You are on page 1of 2

1.

Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnikmelalui penggunaan bahasa Melayu yang
telah diaplikasikan dalam buku tersebut. Bahasa merupakan medium terbaik dalam memupuk hubungan
etnik. Bagi kata lain, bahasa melayu menjadi bahasa penghantar utama di dalam buku teks. Pada masa
yang sama, buku teks mengandungi penyampaian nilai-nilai murni dalam bahasa Melayu yang mudah
difahami berserta ilustrasi gambar yang menarik. Secara tidak langsung, menarik minat pembaca yang
terdiri daripada pelbagai etnik dan akhirnya penyampaian nilai murni dalam buku tersebut mencapai
objektif. Hal ini demikian kerana, pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik akan mengamalkan nilai
murni dan meningkatkan lagi penguasaan dalam bahasa melayu melalui pembacaan buku teks. Maka,
penguasaan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merancakkan lagi komunikasi yang baik
antara etnik dan dengan mudah dapat mengeratkan lagi hubungan etnikyang berbilang kaum.
2.
Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan
masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan merupakan cara paling mudah untuk mengeratkan hubungan dalam masyarakat
pelbagai budaya di Malaysia. Hal ini demikian kerana, artis menjadi idola kepada masyarakat. Maka
tindak-tanduk artis dapat mempengaruhi masyarakat. Kebiasaanya artis bersifat terbuka dari segi
bergaulan dengan artis-artis lain yang berbilang kaum. Artis juga mudah dalam mengayakan baju-baju
etnik yang berbilang kaum. Sebagai contoh, Faizal Tahir artis lelaki yang berketurunan melayu berduet
dengan artis berbangsa cina iaitu Elizeberth Tan yang berbaju kurung di dalam sebuah lagu melayu.
Secara tidak langsung, masyarakat akan terpengaruh dan cenderung untuk menjalinkan hubungan
antara kaum serta memahami budaya masyarakat lain.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Apresiasi merupakan kepada penghargaan atau penilaian yang positif terhadap sesuatu karya yang
dihasilkan. Seni pula dapat diertikan sebagai hasil ciptaan manusia yang mempunyai nilai estika
tertentu.Hai ini dapat dirumuskan bahawa apresiasi seni adalah penghargaan kepada hasil karya seni.
Setiap kaum mempuyai seni mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum Melayu terkenal dengan
tarian Zapin, kaum Cina pula terkenal dengan tarian kipas. Manakala kaum india tarian tardisionalnya
iaitu tarian Bharata Natyam.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Antara kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum Di Malaysia adalah kawalan
dari segi dasar pendidikan dan dasar politik. Dari segi kawalan dasar pendidikan, negara meletakkan
bahasa melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah dan syarat kelulusan Bahasa
Melayu diperingakat SPM menjadi satu terma untuk memohon kemasukan ke universiti awam. Secara
tidak langsung, masyarakat yang berbilang kaum akan berkomunikasi dalam satu bahasa dan proses
integrasi antara kaum mudah berlaku kerana penggunaan bahasa kebangsaan yang mudah difahami.
Seterusnya, dasar kawalan politik negara yang menetapkan pentadbiran dan perundangan negara
tertumpu kepada perlembangan negara dan demokrasi berparlimen. Hal di dapat memupuk perpaduan
kaum melalui penggunaan satu perlembagaan dan pemimpin yang mewakili etnik berbilang kaum berhak
bersuara dan bertukar-tukar pendapat. Secara tidak langsung, sifat perpaduan dapat dipupuk.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau
perpaduan?
Pada masa ini, parti politik lebih menjurus ke arah polarisasi kaum berbanding perpaduan. Hal ini amat
jelas dilihat daripada sikap pemimpin parti politik itu sendiri. Kebanyakan pemimpin parti politik gemar
menyentuh isu-isu perkaum berbanding perpaduan bagi meraih undian yang tinggi daripada kaum
tertentu. Mereka juga lebih berpihak kepada kebajikan kaum mereka sendiri daripada ke arah perpaduan
kaum yang pelbagai.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebih cenderung ke arah
polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan berbanding
polarisasi kaum. Hal ini jelas dapat dilihat apabila, badan NGO gemar memberi bantuan kemanusian
kepada mangsa benda alam tanpa mengira kaum, latar belakang, agama dan budaya. Sebagai contoh,
badan NGO yang terdiri daripada ahli-ahli koporat sudi memberi dana bantuan kemanusiaan kepada
mangsa banjir di Kelantan dengan sama rata.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk


persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional adalah merupakan salah satu wadah yang dapat memupuk persefahaman antara
pelbagai etnik. Hal ini jelas dapat dilihat, apabila sekumpulan atau individu yang berlainan etnik berminat
untuk menyertai permainan tradisional etnik lain. Mereka juga bersorak menyokong satu pasukan yang
sama walaupun berlain bangsa,agama, dan latar belakang. Sebagai contoh, etnik melayu menyertai
konda kondi iaitu permainan tradisional india, etnik india pula menyertai permaianan congkak yang
merupakan permainan tradisional melayu dan etnik cina bermain batu seremban yang merupakan
permaianan tradisional melayu. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat menyatupadukan
etnik yang berbilang kaum