You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi
kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk
menyiapkan Laporan Latihan Industri ini, buku Laporan Latihan Industri ini adalah
satu tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan
memberi tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama
lima bulan dari 15 Januari hingga 15 Jun 2007.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Computer It Care Centre Sdn. Bhd, terutama Encik Max Goh kerana sudi menerima
saya untuk menjalani Latihan Industri di syarikat miliknya. Tidak lupa juga kepada
semua juruteknik yang turut membantu dan memberikan tunjuk ajar, dan juga tidak
dilupakan kepada rakan-rakan pelatih yang telah banyak membantu diri saya sama
ada secara langsung mahupun tidak secara langsung dari segi teknikal atau
kemahiran kepada saya sepanjang tempoh latihan saya.

Penghargaan khusus saya tujukan kepada semua kakitangan Computer IT


Care Centre dan Picotec Sdn. Bhd yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada
diri saya selama saya menjalani latihan. Segala ilmu pengetahuan yang telah di
berikan telah pun saya bukukan dalam buku laporan ini sebagai tatapan kepada
pembaca, serta tanda penghargaan saya kepada pihak Computer IT Care Centre Sdn.
Bhd

Di samping itu, tidak di lupakan kepada pihak pengurusan Unit Latihan


Industri Politeknik Kota Kinabalu Sabah kerana berusaha untuk menempatkan diri
saya ke pusat Latihan Industri, terutamanya kepada Puan Dayang Norimah dan Encik
Cosword Jack (Penyelaras Latihan Industri Jabatan Elektrik). Tidak di lupakan juga
penghargaan ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana selama saya
menjalani Latihan Industri telah banyak memberi semangat, nasihat dan dorongan
serta membantu saya dari segi kewangan.

i
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan
Latihan Industri saya ini, segala apa yang telah saya tempuhi semasa saya menjalani
Latihan Industri talah pun saya bukukan untuk dijadikan bahan rujukan tambahan
oleh para pembaca atau untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang
yang akan diceburi. Sekian, terima kasih.

ii