You are on page 1of 2

PROGRAM NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca satu program yang menggabungkan semua aktiviti
galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan
Ini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat membina tabiat
membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 : Program
membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan
Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat :
Matlamat Program NILAM adalah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan
murid-murid.

Objektif :
1. Menjadikan murid banyak membaca.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
tabiat membaca.
Pelaksanaan :
1. Murid membaca dan merekod bahan bacaan.
2. Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid.
3. Sekolah member pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak
membaca.
Tahap Jauhari :
1. Semua murid wajib terlibat.
2. Murid sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan
Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6.
3. Murid sekolah menengah memulakan aktiviti Tahap Jauhari sebaik sahaja
masuk Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5.
4. Semua aktiviti murid dalam program ini perlu direkodkan yang kemudiannya
disahkan oleh guru sebelum memberi pengiktirafan.

Jumlah Bacaan
Ganjaran
Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

90 179
180 269
270 359
360 ke atas

72 143
144 215
216 287
288 ke atas

Gangsa
Perak
Emas
NILAM

Tahap Rakan Pembaca (RP)


1. Layak memasuki Kumpulan Tahap RP setelah membaca 100 buah buku.
2. Perlu dibimbing oleh guru.
3. Murid berkongsi maklumat, amanah, dapat memimpin, dapat menarik minat
rakan, keluarga & jiran untuk membaca.
4. Markah diberi berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Markah Aktiviti (Rendah & Menengah)

Pengiktirafan

100 - 199
200 299
300 399
400 ke atas

Gangsa
Perak
Emas
NILAM