You are on page 1of 20

TERHAD

2611/3

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL


KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3
Februari Julai

1.

Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2.

Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3.

Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek


yang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
2611/3 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD

TERHAD

2611/3

ARAHAN KEPADA CALON


1.

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.

Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2016.

3.

Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.

4.

Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri
oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5.

Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas


berukuran lebih kurang 28 cm 38 cm.

6.

Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan


tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7.

Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali


sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8.

Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan
gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil
pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan,
Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9.

Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga


helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.
Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN 1

BIDANG

KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK

REKA BENTUK GRAFIK

PRODUK

PEMBUNGKUSAN COKLAT

SITUASI
Syarikat pengeluar coklat tempatan memerlukan reka bentuk pembungkusan coklat
keluaran terbaru. Sasaran syarikat tersebut ialah pasaran luar negara. Oleh kerana
itu, syarikat memerlukan satu reka bentuk pembungkusan yang mempunyai nilai
komersial dan bersifat eksklusif.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian serta menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan
coklat yang mempunyai nilai komersial dan bersifat eksklusif. Sebagai pereka, anda
haruslah memastikan reka bentuk tersebut merupakan idea baharu bagi menjamin sifat
eksklusif tersebut.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai reka bentuk pembungkusan, muka taip, ilustrasi,


dan aspek-aspek lain yang berkenaan sebagai sumber ilham.

2.

Lakaran reka bentuk pembungkusan berserta lukisan hamparan dengan skala


dan catatan.

3.

Lakaran perkembangan idea muka taip dengan catatan.

4.

Lakaran olahan reka bentuk logo atau identiti syarikat dengan catatan.

5.

Lakaran olahan idea ilustrasi dengan catatan.

6.

Lakaran olahan idea reka letak muka taip, ilustrasi, identiti syarikat, dan aspek
penerangan dengan catatan.

7.

Kajian warna reka bentuk pembungkusan dengan catatan dan skema warna.

8.

Hamparan penuh reka bentuk pilihan.

9.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.


11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan
mengikut urutan.
2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk pembungkusan coklat anda hendaklah
mengikut spesifikasi berikut:
Bahan

Kertas
Penggunaan bahan lain sebagai bahan
sampingan dibenarkan

Teknik

Ilustrasi

Warna

Bebas mengikut kajian

Kapsyen

Mengikut kajian

Tema

Mengikut kajian

Saiz minimum

6 cm 6 cm 15 cm

Contoh:

Sumber : www.pixel177.com

Nota:
1.
2.
3.
2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas.


Hasil akhir boleh menggunakan cetakan komputer tetapi proses penghasilan
hendaklah disertakan menggunakan cakera padat. Guru harus memastikan bahawa
setiap proses penghasilan dibuat sendiri oleh calon.
Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN 2

BIDANG

: REKA BENTUK

TAJUK

: HIASAN DALAMAN

PRODUK

: MODEL BILIK PENGINAPAN HOTEL BERTEMA

SITUASI
Seorang pemilik hotel ingin menjadikan bilik penginapan di hotelnya unik bagi menarik
minat pelancong untuk menginap. Beliau mahu setiap bilik dihias berdasarkan tema cerita
rakyat Malaysia.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman bilik
penginapan hotel tersebut berdasarkan tema cerita rakyat Malaysia.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik penginapan sebagai sumber ilham.

2.

Kajian dan koleksi gambar tentang cerita rakyat Malaysia.

3.

Lukisan atau catan realistik gambaran yang berkaitan cerita rakyat Malaysia.

4.

Lukisan pelan lantai ruang bilik mengikut skala.

5.

Lakaran perkembangan idea perabot dan kelengkapan pada pelan lantai dengan catatan.

6.

Lakaran reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai dengan catatan.

7.

Kajian ergonomik reka bentuk.

8.

Kajian warna dengan catatan dan skema warna.

9.

Lukisan perspektif tiga sudut pandangan menarik dengan catatan.

10. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan.


11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan mengikut urutan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model hiasan dalaman anda hendaklah
berdasarkan spesifikasi berikut:
Bahan

Bebas dan bersesuaian

Saiz minimum

45 cm 30 cm 25 cm
ATAU
Mengikut skala ukuran daripada reka cadang
ruang sebenar

Teknik

Bebas kecuali kolaj

Tema

Cerita Rakyat Malaysia

Contoh:

Sumber : www.fantasylandhotel.com

Nota:
1.
2.
3.

2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.


Hiasan dan perabot mestilah dihasilkan sendiri oleh calon.
Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN 3

BIDANG

: KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK

: REKA BENTUK GRAFIK

PRODUK

: REKA BENTUK KORPORAT DAN PENGIKLANAN

SITUASI
Sebuah syarikat penerbangan terkemuka ingin membuat penjenamaan semula. Satu reka
bentuk grafik yang baharu diperlukan untuk menggambarkan kehebatan syarikat
penerbangan tersebut.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk grafik bagi
penjenamaan semula syarikat tersebut. Reka bentuk grafik tersebut merangkumi reka
bentuk korporat iaitu logo, sampul surat dan kepala surat serta reka bentuk pengiklanan
iaitu poster.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Kajian reka bentuk korporat dan pengiklanan syarikat penerbangan yang anda pilih.

2.

Lukisan atau ilustrasi reka bentuk korporat dan pengiklanan syarikat penerbangan
yang anda pilih.

3.

Koleksi gambar logo, sampul surat, kepala surat, dan poster sebagai sumber ilham.

4.

Lakaran perkembangan idea logo, sampul surat, kepala surat, dan poster
dengan catatan.

5.

Kajian tipografi dengan catatan.

6.

Lakaran olahan reka letak (mana-mana yang berkenaan) dengan catatan.

7.

Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

8.

Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan
mengikut urutan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk korporat dan pengiklanan anda hendaklah
mengikut spesifikasi berikut:
Bahan

Bahan yang bersesuaian

Saiz minimum

Logo
Sampul surat
Kepala surat
Poster

Teknik

Ilustrasi

25 cm 20 cm
11 cm 22 cm
Saiz kertas A4
29 cm 40 cm

Contoh:

Logo

Sampul surat dan kepala surat

Poster
Nota:
1.
2.
3.
4.
2611/3

Logo dan poster hendaklah dihasilkan secara manual.


Sampul surat dan kepala surat boleh dihasilkan secara manual atau cetakan
komputer.
Setiap hasil kerja hendaklah kemas dan dibingkaikan secara berasingan.
Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN 4

BIDANG

: KRAF TRADISIONAL

TAJUK

: UKIRAN KAYU

PRODUK

: PENYANGKUT BAJU

SITUASI
Sebuah hotel yang menerapkan suasana tradisional di setiap bilik memerlukan
penyangkut pakaian kayu yang berukir. Selain berfungsi sebagai penyangkut pakaian,
ia juga dapat menjadi pelengkap hiasan dalaman yang menarik serta mempromosi
keindahan ukiran kayu tradisional.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu penyangkut baju kontemporari
yang menggunakan ukiran kayu tradisional bermotifkan flora.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai jenis penyangkut baju sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu sebagai sumber ilham dengan catatan.

3.

Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham dengan catatan.

4.

Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

5.

Lakaran perkembangan idea penyangkut baju dengan catatan.

6.

Lakaran olahan idea motif flora dengan catatan.

7.

Kajian warna dan skema warna dengan catatan (jika perlu).

8.

Lukisan dua sudut pandangan menarik.

9.

Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.


11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

10

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk penyangkut baju anda hendaklah


berdasarkan spesifikasi berikut:
Bahan

Kayu yang bersesuaian

Ukuran minimum

45 cm 15 cm

Teknik

Ukiran bunga timbul bersilat

Contoh:

Sumber: www.etsy.com
Nota:
1.
2.

2611/3

Hasil produk hendaklah dikemaskan.


Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

11

2611/3

TUGASAN 5

BIDANG

: SENI HALUS

TAJUK

: ARCA

PRODUK

: ARCA

SITUASI
Satu pertandingan reka bentuk arca akan dianjurkan untuk mencungkil bakat-bakat baharu
dalam seni arca tanah air.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk arca. Jenis arca anda
berdasarkan kajian yang anda lakukan. Tema arca anda ialah Pergerakan.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi pelbagai jenis arca sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi pelbagai gambar yang berkaitan sebagai sumber ilham.

3.

Lakaran realistik satu atau lebih hal benda yang dijadikan sumber ilham.

4.

Lakaran perkembangan idea arca dengan catatan.

5.

Lukisan reka bentuk arca yang dipilih dengan catatan.

6.

Kajian warna dan skema dengan catatan (jika berkenaan).

7.

Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

8.

Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

12

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk arca anda hendaklah berdasarkan
spesifikasi berikut:
Bahan

Bebas dan bersesuaian

Ukuran minimum

40 cm 20 cm

Teknik

Bebas

Tema

Pergerakan

Contoh:

Nota:
1.
2.

2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.


Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

13

2611/3

TUGASAN 6

BIDANG

: KRAF TRADISIONAL

TAJUK

: TEMBIKAR

PRODUK

: PASU

SITUASI
Satu pertandingan menghasilkan pasu tembikar yang bertemakan futuristik akan diadakan
untuk memperkenalkan kraf tangan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
TUGASAN
Anda dikehendaki menghasilkan pasu tembikar yang mempunyai nilai estetik dan bersifat
futuristik. Pasu yang anda hasilkan hendaklah kreatif dan unik serta mempamerkan
kehalusan dan kehebatan teknik penghasilan tembikar.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pasu sebagai sumber ilham.

2.

Lukisan atau catan realistik pasu.

3.

Lakaran perkembangan idea pasu dengan catatan.

4.

Lukisan sebenar reka bentuk pasu futuristik yang dipilih.

5.

Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

6.

Lukisan tiga dimensi pasu dari tiga sudut pandangan berbeza.

7.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

9.

Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

14

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk pasu anda hendaklah berdasarkan


spesifikasi berikut:
Bahan

Tanah liat

Ukuran

30 cm 15 cm

Teknik

Gabungan teknik picit, kepingan


dan lingkaran

Tema

Berdasarkan kajian

Contoh:

Nota:
1.
2.
3.

2611/3

Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.


Hasil kerja anda hendaklah dibakar dan disepuh.
Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

15

2611/3

TUGASAN 7

BIDANG

REKA BENTUK

TAJUK

REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK

PENYEDUT HAMPAGAS DWIFUNGSI

SITUASI
Sebuah syarikat peralatan elektrik bercadang menghasilkan rekaan terbaharu penyedut
hampagas kompak dwifungsi untuk digunakan di dalam kereta.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu penyedut hampagas kompak
dwifungsi mudah alih yang boleh digunakan di dalam kereta. Penyedut hampagas
kompak dwifungsi mudah alih ini boleh disimpan di dalam kereta dan tidak
mengganggu ruang.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi pelbagai jenis penyedut hampagas kompak sebagai sumber ilham


dengan catatan.

2.

Lukisan atau catan realistik penyedut hampagas kompak yang dipilih dari
sumber ilham.

3.

Lakaran perkembangan idea reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi


berdasarkan hal benda yang dipilih dengan catatan.

4.

Kajian ergonomik reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi.

5.

Lukisan teknikal reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi dengan catatan fungsi.

6.

Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7.

Lukisan perspektif dari tiga sudut pandangan menarik.

8.

Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

16

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi
anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut:
Bahan

Bahan yang bersesuaian

Ukuran minimum

30 cm 10 cm
ATAU
Mengikut skala ukuran daripada
reka cadang

Teknik

Bebas

Tema

Berdasarkan kajian

Contoh:

Sumber : www.blackanddeckerindia.in

Nota:
1.
2.

2611/3

Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.


Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

17

2611/3

TUGASAN 8

BIDANG

KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK

ILUSTRASI

PRODUK

DUIT KERTAS MALAYSIA EDISI PERINGATAN

SITUASI
Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 sekumpulan artis berusaha untuk
menghasilkan ilustrasi wang kertas edisi peringatan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi wang kertas edisi peringatan
bernilai RM50. Duit kertas peringatan ini mestilah bertemakan kemajuan Malaysia.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi pelbagai gambar wang kertas sebagai sumber ilham.

2.

Lukisan atau catan realistik wang kertas yang dipilih dari sumber ilham.

3.

Lakaran perkembangan idea berdasarkan hal benda atau tema yang dipilih.

4.

Kajian tipografi dengan catatan.

5.

Lakaran reka letak ilustrasi dengan tipografi serta catatan.

6.

Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7.

Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

8.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

9.

Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

18

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi wang kertas edisi peringatan anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan

Kertas yang bersesuaian

Ukuran minimum

45 cm 21 cm

Teknik

Catan

Tema

Berdasarkan kajian

Contoh:

O
T
N
CO

Hadapan

O
T
N
O
C

Belakang

Nota:
1.
2.

2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kemas dan dibingkaikan.


Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

19

2611/3

TUGASAN 9

BIDANG

SENI HALUS

TAJUK

CETAKAN

PRODUK

CETAKAN TIMBULAN

SITUASI
Sempena Karnival Muzik Antarabangsa, satu pameran seni yang berkaitan dengan muzik
akan diadakan. Oleh yang demikian, karya-karya cetakan yang bermutu tinggi diperlukan
untuk dipamerkan pada pameran tersebut.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan untuk
dipamerkan dalam pameran tersebut.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai cetakan.

2.

Koleksi gambar pelbagai hal benda yang boleh dijadikan sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik berdasarkan sumber ilham.

4.

Lakaran perkembangan idea dengan catatan.

5.

Lakaran reka letak motif dengan catatan.

6.

Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

8.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

9.

Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk dengan catatan
mengikut urutan.

10. Lampiran minimun tiga edisi cetakan mengikut urutan.

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

20

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, karya cetakan timbulan anda hendaklah mengikut


spesifikasi berikut:
Bahan

Kayu atau lino

Ukuran minimum

30 cm 20 cm

Bilangan warna minimum :

Teknik

Cetakan timbulan

Tema

Muzik

Contoh:

20/40

Music Mellow steady flow

Rhode

RICHARD RHODE
Music Mellow Steady Flow
Sumber : http://www.capegallery.co.za/richard_rhode1.html
Nota:
1.
2.
3.

Hasil kerja hendaklah mengikut disiplin cetakan.


Plat cetakan hendaklah disertakan bersama hasil karya.
Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

TUGASAN TAMAT

2611/3

2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD