You are on page 1of 4

PIDATO : PEMBENTUKAN GENERASI PATRIOTIK

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Bin


Mohamad pernah mengingatkan bahawa tanpa semangat
patriotik, kita tidak boleh yakin bahawa kita dapat
bertahan dan mengekalkan hak kita, kemungkinannya
ialah Malaysia akan tinggal nama dalam sejarah cuma.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam
1 Malaysia
Yang saya hormati saudari pengerusi,
Kombinasi intelektual kehakiman yang penuh berintegriti,
Rakan rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti
Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.
Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh
iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan
tinta dan wacana para sarjana menerusi mauduk pidato
saya, Pembentukan Remaja yang Patriotik
Tanggungjawab Bersama
Remaja merujuk kepada individu yang berumur
lingkungan 16 hingga 21 tahun manakala frasa patriotik
berasal daripada perkataan Greek, patris yangbermaksud
perasaan dan semangat cinta akan negara dan bersedia
berkorban untuk mempertahankan tanah air.
Tanggungjawab bersama pula saya takrifkan sebagai
peranan yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak di
Malaysia secara bersinergi. Ijmalnya, saya ingin
membawa anda semua untuk sama-sama kita fahami

akan langkah langkah yang dapat kita laksanakan bagi


membentuk generasi muda yang cinta akan tanah air.
Pragmatik dewan sekalian,
Mantan Presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata
Berikan aku sepuluh orang tua, dan aku cuma akan
mampu menggoncangkan perahu yang terlangkup
namun berikan aku sepuluh orang pemuda, dan aku akan
mampu menakluk dunia. Lantas, ayuhlah bersama-sama
saya kita rungkai satu persatu prakarsa ke arah
melahirkan golongan patriot muda yang berwibawa
menerusi 3 prima kata, inspirasi mahakarya.
Pertama peranan ibu bapa dalam mendidik anak anak
mencintai negara. Mungkin kini sudah begitu lama untuk
kita bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa untuk kita
bangun meratapi muram durja, meratapi keagungan
bumi Parameswara gugur rebah dimamah penjajah
durjana. Namun, hakikatnya manusia yang tidak
mengetahui, tidak mungkin akan memahami dan
menghayati seterusnya mengaplikasi. Lantas, perlu bagi
ibu bapa tonggak keluarga untuk mendedahkan anak
anak dengan pelbagai bahan bacaan sejarah negara.
Alangkah manisnya apabila anak-anak kita menjadikan
Dato Onn Jaafar sebagai idola dan bukannya Abraham
Lincoln, alangkah indahnya apabila kanak kanak kecil
yang baru berdikit mengatur kata namun sudah petah
bercerita tentang Rombongan Merdeka dan alangkah
seronoknya andai anak anak muda kita lebih senang
membincangkan tentang strategi perjuangan Tunku Abdul
Rahman berbanding Alexander the Great.

Kedua ayuh hadirin, kita maju selangkah untuk menilai


juga merungkai peranan para seniman dan karyawan
dalam industri seni negara. Masihkah hadirin semua ingat
bait-bait lagu Warisan nyanyian Belasungkawa Sudirman
Haji Arshad? Masihkah terbayang di mata anda, saat
Leftenan Adnan Saidi lakonan Hairie Othman ditikam
berkali-kali dengan bayonet oleh tentera Jepun.
Semuanya cukup untuk membakar api di dada,
menyemarakkan semangat yang membara, cuma satu
suara yang bergema di dalam diri kita, Aku Bangga
Menjadi Anak Malaysia. Kalaulah dengan kemudahan
yang serba kurang pada tahun 90-an pun kita mampu
menghasilkan filem Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Anak
Satria dan sebagainya. Kenapa tidak pada hari ini, kita
giatkan lagi penerbitan pelbagai filem nasionalisme serta
lagu lagu patriotik? Hakikatnya, inilah langkah paling
proaktif untuk mendekati serta menyelami hati budi
Generasi Y yang sukakan hiburan.

Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari,


Ketiga Penggubalan undang undang yang lebih ketat
untuk memelihara maruah negara. Menjelang sambutan
jubli perak kemerdekaan negara iaitu pada tahun 2007
lalu, seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di
Taiwan seolah-olah merentap keharmonian yang kita
kecapi selama ini apabila memuat naik video yang
menghina lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita. Ayuh
kita renung bersama saudara dan saudari, andainya
Allahyarham Tunku Abdul Rahman masih berada bersama

kita, apa kata beliau? Mungkinkah akan menitis air mata


Bapa Kemerdekaan Negara? Di sinilah perlunya untuk kita
merangka pelan tindakan terhadap segelintir golongan
muda yang cuba mencemarkan keamanan serta
kedamaian yang kita kecapi selama ini. Mereka ini
sewajarnya dihantar ke pusat pusat pemulihan akhlak
dan menjalani sesi kaunseling bagi menyedarkan mereka
bahawa ini negara kita, buruk,baik,cantik atau jelik, ini
tanah tumpah darah kita. Tempat kita dilahirkan dan
besar kemungkinan tempat kita akan disemadikan.
Hadirin,
Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan
patriotisme sebagai budaya dan pegangan, maka
impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini
kembali tegak bermaruah. 502 tahun lalu kita dijajah
selama 446 tahun. Seandainya saat ini, kemerdekaan
yang ada tidak kita hargai dengan patriotisme, ingatlah,
bahawa taktala ayam direban disambar helang, padi di
tangan menjadi lalang, sejarah mungkin akan berulang

You might also like