You are on page 1of 10

1

1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan
dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu
dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk
memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok
sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang
berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai
individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk
pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai
untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat.
Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka
bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk
memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi
(1983), kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan
sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan
berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Dauer dan
Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:
a. Keinginan untuk bergerak.
b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan.
c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat.
d. Keinginan untuk bersaing.
e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.
f. Keinginan untuk mengembara.
g. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.
h. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.

kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas:  Merangkak-membongkok + berjalan. pengetahuan tentang mekanisma pergerakan. 3. Pendidikan Pergerakan. Ini akan membolehkan seseorang individu itu menghayati serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan (H‟Doubler.0 DEFINISI Pendidikan Pergerakan Moden. (Fleming. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh badan. Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar. menghargai masa dan imbangan. Pergerakan Pendidikan Berirama. 1925). daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow. komunikasi atau kepuasan peribadi. kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal. Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari : untuk tujuan-tujuan ekspresi.2 2. irama dan daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi. pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh. latihan koordinasi.0 VARIASI DALAM PERGERAKAN KREATIF Mengikut Burton (1977). Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah „Pergerakan Kreatif‟ untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Synder. 1976). pertumbuhan fizikal dan spiritual. Mengikut pendapat Margaret H‟Doubler. .). Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara istilah-istilah yang kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan. geraktari kreatif ialah sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. 1981. Proses ini kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya berfikir.

3 Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong.3   Mendekam-rebah + membongkok. di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu. jari-jari kaki. Sebagai contoh. siku dan lutut. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.1 Aktiviti-Aktiviti Untuk Membongkok Dan Meregang Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. 3. Sendi Jenis ini terdapat di paha. 3. 3. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat.2. Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. 3. kepala dan belakang. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. ke kiri. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Jari-jari kaki. lengan. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan. 3. badan boleh dikilas pada paksi panjang. menolak dan menyokong.2 Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan.1 Pergerakan Membongkok Pergerakan membongkok ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'. Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan. tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan.4 Memusing . Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. ke belakang. ke kanan dan dalam bulatan.

4. tapak dan kaki. siku. 3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan. 3.4 Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. 3. ke bawah . Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong. Aktivitiaktiviti menolak dan menarik dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan.6 Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Apabila seluruh badan berpusing. lengan. ke belakang. atau menyilang badan di dada Hayun kaki ke hadapan. Sebagai contoh.7 Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap. dan leher.1 Aktiviti-Aktiviti Untuk Hayun Dan Berbuai-Buai Hayun tangan ke hadapan. belakang atau ke sisi menyilang kaki lain Hayun dengan bergayut pada palang Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi. Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan.1 Aktiviti-Aktiviti Untuk Mengilas Dan Memusing Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki. Berbuai-buai adalah pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan. dasar menyokong berubah tempat. dan pinggul. bengkok di siku. 3. 3. 3. Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . dan kaki.8 Rebahan Badan Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras rendah. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. ke sisi . Tolak satu tangan ke atas . Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. badan. Rebah mungkin berbentuk . ke kiri dan ke kanan Dua tangan di hadapan. bahu.5 Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan.7. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan.

bangku panjang. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. tali dan gelung. mengawasi atau menangani sesuatu objek. dan platform lompatan.0 OBJEKTIF Objektif aktiviti pergerakan menggunakan alatan ini adalah : 1.1 Aktiviti-Aktiviti Untuk Rebah Dan Bangun Rebah-duduk berlunjur. Penggunaan alatan tidak terhad pada peralatan ringan seperti gelung yang menjadi peralatan utama untuk sesi amali malah turut melibatkan peralatan berat seperti peti lombol.8. Variasi dalam kemahiran ini boleh dilihat melalui aplikasi manipulasi alatan. 4. 5. Memberi pendedahn serta mempraktikkan kemahiran menggunakan anggota badan untuk mengawal. 4. riben. 2. khususnya bagi aktiviti melibatkan lebih daripada uda pergerakan. bola kecil. 3. Melatih kecekapan untuk mengawal koordinasi. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. Kesemua aktiviti ini merangkumi pergerakan asas yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Membina satu aktiviti rekreasi yang menyeronokkan untuk dipratikkan. Berdiri dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam. Melatih guru-guru pelatih untuk merangka aktiviti yang bersesuian dengan keperluan jasmani dan kesesuaian alatan. badan seharusnya mempunyal imbangan. bola besar. Aktiviti bangun. 3.5 keseluruhan atau separa sahaja. Memenuhi kehendak tugasan KKBI subjek Pergerakan Asas. condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. Pembelajaran manipulasi alatan mesti melibatkan objek seperti pundi kacang. .

pergerakan kreatif. batang rotan.bola besar. telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti pergerakan asas. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.6 Dalam program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah. 5. rotan. membaling. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada .0 MANIPULASI PERALATAN Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. 5.1 Konsep Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. bola kecil. megawasi atau menangani sesuatu objek. tali dan relang getah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal. Oleh sebab itulah. 5. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang. pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk kehidupan seharian dan tujuan sukan. Tujuan kerja kursus ini diadakan supaya pengetahuan dan kefahaman mengenaivariasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran di sekolah kelak. asas gimnastik serta sukan dan permainan diberikan tumpuan yang khas diberikan kepada peringkat perkembangan murid. gelung.2 Kemahiran Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung.

7 peringkat kanak-kanak. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah: 5. Meleretkan bola kesasaran 5.2 Menyambut Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Memukul alatan dengan gengaman 3. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan 5. .3 Memukul Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. kaki mata dan lain-lain. Melambung belon keudara dan kemudian memukul 5.1 Membaling Dan Melambung Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula 4. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran 4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula 5.mata.3. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan. Memukul alatan dengan tangan 2. 5. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3.3.3. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula 2. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula 4. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan 5. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula 2.

Pergerakan kreatif perlu diaplikasikan dalam pmbelajaran kanakkanak untuk melatih mereka lebih cekap dalam hal-hal yang melibatkan proses kognitif. Pembelajaran dikatakn lebih dapat dikuasai oleh kanak-kanak yang suka melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Kanakkanak cuba untuk mengingat segala bentuk pergerkana(step by step) untuk menghasilkan pergerakan yang bermakna dan menarik bagi mereka. Kanak-kanak perlu diasah mindanya dengan menggunakan benda-benda yang disukai olehnya.0 KESIMPULAN Pergerakan kreatif adalah satu bentuk pembelajaran yang mengutamakan pergerakan tubuh dan penglibatan jiwa dan perasaan didalamnya. Semua aspek perkembangan kanak-kanak dapat dicapai dalam satu pembelajaran jika ia dapat diaplikasikan dengan baik oleh kanak-kanak dengan bimbingan guru yang mempunyai kemahiran dalam pergerakan kreatif. Sebagai contoh. Banyak manfaat dapat diperolehi oleh kanak-kanak jika mereka didedahkan secara total oleh guru dan masyarakat setempat dengan pergerekan kreatif. Oleh itu. Pergerakan kreatif melibatkan pergerakan unik yang . Ini kerana mereka terlatih secara tidak langsung dalam proses hafalan. Pembelajaran yang dijalankan ole hkanak-kanak dengan tiada minat akank menjejaskan proses penguasaan ilmu yang dipelajarinya ekoran terdapat elemen paksaan dalam pembelajaran. pergerakan melibatkan banyak elemen didalamnya.8 6.

my/ Zati DeNan. Diperolehi semula pada 18 Nov 2015 daripada http://dihujungpen. (2010). (2015). Diperolehi semula pada 18 Nov 2015 daripada http://pergerakankreatifkumpulana. 7. Tugasan berkumpulan pergerakan kreatif. Diperolehi semula Daripadahttps://www.al.blogspot.9 mana penglibatan kanak-kanak itu adalah secara menyeluruh.my/2014/06/pendidikanpergerakan-kreatif.academia.html Muhammad Akram Bin Abu Hassan et . (2014). Pendidikan Pergerakan Kreatif.blogspot.0 RUJUKAN Abdullah Kamal. Aktiviti ini sangat disukai oleh kanak-kanak kerana –kanak suka melakukan pergerakan seperti berlari daripada duduk saja dan berdaim diri.edu/5153667/PENTINGNYA_PERGERAKAN _KREATIF_KEPADA_MURID_BERKEPERLUAN_KHAS_ISU_KESEDAR AN_GURU_TENTANG_PENTINGNYA_PERGERAKAN_KREATIF_KEPA DA_MURID-MURID_BERKEPERLUAN_KHAS_DI_SEKOLAH_RENDAH Dihujung Pen.blogspot. Pentingnya Pergerakan Kreatif Kepada Murid Berkeperluan Khas. Diperolehi semula pada 18 Nov 2015 daripada http://notanotapismppj.my/2012/06/contoh-perlaksanaan-aktivitipergerakan.html . Contoh Perlaksanaan Aktiviti Pergerakan Asas. (Jun 2012).

10 .