P. 1
Papan Induk(bab 3)

Papan Induk(bab 3)

4.63

|Views: 2,332|Likes:
Published by fads

More info:

Published by: fads on May 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Pengenalan Papan Induk

Papan imduk, atau dikenali sebagai motherboard dalam bahasa Inggeris, merupakan teras fungsi komputer. Ia membekalkan satu antara muka bagi pemasangan CPU, memori, dan pelbagai kad antara muka kelengkapan yang lain. Papan induk mengintegrasikan cip set yang mengawal antara muka kelengkapan. Papan induk merupakan aset komputer yang paling penting. Tidak kira betapa hebat suatu CPU itu, berapa cepat kelajuan pengendalian memori, betapa berkualitinya kad paparan, semua ini adalah sia-sia jika papan induk tidak wujud. Fungsi utama papan induk adalah sebagai satu badan gabungan bagi semua fungsi komputer. Oleh itu, kecekapan komputer amat bergantung pada kualiti papan induk.

Spesifikasi papan induk boleh dibezakan berdasarkan soket CPU. Setiap spesifikasi papan induk masing-masing menyokong spesifikasi CPU yang berlainan. Seiring dengan perkembangan teknologi CPU, papan induk juga telah berkembang dengan pesat. Memandangkan CPU jenis Slot semakin berkurangan, maka papan induk yang menyokong Slot juga telah semakin kurang dijumpai dalam pasaran. Spesifikasi papan induk yang boleh didapati kini kebanyakan adalah jenis Socket, misalnya Socket370 (menyokong CPU Celeron3 atau yang sebelumnya, P3 dan C3 VIA), Socket423 (tidak lagi dihasilkan), Socket462 (spesifikasi yang digunakan khas oleh CPU AMD) dan Socket478. Socket 7 boleh dikatakan tidak lagi dijumpai dalam pasaran. Kini, spesifikasi yang paling popular ialah Socket478 dan Socket462 (Socket A). Spesifikasi Socket370 papan induk Jenis CPU yang Intel: Celeron, Disokong Tualatin, P3 VIA: C3 Socket423 Intel: P4 (tidak lagi dihasilkan) Socket462 AMD: Doron, Athlon, Athon XP. Socket478 Intel: P4, Celeron 4

Daripada jadual yang ditunjukkan, kita dapat melihat bahawa CPU yang berbeza mempunyai jenis papan induk tertentu yang dapat digunakannya. Hanya papan induk yang mempunyai bilangan pin sama dengan CPU dapat bekerja bersama. Misalnya, CPU P3 yang digunakan pada Socket370 akan gagal digunakan pada papan induk PC jenis Socket478. Biasanya, penaikan taraf computer jarang dilakukan pada papan induk. Ini adalah kerana papan induk merupakan proses yang amat susah, malah kosnya turut tinggi. Jika komputer masih berada di peringkat PentiumMMX, maka sudah pasti papan induk gagal menyokong kapasiti cakera keras dan memori yang lebih tinggi. Dalam keadaan ini,

sudah pasti akan gagal memasang Windows XP yang baru. Sekiranya computer mengalami masalah seperti yang dinyatakan di bawah, maka barulah melakukan penaikan taraf terhadap papan induk. 1. Apabila komputer (walaupun tidak dilakukan overclock) selalu dalam keadaan kurang stabil, misalnya komputer tergendala atau tiba-tiba dihidupkan semula. 2. Komputer gagal mengenal pasti cakera keras yang berkapasiti tinggi, menyebabkan komputer gagal memasang sisitem operasi yang baru seperti Windows XP/2000, dan gagal memuat aturcara yang berkapasiti besar. 3. Kapasiti memori yang disokong oleh komputer adalah amat kecil. Walaupun dua atau lebih memori telah dipasang, namun kesannya juga tidak menonjol. 4. Komputer gagal memasangan kad antara muka yang baru (misalnya kad paparan AGP4X, kad audio yang lebih berkualiti dan lain-lain lagi), gagal memenuhi permintaan dari segi paparan dan kesan audio yang berkualiti tinggi, terutamanya ketika permainan komputer dimainkan. 5. Gagal mengembangkan penggunaan komputer. Misalnya ketika hendak memasang kad rangkaian yang baru, atau ketika modem hendak bersambung talian ke komputer yang lain, barulah disedarilah bahawa papan induk tidak mempunyai soket berlebihan yang boleh digunakan. 6. Gagal memasang kelengkapan seperti kamera digital, mesin pencetak terkini, CDburner dan lain-lain lagi. 7. Ingin menukarkan satu CPU yang baru bagi mempertingkatkan kecekapan komputer, tetapi papan induk tidak dapat menyokongnya. Sebelum memulakan penaikan taraf papan induk, pertimbangkan terlebih dahulu tentang kecekapan komputer yang diingini. Pastikan papan induk yang hendak dinaik taraf membekalkan ruang pengembangan yang benyak agar fungsi baru dapat ditambahkan pada masa yang akan dating. Begitu juga dengan kos yang hendak digunakan, rancangkan kos penaikan yaraf yang bersesuaian dengan keadaan kewangan. Penaikan taraf papan induk sebenarnya merupakan satu proses menanggalkan haruslah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Mari lihat perkara penting ketika penaikan taraf papan induk hendak dilakukan. • Cip Set (Chipset)

Cip set merupakan bahagian teras papan induk. Cip set biasanya dijumpai di dua pinggir papan induk. Cip jejambat utara terletak berhampiran soket CPU dan bertanggungjawab untuk mengendalikan kerja diantara CPU dengan memori, kad paparan dan kad antara muka yang lain. Cip jejambat selatan pula terletak bertentangan dengan kedudukan cip jejambat utara. Cip jejambat selatan bertanggungjawab atas operasi papan kekunci, pengawal masa, pengendalian bekalan kuasa dan penghantaran maklumat cakera keras mod UDMA 33/66/100/133.

Pengilang cip set papan induk yang utama ialah Intel, VIA dan ALI. Berikut merupakan model cip set yang diintegrasi oleh pengilang utama: • Jenis dan kapasiti memori yang disokong

Bagi cip set yang berlainan, jenis dan kapasiti memori yang dapat disokongnya turut berbeza. Berdasarkan jenis papan induk yang ada dipasaran kini, jenis memori yang dapat disokong boleh dibahagikan kepada tega jenis utama, iaitu SDRAM yang lebih berkos tinggi. Terdapat juga papan induk yang dapat menyokong SDRAM dan DDR, serta membekalkan sifat kesepadanan yang amat baik. Jika hendak memasang SDRAM pada papan induk selepas penaikan taraf, maka pilihan papan induk yang dapat menyokong dua jenis memori. Jangan tersalah pilih jenis memori yang hanya dapat menyokong SDRAM. Ini adalah kerana frekuensi SDRAM adalah kecil, dan dapat menjejaskan kecekapan sistem, terutamanya bagi CPU P4 yang memerlukan frekuensi yang tinggi. Semakin besar kapasiti memori yang dapat disokong oleh papan induk, maka semakin baik sifat pengembangannya kelak nanti. Jika memori yang dipasang melebihi had yang disokong oleh papan induk, maka komputer akan memaparkan nilai maksimum yang disokong oleh papan induk, di mana rung memori yang berlebihan akan sia-sia sahaja. Oleh itu, ketika mengembangkan memori, kita harus terlebih dahulu mengambil tahu tentang kapasiti maksimum memori yang disokong oleh papan induk. Kita boleh merujuk kepada label Max Sidde-Band and Ram Compatibility yang terdapat dalam buku.

Jenis dan kapasiti memori yang disokong

Mod penghantaran cakera keras secara amnya dikawal oleh jejambat selatan. Semakain cekap jejambat selatan, maka semakin cepat dan stabil penghantaran cakera keras yang dapat disokongnya. Mod penghantaran cakera keras boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama, iaitu ATA 66/100/133. Mod ATA33 dan P10 sudah “pupus” di pasaran. Semakin tinggi peringkat modnya, semakin cepat kelajuan pengendalian cakera keras

yang dapat diskong. Mod penghantaran yang disokong oleh papan induk juga boleh dirujuk dari label yang terdapat dalam buku panduan.

Versi USB

Seiring dengan teknologi USB yang semakin matang, kelengkapan USB juga bertambah penting. Ketika membeli papan induk, harus memberi perhatian terhadap prameternya. Sepanjang masa in, USB telah mengalami tiga versi utama, iaitu USB 1.0/1.1/2.0. Versi 2.0 yang terkini mempunyai kelajuan pengendalian 40 kali ganda lebih cepat daripada versi 1.1. • Fungsi BIOS

BIOS merupakan cip yang berkomunikasi dengan perkakasan computer. BIOS mengawal semua maklumat perkakasan yang berkaitan dengan computer. Menerusi BIOS, kita dapat mengawal voltan, frekuensi, suhu CPU serta dapat menyelaraskan voltan memori dan voltan AGP. Selain itu, fungsi anti-virus juga dapat dikawal menerusi BIOS. Kini, sesetengah papan induk mempunyai BIOS yang telah ditambah dengan fungsi tambahan yang tersendiri. Misalnya sistem anti-virus BIOS, fugnsi pengingatan ralat bersuara dan lain-lain lagi.

Frekuensi maksimum CPU yang terdapat disokong

Semakin besar skop frekuensi CPU yang dapat disokong oleh papan induk, maka semakin baik sifat kesepadanan dan pengembangan papan induk tersebut. Bagi mereka yang mahir dalam bidang komputer,mereka akan kerap menaik taraf computer berdasarkan keperluan yang khas dan tertentu. Oleh itu, ketika memilih papan induk, pastikan CPU yang dapat disokongnya merupakan siri yang popular dalam pasaran. Ini dapat memastikan penaikan taraf yang dilakukan kelak dapat berjalan dengan lancer dan mudah. • Laman web pengilang papan induk yang utama

Pelbagai teknologi dan informasi yang berkaitan dengan perkembangan papan induk boleh didapati menerusi laman web rasmi pengilang utama papan induk. Daripadalaman web rasmi pengilang, kita boleh mendapat sokongan teknikal dalam talian (online technical support), aturcara tambahan papan induk yang terkini, fail penaikan taraf BIOS, peralatan penaiakan taraf dan banyak lagi. Laman web rasmi bagi pengilang papan induk yang utama adalah seperti yang ditunjukkan berikut: Abit; www.abit.com Asus: www.asus.com Aopen: www.aopen.com Biostar: www.biostar.com Chaintech: www.chaintech.com Epox: www.epox.com Gigabyte: www.gigabyte.com

Persedian Penaikan Taraf papan induk
Penaikan taraf papan induk merupakan satu kerja yang amat kompleks. Ketika papan induk yang lama diganti dengan yang baru, semua komponen, kad antara muka, kabel dan lain-lain yang bersambung ke papan induk perlu ditanggalkan. Prosesnya boleh dikatakan lebih kurang sama dengan proses memasang satu komputer yang baru. Sebelum mula menaik taraf, lakukan persedian terlebih dahulu agar tidak kelam-kabut ketika penaikan taraf sedang berlangsung. Tanggalkan casing Tanggalkan papan induk Rujuk kepada buku panduan papan induk

Adakah perlu melakukan Penetapan yang berkaitan? Tidak Pasangkan papan induk yang baru Sambungkan kabel dan talian yang berkenaan
Pasangkan semula casing

Ya Lakukan penetapan

Carta aliran proses pemasangan papan induk Daripada gambar rajah yang ditunjukkan, kita boleh mendapati bahawa papan induk yang asal perlu ditanggalkan terlebih dahulu, sebelum papan induk yang baru dapat dipasangkan. Jika boleh, fahamkan sambungan kabel dan talian yang berkenaan sebelum menanggalkan papan induk yang asal, ini dapat mengelakkan kekeliruan ketika papan induk yang baru dipasang. Atau, juga boleh merujuk kepada buku panduan papan induk untuk memastikan adakah penetapan Jumper diperlukan atau tidak. Selain itu, sebelum memasang papan induk yang baru, kemaskan dalaman casing untuk memperbaiki pengaliran haba dalam komputer. Suatu perkara yang biasa jika masalah yang ringan timbul ketika pemasangan dilakukan. Namun bawa bertenang dan analisis masalah yang timbul itu, sudah pasti ia akan dapat diselesaikan.

Menyediakan peralatan pemasangan
Sebelum memulakan proses pemasangan, kita harus menyediakan peralatan yang diperlukan terlebih dahulu. Pemutar skru merupakan peralatan yang paling penting. Daripada casing hinggalah ke eklengkapan dalaman, pemutar skru memainkan peranan yang amat penting. Secara ringkasnya, pemutar skru merupakan perlatan yang ‘wajib’ bagi pemasangan, penaikan taraf dan penyelenggaraan komputer.

Menangalkan papan induk
Proses untuk menanggalkan papan induk sebenarnya amat mudah. Selain daripada menyediakan peralatan yang diperlukan untuk proses penaikan taraf dan pemasangan, iaitu pemutar skru berhujung T, kita juga perlu menanggalkan sendiri kabel dan talian yang bersambung ke papan induk. Bagaimanapun, ambil perhatian ketika menanggalkan papan induk. Jika cuai sehinggan merosakkan kelengkapan atau kad antara muka yang terdapat pada papan induk, maka terpaksa membeli semula kelengkapan tersebut. Terlebih dahulu, matikan bekalan kuasa komputer. Tanggalkan kabel bekalan kuasa, kabel monitor, papan kekunci/tetikus dan semua kabel yang bersambung ke belakang casing komputer. Kemudian, gunakan pemutar skru untuk melonggarkan skru yang terdapat pada casing. Letakkan casing secara mendatar pada permukaan yang rata. Langkah 1 Gunakan pemutar skru untuk melonggarkan skru yang terdapat pada kad paparan. Kemudian, tanggalkan kad paparan (jika terdapat kad antara muka yang lain, tanggalkan kesemuanya sehingga papan induk bebas daripada sebarang kad antara muka). Langkah 2 Tanggalkan kabel cakera keras dan CD-ROM, tanggalkan kabel IDE.

Langkah 3 Tanggalkan kabel pemacu cakera keras liut (FDD). Pisahkan kabel FDD daripada penyambungan papan induk.

Langkah 4 Tanggalkan memori pada papan induk. Pisahkan memori daripada soket DIMM yang terdapat pada papan induk dengan berhati-hait. Jika terdapat memori yang lain, gunakan cara yang sama untuk menanggalkan. Langkah 5 Tanggalkan CPU. Terlebih dahulu, tanggalkan kipas CPU. Tekan kipas CPU ke bawah untuk melonggarkannya. Kemudian, keluarkan sambungan bekalan kuasa kipas CPU. Selepas menanggalkan kipas CPU, barulah mengeluarkan CPU. Langkah 6 Tanggalkan talian Power SW, HDD LED, RESET, SPEAK dan semua talian signal yang bersambung ke papan induk.

Langkah 7 Tanggalkan talian bekalan kuasa papan induk, tanggalkan sambunganan bekalan kuasa 12 v yang dibekalakn oleh pembekal kuasa daripada papan induk. Kemudian, periksa adakah masih terdapat talian yang bersambung dengan casing atau kelengkapan. Jika ada, tanggalkan kesemuanya daripada papan induk.

Langkah 8 Gunakan pemutar skru untuk melonggarkan skru terdapat pada papan induk, kemudian dikeluarkan papan induk daripada casing. Berhati-hati supaya tidak tersentuh cakera keras atau kelengkapan yang lain. Simpan komponen dan skru yang telah ditanggalkan tadi dengan baik.

Memasang Papan Induk yang baru
Setelah menanggalkan papan induk yang lama, sekarang kita boleh memasang papan induk yang baru. Pemasangan papan induk merupakan proses yang lebih sukar dilakukan. Langkah pemasangan papan induk yang baru adalah seperti berikut: Langkah 1 Pastikan casing bebas daripada sebarang benda yang tidak diperlukan, kemudian letakkan papan induk yang baru ke tempat yang betul, dan selaraskan kedudukan papan induk dan casing. Selepas itu, gunakan skru untuk menetapkan kedudukan papan induk. Langkah 2 Pasangkan CPU. Bukakan pemegang CPU yang terdapat pada soket CPU, kemudian pasangkan CPU ke dalam soketnya berdasarkan arah pemasangan yang betul. Kemudian ketatkan pemegang CPU.

Langkah 3 Pasangkan memori, letakkan memori pada soket DIMM yang terdapat pada papan induk, kemudian tekankannya pada papan induk.

Langkah 4 Pasangkan talian bekalan kuasa papan induk, sambungkan talian bekalan kuasa 12V ke dalam antara muka bekalan kuasa yang terdapat pada papan induk, ketatkannya pada kedudukan yang betul.

Langkah 5 Pasangkan kabel IDE. Sambungkan kabel cakera keras, CD-ROM ke dalam antara muka IDE. Ketika menyambungkan kabel, pastikan garis merah yang terdapat pada kabel berdepan dengan kedudukan antara muka IDE yang berlabel “1”. Langkah 6 Pasangkan kabel pemacu cakera liut. Sama dengan konsep pemasangan kabel IDE, cari antara muka FDD pada papan induk, kemudian palamkan kabel FDD ke atasnya berdasarkan arah yang betul.

Langkah 7 Psangkan kad paparan. Cari soket kad paparan pada papan induk, kemudian pasangkannya ke dalam soket yang berkenaan. Gunakan skru untuk mengukuhkan kedudukannya.

Setakat ini, papan induk yang baru telah pun selesai dipasang. Berikut merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan selepas papan induk baru dipasang.

Memasang Talian Signal Casing ke Papan Induk.
Setelah papan induk yang baru dipasang ke dalam casing, malah CPU, memori dan kabel turut siap dipasang, kita perlu menyambungkan talian POWER SW supaya komputer fungsi dengan normal. Untuk mengenal pasti adakah koputer berfungsi dengan normal, talian signal SPEAK juga perlu disambung ke papan induk, manakal talian signal HDD LED pula akan membolehkan kita mengetahui status membaca yang sedang dilakukan oleh cakera keras.

Berikut, akan menunjukan langkah-langkah memasang talian signal yang terdapat pada casing ke kedudukan papan induk yang sepadan. Langkah 1 Cari kedudukan penyambungan yang berlabel POWER SW pada casing, kemudian cari kedudukan pin pada papan induk yang juga berlabel POWER SW pada kedudukan yang tepat dan pastikan kutubnya betul. Biasanya, talian hitam atau putih merupakan kutub negatif. Langkah 2 Pasangkan talian RESET SW. Gunakan cara yang sama untuk mengenal pasti kedudukan sambungan taliannya da pasangkan pada papan induk.

Langkah 3 Pasangkan talian SPEAK. Dengan bersambungnya talian ini ke sistem pembesar suara, pembesar suara akan mengeluarkan bunyi bagi mengenal pasti dapat berfungsi dengan normal. Gunakan cara yang sama untuk memasangnya. Langkah 4 Pasangkan talian HDD LED. Caranya juga sama seperti di atas. Daripada lampu isyarat ini, kita akan dapat mengenal pasti status membaca yang sedang dilakukan oleh cakera keras. Langkah 5 Pasangkan talian POWER LED. Pasangkannya ke tempat yang betul pada papan induk berdasarkan kutub yang tepat. Talian ini membantu mengenal pasti adakah komputer ke bekalan kuasa atau tidak.

Langkah 6 Perikasa adakah komputer dapat berfungsi dengan normal sebelum memasang semula casing komputer. Setelah mendengar isyarat bunyi “beep” dan sistem dapat but dengan normal. Barulah pasangkan casing komputer dan ketatkan skrunya.

Penaikan Taraf BIOS
Apabila papan induk gagal mengenal pasti cakera keras yang baru, atauoun gagal mengecam CPU, atau fungsinya tidak lengkap, maka boleh menaik taraf BIOS papan induk untuk membolehkan komputer dapat berfungsi dengan lebih cekap lagi. Kebolehan penaikan taraf BIOS memang merupakan suatu berita baik bagi pengguna komputer yang masih menggunakan papan induk lama. Ini adalah, mereka hanya perlu memuat turun peralatan dan aturcara menaik taraf yang percuma dari laman web dan terus dapat menaik taraf BIOS yang sedia ada. Bagaimanapun, disesbabkan voltan kerja BIOS adalah berbeza, maka bukan sama BIOS papan induk model lama dapat dinaik taraf.

Untuk mengetahui adakah BIOS dapat menyokong fungsi penaikan taraf menerusi perisian, boleh memeriksa maklumat yang berkaitan dengan BIOS yang berlabel dengan 29 dan ke atas boleh dinaik taraf. Jika BIOS yang dilabel dengan 28, 27 atau nilai yang lebih kecil, maka penaikan taraf akan gagal dilakukan. Dalam keadaan ini, hanya menerusi penaikan taraf papan induk kecekapan komputer dapat diperbaiki.

Menarusi aturcara awdflash, kita akan dapat melihat sama ada BIOS dapat menyokong penaikan taraf aturcara atau tidak. Ketika menaik taraf BIOS, kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti model BIOS. Jika tidak, berkemungkinan penaikan taraf akan gagal dilakukan, gagal berfungsi dengan normal setelah penaik taraf dilakukan. Biasanya, kita boleh melayari laman web pengilang papan induk untuk melihat adakh terdapat driver terbaru bagi BIOS model papan induk yang digunakan ( unutk mengetahui model papan induk, gunakan [CTBIOS.EXE] dalam mod DOS). Di samping itu, peralatan baca/tulis (burner device) juga diperlukan untuk melakukan penaikan taraf. BIOS yang berbeza memerlukan peralatan baca/tulis yang berlainan juga. Bagi AWARD BIOS, peralatan baca/tulis yang diperlukan ialah [Awadflash.exe]. Ketika menaik taraf BIOS, harus behati-hati dan elakkan daripada tersalah tekan sebarang kekunci, atau bekalan kuasa terputus ketika kerja baca/tulis sedang berlangsung, atau komputer tergendala ketika kerja baca/tulis sedang dijalankan. Jika mana-mana satu kejadian yang tersebut tadi berlaku ketika penaikan taraf BIOS dilakukan, akan mengakibatnya masalah yang amat serius.

Persediaan penaik taraf BIOS: 1. Muat turun satu perisai yang dikenali sebagai [CTBIOS.EXE] dari laman web. 2. Masuk ke mod (masukkan perintah [CMD] pada tetingkap [Run]), laksanakan aturcara CTBIOS.exe untuk melihat model papan induk, MODEL CIP SET, VERSI bios dan maklumat-maklumat lain. 3. Setelah mengetahui model papan induk, layari laman web pegilang papan induk dan cari aturcara penaikan taraf BIOS yang terbaru bagi model papan induk yang sedang digunakan (contoh yang seterusnya akan menggunakan 65kv-82.bin). 4. Dari laman web muet turun aturcara BIOS, muat turun peralatan baca/tulis (awdflash.exe). 5. Hasil satu cakera keras but yang memformat DOS. Ini dapat dilkukan dengan menekan kekunci F8 ketika Windows 98 sedang but, dan pilih opsyen yang terakhir untuk memasuki mod DOS tulen. Masukkan perintah FORMATS A/s dan tekan kekunci [Enter]. 6. Salin aturcara penaikan taraf BIOS, iaitu 65kv-82.bin bersama dengan aturcara awdflash.exe ke dalam cakera but [A:]. 7. Hidupkan komputer, ketika komputer berada dalam status pemeriksaan sendiri, tekan kekunci [Del] untuk memasuki penetapan BIOS. Pada paparan [Advanced BIOS Feature], tetapkan [First Boot Device] sebagai [Floopy]. Setelah siap melakukan persediaan yang diperlukan, mari lihat bagaimana pula menaik taraf BIOS. Langkah 1 Masukkan cakera but ke dalam pemacu cakera liut, hidupkan komputer. Akan mendapati kursor muncul di belakang [A:\>].

Langkah 2 Masukkan [awdflash] di belakang [A:\>] untuk memulakan aturcara awdflash.

Langkah 3 Pada paparan utama aturcara awdflash, sistem akan meminta memasukkan aturcara BIOS yang terbaru. Pada ruang {File Name to Program:], masukkan [65kv-82.bin] dan tekan kekunci [Enter].

Langkah 4 Apabila sistem menanya adakah fail BIOS yang asal perlu disimpan, masukkan [Y] bagi pertimbangan dari segi keselamatan. Dengan ini, jika penaikan taraf mengalami masalah, kita mesti dapat menggunakan fail BIOS yang asal.

Langkah 5 Sistem akan meminta supaya nama fail dimasukkan. Pada ruang [Save Current BIOS as:], masukkan 65kv-82.bin dan tekan kekunci [Enter].

Langkah 6 Sistem sedang menyimpan fail BIOS yang asal.

Langkah 7 Setelah fail sokongan dihasilkan, sistem akan menanya adakah hendak melakukan operasi baca/tulis terhadap BIOS. Masukkan [Y] dan akan dapat melihat perkembangan penaikan taraf arturcara BIOS. Langkah 8 Setelah selesai menaik taraf, sistem akan memberi isyarat supaya kekunci [F1] ditekan untuk menghidupkan semula komputer atau kekunci [F10] ditekan bagi kembali ke mod DOS.

Ketika komputer dihidupkan semula, jika bunyi “beep” kedengaran maka ini bermakna bahawa BIOS papan induk telah Berjaya dinaik taraf. Denga ini, kita dapat menikmati fungsi BIOS yang baru dan menikmati kecekapan komputer yang lenih hebat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->