You are on page 1of 33

BAB 5: KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER

5.1 Komponen Utama

Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen utama bagi melengkapkan


sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjamin keberkesanan
penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan Mouse adalah lebih kepada asesori
pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan berfungsi dan
pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam penggunaan
sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima
komponen utama komputer ialah;

(a) Monitor (paparan)


(b) CPU (system unit)
(c) Papan Kekunci (Keyboard)
(d) Pencetak (Printer)
(f) Tetikus (Mouse)

64
5.1.1 Monitor

Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat
imej. Terdapat dua jenis monitor dipasaran sekarang.

i. Tiub sinar katod ( cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang


sama seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia
menggunakan tiub vakum sebagai skrin paparan pada komputer.
ii. Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan
kurang menggunakan kuasa berbanding dengan CRT.
Walaubagimanapun harganya agak mahal berbanding dengan CRT.

Rajah 5.1.1: Saiz Monitor

Terdapat berbagai saiz monitor dipasaran dianata yang sering


digunakan adalah bersaiz 14” dan 15’. Harganya monitor besaiz 15” sekitar
RM300 manakala harga monitor bersaiz 17” pula sekitar RM500.

63
Rajah 5.1.2: Kabel VGA

Selain dari fizikal monitor perlu besar, resolusi pada monitor perlu diambil
kira untuk mendapatkan paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya dikaitkan
dengan saiz pixel. Semakin pixel kecil semakin bagus kualiti paparan. Saiz pixel
menggunakan ukuran (millimeter). Pixel bersaiz 0.18mm lebih baik dari pixel
bersaiz 0.122mm. Tetapi memandangakan harga monitor untuk pixel bersaiz 0.18mm
agak maha harganya, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah mencukupi. Sekiranya
masih tidak mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh digunakan untuk kerja-kerja
yang tiodak memerlukan ketelitian dari segi kualiti paparan. Ada juga monitor
mempunyai pixel bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur) paparannya.

5.1.2 Sistem Unit ( CPU )

CPU (Central Processor Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat merupakan


komponen utama yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh
dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data
mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.
Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:

1. Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar dikenali sebagai
CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan
dalaman. Semakin tinggi maka semakin lajulah data tersebut diproses

2. Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran merupakan
kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan kelajuan motherboard.

64
Ia juga dikenali sebagai Front Bas. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut
adalah 400MHz maka motherboard mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama.
Bas luaran berbeza diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran
maka prestasi komputer meningkat. Internal Bus boleh diibaratkan seperti
highway 10 lorong, manakala External Bus pula adalah jalan susur keluar
highway yang hanya mempunyai 2 lorong. Walau besar atau lajunya sesuatu
kereta di highway, bila tiba susur keluar kereta tersebut perlu perlahan.
Bayangkan sekiranya lorong susur hanya satu lorong, maka kesesakkan akan
berlaku bukan sahaja dilorong susur keluar malah akan menyebabkan highway
yang besar akan mengalami kesesakkan. Jadi adalah perlu mempunyai External
Bus yang besar untuk memastikan tidak berlaku kesesakkan. Dari jadual 1, kita
dapati Pentium IV mempunyai kelajuan External Bus yang paling tinggi iaitu
400MHz sehingga 533MHz. Jadi tentulah CPU Pentium IV menjadi pilihan yang
tepat untuk pengguna yang mementingkan kelajuan.

Jenis CPU Internal Bus External Bus

66 – 100MHz
850MHz – 2.2GHz
400MHz (1.7GHz keatas)

450MHz - 1.33GHz 133MHz

1.7 – 3.06 GHz 400 – 533 MHz

1.0 – 1.3GHz 200MHz

1700+ - 2800+ 266 - 333MHz

65
Jadual 5.1.2.1 Perbezaan CPU Internal dan External BUS

3. Saiz Ingatan Cache (Cache Memory). Semakin besar saiz ingatan cache maka
prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan cache adalah
untuk menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU. Sekiranya terdapat
arahan yang sama, maka CPU tidak perlu memproses semula arahan tersebut.
Cache juga berfungsi sebagai penimbal (buffer) diantara CPU dengan memori
utama kerana kelajuan cache lebih laju. Untuk lebih mudah memahami fungsi
cache kita bayangkan kita ada menerima 70 kotak berisi pelayan. Pada kotak
yang pertama kita mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan pelayan dari
kotak kerana kita perlu memikirkan cara yang sesuai untuk membuka kotak
tersebut agar tidak merosakkannya. Untuk kotak kedua dan seterusnya, kita boleh
membuka kotak tersebut dengan pantas tanpa perlu memikirkan (otak = CPU)
bagaimana caranya membuka kotak tersebut. Ini kerana kita telah menyimpan di
dalam ingatan kita (cache) cara-cara untuk membukanya. Tidak perlu lagi
terkedek-kedek melihat keselurahan kotak atau membaca manual How to Open
Box for Dummies. Sebagai contoh lain yang menunjukkan fungsi cache
memainkan peranan penting di dalam prestasi komputer. Cuba lakukan
pemasangan sistem operasi (operating system) Windows 98 dengan ingatan cache
L1 (internal cache) dan L2 (external cache) dimatikan. Masa pemasangan akan
mengambil sekurang-kurangnya 3 jam berbanding sebelum ingatan cache
dimatikan hanya mengambil masa 45 minit. Ini kerana setiap fail di dalam bentuk
.cab (cabinet) iaitu fail tersebut telah dimampatkan (compress). Fail pertama
dibuka agak lambat kerana perlu mengetahui cara-cara untuk uncompress dan fail
seterusnya CPU tidak perlu lagi belajar cara-cara untuk uncompress kerana telah
tersedia disimpan di dalam ingantan cache. Sekiranya ingatan cache dimatikan
maka setiap fail, CPU terpaksa memproses semula cara-cara untuk uncompress
fail tersebut. CPU AMD Athlon dan Intel Pentium IV mempunyai saiz External

66
cache yang sama. Untuk itu, pilihan Intel Pentium IV adalah lebih sesuai kerana
kelajuan dalaman dan luaran Pentium IV lebih dari pesaingnya.

CPU atau (Central Procecing Unit) adalah salah satu kopenen mustahak bagi
sesebuah komputer anda. Di dalam Sistem unit atau CPU sesebuah komputer itu
sendiri terdapat 5 lagi kopenen utama yang menjadi nadi kepada sesebuah komputer
kecacatan atau kerosakkan kepada salah satu sistem itu mengakibatkan komputer
anda tidak akan berfungsi.100 % . Rangkaian sistem utama dalam sistem unit ialah;

(i) Microprosessor - (brain)


(ii) Ingatan (memory) RAM
(iii) Input/output/I/Q
(v) Storan (disk storage)
(iv) Program

5.1.2.1 Penjelasan Mikroprosesor

Mikroprosesor merupakan Brain atau otak kepada sesebuah komputer


tampanya komputer tidak dapat befungsi segala arahan akan dihantar untuk diproses
di dalam mikroprosesor yang kemudianya akan dipapar pada skrin komputer anda.
Kepantasan sesebuah komputer melakukan proses bergantung kepada jenis cip
microprosesornya.

Misalnya sesebuah komputer peribadi yang mempunyai cip miroprosesor


804386 biasanya mempunyai 4MB RAM dan bagi komputer yang mempunyai cip
miroprocecor 8036 ianya mempunyai 2MB RAM. Namun begitu nilai RAM boleh
ditambah jika dikehendaki oleh pengguna.

Miroprosesor bertugas sebagai ;

67
(1) Melaksanakan arahan komputer
(2) Melaksanakan arahan-arahan asas:

(a) tambah tolak


(b) dharab/bahagi
(c) operasi logik/operasi pembandingan

5.1.2.2 Ingatan (Memory/RAM)

Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random Acces
Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam sistem
komputer anda sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cekera liat atau cekera liut
anda. Walaubagaimana pun terdapat dua jenis ingatan utama iatu RAM dan ROM
(penjelasan sila lihat pada tajuk RAM dan ROM)

Jenis – jenis Memori RAM

RAM, sebenarnya jika di ikutkan penambahan RAM tidak lah sukar


sepertimana yang kita dengar dari pembekal-pembekal mau pun dari kedai-kedai
komputer. Ada beberapa jenis RAM dipasaran ke tika ini. Diantaranya adalah;

SIMM RAM 30 Pins,


SIMM RAM 72 pins,
SIMM RAM 72 pins Parity,
EDO RAM 72 pins,
SDRAM 12ns,
SDRAM 10ns
SDRAM 100Mhz,
SDRAM PC 133Mhz

68
• RAM Simm 30 Pins. RAM ini ada dibekal dalam dua jenis. 1 x 1MB dan 1 x
4MB setiap satu keping. Jenis ini hanya digunakan oleh Komputer jenis 286,
386 dan 486 DX2 66Mhz sahaja. Ketika ini agak sukar untuk mendapatkan
RAM-RAM dari jenis ini.

Rajah 5.1.2.2.1 Contoh SIMM 30 pin.

Rajah 5.1.2.2.2: Contoh SIMM 72 pin

• RAM Simm 72 Pins. RAM jenis masih boleh didapati lagi di pasaran cuma

kesesuaiannya sahaja yang susah nak dapat. Kadangkala RAM ini tidak

sesuai dengan Papan Induk (M/Board) Siri 486. Dengan itu pembelian

terhadap RAM ini hendaklah dilaku dengan bijak. Sebaik-baiknya bawa

komputer ini ke Pembekal Berhampiran.

• RAM EDO 72 Pins. RAM jenis ini kebanyakan digunakan oleh Papan Induk
Pentium Siri (Socket 7). Kebanyakkannya bersesuaian. Pengguna 486 DX2-
66 dan ke bawah, tak payah nak cuba memang tak boleh punya. Kalau 486
DX4-100 boleh ler cuba tengok, bergantung pada jenis Papan Induk.

Rajah 5.1.2.2.3 Contoh SD-RAM

69
• SDRAM 12ns, SDRAM 10ns, SDRAM 100Mhz dan SDRAM 133Mhz .
RAM-RAM ini kebanyakkan digunakan oleh Papan Induk dari jenis Pentium
II atau Celeron. Cuma perbezaan pada kelajuan sahaja. Pentium siri pun
boleh menggunakkannya sekiranya terdapat ruang RAM jenis ini.

• RDRAM RDRAM ni sekejab je keluar di Pasaran. Alat ini keluar apabila


Mainboard Socket 423 keluar. Mainboard Socket ini digunakan oleh Pentium
4 1.4Mhz dan Pentium 4 1.5Mhz. RDRAM ni Mahal harganya.. kalau setakat
mahal boleh beli tak apa ni tadak dah di pasaran. So pada Mainboard yang
telah rosak maka terpaksalah ko orang berhijrah ke Mainboard baru,
Processor baru, SDRAM baru.

Rajah 5.1.2.2.4 DDR-RAM

• DDRAM. Jenis ini sedang menguasi pasaran. Harganya sekarang sekejab


naik sekejab turun. Semua Mainboarc guna DDRAM ni so senanglah nak
dapatkannya.
Display Card atau pun Graphic Card... Tugas alat ini adalah untuk
memberikan mutu gambar terhadap graphic yang tertera di kaca monitor
anda. Graphic Card ini terdiri dari pelbagai jenis diantaranya adalah seperti
berikut:

• CGA Display Card..... Jenis ini dah kirer buang laut. Jenis ini kebanyakkan
digunakan oleh XT Komputer.\

• ISA 16bit VGA Card. Jenis masih digunakan oleh banyak pengguna yang
menggunakan CPU 386 ke 486.

70
• ISA 32bit Local Bus 1MB. Jenis ini susah nak dapat sikit. Tapi masih tetap
digunakan oleh Komputer jenis 486DX2-66.

• PCI Display Card 1MB, 2MB dan 4MB. Ada banyak jenis ini masih berada di
pasaran. Jenis ini biasanya boleh mengeluarkan ketepatan pixel dari 16 color,
256 color 16M color dan 24M color. Ada diantaranya memerlukan Driver dan
ada diantaranya PnP.

• AGP Display Card. Display card jenis ini digunakan oleh M/Board Pentium
II. Hanya PII sahaja menggunakan Display Card ini. Hanya Papan Induk
yang tersedia dengan AGP display sahaja yang tidak disediakan AGP Slot.

5.1.2.3 Input/output

Input dan Output (I/O) merupakan saluran di mana ianya membolehkan data
masuk kedalam sistem komputer anda dan data boleh di keluarkan melalui sistem
komputer anda ringkasnya adalah seperti dibawah;
Input
Arahan atau data yang diberikan kepada komputer untuk di laksanakan. Komputer
tidak dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik sekiranya terdapat
kekurangan pada arahan atau data tersebut. Alat alat Input adalah seperti;

i) Keyboard
ii) Mouse
iii) Paddle
v) Joystick
vi) Digitiser
iv) Trackball

Output

71
Output ialah keputusan pemprosesan yang dihasilkan oleh komputer anda.
Ianya boleh dilihat pada skrin komputer anda atau dicetak terus pada ketas cetak.
alat-alat autput adalah seperti
.
I) VDU (Vidsual Display Unit)
ii) Mesin pencetak
iii) Plotter

5.1.2.4 Storan Data ( Hard Disk)

Rajah 5.1.2.4.1 Cakera Keras Jenis Quantum

Cakera keras adalah peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri
daripada substrat aluminium yang diselaouti dan dilapisi biasanya dikedua-kedua
belah dengan banhan bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju boleh
mempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang diplih mesti menyokong
UDMA (ultra direct memory access) dan kelajuan pusingan sekurang-kurangnya
5400rpm. Sekiranya mampi kita boleh memilih cakera keras berkelajuan 7200rpm.
Cakera keras merupakan storan skunder yang boleh menyimpan data, mengeluarkan

72
data dan perisian dengan pasntas jika dibandingkan dengan storan skunder yang lain
seperti pita magnetic, cakera liut dan storan optic.

Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flat
cable) yang mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayar
maka kadar maksima penghantaran data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.

Selain cakera jenis sambungan IDE (Intregrated Drive Electronics) terdapat


sejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer System
Interface) atau disebut ‘scuzzy’. Cakerakeras jenis ini sangat laju dan hanya sesuai
diguanakan pada server kerana harganya agak mahal.
Storan atau disk storage merupakan tempat penyimpan maklumat atau data-
data dengan banyak . Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan
. Media storan diperlukan memandangkan simpana data didalam RAM adalah
bersifat sementara. Media storan ialah seperti

i) Hard Disk
ii) Magnetic floppy disket
iii) Magnetic tape
v) Laser disket

5.1.2.5 Program (Perisian)

Program merupakan Software atau arahan komputer anda yang lebih dikenali
sebagai program Aplikasi merupakan kopenen mustahak dalan menentukan
pengoperasian sesebuah komputer . Tampa program aplikasi komputer anda tidak
bemakna dan dapat berfungsi . Di antara proram-program aplikasi yang popoler
seperti. Wordperfect, Profesional write. Woard Star Window dan beribu-ribu lagi
yang berada dipasaran. Anda bolehlan memilih program aplikasi ini mengikut
keperluan anda.

73
5.1.3 Papan Kekunci ( Keyboard )

Papan kekunci adalah suatu tatasusunan kekunci yang boleh berupa butang
berkapsen atau kawasan bertanda pada suatu satah, dengan setiap kunci boleh
menyebabkan tindakan atau isyarat diskret apabila ditekan dengan jari. Papan
kekunci digunakan sebagai peranti input. Terdapat berbagai bentuk dan fungsi papan
kekunci ada dipasaran sekarang. Papan kekunci jenis 104 keys berharga RM 18
sudah mencukupi untuk kegunaan biasa. Papan kekunci yang mahal mempunyai
fungsi tambahan seperti butang multimedia, butang Internet, speaker dan sebagainya.

Rajah 5.1.3.1 Papan Kekunci.

5.1.4 Tetikus ( Mouse )

Peranti penunjuk yang digerakkan oleh tangan dikeliling permukaan rata,


gerakan di atas permukaan dikomunikasikan kepada komputer dan menyebabkan
gerakan sepadan kursor di atas paparan. Tetikus merupakan peranti input untuk
memudahkan kita menggunakan perisian berlandaskan tetingkap. Seperti juga papan
kekunci, tetikus juga mempunyai berbagai bentuk dan fungsi tambahan. Untuk
kebanyakkan pengguna, tetikus berharga RM 8 sudah mencukupi.

74
Rajah 5.1.4.5 Tetikus.

5.2 Perkakasan Komputer ( Computer Hardware )

5.2.1 Papan Induk (Motherboard)

Rajah 5.2.1.1 Papan Induk Jenis AsusTek

Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu,


disini perkakasan seperti memori RAM, kad paparan, kad modem, cakera keras,
pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan
sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini
kerana kelajuan External BUS CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang

75
disokong oleh motherboard. Pengeluar motherboard utama adalah gigabyte., Abit,
AOpen dan asustek.

Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih
baik. Yang penting kita kena pastikan setiap motherboar menyokong UDMA 133
untuk cakera keras dan menyokong memori dari jenis DDE berkelajuan 400MHz
atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333 Mhz. pangkalan (port) seperti serial,
parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia
ada pada setiap motherboard. Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap
pengeluar. Selalunya motherboard yang mempunyai chipset jenama Intel agak mahal
berbanding dengan motherboard Via, Ali dan sebaginya. Chipset merupakan micro
processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya tahi memproses data mengikut
arahan tetapi dari CPU hendak ke memori, kad paparan, komunikasi siri, komunikasi
selari dan sebaginya memerlukan chipset untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang
macam polis trafik mengwal lalulintas jalan.

Rajah 5.2.1.2 Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium IV.

Match to Case and Power


Style Width Depth Where Found
Supply

Full AT 12" 11-13" Very Old PCs Full AT, Full Tower

Baby AT 8.5" 10-13" Older PCs All but Slimline, ATX

76
ATX 12" 9.6" Newer PCs ATX

Mini ATX 11.2" 8.2" Newer PCs ATX

LPX 9" 11-13" Older Retail PCs Slimline

Mini LPX 8-9" 10-11" Older Retail PCs Slimline

NLX 8-9" 10-13.6" Newer Retail PCs Slimline

Jadual 5.1.2.3 Saiz Papan Induk

Rajah 5.1.2.4 Contoh bergambar evolusi mother board

Rajah 5.1.2.5 Socket 7 (Pentium, Pentium MMX, AMD5X86)

77
Slot 1 (Pentium II, Pentium III, Celeron, AMD Athlon)

Rajah 5.1.2.5 Jenis Papan Induk

Rajah 5.1.2.6 Jenis papan induk

78
BAT (Baby AT)

Rajah 5.1.2.7 Saiz dikecilkan ke lebar 9 inci dan panjang 10 inci

ATX
Saiz 12in lebar dan 9.6 inci panjang

Rajah 5.1.2.8 Mini ATX pula 11.2 lebar dan 8.2in. panjang

79
Rajah 5.1.2.8 Saiz 9.6 inci

LPX

Rajah 5.1.2.9 Untuk Baby AT tetapi pasang dalam PC Dekstop yang rendah

Rajah 5.1.2.10 Papan Induk

80
NLX
Sama macam LPX cuma saiz 8.8 inci lebar dan 13 inci panjang.

Rajah 5.1.2.11 Gambar Papan Induk

81
Rajah 5.1.2.12 Gambar Papan Induk

Rajah 5.1.2.13 Jenis papan induk VIA chipset

82
5.2.2 Sumber Bekalan Kuasa (Power Supply)

Rajah 5.2.2.1 Gambar Power Supply

Rajah 5.2.2.2 Switch ON/OFF

Rajah 5.2.2.3 Litar dalam power supply

Rajah 5.2.2.4: Power Connector ke Motherboard

83
Rajah 5.2.2.4 Pemasangan kabel kuasa, untuk kabel P8 dan P9, kabel warna hitam
mesti bersebelah dengan kabel hitam.

Rajah 5.2.2.5: Ini merupakan kabel kuasa untuk motherboard ATX

Drive Power Connector

84
Rajah 5.2.2.6 Penyambung ini untuk kegunaan CDROM dan Cakera Keras (Hard
Disk)

Rajah 5.2.2.7 Peyambung ini untuk Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Rajah 5.2.2.8 Penyambung ke Pemacu Cakera Liut

Sekiranya penyambung tidak cukup, kita boleh menggunakan penyambung


seperti diatas. Ini merupakan penyambung untuk menukar dari penyambung jenis
besar kepada kecil.
5.2.3 Power Supply FAN

85
Rajah 5.2.3.1 Kipas untuk komputer

Power Supply Form Factor

Typical
Match to
Form Dimensions Usual Motherboard Match to Case Form
Motherboard
Factor (W x D x H, Style(s) Connectors Factor
Form Factor
mm)

PC/XT 222 x 142 x 120 Desktop AT Style PC/XT PC/XT

Desktop or
AT 213 x 150 x 150 AT Style AT AT, Baby AT
Tower

Desktop or Baby AT, AT, AT/ATX AT, Baby AT, AT/ATX


Baby AT 165 x 150 x 150 AT Style
Tower Combo Combo

LPX, some Baby AT, LPX, AT, Baby AT,


LPX 150 x 140 x 86 Desktop AT Style
AT/ATX Combo AT/ATX Combo

ATX, Mini-ATX,
ATX, Mini-ATX,
Desktop or Extended ATX, NLX,
ATX/NLX 150 x 140 x 86 ATX Style Extended ATX, NLX,
Tower microATX, AT/ATX
microATX, FlexATX
Combo

100 x 125 x 63.5 Desktop or microATX, FlexATX, microATX, FlexATX,


SFX ATX Style
* Tower ATX, Mini-ATX, NLX ATX, Mini-ATX, NLX

150 x 230 x 86
(single fan)
WTX Tower WTX Style WTX WTX
224 x 230 x 86
(double fan)

86
5.2.4 Pemacu CD/ DVD ( CD-ROM, DVD-ROM)

Rajah 5.2.4.1 Pemacu Jenis CD-RM

Pemacu CDROM dari storan skunder berasaskan storan optic. Di pasaran


sekarang, terdapat 4 jenis pemacu CDROM yang popular;

i. Pemacu CDROM yang hanya boleh membaca cakera CD-ROM


ii. Pemacu CDROM CD-RW – CDROM jenis ini boleh membaca dan
merakam. Sekiranya menggunakan cakera jenis CD-R iaitu cakera yang
hanya boleh ditulis sekali sahaja maka pemacu CDROM CDRW hanya
boleh menyimpan data tetapi tidak boleh mengubah data tersebut. Ia
sesuai untuk menyimoan data yang kekal seperti multimedia dan arkib.
Sekiranya menggunakan cakera dari jenis CDRW, maka data tersebut
boleh disimpan serta boleh di buat perubahan seperti cakera keras pada
kelajuan perlahan.
iii. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular kerana
keupayaannya membaca cakera DVD berkapasiti 17GB berbanding
dengan cakera CD-ROM hanya sekitar 704MB. Pemacu DVD boleh
membacca cakera jenis CD-ROM biasa dan CD-RW dan DVD.
iv. DVD-RAM

Diantara keempat jenis pemacu CDROM tadi, pemacu CDROM CDRW


merupakan satu pembelian yang bijak kerana data dan aplikasi boleh disimpan
sekiranya kita menggunakan cakera CD-R atau CD-RW.

5.2.5 Pemacu Disket (Floppy Disk)

87
Rajah 5.2.5.1 Pemacu cakera liut 1.44MB

Pemacu cakera liut adalah peranti yang menerima cakera magnet, iaitu cakera
liut, dan mambca atau menulis corak magnet yang sepadan dengan data yang hendak
didapatkan kembali atai disimpan. Pemacu cakera liut tidak dipengaruhi prestasi
terhadap komputer. Harga sekitar RM25 sehingga RM35. Kapasiti formatting
1.44MB.

5.2.6 Kad Paparan (Graphic Card)

Kad paparan dipasang pada komputer dislot yang ada pada papan induk
(motherboard) atau terbina dalam. Merupakan peranti yang akan disambung kepada
peranti output seperti monitor dan adalah diantara komponen yang penting
menentukan prestasi sesuatu komputer. Tanpanya proses boot-up akan berhenti dan
speaker akan berbunyi menunjukkan kad paparan tidak dijumpai. Terdapat empat
jenis kad paparan dipasaran:

i. ISA – beroperasi dalam 16 bit. Hanya sesuai untuk sistem 80286 sehingga 80486

ii. PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering
terdapat pada pelayan. Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya menyokong
PCI 32 bit

iii AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding
dengan PCI yang mempunyai sistem bus 33MHz.

iv. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad


paparan bina dalam. Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan slot

88
AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina dalam tidak dapat menandingi kepantasan
kad jenis AGP. Terdapat dua jenis kad paparan bina dalam.

a. Menggunakan memori motherboard. Berkongsi. Saiz memory boleh


diubah dari 2MB sehingga 8MB

b. Mempunyainya memorinya sendiri. Selalunya bersaiz 8MB dan


mempunyai prestasi yang lebih baik dari pilihan di atas

Rajah 5.2.6.1 Kad Paparan jenis AGP

Kesimpulannya, elakkan menggunakan motherboard yang mempunyai kad


paparan bina dalam kerana prestasinya amat mengecewakan. Penggunaan kad
paparan jenis AGP merupakan tindakan yang baik. Setiap kad paparan AGP
mempunyai kapasiti yang berbeza, bermula dengan 32MB sehinggalah mengikut
kemampuan kita. Kad paparan berkapasiti 32MB sudah mencukupi untuk pengguna
biasa. Tetapi memandangkan harga tidak jauh berbeza diantara 32MB dan 64MB
maka lebih pratikal menggunakan kad paparan berkapasiti 64MB.

5.2.7 Modem

Modem merupakan peranti output yang digunakan untuk berkomunikasi


dengan komputer lain dengan menggunakan talian telefon. Menurut kamus Fajar
Bakti, modem bermaksud:

89
“Peranti yang boleh menukarkan strim bit digitl menjadi isyarat analog yang
sesuai untuk penghantaran ke dalam beberapa saluran komunikasi analog
(pemodulat) dan boelh menukar isyarat analog masuk kembali menjadi isyarat digital
(penyahmodulat).

Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi untuk menukarkan
dari bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon) dan menukar
balik analog kepada digital ( dari talian telefon ke komputer). Kelajuan paling tinggi
bagi analog modem ialah 56Kbps. Perhatikan ‘b’ adalah huruf kecil maka ukuran
data komunikasi adalah didalam bentuk bit bukan bait(byte).Tetapi semasa kita
membawa turun download fail dari internet, kuran yang digunakan adalah bait (byte).
Sekiranya kelajuan semasa membawa trun fail adalah Kbps maka apabila ditukar
didalam bentuk bit, nilainya adalah 40Kbps (5x8 bit).

Terdapat empat modem untuk talian analog.

i. Internal modem

ii. External modem

iii. USB modem

iv PCMCIA modem

Rajah 5.2.7.1: Internal modem jenis slot PCI.

90
Rajah 5.2.7.2: External modem mempunyai procesor.

Rajah 5.2.7.3: USB Modem

Rajah 5.2.7.4: PCMCIA modem.

Modem jenis internal, external dan USB boleh digunakan pada komputer
peribadi manakala modem jenis PCMCIA digunakan pada komputer bimbit
(notebook). Pemilihan jenis modem tidak mempengaruhi kelajuan semasa mengakses
internet. Terpulang kepada kita untuk memilihnya. Pemasangan internal modem
dapat mengurangkan kesesakkan di atas meja manakala pemasangan external modem

91
pula boleh digunakan sekiranya kita ingin menggunakan perkhidmatan fax tanpa
perlu memastikan komputer dihidupkan. Cukup sekadar memastikan modem
dihidupkan, maka external modem dapat menerima dan menyimpannya di dalam
memori yang ada padanya.

Sekiranya kita sering bertukar tempat dan bertukar PC, modem jenis USB
amat sesuai untuk kita. Ini kerana proses pemasangan amat mudah serta tidak
memerlukan unit bekalan kuasa luar seperti external modem. Memilih modem yang
murah sudah mencukupi, hanya bertukar kepada modem berjenama apabila talian
sering terputus talian semasa sedang menyusuri Internet.

5.2.7 Kad Rangkaian (Network Card)

Rajah 5.2.7.1 Network Card

Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer


kepada rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya
dipasang dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis
network yang tertentu.

5.2.8 Casing Komputer

92
Casing hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti
motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing;

Rajah 5.2.8.1 Jenis Casing


i. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
ii. Desktop- Desktop dan slimline

Sebelum memilih casing kita kena tentukan sama ada kita


memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan peningkatan dimasa akan
dating atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini tower sudah mencukupi untuk
majority pengguna.

93

You might also like