P. 1
Pengenalan CPU(bab 5)

Pengenalan CPU(bab 5)

4.33

|Views: 2,340|Likes:
Published by fads

More info:

Published by: fads on May 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Pengenalan CPU

CPU ( Center Proses Unit) seumpama otak manusia, mengawal semua proses pengendalian yang dilakukan oleh komputer. CPU merupakan komponen yang paling bagi sesebuah komputer. Konsep operasi CPU adalah seumpama sistem saraf otak manusia. Jika CPU mengalami keadaan yang tidak normal, maka kecekapan komputer juga akan menjadi tidak normal, menyebabkan kita gagal log on ke sistem.

Setakakat ini, CPU telah mengalami pelbagai peningkatan dari segi kecekapannya. Dari aspek frekuensi pengendalian, ia telah meningkat dari peringkat MHz ke GHz. Dari segi teknologi pula, kualiti penghasilannya juga telah telah bertambah maju. Jumlah pin CPU juga telah bertambah sejajar dengan fungsinya yang semakin banyak. Jenis CPU yang pernah dikeluarkan termasuk Soket370 (370pin), Soket A (462pin), Soket423 (423pin) dan Soket478 (478pin). Bagaimanapun, pakej CPU yang berlainan tidak boleh digunakan secara berselang. Misalnya CPU Soket370 tidak dapat menggantikan penggunaan CPU Soket A. Hanya pakej CPU yang sama dapat digunakan bersama. Berikut merupakan senarai pakej CPU yang boleh didapati dipasaran.

Jenama Intel

AMD VIA

Soket370 Celeron3 atau yang sebelumnya, dan siri P3. Siri K6 yang lebih awal. Siri C3

Soket A Tidak meyokong. Duron, Athlon, Athlon XP CPU. Tidak menyokong.

Soket423 P4

Soket478 Yang lebih awal, kini tidak lagi dihasilkan. Tidak menyokong. Tidak menyokong.

Tidak menyokong. Tidak menyokong.

Kecekapan komputer amat bergantung kepada kecekapan CPU. Manakla kecekapan CPU pula amat bergantung pada jenis pakejnya. Setelah anda menghidupkan komputer dan kedengaran bunyi “beep”, perhatikan maklumat yang dipaparkan pada skrin. Dari maklumat yang dipaparkan itu, kita akan mendapat maklumat yang berkaitan dengan CPU. Setelah memahami frekuensi CPU komputer, bandingkannya dengan CPU 2.53 G P4 yang terkini dan kita akan mendapati bahawa kecekapan CPU boleh dikatakan lemah. Kita bukan mengesorkan penaikan taraf dilakukan dengan serta-merta, tetapi adalah baik unutk mengetahui perbezaan kecekapan komputer dengan produk dan teknologi komputer yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Berikut adalah membincangkan tentang spesifikasi CPU. Spesifikasi ini merupakan aspek penting yang perlu dipertimbangkan ketika membeli CPU yang baru. • Frekuensi CPU

Frekuensi CPU = Extenal clock*multiplier. Semakin tinggi frekuensi kerja, maka semakin banyak perintah yang dikehendakinya dalam satu masa yang sama. Begitu juga dengan bilangan aturcara yang boleh dikendalikan akan turut bertambah, malah bertambah dengan amat cepat. Biasanya, frekuensi CPU ditentukan dua parameter, iaitu external clock dan multiplier. Biasanya, external clock boleh diselaraskan menerusi BIOS, manakal multiplier akan dikunci pengilang CPU dan tidak boleh diubah. Perubahan multiplier yang dikatakan di sini sebenarnya merujuk kepada aksi overclock. Umumnya, semakin besar frekuensi kerja CPU, semakin baik. • Jenis CPU

Jenis CPU boleh dibahagikan mengikut pakejnya. Berdasarkan trend pasaran, CPU boleh dibahagikan dua jenis utama, iaitu Intel dan AMD. CPU Intel secara amnya mempunyai dua jenis, iaitu Soket370 dan Soket478 yang masing-masing digunakan pada sistem Celeron yang bertaraf rendah dan sistem P4 yang bertaraf tinggi. Manakala AMD pula, telah menggunakan pakej Soket A sejak K6 dikeluarkan. Jika dibandingkan dengan CPU Intel, kecekapan CPU AMD juga mempunyai kelebihannya. Kelemahnnya ialah penghasilan haba yang amat hebat. Ia harus dilengkapi satu kipas pengalir haba bagi menggelakkan CPU terbakar akibat suhu CPU yang terlalu tinggi. Sifat kesepadanan CPU Intl amat baik, malah penghasilan habanya juga adalahsederhana. CPU Intel juga mempunyai satu kelebihan, iaitu skop frekuensi yang disokong lebih besar, menjadikan penggunaannya lebih fleksibel.

Cache CPU

Cache merupakan sejenis kad memori. Jika dibandingkan dengan memori normal sesebuah Komputer, Kelajuan pengendalian cache adalah lebih cepat, malah turut lebih stabil. Bagaimanapun, kosnya adalah tinggi. Ketika CPU memerlukan maklumat, ia akan terlebih dahulu mencari maklumat di cache. Jika ia gagal mencari maklumat yang dikehendaki menerusi cache, barulah ia melanjutkan pencarian ke memori, kemudian ke cakera keras. Cache boleh dibahagikan kepada Cache 1 dan Cache 2. Biasanya, Cache 1 telah diintegrasikan ke dalam CPU. Disebabkan oleh ruang, kos dan pengehadan yang lain, kapasiti cache 1 secara amnya adalah kecil. Manakala Cache 2 pula biasanya didapti di atas papan induk, dan kapasitinya adalah lebih besar. Secara kesimpulan, cache mempunyai pengaruh besar terhadap kecekapan komputer dari segi capaian dan pengendalian maklumat. Semakin kapasiti cache, maka semakin tinggi kecekapan CPU.

4. . ) Jenama pengilang CPU
• Intel

Intel adalah satu jenama yang amat terkenal dalam bidang IT. Dari CPU 80286, hingga CPU P4 yang terkini, Intel telah berkembang dengan pesat dan memberi sumbangan besar dalam teknologi CPU. Dengan adanya kumpulan teknologi yang amat hebat dan handal, frekuensi kerja CPU Intel sentiasa maju dari semasa ke semasa.

AMD

AMD merupakan satu-satunya pesaing bagi Intel dalam pasaran CPU. CPU yang dikeluarkan oleh AMD telah menjadi kegemaran golongan pengguna DIY. Sejak K6. CPU AMD dam Intel, masing-masing telah mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun, jika dilihat dari segi kesepadanan dan pengaliran haba, teknologi Intel boleh dikatakan lebih canggih berbanding AMD. Inilah faktor utama mengapa CPU Intel masih mendapat sambutan yang amat baik dipasaran. Bagaimanapun, Athlen AMD juga membawa saingan hebatdalam pasaran kini.

VIA

VIA merupakn “rakan baik” AMD. Via sering menghasilkan cip set yang dapat menyokong CPU AMD. Dari siri KT133 dan KT266 pada peringkat awal, hingga ke siri KT400 yang terkini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana sumbangan VIA membantu pemproses AMD untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran. Sepanjang masa ini, VIA telah memberi tumpuhan terhadap penghasilan cip set, maka keupayaan dalam penghasilan pemproses tidak begitu canggih. Setelah VIA bergabung dengan syarikat Cryix, barulah ia mengeluarkan siri CPU Cyrix jenis pakej Soket370. Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan Intel dan AMD, VIA masih memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk berkembang dan mencapai kedudukan yang kukuh dalam pasaran CPU.

4. . ) Proses pemasangan CPU
Tanggalkan casing Tanggalkan CPU lama Pasangkan CPU lama Pasang kipas penggalir haba Sambungkan talian bekalan kuasa kipas Pasangkan casing Pemasanga selesai Gambar rajah proses pemasangan CPU Sebelum memasang CPU yang baru, terlebih dahulu menanggalkan CPU yang lama, kemudian telitikan cara pakej CPU lama tersebut dan pastikan CPU baru mempunyai pakej yang sama dengan CPU lama. Setelah memastikan cara pakej bagi kedua-dua CPU lama dan baru adalah sama, barulah memulakan proses pemasangan.

Disebabkan terdapat dua jenis pakej CPU, iaitu AMD dan Intel, maka itu adalah lebih baik dan terjamin untuk membaca buku paduan papan induk dan memahami frekuensi kerja CPU maksimum yang dapat disokong oleh papan induk. Pastikan juga adakah penetapan Jumper perlu dilakukan atau tidak. Terdapat sebilangan papan induk yang memerlukan penyelarasan Jumper sejajar dengan penukaran CPU yang baru. Penetapan ini termasuklah penetapan external clock dan multiplier, voltan CPU dan lain-lain lagi.

4. . ) Menyediakan peralatan pemasangan
Pemasangan CPU ringkas sahaja. Anda hanya memerlukan satu pemutar skru dan krim pengalir haba. Krim pengalir haba adalah amat penting memandangkan jika frekuensi kerja CPU terlalu tinggi, di mana pengaliran haba tidak efektif, maka kecekapan system akan terjejas. Terutama bagi CPU AMD, di mana permintaannya terhadap pengaliran haba adalah lebih tinggi berbanding CPU Intel.

Pemutar skru

4. . ) Pemasangan CPU AMD
Setelah memahami serba sedikit tentang CPU, dan peralatan yang diperlukan bagi penaikan taraf disediakan. Contoh berikut akan menunjukan langkah pemasangan CPU AMD.

Langkah 1 Letakkan CPU secara mendatar pada permukaan meja, sapukan sedikit krim pengalir haba pada permukaan CPU dengan mengunakan putik kapas (atau sebarang bukan logam).

Langkah 2 Pada papan induk, bukakan pengetat soket CPU dan letakkan CPU yang telah disapukan krim pengalir haba ke dalam kedudukan yang tepat (pastikan arah pemasangan juga adalah betul), pepemjuru yang condong harus diselaraskan dengan kedudukan yang serasi dengannya.

Langkah 3 Setelah CPU dipasang pada soketnya, tekan pengetat ke bawah bagi mengetatkan kedudukannya.

Langkah 4 Letakan kipas pengalir haba dibahagian atas CPU. Pastikan kedudukannya betul dan tepat, iaitu di tengahtengah CPU.

Langkah 5 Setelah kedudukan kipas ditetapkan, sambungkan talian bekalan kuasa kipas ke soket papan induk yang berlabel [CPU FAN]. Pastikan pemasangan mengikut kutub yang tepat.

Papan induk yang dipasang dengan CPU AMD tidak boleh dipasang dengan CPU Intel. Ini adalah kerana bilangan pin bagi kedua-dua jenama ini adalah berbeza. Soket yang menyokong CPU AMD biasanya akan dilabelkan dengan[Soket462], iaitu bermakna hanya terdapat memasang CPU jenis pakej Soket462 (Soket A). Ketika memasang CPU ke papan induk, berhati-hati dengan arah pinnya. Jikan pemasangan gagal dilakukan , lakukan penyelarasan serta-merta tetapi bukan memasang secara paksaan, jika tidak pin atau soket CPU akn rosak akibat pemasangan yang tidak tepat.

4. . ) Pemasangan CPU Intel
Perbezaan antara CPU AMD dan Intel adalah cara pakejnya. Pakej CPU bagi AMD biasanay adalah Soket a, manakala bagi CPU Intel pula terdapat dua, iaitu Soket370 dan Soket478. Oleh itu, jika ternampak soket CPU papan induk dilabelkan dengan [Soket370] atau [Soket478], maka ini bermakna ia merupakan papan induk CPU Intel.

Langkah 1 Keluarkan CPU Intel dan letakkannya secara mendatar. Sapukan sidikit krim pengalir haba pada permukaannya. Gunakan putik kapas untuk meratakan krim.

Langkah 2 Pada papan induk, bukakan pengetat soket CPU dan letakkan CPU yang telah disapu krim pengalir haba pada kedudukan yang tepat (pastikan arah pemasangan juga adalah betul), pepenjuru yang condong harus diselaraskan dengan kedudukan yang serasi dengannya.

Langkah 3 Setelah CPU dipasang pada soketnya, tekan pengetat ke bawah bagi mengetatkan kedudukannya.

Langakah 4 Letakkan kipas pengalir haba di bahagian atas CPU. Pastikan kedudukannya betul dan tepat, iaitu ditengahtengah CPU.

Langkah 5 Setelah kedudukan kipas ditetapkan, sambungkan talian bekalan kuasa kipas ke soket papan induk yang berlabel [CPU FAN]. Pastikan pemasangan mengikut kutub yang tepat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->