You are on page 1of 1

PRAKATA

Buku laporan ini merupakan suatu yang amat penting bagi seorang pelajar
Politeknik Kementerian Tinggi Malaysia yang telah tamat menjalani Latihan Industri
bagi tempoh dan tempat yang telah ditetapkan, sama ada di firma swasta atau firma
kerajaan, ia mengandungi gerak kerja secara menyeluruh yang dilakukan oleh
seorang pelajar ketika menjalani Latihan Industri. Penulisan buku laporan ini adalah
perpandukan daripada catatan buku laporan harian kerja (buku log), penerangan
daripada pihak syarikat dan bahan rujukan. Maka dapatlah di hasilkan satu buku
laporan mengenai Latihan Industri yang telah di ikuti dengan jayanya.

Di dalam buku laporan ini juga, ia mengandungi beberapa bab dan setiap bab
diikuti dengan beberapa tajuk serta sub topik. Di dalam bab tersebut, ia menerangkan
mengenai tujuan bagi seseorang pelajar menjalani Latihan Industri, carta organisasi,
keterangan ringkas mengenai Latihan Industri yabg telah di ikuti serta penerangan
lengkap berkenaan gerak kerja yang dilakukan di dalam setiap bahagian yang telah
pelatih di tempatkan.

Secara keseluruhannya, buku ini di persembahkan untuk pihak Politeknik


mengetahui, menilai dan memahami setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar semasa
menjalani Latihan Industri di firma tersebut. Justeru, buku laporan ini diharap
bermanfaat kepada sekalian pembaca umum sebagai bahan bacaan tambahan dan
sebagai satu sumber ilmu dalam bidang yang berkenaan.

iii