You are on page 1of 21

TUGASAN

September 2015 SEMESTER


KOD KURSUS

EMB 412

NAMA KURSUS

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

BAHAGIAN A

3-5

BAHAGIAN B

69

BAHAGIAN C

10 19

RUJUKAN

20 21

BAHAGIAN A
2

Merujuk kepada penyelidikan yang bertajuk Masalah Pembelajaran: Tanda Dan Simptom
Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas, objektif penyelidikan tersebut adalah
untuk mengenalpasti prevalen murid yang menghadapi cacat komunikasi lisan dalam kalangan
murid pendidikan khusus kategori bermasalah pembelajaran dan pada masa yang sama mengenal
pasti gejala umum dan gejala spesifik cacat komunikasi lisan yang dihadapi oleh murid yang
terbabit. Menurut Heward (2011)1, dapatan penyelidikan tersebut mampu memberikan kesedaran
kepada para guru akan pentingnya memahami tanda dan simpton murid MKL. Pengetahuan
tentang simpton tersebut mampu meningkatkan kualiti komunikasi lisan antara guru dengan
murid khususnya dalam pendidikan khas, di mana masalah komunikasi lisan ini dihadapi oleh
murid pendidikan khas.

Penyelidikan

tersebut menggunakan dua jenis instrumen, iaitu senarai semak dan yang dan rekod murid.
Senarai semak adalah instrumen utama untuk mendapatkan data penyelidikan. Data penyelidikan
dengan penggunaan senarai semak didapati melalui kaedah pemerhatian secara langsung dan
tidak langsung. butiran yang tidak diperoleh melalui pemerhatian adalah melalui temubual
bersama ibubapa para responden penyelidikan. Contohnya temubual dengan para ibubapa
dilaksanakan untuk mendapatkan butiran tentang pemerolehan dan penggunaan bahasa lisan
responden ketika waktu kecil hingga memasuki alam persekolahan.

Sehubungan

itu, Senarai semak yang digunakan dalam penyelidikan ini diadaptasi daripada senarai semak
kecacatan lisan atau hilang upaya bahasa di mana di dalam senarai semak tersebut terdapat
sembilan kategori. Setiap kategori yang berkaitan dengan penggunaan atau aktiviti bahasa secara
umum. Dalam penyelidikan ini, item sembilan kategori tanda-tanda dan gejala-gejala
dikategorikan sebagai umum. Seterusnya, rekod murid digunakan bagi mendapatkan butiran
murid dan turut pengesahan dari doktor mengenai kategori murid berpandukan kepada borang
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, terdapat beberapa item
dalam senarai semak yang memerlukan butiran dari rekod murid dan temubual ibubapa atau
penjaga.

Dalam

penyelidikan

tersebut, terdapat contoh penyelidikan yang dilaksanakan oleh pengkaji lain dalam mencari
inisiatif untuk membantu murid MKL. Misalnya, penyelidikan yang dilakukan oleh Harding et

1 Heward, L., 2011. Exceptional Children: An Introduction to Special Education.New York: Prentice
Hall.
3

al. (2011)2 mengenai kepentingan penggunaan komunikasi alternatif dan augmentatif dalam
kalangan murid yang berhadapan dengan masalah pembelajaran. Objektif penyelidikan tersebut
adalah untuk meninjau penggunaan komunikasi alternatif dan augmentatif dalam membantu
perkembangan komunikasi murid MLK. Dapatan penyelidikan tersebut mendapati bahawa
peringkat komunikasi murid yang diselidik

menunjukkan perkembangan melalui bantuan

penggunaan komunikasi alternatif dan augmentatif. Penyelidikan tersebut turut menunjukkan


kepentingan menjalankan program intervensi untuk difahami oleh guru - guru yang mengajar
pendidikan khas.

Contoh

penyelidikan seterusnya adalah yang dilaksanakan oleh El Sayed dan Hemmat (2008) 3 terhadap
murid yang mengalami kecacatan mental yang sederhana di Mesir. Dapatan penyelidikan
tersebut menyarankan fungsi penting keluarga dalam membantu perkembangan bahasa murid
yang mengalami MKL. Penyelidikan seterusnya yang dilaksanakan oleh Noor Aini Ahmad et al.
(2011)4 di mana penyelidikan tersebut mengkaji sudut pendekatan pengajaran yang mampu
membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid MKL. Penyelidikan tersebut mendapati
perlunya pengajaran menggunakan gerak badan dengan berbantukan gambar bagi memudahkan
murid MKL dalam pembelajaran. Penyelidikan tersebut turut menunjukkan bahawa guru perlu
mengetahui strategi pelaksanaan terapi pertuturan kepada murid.

Selain

daripada strategi yang dicadangkan dalam penyelidikan penyelidikan terdahulu, pengkaji turut
mengemukakan beberapa cadangan dalam membantu meningkatkan keupayaan bertutur murid
MKL. Antaranya adalah seperti guru menggunakan komunikasi alternatif seperti menggunakan
renungan mata, ekspresi wajah, isyarat dan gambar ketika berkomunikasi dengan murid MKL
seperti yang disarankan oleh Taylor, Smiley dan Richard (2009) 5. sehubungan itu, sekiranya
seseorang murid bermasalah dalam penggunaan komunikasi lisan, guru harus menggunakan
komunikasi alternatif agar guru dan murid berupaya untuk berkomunikasi antara satu.
2 Harding, C., et al. 2011. Implementing AAC with Children with Profound and Multiple Learning
Disabilities: AStudy in Rationale Underpinning Intervention dlm. Journal of Research in Special
Educational Needs
11:2, hlm. 12029, June 2011.
3 El Sayed S. & Hemmat B., Psychosocial Factors Affecting Language Developmental Among Mild
MentallyRetarded Childrens dlm. Egyptian
Journal of Psychiatry 31:2, 2008.
4 Noor Aini Ahmad et al., Pengajaran Kemahiran Komunikasi bagi Murid-Murid Bermasalah
PembelajaranTeruk dlm. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2:2, Nov. 2012.

Menurut
Kuder (2003)6, bentuk komunikasi bukan verbal juga termasuk menggunakan isyarat dan gambar
boleh diamalkan manakala Taylor, Smiley dan Richard (2009) pula menyarakan agar guru
menggunakan komunikasi berbentuk augmentatif dan alternative atau Alternative and
Augmentative Communication (AAC). Komunikasi jenis ini merupakan bantuan komunikasi
kepada mereka yang tidak mampu berkomunikasi dengan cara bertutur. Bentuk komunikasi
sedemikian adalah seperti bunyian melalui mulut, bahasa tubuh, bahasa isyarat, simbol, suara
pertuturan yang diubahsuai dan setiap bantuan komunikasi berasaskan komputer. Bentuk-bentuk
komunikasi tersebut bertujuan membantu murid mendapatkan pemahaman ketika berinteraksi
antara satu sama lain.

5 Taylor, Smiley & Richard, 2009. Execptional Students: Preparing Teachers for the 21st Century.
Boston:McGRAW HILL.
6 Kuder, S., 2003. Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston: Pearson
Education,Inc.
5

BAHAGIAN B
Menurut Mercer, Wegerif dan Dawes (1999)7, melalui kaedah penggunaan kemahiran bertutur
dan mendengar dan bagaimana orang lain menggunakannya, pelajar berupaya untuk membuat
gambaran terhadap dunia, memahami pengalaman hidup dan memahami akan perkara yang
dilakukan. Mereka juga berupaya menggunakan bahasa sebagai alat untuk berfikir, secara
bersama dan bersendirian. Namun begitu, pelajar tidak akan belajar bagaimana untuk membuat
penggunaan bahasa yang terbaik sebagai alat untuk berkomunikasi dan berfikir tanpa bimbingan
daripada guru. Justeru, sekolah boleh menyediakan ruang dan peluang di mana ramai pelajar
mampu untuk menguasai kemahiran berbahasa yang penting iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur.
Dalam pada itu, kurikulum KSSR memberikan penekanan yang kuat terhadap keupayaan
pelajar - pelajar dalam kemahiran bertutur dan mendengar untuk bekerjasama dengan lebih
efektif. Salah satu sebab untuk kedua-dua perkembangan ini adalah berpandukan kepada
penyelidikan penyelidikan yang membuktikan akan kepentingan hubungan antara bahasa
pertuturan, pembelajaran dan perkembangan kognitif. Justeru, tidak dapat disangkalkan bahawa
persekitaran bahasa Melayu dalam mengembangkan kemahiran mendengar dan bertutur
umumnya di sekolah rendah nampaknya kurang positif. Pelajar-pelajar tidak mendapat
pendedahan yang sepatutnya kepada persekitaran berbahasa yang kondusif meskipun mereka
telah diberi peluang yang mencukupi untuk menggunakan bahasa Melayu sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah.
Misalnya sekolah jenis kebangsaan (SJK) di mana majoriti pelajar adalah dari kalangan
kaum bukan Melayu, penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan adalah terbatas ketika
waktu pengajaran dan pembelajaran sahaja. Selain itu, peluang pelajar untuk menggunakan
bahasa Melayu turut terbatas di dalam kelas sahaja; iaitu, ketika proses pengajaran dan
7 Mercer, N., Wegerif, R. and Dawes, L. (1999) 'Children's talk and the development of reasoning in the
classroom',British Educational Research Journal, 25, 1, 95-111.
6

pembelajaran bahasa Melayu. Masalah utama yang dihadapi oleh bukan penutur jati pula adalah
faktor gangguan bahasa. Manakala Kamarudin Husin (1999)8 pula berpendapat bahawa pelajar
pelajar yang mempelajari bahasa kedua yang sudah dewasa adalah sukar untuk memperbaiki
kesalahan pengucapan bunyi bahasa, disebabkan oleh faktor sifat fizikal manusia dan gangguan
dari kebiasaan bahasa mereka. Masalah ini semakin meruncing lebih-lebih lagi jika pelajar
tersebut mendapat pendidikan awal di sekolah rendah jenis kebangsaan (SJK).
Selain itu bahasa Melayu pada dasarnya tidak dituturkan secara meluas di rumah,
atau di luar sekolah bagi pelajar pelajar yang tidak menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa
pertama dan terdapat situasi di mana ibu bapa pelajar tidak memahami bahasa Melayu. keadaan
sedemikian sememangnya adalah tidak sihat dalam pengembangan sudut kemahiran mendengar
dan bertutur pelajar ke peringkat yang optimum. Selain itu, guru guru yang mengajar bahasa
Melayu di kalangan pelajar pelajar yang bukan penutur jati berpendapat bahawa pelajar gemar
menjadi pendengar pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana mereka
tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak berupaya untuk menggunakan kebolehan berfikir.
Situasi sedemikian menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menyampaikan idea atau
pendapat dalam bilik darjah. Zulkifley Hamid (2005) 9 menyatakan bahawa sebagai penutur jati,
pelajar Melayu tidak menghadapi banyak masalah dalam menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur disebabkan mereka sudah biasa menggunakannya dalam perbualan harian. Walaupun
demikian, mereka seringkali berhadapan dengan masalah dalam menuturkan wacana ataupun
tajuk perbincangan yang memerlukan susunan idea agar terlihat tersusun dan mudah
difahami.Walaupun sedemikian, senario di sekolah yang mana majoriti pelajarnya adalah dari
kalangan penutur jati bahasa Melayu turut menghadapi masalah kurang penekanan dalam sudut
kemahiran mendengar dan bertutur. Meningkatkan taraf sekolah dan prestasi pelajar mengambil
bentuk meningkatkan penetapan sasaran sejajar dengan jangkaan luaran. Keputusan peperiksaan
sekolah rendah dibuat perbandingan dalam bentuk carta yang diterbitkan dalam bentuk jadual
liga dan diedarkan kepada semua sekolah rendah. Implikasi jadual liga terhadap sekolah-sekolah
adalah memudaratkan. Oleh kerana kebimbangan terhadap peperiksaan, kebanyakkan sekolah
8 Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala
Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
9 Zulkifley Hamid. (2005). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
7

rendah memberi tumpuan kepada kelas-kelas peperiksaan; khususnya untuk

pelajar Tahun

Enam. Justeru, kelas tambahan menjadi satu fenomena biasa di sekolah rendah. Ia dilihat
sebagai syarat untuk kecemerlangan dan kualiti; ibu bapa menjangkakan kelas-kelas tambahan
yang akan diadakan, dan mereka sentiasa bersedia untuk menghantar anak mereka ke kelaskelas. Kelas kelas tambahan diadakan pada waktu petang, malam, hari bekerja, dan hujung
minggu dan ketika cuti sekolah, dibayar atau secara sukarela. Oleh yang demikian pengajaran
bahasa Melayu yang berkesan di sekolah rendah diukur melalui pencapaian keputusan
peperiksaan. Guru bahasa Melayu sememangnya bimbang dan sangat mengambil berat ke atas
input, iaitu, pelajar-pelajar mereka yang diajar. Kebimbangan terhadap peperiksaan di sekolah
rendah tidak dapat dielakkan membawa kepada pengajaran exam-oriented sekaligus
mengabaikan fokus terhadap kemahiran mendengar dan bertutur.
Ibu bapa, pada mulanya mahu menghantar anak anak mereka ke sekolah yang paling
efektif seperti yang dinilai terhadap keputusan peperiksaan kerana mereka mahu anak-anak
mereka lulus dalam peperiksaan. Sekolah terbaik bagi mereka, akan menjadi sekolah-sekolah
dengan lebih pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR. Guru-guru dan pelajarpelajar menghadapi tekanan disebabkan oleh kekerapan ujian dan peperiksaan. Ia dapat
diperhatikan bahawa pendidikan lebih bertumpu kepada belajar untuk peperiksaan dan bukannya
belajar untuk menjadi cerdas untuk pelajar-pelajar.
Kurikulum bahasa Melayu dengan jelas menyatakan bahawa kemahiran mendengar dan
bertutur harus diberikan tumpuan di sekolah rendah, terutamanya pada tahun-tahun awal
peringkat persekolahan. (KPM, 1995)10. Pelajar-pelajar mampu mengikuti dan belajar bahasa
dengan cara yang bermakna, dan kemudian mereka boleh dapat menggunakannya dalam
membaca dan menulis. Dengan itu adalah penting bahawa pelajar-pelajar perlu disediakan
dengan kemahiran berbahasa sebelum mereka dijangka untuk menghasilkannya. Mereka turut
perlu diberi peluang untuk mencuba bahasa yang baru dalam sesi latihan terkawal di mana
mereka mempunyai sedikit peluang untuk membuat kesilapan. Secara beransur-ansur kawalan
boleh dikurangkan di mana mereka diberi peluang untuk menggunakan bahasa secara bebas.
(KPM, 1995). Namun demikian, guru - guru kurang memberikan perhatian terhadap dua
kemahiran tersebut disebabkan pelajar - pelajar tidak gemar memberikan pendapat secara lisan
10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (1995) Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa
Melayu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
8

disebabkan penguasaan kosa kata yang lemah serta tiadak keyakinan diri. Manakala pelajar pula
beranggapan bahawa guru tidak memberikan waktu yang mencukupi untuk mengajar dua
kemahiran tersebut dan lebih bertumpu kepada kemahiran menulis dan membaca.
Tuntasnya, kemahiran mendengar dan bertutur adalah dua sudut penting dalam kehidupan
seharian. Dua kemahiran tersebut perlu dipelajari secara sistematik dan beterusan di sekolah .
Namun, kedua dua kemahiran tersebut di peringkat sekolah rendah tidak mendapat perhatian
yang sewajarnya disebabkan oleh sistem pendidikan yang berorientasi peperiksaan. Peperiksaan
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya memberikan tumpuan terhadap sudut
kemahiran penulisan lalu menyebabkan guru-guru tidak mempedulikan dua kemahiran tersebut.
Senario sedemikian mampu meninggalkan kesan yang mendalam untuk jangka masa panjang di
mana generasi yang lahir tidak berupaya untuk menyampaikan idea, pendapat atau pandangan
yang bernas, kreatif dan kritis dengan memuaskan. Justeru , kesedaran dan kerjasama semua
pihak adalah perlu dalam memastikan arah pendidikan kebangsaan selari dengan landasan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yakni melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.

BAHAGIAN C
1.0 Pengembangan Kemahiran Mendengar dan Bertutur di Peringkat Sekolah
Menurut Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin dan Fatimah Abd. Rahman (1992) 11, ketika
melaksanakan aktiviti kemahiran Mendengar, guru harus merangka aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan kelancaran dan keberkesanannya. perancangan dapat dilakukan
berdasarkan tiga peringkat seperti berikut;
i.

Peringkat Pramendengar: pada peringkat ini, guru memberikan tugas atau pertanyaan
kepada pelajar terlebih dahulu sebelum mereka mulai mendengarkan. Selanjutnya, guru
memberikan gambaran yang komprehensif tentang apa yang akan diperdengarkan. Guru
turut memberi arahan yang jelas tentang tugas dan memastikan bahan rangsangan dalam
kondisi baik serta memadai. Akhirnya, guru memastikan pelajar dalam keadaan siap

ii.

untuk mengikuti aktiviti


Peringkat Ketika Mendengar: Pada peringkat ini, guru memastikan pelajar dapat
berkonsentrasi terhadap bahan rangsanga. Guru turut harus mengatasi gangguan yang

iii.

mungkin timbul ketika aktiviti mendengar dilaksanakan.


Peringkat Selepas Mendengar: Pada peringkat ini, guru menjelaskan kembali tentang apa
yang tidak difahami oleh pelajar dalam bahan rakaman dan turut menekankan sudutsudut penting dalam bahan itu. Dalam pada itu, guru turut memastikan pelajar
menyelesaikan tugas dan melakukan aktiviti pengukuhan. selepas itu, guru melakukan
aktiviti

tindakan

susulan.

Sehubungan

itu,

pengajaran

kemahiran

mendengar

digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain misalnya dengan
kemahiran bertutur. Antara ativiti aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti
11 Zuariah Yusoff. Zainon Zainalabidin & Fatimah Abd. Rahman. (1992). Kemahiran mendengar.
Dalam AsasKemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10

aktiviti bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian untuk
menarik minat pelajar.
Sehubungan itu, menurut Radiah Nordin dan Maimunah Samat (1992) 12, Aktiviti bertutur
dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza seperti berikut;
i.

Peringkat persediaan: pada peringkat persiapan, ada tiga hal yang boleh dilakukan oleh
guru, iaitu; pertama guru menjelaskan tugas yang akan dilakukan oleh pelajar atau
melakukan tunjuk cara serta memberi contoh seterusnya guru mengedarkan bahan-bahan
yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seperti kad kiu, kad edaran dan lain lain
dan yang ketiga, guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan pelajar
memahami tugas.
Peringkat pelaksanaan aktiviti: pada peringkat ini, ada dua hal yang dilakukan iaitu,

ii.

pelajar menjalankan tugas seperti yang diarahkan di mana guru mengawasi dan
membimbing kelas, kelompok atau pasangan yang menjalankan aktiviti.
Peringkat susulan dan penilaian: pada peringkat ini, penilaian dilakukan secara berterusan

iii.

contohnya seperti aktviti perbincangan memberi respon tentang pencapaian dan prestasi
pelajar. Berikutnya, sebagai pengukuhan, guru memberi kerja rumah yang berkaitan
dengan aktiviti bertutur yang dilaksanakan.
Merujuk kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu, kemahiran Mendengar
dan Bertutur dikembangkan kepada peringkat - peringkat seperti yang disarankan. Dengan
berpandukan kepada KSSR, objektif standard pembelajaran untuk kemahiran mendengar dan
bertutur yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)13 adalah seperti berikut:

mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan

teliti dan betul;


mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;

12 Radiah Nordin dan Maimunah Samat.(1992). Kemahiran bertutur. Dalam Asas Kemahiran
Berbahasa KBSR Jilid3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13 Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur:Bahagian Perkembangan Kurikulum

11

mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau
tiga suku kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan betul

dan tepat;
mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berpandukan

kepada arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;


bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi
kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak

formal secara bertatasusila;


bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang di dengar

menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat
menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

2.0 Kepentingan Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


Kemahiran bertutur adalah kemahiran lisan yang sangat penting, baik dalam keadaan formal atau
tidak formal. Keterampilan ini penting bagi seseorang dalam hubungannya dengan orang lain
dimana pertuturan yang dilakukan biasanya membawa maksud tertentu. Menurut Roselan Baki
(2006)14, manusia bercakap untuk objektif-objektif tertentu seperti keseronokan, menyampaikan
sesuatu, mempengaruhi dan menyelesaikan masalah. Kemampuan menuturkan sesuatu bahasa itu
dapat mempercepat proses pemahaman pelajar, terutamanya yang berkaitan dengan komunikasi
interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran keterampilan ini memerlukan pendekatan yang
sesuai terutama ketika berhadapan dengan kelompok pelajar yang berbeza, seperti seperti untuk
mempelajari bahasa pertama atau bahasa kedua. Dalam pada itu, W.M. Rivers (1983)

15

dan

Malamah-Thomas (1987)16 yang melaksanakan penyelidikan tentang aktiviti lisan menemukan


unsur interaksi sangat penting dalam aktiviti lisan. Unsur interaksi antara penutur dengan
14 Roselan Baki. (2006). Interaksi Lisan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu:
Potensi yangTerabai. Kertas Kerja dalam Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu dalam Sistem Persekolahan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada
19-21 Disember.
15 Rivers, W.M. (1987). Interactive Language Teaching. Cambridge: Cambridge University Press.
12

pendengar, dan antara penutur dengan penutur, akan menghidupkan situasi dan akan membuat
simulasi lebih realistik seperti keadaan yang benar. Aktiviti lisan merupakan aktiviti bahasa yang
paling penting dalam kehidupan seharian manusia. Justeru, apapun aktiviti bertutur yang
dirancang oleh guru untuk melatih pelajar, sudut interaksi yang menggambarkan situasi dalam
situasi lisan yang otentik perlu ada.

Manakala

kemahiran mendengar pula adalah keterampilan bahasa yang perlu dipelajari secara intensif,
terutama ketika pelajar berada di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983) 17. Aktiviti
mendengar perlu dikuasai disebabkan penggunaannya yang begitu luas dalam kehidupan.
dianggarkan sekitar 60 peratus dari masa pengajaran dan pembelajaran adalah untuk objektif
mendengar. Kemahiran mendengar secara efektif dapat menciptakan suasana berkomunikasi
yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan pemahaman secara
optimum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar harus menguasai
kemahiran mendengar sehingga memungkinkan mereka menguasai isi mata pelajaran yang
disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. kebolehan mendengar yang baik turut satu
kelebihan terutama untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar.
3.0 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), terdapat lima kaedah
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur;
i.

Kaedah Terus: kaedah ini mengacu pada pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama
secara natural. Kaedah ini turut membawa maksud belajar secara langsung, iaitu
menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. kemahiran
mendengar dan bertutur adalah diutamakan disebabkan kata yang diajarkan adalah hal
yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, kata konkrit misalnya, gelas di
ajarkan dengan menunjukkan objek gelas. Kata abstrak misalnya, sayang pula dijelaskan

16 MalamahThomas. (1987). Classroom Interactive. Oxford: Oxford University Press.


17 Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia: Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
13

menggunakan kata yang diketahui oleh pelajar-pelajar contohnya ibubapa mereka.


Pengajaran sesuatu topik baru pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah
diajarkan tetapi memiliki pertalian dengan topik baru tersebut. Kaedah ini memberikan
keutamaan kemahiran bahasa khasnya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukan
pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini adalah, kesalahan yang
bersumber dari gangguan bahasa dapat dikurangi disebabkan pelajar-pelajar telah
dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara langsung dalam bahasa sasaran.
ii.

Kaedah Fonetik: pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulai dengan latihan pendengaran
kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulai
dengan penyebutan bunyi, kata, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibangun
berdasarkan kaedah ini kemudian digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini
tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik. Nahu atau
tata bahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tata bahasa itu
diserahkan kepada pelajar-pelajar sebelum aturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui
kaedah ini turut pelajar -pelajar akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar
atau dibaca.

iii.

Kaedah Eklektik: kaedah ini mengambil unsur yang baik dari kaedah lain dan
menggabungkannya. kaedah ini turut dikenal sebagai kaedah aktif disebabkan kombinasi
karakteristik yang baik dari berbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah
eklektik, kemahiran bahasa disampaikan secara berurutan, iaitu berbicara, menulis,
memahami dan membaca. Elemnen tatabahasa diajarkan sesuai situasi, iaitu apakah
secara deduktif atau induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
merangkumi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

iv.

Kaedah Audio Lingual : kaedah ini merupakan kombinasi dua kemahiran iaitu
kemahiran

mendengar

(audio)

dan

kemahiran

bertutur

(lingual).

kaedah

ini

mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, kaset
dan cakera padat. Bahan-bahan didengarkan kepada pelajar-pelajar adalah seperti suara
haiawan, suara sesuatu suasana misalnya suasana seram, lirik lagu, nyanyian, petikan
cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaeah ini, pelajar-pelajar akan mendengar misalnya

14

misalnya suara bacaan sajak dari pita rakaman. Melalui pengalaman mendengarkan
tersebut, pelajar akanberlatih menyebut kata, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada
dan intonasinya secara latih tubi. selanjutnya mereka akan berlatih mendeklamasikan
sajak dengan teman secara berpasangan atau berkelompok. Melalui kaedah ini, pelajar
akan lebih mudah mengingat butiran yang didengar. Memori pelajar turut mampu
diperkukuh dengan cara mendengarkan kembali rakaman dan berbincang sesama rakan.
v.

Kaedah Komunikatif: Kaedah ini memberi keutamaan terhadap proses pemerolehan


bahasa pelajar yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini mementingkan
pengajaran efisiensi bahasa, iaitu tata bahasa dan efisiensi komunikatif khasnya
kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika pelajar melalui proses pemerolehan bahasa,
terlebih dahulu mereka menguasai makna sebelum mampu menggambarkan makna
tersebut dalam bentuk ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat
tertentu tersebut memerlukan guru melatih pelajar menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Dalam pada itu, aktiviti bahasa yang
bermakna dalam kaedah komunikatif adalah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog,
sumbangsaran, wawancara dan sebagainya.

Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat dan sesuai. Kaedah merujuk kepada langkah
mengajar yang ada berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru.
Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berpandukan kepada teori linguistik dan
psikologi. Justeru, sesuatu kaedah yang digunakan tidak dapat bertentangan dari pendekatan.
kaedah bersifat prosedur yang terdiri dari langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur
yang harus dituruti dengan seimbang untuk mencapai objektif tertentu.

4.0 Tinjauan Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur di Sekolah Saya


Saya telah menjalankan sesi temu bual dengan tiga orang guru Bahasa Melayu di sekolah saya,
guru guru yang terlibat adalah dua guru peringkat satu dan seorang orang guru peringkat dua.
Berikut adalah soalan-soalan yang saya kemukakan kepada mereka ketika temu bual tersebut:
15

i.

Setakat manakah pengetahuan cikgu akan kaedah dan teknik dalam melaksanakan

ii.

pengajaran kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu di dalam kelas?


Apakah kaedah kaedah pengajaran kemahiran Mendengar dan Bertutur yang cikgu

iii.

gunakan dalam pengajaran cikgu?


Apakah teknik-teknik pengajaran kemahiran Mendengar dan Bertutur yang cikgu

iv.
v.

gunakan ketika mengajar bahasa Melayu di kelas cikgu?


Adakah cikgu rasa bahawa kaedah dan teknik yang cikgu gunakan berkesan?
Pada pendapat cikgu apakah kaedah dan teknik yang terbaik dalam pengajaran kemahiran
Mendengar dan Bertutur bahasa Melayu?

Untuk soalan pertama, kesemua memberikan maklumbalas bahawa mereka tidak dapat
membezakan antara kaedah dan teknik. Ketika saya menyoal mereka apakah jenis jenis kaedah
yang mereka gunakan, semua mereka mengatakan mereka menggunakan kaedah latih tubi dalam
pengajaran mereka. Mereka seperti terkeliru antara maksud kaedah dan teknik kerana rata rata
mereka merupakan guru yang sudah mengajar lebih dari lima belas tahun dan tidak begitu minat
dalam menerangkan kaedah dan teknik. Bagi memudahkan temu bual tersebut saya telah
memberikan mereka penjelasan tentang apa itu kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai
tambah dengan terperinci untuk memudahkan mereka menjawab soalan-soalan yang berikut.
Selepas memberikan penjelasan kepada mereka, kesemua guru guru tersebut memberikan
respon bahawa mereka mengaplikasaikan kaedah Komunikatif. Guru guru tersebut merasakan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi positif ini kerana kaedah ini melibatkan
komunikasi antara guru dan pelajar dan turut pelajar ke pelajar lain. Interaksi tersebut mampu
untuk membantu pelajar untuk meningkatkan daya berfikir, kreativiti dan kemampuan berbahasa
mereka dan pada saat yang masa memotivasi mereka untuk mengikuti pembelajaran bahasa
Melayu. Meskipun menyedari akan dampak positif yang diperoleh melalui pendekatan
komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu namun guru guru tersebut menyatakan bahawa
mereka masih kurang melaksanakan pengajaran kemahiran Mendengar dan Bertutur di mana
faktor tersebut adalah di mana mereka menghadapi masalah pelajar yang banyak di dalam kelas
yang mana menimbulkan masalah dari segi kontrol saat melaksanakan aktiviti komunikatif.
Sehubungan itu, mereka turut berpendapat pihak sekolah dan masyarakat setempat lebih menitik
beratkan sudut pencapaian peperiksaan dibandingkan proses pembelajaran ini ditambah dengan
kurangnya modul dan bahan pengajaran bahasa Melayu berbentuk komunikatif serta tidak ada
bimbingan yang memadai untuk melaksanakan aktiviti berbentuk komunikatif.
16

Untuk soalan kedua, mereka menyatakan bahawa mereka banyak menggunakan


kaedah nahu tradisional dan ajuk hafaz kerana majoriti pelajar di sekolah tersebut belajar bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Majoriti pelajar di sekolah ini adalah berketurunan KadazanDusun. Mereka mengalami masalah gangguan bahasa dan selalu berfikir dalam bahasa ibunda
mereka untuk memahami pengajaran guru. Situasi ini berkait rapat dengan faktor anggota
keluarga dan teman teman sebaya yang cenderung bertutr dalam bahasa ibu dengan mereka.
Justeru, mereka merasa lebih selesa untuk melontarkan pendapat dan bertutur dalam bahasa
mereka. Malahan mereka hanya menjawab dalam Bahasa Melayu ketika disoal oleh guru bahasa
Melayu.

Untuk soalan ketiga dan keempat, ketiga tiga guru tersebut

bersetuju bahawa mereka banyak mempraktikan teknik latih tubi dalam mengajar bahasa
Melayu. Ada di antara mereka yang menggunakan teknik lain seperti main peranan dan
permainan bahasa tetapi teknik latih tubi lebih banyak dipenggunaankan kerana rata rata
pelajar di kelas mereka adalah sangat lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. selain itu,
kesemua guru menyatakan bahawa kaedah dan teknik yang mereka gunakan selama ini sangat
kurang keberkesanannya. Contohnya bagi guru peringkat 2 terutama guru tahun 6, penekanan
penguasaan bahasa terutama terhadap kemahiran Mendengar dan Bertutur tidak dapat dicapai
sepenuhnya kerana kebanyakan masa guru terpaksa mengajar dengan berorientasikan
peperiksaan di mana pelajar hanya diajar cara menjawab kertas 1 dan kertas 2.
Dalam situasi ini guru guru tersebut
memberikan pendapat bahawa mereka sepatutnya mampu menarik perhatian pelajar di dalam
pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu menarik dan turut mempunyai potensi yang besar
untuk membolehkan kandungan sesi dan turut konsep pasti diterjemahkan. Aktiviti mesti mampu
untuk mempengaruhi perhatian pelajar dari segi intelek, emosi dengan lebih berkesan. Di dalam
rancangan pelajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih benar-benar perlu mempunyai urutan
berfaedah. Ia seharusnya diselaraskan untuk kandungan bersama-sama dengan objektif
keupayaan pengajaran. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik-teknik yang boleh membuat
suatu pengajaran yang menarik dan pasti akan memberi ruang kepada pelajar untuk secara aktif
termasuk dan terlibat melalui masa pengajaran keseluruhan tanpa emosi letih di samping bosan.
Dalam pengajaran di samping pembelajaran, terdapat beberapa kaedah yang berjaya di samping
teknik untuk digunakan oleh guru. Oleh itu memilih kaedah di samping teknik-teknik yang perlu
dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan bahawa kaedah ini tidak menghalang
17

pembentukan berkaitan dengan penggunaan prinsip-prinsip yang mudah dan berjaya. Biasanya
aktiviti yang dipilih adalah benar-benar tenaga kerja yang dapat memberikan pengaruh yang
lengkap tentang perhatian, berjaya mempengaruhi intelek, ingatan, emosi, suka dan tidak suka
dan keutamaan, dan boleh membantu guru untuk memberikan penjelasan kepada aktiviti atau
latihan sekiranya ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada sudut pengajaran kemahiran
Mendengar dan Bertutur.

Untuk soalan terakhir, mereka menyatakan bahawa

perlunya untuk mencuba pelbagai kaedah dan teknik dalam mengajar bahasa Melayu kerana jika
hanya menggunakan kaedah dan teknik yang sama dan berulang ulang akan mengakibatkan
pelajar akan cepat menjadi bosan, bukan saja pelajar guru itu sendiri akan menjadi kurang
bermotivasi untuk mengajar. Selain itu, perlu adanya integrasi dari segi penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam mengajar bahasa Melayu seperti menggunakan komputer riba,
LCD, internet dan cuba mengurangkan penggunaan chalk and talk dalam mengajar bahasa
Melayu. Sehubungan itu, menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995)18 , proses
pengajaran di dalam kelas perlu melibatkan dua pihak iaitu guru dan pelajar. Sekiranya guru
hanya mengambil kira sukatan yang perlu dihabiskan berbanding sudut penguasaan kemahiran
belajar dalam kalangan pelajar, maka hal ini boleh menyebabkan interaksi dua hala antara guru
dan pelajar menjadi hilang fokus. Selain itu, guru - guru turut cenderung untuk
mengpenggunaankan strategi pengajaran berpusatkan guru dan menyebabkan pelajar menjadi
bosan lantas hilang minat untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancang. Kaedah tersebut yang lebih bertumpu kepada kaedah kuliah dan sesi pengajaran
banyak berbentuk penerangan di mana pelajar hanya mendengar dan akibatnya pelajar menjadi
pasif.
5.0 Penutup
Guru - guru perlulah berfikir secara kreatif dalam menentukan strategi, pendekatan, kaedah
dalam penggunaan media sebagai bahan bantu mengajar contohnya penggunaan media cetak
atau media elektronik. Selain itu bagaimana menerapkan penggunaan media media tersebut
agar mencapai kompetensi dasar yang disasarkan dalam objektif pengajaran pembelajaran.
Bukan sekadar melaksanakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan mereka untuk
18 Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan
Strategi, Kajang :Masa Enterprise
18

mengajarkan bahan yang perlu dikuasai oleh pelajar - pelajar. Pemahaman akan pelbagai teknik,
kaedah dan strategi pembelajaran perlu lebih dinamik sentiasa ditingkatkan dari masa ke ketika.
Dalam menggunakan media pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, inovatif, kreatif, berkesan dan menyeronokkan.
Kerana kegagalan objektif yang dicapai pelajar bukan semata-mata disebabkan kemampuan
mereka, tetapi turut boleh disebabkan kurangnya komitmen dan kesungguhan guru guru dalam
mencorakkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

19

RUJUKAN
El Sayed S. & Hemmat B. (2008). Psychosocial Factors Affecting Language Developmental
Among Mild Mentally Retarded Children dlm. Egyptian Journal of Psychiatry 31:2.
Harding, C., et al. (2011). Implementing AAC with Children with Profound and Multiple
Learning Disabilities: A Study in Rationale Underpinning Intervention dlm. Journal
of Research in Special Educational Needs 11:2, hlm. 12029.
Heward, L. (2011). Exceptional Children: An Introduction to Special Education. New York:
Prentice Hall.
Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia: Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuder, S. (2003). Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston:
Pearson Education, Inc.
MalamahThomas. (1987). Classroom Interactive. Oxford: Oxford University Press.
Mercer, N., Wegerif, R. and Dawes, L. (1999) 'Children's talk and the development of reasoning
in the classroom', British Educational Research Journal, 25, 1, 95-111.
Noor Aini Ahmad et al. (2012). Pengajaran Kemahiran Komunikasi bagi
Pelajar-Pelajar
Bermasalah Pembelajaran Teruk dlm. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 2:2.
Radiah Nordin dan Maimunah Samat.(1992). Kemahiran bertutur. Dalam Asas Kemahiran
Berbahasa KBSR Jilid
3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan
Strategi, Kajang :Masa Enterprise
Roselan Baki. (2006). Interaksi Lisan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa
Melayu: Potensi yang Terabai. Kertas Kerja dalam Seminar Memperkasakan

20

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Persekolahan, anjuran


Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada 19-21 Disember.
Rivers, W.M. (1987). Interactive Language Teaching. Cambridge: Cambridge University Press.
Taylor, Smiley & Richard. (2009). Execptional Students: Preparing Teachers for the 21st
Century. Boston: McGRAW HILL.
Zuariah Yusoff. Zainon Zainalabidin & Fatimah Abd. Rahman. (1992). Kemahiran mendengar.
Dalam Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zulkifley Hamid.(2005). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

21

You might also like