You are on page 1of 26

Nur Sophia Binti Rusli

Jabatan Pengurusan
Fakulti Pengurusan dan
IT,
KUISAS

Takrif Penyelidikan
Suatu proses yang saintifik bagi
mencari jawapan kepada
persoalan yang hakikat
masalahnya telah dikenal pasti.

Takrif Penyelidikan
Tuckman (1999)
Penyelidikan adalah kaedah
sistematik untuk mendapatkan
jawapan bagi sesuatu persoalan
atau masalah.

Takrif Penyelidikan
Kelinger (1964)
Penyelidikan adalah penyiasatan
sistematik, terkawal bercorak
empirikal dan kritikal mengenai
perhubungan di kalangan
fenomena.

Takrif Penyelidikan
Ahmad Mahdzan (1992)
Penyelidikan
didefinisikan
sebagai
usaha-usaha
bagi
mencari
jawapan
kepada
persoalan
khusus
yang
dikemukan.

Pengenalan Kepada
Penyelidikan
Ciri penting dalam penyelidikan adalah saintifik.
SAINTIFIK

OBJEKTIF

FAKTA

SISTEMATIK

IKUT
URUTAN

SATU
PERSATU

BOLEH
DI UJI

KAEDAH

HASIL

APAKAH SAINTIFIK?
Segala bentuk dakwaan dan penemuan yang

perlu dibuktikan
Penyebab kejadian tidak boleh didasarkan
kepada khabar angin semata tetapi dibuktikan
secara empirikal iaitu melalui pengalaman
dan pancaindera

Merupakan penyelidikan yang dijalankan


secara tersusun, sistematik & mempunyai
pembolehubah yang terkawal.
Ia bersifat empirikal (perlu ada eviden/bukti
tentang penyataan-penyataan yang dibuat)
melalui analisis data dan maklumat yang
dikumpul untuk membuktikan suatu
hipotesis atau teori bagi memperolehi hasil
yang diinginkan.

Penyelidikan saintifik melibatkan :a) pengukuran


b) kebolehpercayaan (reliability)
c) kesah (validity)
d) kawalan pembolehubah
e) kerawakan sampel
f) generalisasi hasil kajia

Antara konsepnya ialah:a)Pengukuran


Proses memberi nilai kepada
pembolehubah untuk membolehkan
pengkaji membuat analisis data dan
seterusnya dapat membuat kesimpulan
terhadap penyelidikan yang dilakukan.

b)Kebolehpercayaan
Ciri-ciri pengukuran yang dapat memberi
penilaian atau gambaran yang sama
apabila diuji pada sampel yang berlainan.
Walaubagaimanapun, semua pengukuran
terdapat ralat (error). Semakin kecil ralat
yang diperolehi, semakin tinggi
kebolehpercayaan alat ukur (instrumen)
yang digunakan.
Contoh instrumen kajian ialah soal selidik.

c) Kesahihan
Kebolehan suatu instrumen untuk
mengukur pembolehubah tertentu.

Contoh, pembaris meter hanya sesuai


untuk mengukur panjang dan tidak sesuai
untuk mengukur suhu.
Oleh itu pembaris mempunyai kesahihan
yang tinggi apabila digunakan untuk
mengukur panjang dan mempunyai
kesahihan yang sangat rendah jika
digunakan untuk mengukur suhu.
Pengkaji perlu mengenalpasti instrumen
yang digunakan mempuyai kesahihan
yang tinggi untuk mengukur suatu
pembolehubah supaya data yang
diperoleh lebih tepat.

d) Kawalan pembolehubah
Konsep asas penyelidikan saintifik yang lebih
bersifat kajian berbentuk eksperimen.
Pembolehubah boleh dibahagikan kepada
pembolehubah manipulasi (manipulated variable),
pembolehubah bergerak balas (responding
variable) dan pembolehubah yang dimalarkan
(fixed variable). Ia juga dikenali sebagai
pembolehubah bersandar dan pembolehubah
bebas. Pengkaji yang ingin membuat kajian perlu
mengenal pasti dahulu pembolehubahpembolehubah yang terlibat. Kemudian
mengkategorikan pembolehubahpembolehubah
tersebut mengikut kajian yang akan dijalankan.

Contoh
Bagi semua penyelidikan saintifik
berbentuk eksperimen, pengkaji perlu
membuat satu ekperimen kawalan untuk
melihat kesan sebenar ke atas eksperimen
tersebut. Bagi melihat keberkesanan baja
kimia terhadap atas penghasilan padi, kita
perlu ada spokok padi yang tidak diberi
baja kimia. Pokok padi lain diberikan baja
kimia. Kemudian pengkaji akan
bandingkan penghasilan padi daripada
eksperimen tersebut.

e) Kerawakan sampel
Teknik pemilihan sampel secara rawak
berasaskan semua sampel mempunyai
peluang yang sama untuk dimasukkan dalam
kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan.
Pemilihan sampel yang baik secara rawak
dapat menghasilkan suatu kajian yang
mewakili populasi di mana kajian dilakukan.

f) Generalisasi hasil kajian


Biasanya diperoleh di akhir kajian yang memberi
gambaran sama ada kesimpulan kajian yang
dihasilkan dapat mewakili kumpulan sampel atau
populasi yang berlainan. Hasil kajian yang dilakukan
boleh dibuat generalisasi yang baik jika perkaraperkara di atas telah diambil kira sepanjang kajian
itu dilakukan.

DUA CIRI ASAS


PENYELIDIKAN SAINTIFIK
1. Perkara yang dikaji mestilah diteliti

(observed). Ia boleh direkod,dianalisis dan


dijadikan sebagai pemboleh ubah yang
menjadi asas dalam membuat laporan hasil
penyelidikan
2. Penyelidikan hendaklah menepati unsur
logik dan rasional termasuk aspek merangka
objektif, rangka teori dan penggunaan
bahasa

APAKAH MAKLUMAT
AWAL?
Cetusan idea yang muncul dalam minda
penyelidik
Muncul menerusi pelbagai sumber seperti
pengalaman peribadi, pembacaan,
pemerhatian, kajian literatur dan
perbincangan

BAGAIMANAKAH LANGKAH
MEMBINA TAJUK?
1.Masalah dalam keupayaan pengkaji
2. Masalah diminati oleh pengkaji
3. Masalah meningkatkan kefahaman penyelidik
(knowledge added)
* Dalam membina tajuk, tiga unsur penting
hendaklah terangkum dalam satu ayat
iaitu:permasalahan,matlamat dan metodologi

TEORI
Satu set andaian berkenaan sebab kepada

sesutau fenomena dan keterangan bagaimana


sebab tersebut bertindak
Dua ciri asas teori:
i)Teori mempunyai asas yang kukuh untuk
meyakini sesuatu fenomena boleh berlaku
dalam situasi tertentu
ii)Teori berupaya diuji melaui kaedah empirikal

LANGKAH-LANGKAH
PEMBENTUKAN
TEORI

Menjelaskan skop teori


Membiasakan diri dengan literatur
Membina teori
Membuat ramalan (teori perlu diuji dengan
data)
Menguji data secara empirikal

MENGUMPUL DAN
MENGANALISIS
DATA
1. Kewujudan data (Availability)
2. Kesahan data (Authenticity)-penyelidik membuat

cross check terhadap kesahan data yang


dikumpul. Sumber primer diberi keutamaan
3. Kecukupan data (Adequacy)-data yang cukup
dalam membuat generalisasi.Kekurangan data
menyebabkan laporan kajian dipersoalkan
4. Ketepatan data (Accuracy)-data yang berbentuk
angka hendaklah diteliti dan dikumpul dengan
baik supaya tidak menyalahi data sebenar

RANGKA MASA
1. Kaedah Cross-sectional misalnya penyelidikan

penerokaan perlu menepati satu tempoh masa tertentu


2. Kaedah Longitudinal:
i) Kajian Trend-masa pengumpulan data dikutip pada
tempoh tertentu dibandingkan dengan tempoh
sebelumnya tetapi dalam ruang lingkup kajian yang
sama
ii) Kajian Cohort-sekumpulan manusia yang dilahirkan
pada period yang sama misalnya dikelaskan mengikut
kumpulan generasi 60-an,70-an etc
iii) Kajian panel-kajian yang dilakukan pada masa tertentu
terhadap sekumpulan sampel dan kemudiannya dalam
tempoh tertentu kajian dilakukan lagi terhadap mereka
untuk melihat perubahan dengan bertanyakan soalan
yang sama

PENEMUAN KAJIAN
Penemuan yang dijangka berdasarkan objektif

kajian
Hasil kajian dinilai oleh pelbagai pihak yang
mempunyai kepakaran dalam bidang
Penemuan kajian yang baik perlu lulus 5W1H
(Who,What,When,Which,Where, How)

BAGAIMANAKAH
PENYELIDIKAN
TIDAK
Pemasalahan tidak jelas
BERSIFAT
SAINTIFIK?
Pengabaian terhadap
metodologi
pengumpulan data
Penganalisisan data secara salah
Mengenepikan nilai-nilai kritis