You are on page 1of 11

NAMA PERMAINAN

Nama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah ‘Gasing’. Gasing
satu permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Gasing tidak
mempunyai nama lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk. Terdapat
beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia.

LATAR BELAKANG

ASAL-USUL
Mengimbas mengenai permainan gasing itu, ada cerita yang mengaitkan
bahawa asal usul permainan terbabit dengan buah berembang. Berembang
yang mudah diperoleh di tepi pantai berbentuk bulat, licin dan leper itu
dikatakan menimbulkan idea orang zaman dulu untuk meniru bentuk
berembang bagi dijadikan sejenis permainan.
Ketika gasing berputar ligat, ia dipanggil ‘gah’ bermaksud tegak dan kuat
ketika berpusing. Mengikut cerita masyarakat di Kedah, ia berasal daripada
permainan laga telur yang kerap dimainkan di kalangan kanak-kanak. Di situ
timbul idea mengikut kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Bagi
memastikan ia berputar ligat, tali digunakan untuk memusingkannya.

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI


Negeri yang paling popular dengan permainan in adalah Kelantan. Sebagai
contoh, Gasing Begelen, berbentuk agak leper diperbuat daripada kayu jenis
ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing Toyol,
dimainkan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Gasing pangkah pula
merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman
Kesultanan Melayu Melaka.

KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT


Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang
Melayu. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-
kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil
dan mudah dipermainkan.

TUJUAN DIMAINKAN
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada
suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki
menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira
tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang.
Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang,
permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat
Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta
teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah
tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya
dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang
meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga
mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi
sesuatu situasi.

ALAT – ALAT YANG DIGUNAKAN


Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau
darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak
mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,
penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti
manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat
gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan
bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi
paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi
bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan maka
kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing
tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan
juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk
kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan
varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

CARA DIMAINKAN
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran
memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap
pemain untuk bermain gasing ialah:-

1) Melilit Tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau
melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan
permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan
menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai
dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin
iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini
akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.
Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit
pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada
pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan
tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan
mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan
setelah kemas barulah pemain mengambilnya.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari
kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau
kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari
kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan.
Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana
dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan
cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada
leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan
meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan
kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing
dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi
memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.

2) Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit
pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain
adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit
gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas
bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit
hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata,
jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan
mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi
menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan
menyapu kanji dibahagian bahu gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan
kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan
rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah
pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua
dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya
pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan
lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak
bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan
membahayakan semua orang.
3) Memusing Gasing
Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing
mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat,
ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang
disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh
mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang
biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring


dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke
arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring
semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan
mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan
sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada
tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain
hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45
darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah
ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik.

Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini


menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang
gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan
diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan.
Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak
sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak
ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan
tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.

4) Memangkah Gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing.
Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya
gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat
gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga
pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan
pangkah tebang.

•Pangkah totok.
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan
badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula
dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala
atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan
keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat,
pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah
sesuai dengan jenis pangkahan ini.

•Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak.
Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara
tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan
dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala,
labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara
kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa
pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan
pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini
bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi
memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

•Pangkah layang Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula


hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak.
Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang.
Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar
dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah
bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

•Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia
juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang
kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan
mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi.
Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing
tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

5) Mengangkat Gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak
uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara.
Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang
tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk
arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari
liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi.
Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu
ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa
gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok.
Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan
gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak
kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing.
Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika
mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan
mengurangkan keligatan pusingan gasing.

Negeri yang mempopularkan permainan gasing

~ Kelantan

~ Kedah

~ Terengganu

~ Pahang

~ Selangor

~ Johor

Kaum / etnik yang terlibat

~ Kaum Melayu

~ Kaum Cina

~ Kaum Bajau

~ Kaum Lampung
~ Kaum Jambi

Tujuan gasing dimainkan

~ Melepaskan tekanan atau kepenatan sewaktu bekerja

~ Untuk meriangkan perasaan

~ Mengasah minda dan akal

~ Memupuk persefahaman dan perpaduan

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada


suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki
menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira
tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang.
Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta
permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang.
Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain
dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang,
permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat
Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta
teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah
tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya
dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang
meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga
mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi
sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik
dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam
permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi.
Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang
sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta
permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti suatu
ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan
permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan
bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.
ASAL USUL:
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di
dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat.
Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam
menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang
dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan
yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi
permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan
kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan,
kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat
mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang
pelbagai perkara.

Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing


dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu
negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal
permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah
diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula
mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya
dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan
ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru
bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba
memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia
disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada
istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada


permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya,
kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi,
timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi.
Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan
dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai


Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan
alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan
alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan.
Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih
kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji
kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat
tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk
seperti gasing yang terdapat pada hari ini.
Perkembangan Permainan gasing
PERKEMBANGAN PERMAINAN GASING:
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah
dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh
pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan
masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati
di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa,
tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya
dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di
sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia
pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional
dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan
bntuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan
tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan
mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.

Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing,
meangkahdan dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah
membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang
bermain. Inilah yang menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan
gasing. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan
gasing leper di negeri Kelantan; gasing peyek dan gasing tempayan di
Selangor serta gasing paku di Kedah.

Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh


penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau.
Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut
negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah
dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu juga dengan
gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata
adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan
Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika
ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh
ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran
pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.

Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di


Asia , Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak
permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh
itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang
dimiliki oleh hampir semua tamadun.
Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu,
namun pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan,
bentuk gasing serta corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa
pentingnya kesergaman dalam permainan gasing ini maka pihak yang
bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang bijak iaitu mengadakan
Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya yang
kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing, di
Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun berikutnya.
Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing.
PERMAINAN GASING MASA KINI
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain
yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing
mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan
menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres
Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan
wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk
Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya
merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman
dahulu.

Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini
dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini
Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar
Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato' Seri
Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan
mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada
peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak
menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan
peraturan gasing yang dihasilkan.

Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama,


satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu
kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing
dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan
Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal.
Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingangasing
di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.
Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia,
Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran
Johor Bahru, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga
Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada
20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing
telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada 20 Jun 1975. Bersamaan
penubuhan ini juga telah diadakan diadakan perbincangan tentang
penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977,
Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka
setelah melalui beberapa perbincangan.

You might also like