoder, trompet, seksofon.
-gitar, piano, biola, kecapi berkaki

3 Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Memperkenalkan alat muzik.


Demonstrasi
Warming up.
Teknik bermain dengan betul.
Postur badan yang betul
Menyembunyikan corak/pola ritma.
Memainkan pola/corak ritma.
Bermain ikut giliran.
Membuat gerakan yang sesuai
Bermain secara keseluruhan.

Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan


1.
2.

Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.


Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.

3.
4.
5.
6.
7.
8.

Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.


Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
Muzik mempunyai nilai estetika dan pengalaman kreatif.
Muzik merupakan sumber kepada keseronokan.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal
dan neurogikal.

Kebaikan Terapi Muzik


Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:
1. Murid Terencat Akal
1. Meningkatkan kemahiran
2. Meningkatkan kemahiran
3. Meningkatkan kemahiran
4. Meningkatkan kemahiran
5. Meningkatkan kemahiran
6. Meningkatkan kemahiran

berkomunikasi.
akademik.
psikomotor.
bersosial dan emosi.
hidup berdikari.
berseronok.

2
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Murid Bermasalah Pembelajaran


Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.
Meningkatkan kemahiran akademik
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Meningkatkan kemahiran muzik.
Meningkatkan kemahiran berseronok.

3
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
4
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Murid Bermasalah Kesihatan


Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.
Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot.
Intervensi menguatkan otot.
Intervensi mengawal pergerakan fizikal.
Menyediakan pengalaman berkomunikasi.
Meningkatkan penghargaan diri.
Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.
Murid Bermasalah Komunikasi
Meningkatkan kemahiran pernafasan.
Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.
Meningkatkan kemahiran artikulasi.
Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.
Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.
Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.
Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

5
1.
2.
3.
4.
5.

Murid Autistik
Menghasilkan komunikasi.
Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.
Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.
Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.
Meningkatkan kemahiran kognitif.

6 Nyanyian Lagu Kanak-Kanak


Nyanyian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyanyian bertema,
nyanyian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyanyian kanak-kanak adalah
mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.
Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara
dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat
bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut.
Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom)
mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little
star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan
menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja
Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang
lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu
atau beberapa bulan.

PERGERAKAN KREATIF DAN DRAMA


Pergerakan Kreatif Dan Drama
Pergerakan kreatif dan drama ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan
khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan
pergerakan kreatif dan drama tersebut.
11.1 Definisi Pergerakan Kreatif
Pergerakan kreatif ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya
memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti,
kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembangkan kesedaran dan fahaman konsep-konsep pergerakan.
11.2 Tema Pergerakan
Menurut Buku Panduan Guru bertajuk Pergerakan Kreatif oleh kementerian Pendidikan
Malaysia (1997), pergerakan kreatif mempunyai 16 tema dalam pengajaran dan pembelajaran
iaitu:
1. Kesedaran tubuh badan
2. Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
3. Kesedaran ruang
4. Aliran beban badan dalam ruang dan masa
5. Penyesuaian terhadap kawan.
6. Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
7. Lapan lakuan daya asas
8. Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
9. Bentuk-bentuk pergerakan.
10. Gabungan lakuan daya asas.
11. Orientasi ruang
12. Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
13. Penaikan dari lantai.
14. Kesedaran berkumpulan.
15. Formasi pergerakan dalam kumpulan.
16. Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.
11.3 Definisi Drama
Drama ialah sebuah cerita atau paparan yang diterjemahkan dalam bentuk lakonan ke atas
watak-watak tertentu. Drama melibatkan lakonan berskrip, pergerakan tubuh badan dan ekspresi
mimik muka.

11.4 Pergerakan Kreatif Dan Drama Dalam Pendidikan Khas


Memandangkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran mempunyai masalah
dari segi imaginasi, pemahaman konsep, sosialisasi, koordinasi motor kasar dan motor halus dan
komunikasi, pergerakan kreatif dan drama perlu diubahsuai kepada bentuk yang paling mudah.
Mereka boleh dilatih melakukan pergerakan kreatif dan lakonan watak-watak mudah secara
hafalan. Kandungan cerita dalam sebuah drama terdiri daripada unsur-unsur yang mudah difahami
seperti tema flora dan fauna serta keluarga.

TERAPI HIDRO (AIR)


Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas adalah
bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan
program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya
merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di
dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar
dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati
lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan
air sahaja.
Rangsangan air yang secara semula jadi dapat membantu murid tenang walaupun pada
permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat
diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih
dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water
confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan
aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya
ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
12.1 Tujuan Terapi Hidro
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah
pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama
dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran
memperoleh kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga
merupakan salah satu latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.
12.2 Konsep
Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor
halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka
dapat dirangsang, pergerakan dalam air
lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti
keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah
utama.
Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan
individu dapat
dipertingkatkan dan masalah tingkah laku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh
rangsangan air secara semula jadi.

Walau bagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air.
Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya muridmurid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui
hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti
regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak
aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.
Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh
dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air
berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran
yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah
sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan
yang unik ini.

12.3 Kepentingan Hidroterapi


Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,
memelihara dan memulihkan keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang
lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:
1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak.
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan Social skill.
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan body image.
17. Peningkatan self-esteem.

12.4 Panduan Keselamatan


Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor yang paling
penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan.
Kita melihat faktor keselamatan ini
dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.
i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa
berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di
atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan
badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam
air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa
bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye
Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan
memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.
ii. Ketidakupayaan Intelektual
Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan
maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah
ringkas dan tepat. Terdapat murid berkeperluan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan
persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu
disampaikan kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak
mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka
mungkin boleh menguasainya.

You might also like