BAB 9: KOMEN DAN CADANGAN Computer IT Care Centre merupakan pusat penyelenggaran yang terkenal di kepulauan ini.

Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh pelanggan terhadap servis yang dilakukan pada komputer, ‘notebook’, pencetak dan alatan elektronik yang lain.

Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan dari 16 JUL 2007 sehingga 14 DIS 2007 di Computer IT Care Centre telah mencapai objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak pengurusan Politeknik Kota Kinabalu bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.

129

9.1 •

Komen Untuk Syarikat Kekurangan Tenaga Kerja Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya berlaku.

Namun kekurangan ini haruslah diatasi. Kelewatan dalam memberikan servis kepada komputer pelanggan boleh berlaku jika kekurangan tenaga kerja. • Waktu Makan Tengahari Singkat Waktu Makan yang diberikan oleh syarikat amatlah singkat iaitu hanya selama 45 minit. Masa yang begitu singkat bukan sahaja dirasakan oleh pelatih, tetapi menjadi buah mulut juruteknik yang lain. 9.2 Cadangan Untuk Syarikat i. ii. Menambahkan lagi tenaga kerja dalam bahagian penyelenggaraan komputer. Menambahkan masa makan tengahari dari 45 minit ke 1jam. Kesempatan baki masa dapat digunakan oleh juruteknik jika terdapat urusan yang perlu dijalankan. iii. Memberikan gaji yang berpatutan kepada juruteknik. Segelintir juruteknik mengeluh dengan gaji yang diberikan. Setimpal dengan kos sara hidup yang tinggi di WP. Labuan. iv. Lebih memberikan kursus dan tunjuk ajar kepada juruteknik terutamanya dalam bidang rangkaian ‘networking’, kamera litar tertutup, pencetak serta server. Ini dapat menghasilkan juruteknik serba boleh. v. Syarikat mestilah selalu mengadakan aktiviti sampingan seperti Hari Keluarga dan riadah bagi mengeratkan lagi sillaturahim antara juruteknik dan majikan. 130

vi.

Pihak syarikat perlulah mengeluarkan sijil tamat latihan industri kepada pelatih sebagai bukti pelatih pernah menjalani latihan industri di syarikat tersebut.

9.3

Cadangan Kepada Politeknik. i. Pihak Politeknik Kota Kinabalu seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak kerja yang di lakukan oleh syarikat untuk memastikan kesesuaian kursus pelajar dengan gerak kerja syarikat. ii. Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang menjalani latihan industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai dengan kursus pelajar iaitu dengan menyemak tempat latihan yang di pilih oleh pelajar. iii. Selain itu, pihak Politeknik hendaklah lebih memberi perhatian dengan mengikuti perkembangan pelajar yang menjalani latihan industri iv. v. Seterusnya, di harapkan agar lawatan yang di buat oleh pensyarah Politeknik seharusnya mengikut jabatan pelajar yang di lawati. Keperihatinan pihak Politeknik terhadap pelajar yang menjalani latihan industri seperti yang telah di buat haruslah di tingkatkan dan di teruskan untuk menjayakan objektif latihan industri ini.

131

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful