P. 1
bahan ml

bahan ml

|Views: 1,373|Likes:
Published by pajakly

More info:

Published by: pajakly on Apr 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/19/2013

pdf

text

original

Bahan 1

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan corak perubahan fizikal, Kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Pertumbuhan manusia Signifikannya bolehlah dikatakan seperti fasa bulan yang bersifat lemah pada awal usia dan bersifat kuat pada pertengahan usia dan kembali menjadi lemah pada akhir usia. Perkembangan manusia pula bermula pada saat terbentuknya janin sehingga lahir sebagai bayi dan meniti hidup berkembang sebagai seorang kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya menjadi tua dan berakhir dengan suatu kematian. Perkembangan manusia meliputi perkembangan tubuh badan, mental, emosi dan Social serta persekitaran manusia itu sendiri. Pertumbuhan manusia merupakan satu proses yang berlaku berterusan. Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku dengan pesat sejak di dalam rahim untuk membentuk zigot dan akhirnya berkembang sebagai embrio dan janin. Pertumbuhan peringkat ini dinamakan pertumbuhan pra-natal. Pertumbuhan yang berlaku peringkat seterusnya dipanggil pertumbuhan pos-natal. Definisi perkembangan pula merupakan pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan yang berlaku adalah merupakan

1

hasil proses semulajadi yang dialami oleh system biologi manusia seperti proses tumbesaran, kematangan dan penuaan. PERKEMBANGAN JENIS TUBUH BADAN MANUSIA

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai bentuk tubuh badan yang berbeza. Inilah yang menyebabkan berlakunya perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi jenis bentuk badan dan perkembangan paras lemak serta jisim otot. Tubuh badan kita dihasilkan oleh factor genetic. Kita mungkin berkongsi genetic tubuh badan dengan salah seorang dari ahli keluarga kita samada salah seorang diantara ibu atau ayah atau adik beradik lelaki maupun yang perempuan. Oleh kerana tubuh badan mempunyai ciri-ciri genetic maka agak sukar sebenarnya kita menukar bentuk badan. Dr. William H. Sheldon ( 1898 ± 1977 ) seorang ahli psikologi dari Universiti Harvard di Amerika Syarikat telah menghabiskan banyak masanya untuk mengkaji tentang manusia. Beliau telah mengkategorikan tubuh badan manusia kepada tiga jenis iaitu : a) Ektomorf b) Mesomorf c) Endomorf

2

EKTOMORF Merupakan bentuk fizikal tubuh badan yang kurus dan kurang simpanan lemak. Berat badan golongan ini juga sangat rendah disebabkan tulang,sendi dan otot mereka yang kecil dan ringan. Biasanya seseorang ektomorf tampak kurang sihat dan saiz yang agak tinggi kerana tulang kelihatan panjang dan otot-otot pula lambat berkembang.Mereka juga kekurangan kekuatan untuk melakukan aktiviti berat seperti menolak beban, menarik tali dan sebagainya. Mereka terpaksa berusaha dengan lebih keras lagi untuk membesarkan otot bagi meningkatkan kekuatan. Fizikal tubuh yang lain seperti dada yang rata, manakala bahu yang kecil dan sempit serta badan yang kurus sehingga menampakkan tulang tubuh yang ada. Rupa wajah mereka juga agak cengkung serta kulit mereka juga tidak tahan panas.Simpanan lemak tubuh juga kurang berbanding kategori yang lain.

3

Bentuk tubuh Ektomorf

Sukan yang sesuai dengan Ektomorf. Sesuai dengan fizikal yang ringan dan kurus, terdapat beberapa sukan dan Permainan yang boleh diceburi oleh golongan ini. Antaranya adalah :

4

pelari marathon dan trek

Atlit lompat tinggi danPemain Badminton mempunyai tubuh badan Ektomorf
5

MESOMORF

Mesomorf merupakan tubuh badan yang paling ideal sekali.Tubuh badan seperti ini merupakan jenis tubuh kebanyakan ahli sukan dan olahragawan. Postur badan lebih menarik dan perkembangan otot lebih pesat dan besar daripada ektomorf. Dengan bentuk badan yang µRectangular Shape ¶ mereka dapat membina otot dengan lebih cepat dan kulit mereka juga akan menjadi lebih tebal.Dengan ini, golongan ini akan mempunyai lebih kekuatan fizikal dan lebih bertenaga berbanding kategori lain. Tubuh badan mereka lebih berat kerana mempunyai simpanan jisim otot yang tinggi. Begitu juga dengan fizikal bahu mereka yang lebih lebar berbanding pinggang. Latihan dan diet yang seimbang akan menjadikan mereka kurang berlemak kerana kalori yang banyak dibakar ketika menjalani senaman dan latihan yang pesat. Pada

6

waktu ini, selera makan golongan ini memuncak kerana proses metabolisma badan berlaku dengan cepat dan teratur.Kelebihan individu mesomorf adalah kebolehan membina dan kemudian menurunkan berat badan kembali dengan efisien dan cepat. Kebanyakan manusia di dunia sentiasa mengimpikan mempunyai tubuh badan Seperti ini namun tidak ramai yang mampu mencapainya.Contoh individu popular yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini ialan Sylvester Stallone dan Arnold Swarztnegger.

Bentuk tubuh Mesomorf

Sukan yang bersesuaian dengan tubuh Mesomorf Golongan Mesomorf mempunyai tubuh yang sederhana dan berotot.Antara Sukan yang boleh mereka ceburi ialah :
7

Renang dan Gusti merupakan sukan golongan bertubuh bentuk Mesomorf

Sukan Bina Badan untuk golongan Mesomorf

8

Sukan yang memerlukan kekuatan fizikal

ENDOMORF

Endomorf merupakan jenis bentuk badan yang bulat dan lembik seakan-akan buah Pir. Fizikal tubuh mereka kelihatan lebih berisi di bahagian abdominal disebabkan lebihan lemak yang banyak tersimpan disitu. Oleh itu, kita dapat melihat perut mereka agak buncit dan gendut. Kaki dan lengan mereka pendek dan besar akan memberi kesan terhadap kelajuan pergerakan mereka.Tambahan pula bahagian pinggang lebih lebar dari bahagian kaki dan ini akan menyebabkan mereka tidak stabil dan kerapkali terjatuh. Badan yang lembik dan gendut ini menandakan tiada perkembangan kekuatan otot yang berlaku, hanya penghasilan lemak yang banyak. Ini diburukkan lagi dengan selera makan mereka yang tinggi dan kurang melakukan aktiviti senaman
9

dan latihan yang kerap.Nafsu makan yang tinggi ini akan melambatkan proses metabolism badan.Golongan ini juga mempunyai kepala yang berbentuk spiar dengan muka dan leher yang lebar.Kulit mereka halus dan licin. Berat badan mudah bertambah namun sukar untuk mereka menurunkan berat kembali. Golongan seperti ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi obesity (kelebihan berat badan yang melampau ).

Bentuk tubuh badan Endomorf

Sukan yang sesuai untuk bentuk tubuh Endomorf Antara sukan yang dikaitkan dengan golongan endomorph ini antaranya

10

adalah seperti :

Sumo

Sukan Judo

11

Sukan Lontar Peluru

12

Bahan 2

Pengenalan

1.0 Kensep dan Definisi Pertumbuhan , Pengenalan dan Pembelajaran Motor

1.1 Konsep Pertumbuhan , Perkembangan dan Pembelajaran Motor

Perkembangan dan pertumbuhan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognatif dan soaio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Pertumbuhan manusia secara fitrahnya seperti bulan sabit iaitu bersifat lemah di awal pertumbuhannya atau di awal usia pada kelahiran yang masih bayi, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lenah pada usia emas atau diwaktu tua.

Perkembangan manusia juga meliputi dari saat terbentuk janin manusia sehingga berkembang menjadi seorang kanak-kanak, kemudian menjadi remaja seterusnya kepada usia dewasa dan berakhir dengan detik kematian.

13

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memestikan pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan kemahiran dalam pengajaran motor manusia. Manusia sememangnya tidak dapat lari dari menghadapi saat kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran. 1.2 Definisi Pertumbuhan, Perkembangan dan Pembelajaran Motor

1.2.1 Definisi Pertumbuhan Pertumbuhan manusia ialah satu proses yang berlaku secara berterusan. Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku dengan secara pesat di dalam rahim untuk membentuk zigot dan seterusnya berkembang sebagai embiro dan janin. Pertumbuhan di peringkat ini dinamakan pertumbuhan prenatal. Pertumbuhan peringkat berikutnya dipanggil pertumbuhan postnatal.

1.2.1 Definisi Perkembangan Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokuskan kepada Perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi Motor yang berlaku adalah hasil proses semulajadi yang dialami Oleh system biologi seperti proses perkembangan tumbesaran Kematangan dan penuaan.

Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek: (i) (ii) Peningkatan keupayaan( dari bayi hingga dewasa) Penurunan keupayaan ( dari dewasa sehingga tua )

1.2.2 Definisi Pembelajaran Motor Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokuskan kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti aktiviti pergerakan, praktis dan latihan.
14

1.3 Pertumbuhan Pertumbuhan ini bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota tertentu. Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu:

( i ) Penambahan bilangan sel ( hyperplasia ) ( ii ) Penambahan saiz sel ( hipertropi ) ( iii ) Penambahan bahan-bahan interselular ( accretion )

Penambahan dan peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel ( mitosis ) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromosom yang direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras. Penambahan dalam saiz sel melibatkan unit-unit fungsi dslsm sel-sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan. Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organic dan bukan organic dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan kompleks. Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan . Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya , bilangan neuron ( sel otak ) dibentuk semasa di pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian ( fiber ) otot terbentuk sejurus selepas kelahiran.

1.4 Proses Matang

Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang. Maturation = proses matang, maturity= kematangan, mature= matang. Proeses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan system organ, member kesan ke atas enzim , komposisi kimia dan fungsi.
15

Proses matang berbeza mengikut system biologi seseorang. Proses matamg seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan berfungsi sepenuhnya. Proses matang system endokrina dan saraf ( neuroendocrine ) adalah satu faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatic semasa peringkat lewat kanak-kanak dan remaja. Proses matang adalah merujuk kepada tempo ( kadar kematangan berlaku ) dan waktu ( bila berlakunya kematangan khusus ) perkembangan kea rah keadaan yang matang secara biological. Proses berfokus kepada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan.

1.5 Perkembangan

Pada lazimnya perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks. Konteks pertama adalah bersifat biological. Dalam konteks ini, perkembangan adalah merujuk kepada proses perbezaan dan pengkhususan sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ, dan unit fungsi. Ini biasanya berlaku diperingkat awalan prenatal apabila tisu dan system organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang berinteraksi dengan hormone dan nutrient. Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkait semasa kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya. Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek keterampilan social, intelik dan kognitif, emosi yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanakkanak tersebut. Haywood ( 1993 ), menjelaskan bahawa perkembangan adalah perubahan tingkahlaku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya. Bailey & McFadyen ( dalam Pickup & Price, 2007 ), menyatakan pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat di mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek. Lazimnya
16

disifatkan oleh fungsi yang khusus dan rumit akibat faktor-faktor biologi dan persekitaran.

1.6 Prestasi Fizikal

Perkembangan dan kehalusan sesuatu prestasi kemahiran dalam pelbagai aktiviti motor adalah merupakan suatu tugas perkembangan kanak-kanak dan remaja. Semua kanak-kanak, kecuali yang mengalami kecacatan perkembangan yang serius, mempunyai potensi untuk berkembang dan belajar pelbagai kemahiran dan pola pergerakan asas dan khusus. Pola pergerakan ini akhirnya digabungkan ke dalam kemahiran khusus yang menjadi paksi utama perkembangan tingkahlaku kanak-kanak. Sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan, proses matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berkari, dan melompat.

1.7 Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan. Aktiviti ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka yangmenyebabkan peningkatan kecil penggunaan tenaga rehat. Jika ia kerap dilakukan akan menyebabkan ia sesuatu yangpenting untuk penyelarasan berat badan dan accretion mineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja. Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukansemasa aktiviti fizikal akan menyumbangkan kepada kecekapan fungsi pelbagai system, pengekalan berat badan, mengurangkan risiko penyakit degenerative, mengurangkan risiko kematian awal dan meningkatkan kualiti hidup yang menyeluruh.

17

Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam latihan. Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu

1.8 Pembelajaran Motor

Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama. Pertama, pembelajaran adalah satu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan seseorangitu menjadi lebih mahir.

Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung. Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana proses kea rah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman dan ia tidak boleh nampak oleh mata kasar.

Keempat, pembelajaran dianggap sebagai menghasiklan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang. Hasil sentesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi pembelajaran motor sebagai set proses yang berkait denganlatihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal.

Menurut Malina, et al. ( 2004 ), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan system yang khusus terhadap latihan. Sementara Gaddard ( 2008 ) merujuk pembelajaran motor sebagai satu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal , akibat daripada praktis atau pengalaman.

18

2.0 Pertumbuhan Somatik

2.1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam Kajian Pertumbuhan Satu teknik ukuran atau paiwai yang sistematik untuk mengukur badan manusia dan anggota badan adalah dikenali sebagai antropometri ( anthropomentry ) di mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran. Secara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk badan seseorang. Berat adalah pengukuran ke atas jisim badan. Ketinggian ( stature ) adalah pengukuran jarak lainer dari lantai ke bahagian atas ( puncak ) tengorak. Panjang berbaring ( recumbent length ) adalah ukuran panjang pada kanakkanak berumur antara 2 hingga 3 tahun, dalam keadaan berbaring. Ketinggian duduk ( sitting height ) adalah ketinggian semasa berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala. Ukuran melebar biacromial adalah ukuran jarak cuaran acromia scapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu. Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul. Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil ( condyles ) femur manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang humerus. Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon ( hujung siku ).Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat disebarkan dengan sekatanya. Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit ( subcutaneous ) dan boleh duukur dengan caliper. Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular

19

Ukuran lilit kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun sebagi petunjuk pertumbuhan otak. Indeks jisim badan ( BMI )adalah ukuran yang menghubungkan berat ( kg ) dan ketinggian ( m ).

2.2 Corak Pertumbuhan Dalam ketinggian Dan Berat Badan

Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan. Dari peringkat kelahiran sehingga awal remaja, seterusnya dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu: (a) Pesat diperingkat bayi dan awal kanak-kanak (b) Malar diperingkat pertengahan kanak-kanak (c) Pesat diperingkat awal remaja, dan (d) Perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun. Kadar pertumbuhan perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun manakala bagi kaum lelaki pertumbuhan ini akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.

2.3 Pertumbuhan dalam dimensi anggota lain Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang meningkat kecuali lapisan lemak bawah kulit, bahagian kepala dan muka. Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam satu tempoh yang panjang dan menyumbang kepada lebih ketinggian keseluruhan berbanding panjang kaki. Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi kedua-dua jantina ini mempunyai iliac crest yang sama. Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan berat badan. Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran 2 tahun , dan mula perlahan selepas itu.
20

2.4 Perubahan Perkadaran Anggota Badan

Walaupun corak pertumbuhan bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan anggota badan hamper sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus. Pertumbuhan allolmetric adalah hubungan sistematik antara anggota badan semasa pertumbuhan. Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak sehinggalah kea lam remaja. Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama dalam panjang kaki dan panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.

21

2.5 Perkembangan Badan

Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu habitus phthisicus ( liner ) dan habitus apoplecticus ( lateral ). Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon ( 1940 ) adalah kaedah yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan ( somatotype, soma = badan )

22

3.0 Definisi Istilah 3.1.Somatotaip Rupa bentuk dan jenis susuk badan manusia yang digunakan dalam sistem klasifikasi jenis fizikal manusia.

Bentuk badan dan komposisi bagi wanita

23

3.2 Endomorf Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang tinggi, sifat dan (jika ada) berotot tegap sedikit sahaja. Perhubungan badan yang berlemak tidak semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala dilindungi dibawah lemak.

24

3.3 Mesomorf Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar dan tegap dengan bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang yang agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang tidak berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan kuasa.

Bentuk badan mesomorph

25

3.4 Ektomorf Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan kaki yang panjang, bahagian atas tubuh pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi. Mereka juga mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam kategori ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu mereka dikenali sebagai golongan yang kurus.

Bentuk badan ektomorph

26

3.4 Ketangkasan Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.

4.0 Komposisi badan yang menjurus kepada sukan Seperti yang diketahui bahawa komposisi tubuh badan memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang sukan. Malah dalam acara-acara tertentu ia memerlukan komposisi badan yang sesuai dalam sukan atau acara-acara yang diceburi oleh para atlit . Walaupun banyak kajian telah dijalankan oleh para ahli sukan, maka tidak syak

27

lagi komposisi tubuh badan ektomorph,mesomorph atau endomorph sangat diberi perhatian oleh para pengkaji-pengkaji dalam mencapai matlamat dan objektif. Bagi atlit yang mempunyai badan ektomorph sering terlibat dalam acara olahraga atau acara lari pecut kerana dengan keadaan badan yang agak sesuai untuk acara ini. Para atlit juga boleh menceburi acara larian jarak dekat atau sederhana. Di samping itu acara lompat tinggi juga selalunya menjadi pilihan dengan keadaan tubuh yang fizikalnya tinggi dan lampai. Mereka ini mempunyai tenaga kuat dalam memecut ke garisan penamat atau menamatkan acara lari jarak sederhana atau jauh. Antara permainan yang boleh disertai oelh golongan ektomorph ini ialah bola tampar yang pada kebiasaannya mempunyai pemain-pemain yang tinggi lampai dan cergas. Disamping itu juga ia juga boleh terlibat dalam acara bola baling yang memerlukan kepantasan dan kekuaran dalam memjaringkan gol. Bagi atlit yangmempunyai komposisi tubuh endomorph pula sering terlibat dalam acaraacara padang contohnya acara lontar peluru.

28

Pengenalan Kejayaan atlet biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah tahap kecergasan fizikal yang terdiri daripada kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, ketangkasan, kelajuan dan kelenturan. Selain itu kejayaaan atlet juga berkait rapat dengan ciri fizikal tubuh badan mereka. Terdapat tiga kategori ciri fizikal tubuh yang di nyatakan oleh Sheldon (1940) iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf. Menurut Carter (1985), seseorang individu dapat menentukan penglibatannya dalam aktiviti sukan berdasarkan ciri-ciri fizikal tubuh badan mereka. Dalam bab ini, disenaraikan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

Antropometri dan Somatotaip Nik Shanita dan Hera (1999) dalam kajiannya yang bertajuk ³Status pemakanan di kalangan atlet elit bola jaring perempuan Sukan Komanwel semasa menjalani latihan pusat´ menyatakan bahawa ciri fizikal atlet elit bola jaring Sukan Komanwel pada amnya baik jika dibandingkan dengan kajian tempatan lain. Walaubagaimanapun, tiada

penerangan yang lebih spesifik tentang ciri fizikal tubuh atlet dinyatakan kerana kajian lebih memfokuskan kepada status pemakanan. Menurut Johnson dan Nelson (1986), Willian H. Sheldon merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bidang somatotaip. Beliau dipengaruhi oleh Kretchmer dan juga perintis-perintis sebelumnya. Sheldon telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri fizikal tubuh badan yang asas iaitu endomorf, mesomof dan ektomorf.

Lazimnya, ciri-ciri fizikal tubuh badan manusia mempunyai kaitan dengan personaliti dan tingkah laku, kesihatan dan prestasi fizikalnya. Pada masa kini, masyarakat
29

mempunyai pandangan yang stereotaip terhadap kegemukan, kelangsingan dan ketegapan tubuh badan, konsep ini telah membawa kepada asas pembentukan somatotaip (Willgoose, 1961). Data antropometri dalam sukan bola jaring adalah terhad. Bagaimanapun, Bale dan Hunt (1986) telah membuat satu kajian perkaitan antara antropometri dengan piawai dan posisi permainan. Kebanyakan atlet elit bola jaring adalah tinggi, mempunyai kekuatan, struktur fizikal yang seimbang dan peratus lemak badan yang tinggi (Bale dan Hunt, 1986). Kajian yang dilakukan mendapati pemain penyerang dan pertahanan lebih tinggi berbanding pemain tengah yang secara signifikannya adalah lebih rendah, mempunyai diameter tulang dan ukur lilit anggota badan (tangan dan kaki) yang lebih kecil. Elliot dan Smith (1983) pula mengkaji hubungan antara ketepatan jaringan gol dengan antropometri yang dipilih dan faktor-faktor biomekanikal. Keputusan yang diperolehi mendapati penjaring yang tinggi, kurang mesomorf dan mempunyai peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat jaringannya.

30

Pengenalan : Pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan bersifat kuantitatif iaitu dapat diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Ia melibatkan aspek fizikal dan juga mental dan berhenti apabila mencapai kemuncaknya iaitu tahap kematangan seseorang individu. Karl E. Garrison menyatakan bahawa pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. D.S Wright dan Ann Taylor pula menyifatkan pertumbuhan sebagai pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang. Pertumbuhan secara prinsipnya berlaku dalam dua arah iaitu : a) Dari atas ke bawah b) Dari tengah ke tepi Selain itu, pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya dan pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus (Mok Soon Sang, 2009). Ciri-ciri Pertumbuhan Pertumbuhan manusia menonjolkan beberapa ciri yang jelas. yang utama adalah seperti berikut: y y Bersifat kuantitatif dan boleh dilihat serta diukur melalui edaran masa. Kadar pertumbuhan berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. y y Anggota badan yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berlainan. Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal. y Saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah. melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
31

Antara ciri-ciri

Oleh itu, pertumbuhan

y

Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka, kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu tersebut.

y y

Corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada asasnya adalah sama. Proses pertumbuhan mencapai kemuncak ketika seseorang mencapai

kematangan.

Mengikut Sheldon bentuk badan manusia dalam tiga kategori iaitu endomorf, mesomorf, dan ektomorf. Endomorf : Tubuh endomorph adalah bulat dan lembut. fizikal menunjukan kegemukan di bahagian perut. Hal ini mungkin atau mungkin tidak benar. Tangan dan kaki dari endomorph . Pada kebiasaannya tubuh badan endomorph boleh dikatakan seseorang yang badannya gempal, yang mana lebar pinggang melebihi lebar bahu. Mereka dalam kategori ini mempunyai tisu lemak yang lebih berbanding ectomorph dan mesomorph. Mereka juga sukar untuk membentuk otot, itu pun boleh terjadi dengan dengan keras. Masa senaman juga lebih lama berbanding ectomorph dan mesomorph.

32

Dari segi personaliti pula , golongan ini amat meminati makanan dan emosi yang tidak menentu. Walau bagaimanapun golongan ini mempunyai sikap yang agak menyenangkan dan suka disayangi

Mesomorph Bentuk badan Mesomorph dapat digambarkan mempunyai otot dan tulang besar. Torso cerun ke pinggang yang relatif sempit dan rendah. Tulang dan otot kepala menonjol. Ciri-ciri dari wajah jelas ditakrifkan, seperti tulang pipi dan rahang, persegi berat. Wajah panjang dan luas, dan bilik di bentuk. Lengan dan kaki yang dibangunkan dan bahkan angka tangan yang berotot tubuh badan yang mempunyai kerangka badan yang lebih seimbang . lebar bahu menyamai lebar pinggang. Namun tubuhnya lebih padat dan berotot. Mereka juga mudah mengawal berat badan melalui pengawalan makanan sama ada ingin menaikkan berat badan atau sebaliknya.

33

bentuk badan yang sesuai untuk aktiviti yang lasak . Kebanyakkan golongan ini mempunyai sifat-sifat yang mahu kepada cabaran dan risiko

Ektomorph Berat badan yang kurang dan juga menampakkan tulang-tulang tertentu. Kebiasaannya jenis tubuh badan seperti ini mempunyai ketinggian dan juga kelihatan raut muka yang muda.

34

Golongan bentuk badan seperti ini mempunyai personaliti yang lebih cenderung kepada kurangnya pergaulan, kurangnya aktiviti yang lasak dan juga

Secara ringkasnya, perkaitan di antara bentuk tubuh badan manusia dengan sahsiah atau personaliti adalah seperti berikut :

35

Jenis Bentuk Badan

Rupa Bentuk Badan

Ciri ± ciri Personaliti

Endomorf

Bulat dan lembut

Trait Viscerotonia: Suka bergaul, cepat mesra, berlega, mengedur. Trait Somatotonia: Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran. Trait Cerebrotonia: Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

Mesomorf

Otot ± otot kuat, berkemahiran psikomotor

Ektomorf

Kurus dan tinggi

36

Kategori bidang sukan yang diceburi : Kategori Endomorf : Di sebabkan bentuk badan yang besar dan bulat menyebabkan seseorang seperti ini akan terlibat dalam sukan-sukan seperti lontar peluru , lontar cekera , merejam lembing dan juga sukan seperti µSumo´ yang popular di Negara Jepun .

Kategori Mesomorf Kebanyakan ahli sukan mempunyai badan yang di kategorikan dalam jenis Mesomorf. Bentuk badan yang berotot dan kelihatan tegap menyebabkan tenaga dan kekuatan dapat di janakan di dalam sukan yang diceburinya. Sukan-sukan yang diceburi oleh golongan mesomorf seperti lumba lari , bola sepak, badminton dan lainlain lagi

37

Kategori Ektomorf Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Sheldon . golongan yang mempunyai tubuh badan ektomorf ini boleh mempengaruhi jenis sukan yang tertentu. Kebanyakan sukan yang tidak mempuyai µbody contact¶ amat sesuai seperti badminton , sepaktakraw, lumba lari jarak jauh dan lain-lain lagi . Contoh yang terkini dapat di lihat seperti ahli sukan badminton iaitu Lee Chong Wei

38

39

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->