You are on page 1of 20

CIRI-CIRI KAUNSELOR DAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM

**

MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD
Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK
Artikel membincangkan mengenai definisi, konsep kaunseling Islam dan
peranan seorang kaunselor Islam dalam proses bagi menolong individu
atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi
membuat keputusan dan membimbingnya bagi mendapat kebahagian di
dunia dan di akhirat. Seorang kaunselor Islam perlu mempunyai sifat
peribadi yang mulia disisi Islam, mempunyai kemahiran, teknik dan
prosedur yang sesuai bagi membentuk insan kearah kekamilan.
PENGENALAN
Bimbingan dan kaunseling bukanlah sesuatu perkara asing bagi masyarakat
Melayu. Sejak dahulu lagi segala permasalahan yang berkait dengan keluarga
atau masyarakat akan dirujuk kepada kaunselor yang bertindak untuk
kesejahteraan masyarakat setempat. Kaunselor yang memainkan peranan pada
masa itu adalah Ketua Kampung, Imam atau Penghulu. Mereka menyelesaikan
masalah melalui konsep hidup Melayu yang bersendikan hukum Islam (Hassan,
1983 dalam. Kamal, 1995). Sesi kaunseling dijalankan di balairaya ataupun di
masjid-masjid. Masa berlalu dan masyarakat menjadi bertambah kompleks.
*

Kertas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di Seminar Antarabangsa Guru-Guru
Agama Singapura (PERGAS) pada 14 – 15 Jun 2003 di Wisma Indah, Changi Road 448,
Singapura. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Banyak masalah yang timbul di luar kemampuan kaunselor-kaunselor ini untuk
mengatasinya. Oleh itu adalah difikirkan perlu seorang kaunselor yang terlatih,
tinggi ilmu pengetahuan serta luas pengalaman bagi menyalurkan masalah yang
kian meruncing. Bimbingan dan kaunseling Islam tegak di atas prinsip bahawa
keperluan agama itu merupakan keperluan

naluriah dalam tabiat kejadian

manusia. (Najati, 1982; Audah & Mursi, 1984) Kaunseling Islam turut
menekankan iman dan amal soleh dapat menambah nilai kualiti kehidupan. Iman
merupakan ubat yang mujarab bagi penyakit risau dan mendidik manusia
komited kepada ajaran agama.

DEFINISI KAUNSELING ISLAM
Aziz (1993) mendefinisikan kaunseling Islam sebagai

satu proses seorang

kaunselor menolong individu atau individu-individu secara memberi bimbingan
dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri untuk mencapai
sesuatu matlamat. Keputusan atau pemilihan klien hendaklah berdasarkan
kepada ajaran al-Quran, hadis, sunah nabi dan ijmak ulama. Manusia yang
lemah boleh membuat keputusan atau pilihan sendiri secara sedar dan terbuka
tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah.. Hassan (1983 dlm. Kamal,
1995) pula telah mendefinisikan bimbingan dan kaunseling Islam sebagai proses
pengajaran dan pembelajaran psikologi yang berlaku dalam bentuk bersemuka
(face to face) antara seorang kaunselor dengan klien. Klien dibantu dengan
menggunakan kaedah-kaedah penyesuaian langsung, memahami diri sendiri,
kebolehan serta minat dan menggalakkan untuk menerima takdir dari Allah.
Keputusan yang dipilih mestilah berpandukan syariat Allah. Kamal (1995) pula
mendefinisikan bimbingan dan kaunseling Islam itu adalah untuk menolong,
menyuluhi dan menggalakkan manusia membuat keputusan dan bimbingan
kehidupannya bagi mengerjakan yang bermanfaat di akhirat, tetapi janganlah
melupakan bahagiannya di dunia”. Kesimpulannya, kaunseling Islam ialah satu
proses pengajaran dan pembelajaran untuk menolong individu atau kumpulan
individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat keputusan dan

2

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat berpandukan syariat Islam. alam akhirat. Tiada satu yang lebih penting dari yang satu lagi. neraka. dosa. bantuan atau pertologan untuk hidup sejahtera di dunia tetapi kehidupan di dunia dan di akhirat yang mendapat keredaan Allah. Sebagai seorang kaunselor yang sempurna. untung jahat dan sebagainya (Kamal. ia perlu mempunyai peribadi yang terpuji (Aziz. mendorong. Kaunselor perlu memahami pelbagai aspek mengenai manusia. Pada asasnya manusia dijadikan daripada dua unsur utama iaitu unsur jasmani dan rohani. Al-Quran memperlihatkan prinsip-prinsip yang asas mengenai kejadian dan sifat manusia dari dalam rahim ibu hinggalah selepas manusia meninggalkan alam ini. Peranan kaunselor ialah cuba membimbing. Ini bermakna konsep kaunseling Islam meliputi semua perkara di alam nyata dan hal-hal yang dialami oleh manusia selepas mati. KONSEP KAUNSELING ISLAM Konsep kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi mencakupi hal-hal yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti ketuhanan. hari kiamat. Ia bukan setakat nasihat. pahala. 1995). untung baik. menolong. Klien perlu dijelaskan tentang kelemahan diri di samping Allah tetapi mempunyai pelbagai keunikan seperti dikurniakan dengan deria-deria yang dapat membantu manusia berkembang dari segi pemikiran serta membuat keputusan dengan bijak. 3 . memberi nasihat sebagaimana yang ditentukan oleh Allah kepada individu yang menyeleweng daripada kehidupan yang dianjurkan oleh Islam. 1993). syurga. Setiap manusia harus ingat dan wajib mengakui bahawa hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. bimbingan.

Ilmu yang dikatakan ilmu kaunseling yang tidak lain dan tidak bukan daripada ilmu Allah S. Keputusan yang diambil mestilah tidak menyimpany dari lunas-lunas Islam serta menjadikan Al-Quran.T.w dan ijmak ulama sebagai panduan dalam membuat sebarang keputusan (Kamal. kita tidak dapat lari daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah.W. Manusia lupa bahawa segala masalah yang dihadapinya sebenarnya datang daripada Allah S. sunnah Rasullah s. 1995). Sebarang keputusan hasil pertolongan tersebut harus dilihat sebagai membawa kepada dan perancangan yang lebih baik daipada Allah S. Dalam ilmu kaunseling yang juga merupakan suatu disiplin.W. al-hadis. ataupun ia cuma berpura-pura untuk menolong.T (Ali. Tetapi manusia sering mengaitkan orang lain atau persekitarannya sebgai punca masalah (Ali. Kaunselor juga tidak dapat lari daripada mengatakan bahawa Allah juga sedang menguji kaunselor tersebut. Walau apa jua kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk menangani masalah klien. 1995).W. 1995). Membantu klien / individu menyesuaikan diri dengan kehidupan bermasyarakat menerusi konsep pembangunan ke arah Insan kamil. 2. setakat mana keikhlasannya untuk menolong.a.T. Matlamat utama ialah membantu klien / kaunselor membangun personaliti dan potensi ke arah yang positif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menuju keredhaan Allah dan hidup bahagia di dunia dan akhirat.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Klien yang bermasalah itu dianggap sebagai sedang diuji oleh Allah S. MATLAMAT KAUNSELING BERDASARKAN PENDEKATAN ISLAM Matlamat kaunseling Islam ialah : 1. kaunselor mestilah sedaya upaya menjuruskan klien mengenal dirinya sendiri serta menggalakkan klien menerima takdir yang diberikan oleh Allah.T juga adalah ilmu yang menitikberatkan kepada konsep memberi dan menerima. 4 .W.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 3. CIRI-CIRI KAUNSELOR ISLAM Siapakah sebenarnya kaunselor? Siapa sahaja boleh dianggap sebagai kaunselor sekiranya ia memainkan peranan sebagai tempat rujukan orang bagi mengada hal dan menyelesaikan masalah serta diredai Allah. Rasullah s. Sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang kaunselor ialah sidiq. tabligh dan fatanah. PRINSIP-PRINSP KAUNSELING ISLAM Prinsip-prinsip kaunseling Islam ialah: 1. Memberi nasihat itu adalah tiang dan tapak agama. Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna. Kaunselor dan perbuatan kaunseling adalah dipandang mulia oleh Islam. Islam pada prinsipnya meransang Muslimin seluruhnya supaya menjadi kaunselor dalam apa jua jurusan dan perkara yang mereka tahu dan berkemampuan.a. Sesungguhnya tiada satu pun cara yang dapat menolong manusia kecuali melalui cara yang telah ditetapkan Islam.w merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor. amanah. Berikut dibincangkan sifat-sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasan kepada tugas-tugas seorang kaunselor Islam. 5 . Kaunselor yang dianggap sebagai professional ialah individu yang mendapat latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Mengembalikan klien / kaunselor ke arah memainkan peranan sebagai khalifah Allah dengan mengabdikan diri dan beribadat kepadaNya. Sifat-sifat atau cirriciri kaunselor Islam disujuk kepada sifat-sidat kenabian.

Manusia bebas membuat keputusan yang sesuai dengan dirinya sendiri.W.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 2. 6. 4.T. Kaunseling merupakan fardu ain bagi setiap orang yang pakar dalam psikologi kaunseling. 8. 11. 7.T. 10. Mencari bimbingan dan kaunseling wajib ke atas setiap muslim. Bimbingan dan kaunseling termasuk amal yang paling mulia di sisi Allah S. 3. 9. Persiapan perkhidmatan kaunseling itu wajib kepada pemerintah (Ulil Amri) dalam masyarakat Islam. Seorang kaunselor muslim perlu memberi kaunseling sesuai dengan hukum syariah. Seseorang tidak bebas menghebahkan maksiat dan kerosakan malah tanggungjawab mereka ialah menjaga masyarakat daripada kerosakan. 12.W. Tujuan kaunseling adalah untuk mengembangkan kemahuan dan keinginan seseorang mencari manfaat dan meninggalkan yang mudarat menerusi penyuluhan dan usaha yang meyakinkan. Memberi kaunseling secara sukarela kepada kaum muslimin adalah wajib bagi orang yang berkemampuan. 6 . 5 Setiap orang yang baligh dan berakal bertanggungjawab atas perbuatannya. Bimbingan dan kaunseling ialah perkhidmatan psikologikal untuk mencari keredaan Allah S.

Menjanaan Insan Sejahtera Berteraskan Aqidah Yang Menuju Ke arah Keredaan Allah Manusia memang tidak dapat lari berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam kehidupan mereka.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 PERANAN KAUNSELOR ISLAM 1. agar mereka kembali (ke jalan yang benar). supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka. Ini merupakan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah. Allah berfirman di dalam al – Quran ayat 41 surah ar. Beriman kepada Allah dan kembali beramal kepada syariatNya adalah merupakan teras kepada penyelesaian masalah dan benteng di dalam kehidupan manusia. Ini jelas boleh di perhatikan di dalam al Quran menerusi surah an-Nisa’ ayat 28 Allah menyebut: (28)‫ﺿﻌِﻴﻔًﺎ‬ َ ‫ن‬ ُ ‫ﻖ ا ْﻟِﺈ ْﻧﺴَﺎ‬ َ ‫ﺧِﻠ‬ ُ ‫ﻋ ْﻨ ُﻜ ْﻢ َو‬ َ ‫ﻒ‬ َ ‫ﺨ ﱢﻔ‬ َ ‫ن ُﻳ‬ ْ ‫ﻳُﺮِﻳ ُﺪ اﻟﱠﻠ ُﻪ َأ‬ Mafhumnya: Allah hendak memberikan keringanan kepadamu. Dengan beriman kepada Qada dan Qadarnya dan kembali 7 . Penyimpangan dari syariat Allah dan ajaranNya adalah merupakan punca utama berlakunya pelbagai masalah di dalam kehidupan manusia.Rum: ‫ﺾ‬ َ ‫س ِﻟ ُﻴﺬِﻳ َﻘ ُﻬ ْﻢ َﺑ ْﻌ‬ ِ ‫ﺖ َأ ْﻳﺪِي اﻟﻨﱠﺎ‬ ْ ‫ﺴ َﺒ‬ َ ‫ﺤ ِﺮ ِﺑﻤَﺎ َآ‬ ْ ‫ﻇ َﻬ َﺮ ا ْﻟ َﻔﺴَﺎ ُد ﻓِﻲ ا ْﻟ َﺒ ﱢﺮ وَا ْﻟ َﺒ‬ َ (41)‫ن‬ َ ‫ﺟﻌُﻮ‬ ِ ‫ﻋ ِﻤﻠُﻮا َﻟ َﻌﱠﻠ ُﻬ ْﻢ َﻳ ْﺮ‬ َ ‫اﱠﻟﺬِي‬ Mafhumnya: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia. dan manusia dijadikan bersifat lemah. Manusi itu sendiri merupakan pencetus masalah dan kerusakan.

3. Penyuburan Sifat-Sifat Mahmudah Menjadi satu dari tanggungjawab kaunselor muslim dalam sepanjang proses terapi yang dilalui oleh klien. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. menyemaikan dan menggalakkan bibit-bibit penyuburan sifat-sifat mahmudah ke dalam diri klien. Islam sebagai agama yang syumul amat mengambil berat tentang perkara ini. Sesuatu yang jelas diketahuai punca utama masalah-masalah yang dihadapi oleh klien ialah 8 .Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 peraturan syariatNya membolehkan manusia hidup dengan rasa aman dan merasa tenang. Ini dapat dibuktikan menerusi firman Allah dalam surah al . Memberi Bimbingan Menerusi Perkhidmatan Profesional Sikap bertolong bantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi seseorang adalah merupakan satu tanggungjawab sesama manusia.maidah ayat 2: ‫ﻋﻠَﻰ ا ْﻟِﺈ ْﺛ ِﻢ وَا ْﻟ ُﻌ ْﺪوَان‬ َ ‫ﻋﻠَﻰ ا ْﻟ ِﺒ ﱢﺮ وَاﻟ ﱠﺘ ْﻘﻮَى َوﻟَﺎ َﺗﻌَﺎ َوﻧُﻮا‬ َ ‫َو َﺗﻌَﺎ َوﻧُﻮا‬ (2)‫ب‬ ِ ‫ﺷﺪِﻳ ُﺪ ا ْﻟ ِﻌﻘَﺎ‬ َ ‫ن اﻟﱠﻠ َﻪ‬ ‫ِ وَا ﱠﺗﻘُﻮا اﻟﱠﻠ َﻪ ِإ ﱠ‬ Mafhumnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al an’aam ayat 82: ‫ﻈﻠْﻢ إِﻳﻤَﺎ َﻧﻬُﻢ َوَﻟ ْﻢ َﻳ ْﻠ ِﺒﺴُﻮاَ ءَا َﻣﻨُﻮا اﱠﻟﺬِﻳﻦ‬ ُ ‫ُ َو ُه ْﻢُ ا ْﻟَﺄﻣْﻦَ َﻟﻬُﻢٍ أُوَﻟﺌِﻚ ْ ِﺑ‬ ‫ن‬ َ ‫( ُﻣ ْﻬ َﺘﺪُو‬82) Mafhumnya: Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. 2. sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 disebabkan klien dikuasai oleh sifat-sifat Mazmumah ( sifat-sifat keji ). Dalam hadis baginda. baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rusak maka rusaklah jasad seluruhnya. Rasullah pernah bersabda yang mafhumnya. “aku telah diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti manusia”. Untuk memastikan proses terapi berjalan lancar kaunselor hendaklah terlebih dahulu merupakan role model kepada masyarakat sebagaimana Rasullah merupakan contoh kepada umat. Ingatlah itu adalah hati ”. “ aku dengar Rasullah bersabda………. Bukti yang jelas mengenai perkara ini dapat diperhatikan menerusi sedutan sebuah hadis nabi riwayat Abdillah Annu’man Bin Basyir. Penyelesaian Masalah Berdasarkan Pendekatan Teori Kaunseling Islam Berbanding Teori Barat Kebanyakan Kaunseling barat tidak memberi penekanan terhadap aspek-aspek spiritual yang merupakan salah satu kompenen asas yang paling penting kepada kehidupan manusia. Ini menyebabkan bentuk-bentuk penyelesaian yang dikemukakan oleh barat adalah bersifat luaran ( fizikal ) dan tidak menyeluruh. jika ia baik. Bukti ini pula diperkukuhkan lagi oleh firman Allah dalam surah al Thalaq ayat 23: (2)‫ﺨ َﺮﺟًﺎ‬ ْ ‫ﻞ َﻟ ُﻪ َﻣ‬ ْ ‫ﺠ َﻌ‬ ْ ‫ﻖ اﻟﱠﻠ َﻪ َﻳ‬ ِ ‫ﻦ َﻳ ﱠﺘ‬ ْ ‫ﻦ َو َﻣ‬ ْ ‫ﺣﻴْﺚ َو َﻳ ْﺮ ُز ْﻗ ُﻪ ِﻣ‬ َ ‫ﺐُ ﻟَﺎ‬ ُ ‫ﺴ‬ ِ ‫ﺤ َﺘ‬ ْ ‫َﻳ‬ ‫ﻦ‬ ْ ‫ﻞ َو َﻣ‬ ْ ‫ﻋﻠَﻰ َﻳ َﺘ َﻮ ﱠآ‬ َ ‫ﺴﺒُﻪ اﻟﻠﱠﻪ‬ ْ‫ﺣ‬ َ ‫نِ َﻓ ُﻬ َﻮ‬ ‫ﻞ َأ ْﻣﺮِﻩَ ﺑَﺎِﻟ ُﻎ اﻟﻠﱠﻪُ ِإ ﱠ‬ َ ‫ﺟ َﻌ‬ َ ‫ِ َﻗ ْﺪ‬ (3)‫ﻲ ٍء َﻗ ْﺪرًا‬ ْ ‫ﺷ‬ َ ‫اﻟﱠﻠ ُﻪ ِﻟ ُﻜﻞﱢ‬ Mafhumnya: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka- 9 . 4.ingatlah dalam jasad itu ada seketul daging.

Terlatih dan Sesuai x. Berani v. Dalam satu. Sentiasa Ingin Membantu viii. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Tulen Dalam Pandangan Dan tindakan iv. Sebagai seorang kaunselor muslim ( pembimbing ).Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 sangkanya. kaunselor mestilah mempamerkan sifat-sifat yang mahmudah ( terpuji ) kerana kaunselor bukan sahaja berperanan sebagai pembimbing tetapi sebagai role model kepada klien. Menepati Janji ix. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Beriman Dan Bertaqwa ii. Antara sifat.satu sesi kaunseling apa yang sangat 10 . Jujur iii. Benar.sifat yang dimaksudkan ialah: i. Keikhlasan Yang Tinggi vi. Berilmu. Personaliti dan Profesionalisme Kaunselor Islam Personaliti seseorang kaunselor yang berkesan adalah merupakan salah satu aspek penting yang dapat menentukan kejayaan di dalam sesuatu sesi kaunseling. Sabar Dan Tenang vii. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Jauh Dari Sifat-Sifat Mazmumah( Tercela ) Kejayaan sesuatu khidmat bimbingan oleh seorang kaunselor bergantung kepada sejauh mana kaunselor menguasai dan mempraktikkan dua kemahiran – kemahiran asas menolong.

berbudi pekerti yang halus kesopanan. Sabda Rasullah saw . Sabda Rasulullah S. “ Sesiapa sahaja memulakan membuat contoh yang baik di dalam Islam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim) Selain dari itu kaunselor menjaga adab-adab dan tingkahlaku serta tutur kata. maka dia mendapat pahala dan pahala orang yang mengamalkan sesudahnya tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun. klien juga merasa “confident” dengan kaunselornya. berbudi bahasa. Seorang kaunselor Muslim juga perlulah mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi dirinya daripada sifat-sifat mazmumah.A. setiap amalan bermula dengan niat…. Perkara ini penting dihayati supaya menjamin keberkesanan dalam sesi kaunseling. Sebagai seorang kaunselor Muslim perkara 11 . yang bemaksud . Tegasnya selain dari boleh dicontohi. adab merupakan ciri-ciri budi pekerti yang perlu ada atau dimiliki oleh seseorang kaunselor Muslim.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 penting ialah bermula dengan niat yang baik dari kedua-dua pihak kaunselor dan klien – niat mencari keredhan Allah. Secara umumnya dalam konteks perbicaraan ini. Secara mudahnya sifat-sifat mahmudah bermaksud sifat-sidat yang baik dan positif.W. Sesiapa sahaja memulakan membuat contoh jelek di dalam Islam.” (Riwayat Muslim) Seorang kaunselor Muslim bukan saja dapat memberikan khidmat kaunseling yang berkesan tetapi dalam masa yang sama dapat menjadi seorang ‘role model’ kepada kliennya. Manakala yang dikatakan sifat-sifat mazmunah adalah sifat-sifat yang tidak baik dan negatif. “ Sesungguhnya . maka dia mendapat dosa di tambah dengan dosa orang yang mengamalkan sesudahnya tanpa dikurangi sedikitpun dosanya.

Apa yang menegahkan daripada jahil – ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas 6. yang melibatkan 3 aspek utama iaitu aqidah.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 utama yang perlu difahami dan dikuasai sebelum memberi sesuatu bentuk khidmat nasihat yang profesional ialah memahami konsep Tasawwur Islam itu sendiri. Al-Quran 2. Kenabian: Kaunselor bersifat dengan sifat-sifat nabi iaitu benar. Ini penting supaya dapat memberi keyakinan kepada dirinya dan juga klien. Al-Quran menyatakan bahawa teknik yang baik mengajak manusia kepada kebaikan adalah dengan tiga cara iaitu cara Hikmah. Meletakkan sesuatu pada tempatnya 4. Pengetahuan yang sebaik-baiknya Kedua ialah Hikmah yang berkaitan dengan isi kandungan kaunseling 1. seseorang kaunselor harus tahu pelbagai kemahiran dan teknik pengendalian kaunseling. syariah dan akhlak. Keadilan 3. amanah. 2. menyampaikan dan kebijaksanaan. Hikmah Hikmah mengandungi sebelas erti dan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. KEMAHIRAN DAN TEKNIK KAUNSELING ISLAM Selain daripada peribadi yang baik. Pertama ialah Hikmah yang berkaitan dengan sifat kaunselor 1. cara kata nasihat yang baik dan cara perbincangan yang lebih baik. Perkataan yang betul dan tepat (kebenaran) 12 . Sabar 5.

A. kata nasihat yang baik ialah kata nasihat yang memalingkan dari keburukan meninggalkannya dengan serta cara memberi mewujudkan rasa kegemaran tidak dan mahu perangsang melakukannya. Apa (alat) yang menegah kerosakan 2. Tindakan yang baginda lakukan ialah: a. kata nasihat yang memberi rasa kepada pendengar yang masuk ke dalam hati dan perasaan jiwa dengan lembut. Mewujudkan hubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien serta menganggap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama supaya penyelesaian dapat dicapai dengan kerjasama kedua-dua belah pihak. Kata Nasihat Yang Baik Menurut ahli tafsir. Meletakkan tangan pada orang yang sakit (sentuhan) 13 . Kaunselor perlu cekap mengesan masalah dan seterusnya membantu klien mengatasi masalah.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Dalil yang tepat bagi menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan Ketiga ialah Hikmah yang berkaitan dengan strategi dan alat kaunseling: 1. b. Strategi yang sesuai dengan masa dan tempat. Seterusnya. Perbincangan Yang Baik Menggunakan sebaik-baik cara perbincangan bagi menghindarkan klien rasa dihina. Tidak mengambil masa yang lama Masa yang panjang menyebabkan klien rasa tertekan.W pula telah menunjukkan contoh yang baik apabila berhadapan dengan orang yang sakit. Rasulullah S.

pesakit dapat merasakan ketenangan dan ketenteraman. tetapi menusia mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan dan dimajukan. Walaupun disuruh klien sendiri yang berdoa.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Sentuhan orang yang datang menziarahi pesakit dikira sebagai suatu teraputik. menjadi lebih matang serta memahami siapa dirinya dengan lebih dekat. namun klien masih mahukan kaunselor yang mendoakan untuk mereka. Proses Menolong Klien Kaunseling perlu memahami proses menolong bagi memudahkan sesi kaunseling dijalankan. Bertanya khabar dan perasaan orang yang sakit Apabila kita bertanya khabar dan apa yang dirasai. suatu penyembuhan psikologi yang apabila berlaku sahaja sentuhan tersebut. Oleh itu ia perlu dibantu agar boleh berdikari. 14 . Mendoakan pesakit supaya sembuh Kebanyakan klien yang mengalami masalah berat sangat yakin dengan bantuan/pertolongan doa yang dibaca oleh kaunselor. sekurang-kurangnya pesakit berpeluang meluahkan perasaan gelisah yang sedang dipendamnya kerana peluang meluahkan perasaan ini tidak akan timbul jika tiada yang bertanya. c. Memahami Asas Prinsip dan Falsafah Kaunseling Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan lemah. d. Menunjukkan kasih sayang e. Antara gambaran mudah yang perlu diketahui oleh kaunselor ialah: a.

f. Dengan berbagai teknik dan kemahiran. jika gagal klien perlu lebih masa untuk berbincang. kemahiran 15 . Jika berjaya. Peringkat pertama – membina perhubungan menolong dan Peringkat Kedua – penerokaan dan memahami permasalahan. kaunselor memberi kefahaman dan keyakinan diri untuk melaksanakan tindakan yang perlu diambil. Memahami Peringkat Proses Menolong Terdapat dua peringkat yang penting dalam proses kaunseling. Tingkahlaku ini mengandungi mesej yang perlu difahami oleh kaunselor. Klien lazimnya dalam keadaan yang tidak tahu punca masalahnya. kemahiran rumusan. kemahiran memimpin. d. Memahami Definisi Kaunseling Suatu proses menolong klien untuk meredakan sebarang permasalahan yang berkaitan psikologi yang wujud oleh tekanan perasaan bagi mencapai kesejahteraan hidup. Keberkesanan peringkat kedua bergantung pada keberkesanan peringkat pertama. Kedua-duanya saling berkait. klien akan bertambah yakin pada dirinya. e. marah serta takut. kemahiran refleksi. Memahami Makna Mesej Tanpa Lisan Klien Kaunselor perlu memberi tumpuan kepada tingkahlaku serta peka gerakgeri klien sama ada secara lisan atau tanpa lisan. sedih. Kaunselor menjelaskan semula pemahamannya tentang masalah klien dalam pelbagai teknik sehingga klien nampak permasalahan yang sedang dihadapinya. Memahami Asas Proses Menolong Dalam Kaunseling Dalam proses menolong. c.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 b. mendengar secara aktif amat penting bagi membolehkan banyak perkara mengenai permasalahan klien. Memahami Kemahiran Asas Kaunselor Kaunselor juga harus mempunyai beberapa kemahiran asas. Beberapa contoh kemahiran yang digunakan dalam sesi kaunseling ialah kemahiran mendengar.

ahli falsafah dan pakar jiwa Amerika berkata: “Berkata sebesar-besar ubat bagi perasaan bimbang ialah iman. Iman adalah kekuatan yang mesti ada bagi menolong seseorang untuk hidup. kemahiran memberi maklumat. Melalui sembahyang juga 16 . kemahiran gerak balas yang tepat dan kemahiran berkonfrantasi. Sembahyang mempunyai rahsia-rahsia kebatinan yang dapat menyuluh keindahan dan membina ketenteraman. William James (1982 dalam Wan Hussain Azmi. dan kehilangannya menjadi satu ingatan bahaya tentang timbulnya kelemahan daripada memikul kesukaran hidup… . Sikap positif dan ketabahan hati dalam menghadapi masalah mencerminkan keimanan.” Sejarah Islam telah menyatakan kejayaan “Iman dengan Allah S. mengimbangkan segala desakan dan kemahuan serta meminta keampunan di atas segala kesilapan yang telah dilakukan. Ia dapat dijadikan garis ukuran kejayaan atau kegagalan seseorang itu mengatasi masalahnya. CADANGAN MENANGANI MASALAH MANUSIA Beriman dengan Allah S.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 mentafsir. Antara amalan yang dicadangkan seperti berikut: Sembahyang Sembahyang merupakan tiang agama dan tempat berlindungnya segala keyakinan.T adalah ubat penyakit jiwa yang paling mujarab. Beberapa cara seseorang individu itu dapat mengikuhkan keimanannya terhadap Allah serta melahirkan ketenangan. mententeramkan perasaan. 1995).W.W.T” menyembuhkan diri manusia daripada penyakit-penyakitnya dan memberi rasa aman dan tenteram (ketenangan) dan juga memelihara diri daripada rasa bimbang dan penyakit-penyakit jiwa yang boleh timbul daripadanya.

Bagi seseorang yang ingin balik ke pangkal jalan dan ingin menemui ketenangan batin. Keistimewaan sembahyang ditegaskan juga oleh Rasullah s.T.” “Tiada seorang muslim pun bersujud kepada Allah dengan sekali sujud melainkan Allah mengatakan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa). Ia perlu dilakukan secara tetap dan berterusan.T kea atas hambahambaNya ialah menjadikan puasa itu benteng dan pelindung daripada tipu daya syaitan dan angan-angan. doa dan istigfar Tiada manusia yang terlepas daripada membuat kesilapan dan dosa. dan serta menyempurnakan nescaya sembahyang rukunnya. Puasa dapat melatih mendisiplinkan diri dan membina kesabaran.W. Kedua-duanya merupakan mekanisme intrinsik yang wajib dibentuk oleh manusia dalam menghadapi segala cabaran. Namun manusia tetap mempunyai harapan menyelamat dan membersihkan dirinya daripada dosa yang pernah dilakukannya kerana Allah S.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya.” Puasa Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah S. Zikir.a.W. 17 .w dalam sabda baginda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menunaikan sembahyang pada waktunya dan melengkapkan wuduknya sujudnya khusyuknya.T Maha pengampun dan Maha penyayang. itu akan terangkat (ke atas langit) dlam keadaan putih dan cemerlang.W. Jelasnya puasa adalah cara menahan diri daripada hawa nafsu dan ia merupakan rahsia dalam diri seseorang yang tidak boleh dilihat melainkan Allah S. maka zikir dan doa adalah di antara amalan yang amat berharga.

Hati akan berubah. seseorang itu perlu menilai anggota tubuhnya. begitu juga anggota badan.T bagi ummahnya meminta sesuatu daripadanya. 1995. Islam merupakan cara hidup (ad-din) dn al-Quran adalah kitab bagi agama Allah yang mengandungi segala-gala mengenai kehidupan di 18 . Tujuannya ialah menghindarkan diri membuat kekhilafan atau dosa. Ketika bertafakur.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 Doa pula adalah jalan yang disediakan oleh Allah S. sama ada peraturan. perbuatan atau pemikiran. daripada lidahnya kepada telinganya. Istighfar pula membawa erti tunduk. Ia merupakan satu cara mencari perlindungan dari kemungkinan-kemungkinan membuat salah dan berjaga-jaga dalam segala segi.) Al Quran sebagai Panduan Hidup Bagi seorang Muslim. Menyebut-nyebut nama Allah melalui zikir dan meminta limpah kurniaNya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari ketenangan hidup. perutnya. matanya dan anggota-anggotanya yang lain sehingga ia boleh memelihara dirinya daripada bahaya-bahaya yang boleh membinasakan amalan-amalan dirinya sendiri (Hamzah (1988) dalam Kamal. Ia merupakan pemusatan segala tumpuan perhatian kepada sesuatu dengan menghitung setiap liku dan mengambil kira segala tindak tanduk yang mungkin baginya.W. Takafur Takafur atau berfikir dianggap sebagai penyuluh diri ke arah mengenal pencipta dan ciptaannya. pemikiran adalah pokok atau kunci kepada segala kebajikan. Oleh itu. Berfikir dan mengingat-ingat akan sesuatu perkara akan menambahkan ilmu pengetahuan dan kecintaan terhadapNya. tidak kira sama ada yang berkaitan dengan fizikal atau spiritual.

Al-Quran mengandungi banyak maklumat dan ilmu tentang manusia dan tujuannya diturunkan adalah sebagai petunjuk untuk mendidik dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Terjemahan Ishammuddin Ismail. Siti Nordinar Mohd. Kaunseling Islam Asas. Bhd. 1990. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. 1995.Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 dunia maupun di akhirat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1996. RUJUKAN Abdul Manan Mulla Bar. Bhd. Ali Yacob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993. Perkhidmatan Kaunseling Kes di Tanah Suci. 1995. Pengantar Kaunseling. Justeru itu ia perlu berusaha untuk bekerja dalam konteks budaya Islam bahawa tidak ada cara lain yang dapat membantu dan membela manusia melainkan hanya dengan satu cara iaitu cara Islam. KESIMPULAN Islam bertujuan untuk membentuk insan ke arah kekamilan dan dapat hidup bersama-sama masyarakat dengan kehidupan yang sederhana. Kamal Abd. Kaunselor berperanan membantu individu dalam mengenal dan memahami dirinya sendiri agar dapat menyesuaikan kehidupan dalam persekitaran yang sewajarnya. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19 . Selangor: Makruf Publisher & Distributor Sdn. Oleh itu kaum muslimin perlulah menjadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan yang utama agar tidak melanggar batas-batas agama yang mana akhirnya menyebabkan kegelisahan jiwa. Perbandingan Antara Amalan dan Teori Kaunseling Barat. Aziz Salleh. 1995. Kaunseling Islam. Wan Hussain Azmi Abdul Kadir. Kaunseling Dalam Konteks Budaya Islam. Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam. untuk individu rasa lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman mereka serta dapat menerima orang lain. Manaf. Muhd Mansur Abdullah. Tamin.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003 20 .