You are on page 1of 28

SEBAB-SEBAB

BERLAKUNYA LUPAAN
DAN STRATEGI
MENINGKATKAN DAYA
INGATAN
Ahli Kumpulan:
Faiznur Aini bt Fauzi
Siti Syazwani bt Kasim @
Hashim
Siti Rohaya bt Sidi Ahmad
Sharifah bt Saad
Ilham bt Abd Rahim
DEFINISI INGATAN
 Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-
perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya
kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan,
seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.

 Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai


kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan
sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.

 Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat


yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.
Sambungan..
 Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan
bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang
bermakna untuk menjadi pengalaman pada
masa depan.

 Kesimpulannya, ingatan merupakan proses


kebolehan manusia untuk menerima maklumat,
memproses dan menyimpannya dalam otak,
kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
DEFINISI LUPAAN
 Lupaan merupakan kesukaran untuk
mengingat/ mengeluarkan kembali
sesuatu pengalaman yg telah dialami.
 Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai
perubahan dalam persepsi atau
pengamatan idea-idea yang telah
dipelajari.
Eric Erikson (1963)
“ Lupaan merupakan satu motif,
iaitu perkara tertentu sahaja
yang dilupai kerana ia tidak
penting atau tidak berguna
untuk seseorang individu “.
JENIS-JENIS LUPAAN
1. Keusangan/ hilang kesan
ingatan.
2. Lupaan gangguan
3. Lupaan terdesak.
KEUSANGAN / HILANG KESAN
INGATAN
 Otak akan akan melupai maklumat yg
disimpan dlm ingatan jangka panjang
kerana faktor keusangan.
 Keusangan berlaku apabila maklumat yg
disimpan dalam ingatan jangka panjang
digunakan / diingat kembali.
 Jika maklumat jangka panjang tidak
diaktifkan ia mudah dilupai.
LUPAAN GANGGUAN
 Gangguan yg berlaku kepada maklumat
yg tersimpan dalam ingatan jangka
panjang.
 Contohnya, proses pembelajaran yg baru
mengganggu proses pembelajaran yg
lama.
LUPAAN TERDESAK
 Lupaan yg disebabkan oleh
gangguan emosi individu yg
mendesaknya untuk
melupakan maklumat yg
tersimpan dalam ingatan
jangka panjang.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MENYEBABKAN LUPAAN
 Minat  Aras keyakinan.
 Perasaan takut dan  Kekurangan
bimbang kejelikitan kpd
 Peredaran masa ingatan.
 Keusangan  Gangguan proaktif &
 Pengalaman yang pahit. gangguan retroaktif
 Masa yg tidak cukup  Terlalu banyak
untuk mengingat maklumat yg perlu
diingati.
MINAT
 Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan
mudah dilupai oleh mereka kerana mereka
tidak memberi penumpuan 100% semasa
guru mengajar.
 Mereka juga kurang berminat untuk melihat
perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini
boleh menyebabkan mereka lupa dengan
mudah.
PERASAAN TAKUT & BIMBANG
 Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang
amat sukar utk mengingat kembali fakta
yg diajar oleh guru.
 Guru yg garang dan tidak peramah juga
akan menyebabkan keupayaan pelajar utk
berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.
PEREDARAN MASA
 Makin lama jarak di antara masa sesuatu
bahan yg dipelajari dan diingat kembali,
semakin kabur maklumat yg disimpan
dalam ingatan jangka panjang pelajar.
 Kesan ingatan (memory trace) beransur
lemah, pengaburan berlaku dengan
peredaran masa yg lama, maklumat
tersebut akan hilang dari ingatan.
KEUSANGAN
 Persekitaran yg berubah akan menyebabkan
kesukaran mengingat kembali peristiwa atau
pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya.
 Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka
panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di
dalam persekitaran yg baru.
 Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis
tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25
tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah
berubah dengan pesat.
 Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya
sudah tidak boleh digunakan lagi/
PENGALAMAN YG PAHIT
 Individu mengelakkan pengalaman yg pahit
dengan menolak pengalaman pahit secara
sengaja kepada bahagian otak tidak
sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya
lagi.
 Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan
tetapi tidak timbul ke paras otak sedar
manusia.
 Ini merupakan satu cara helah bela diri
manusia untuk menyesuaikan diri kepada
persekitarannya.
MASA YG TIDAK MENCUKUPI
UNTUK MENGINGAT
 Jika guru meminta jawapan dengan
segera, maka pelajar tidak dapat
menjawab soalan dengan betul.
 Ini kerana pelajar berasa tertekan dan
otak memerlukan masa yg cukup ingat
kembali sesuatu fakta.
ARAS KEYAKINAN
 Aras keyakinan yg tinggi memudahkan
proses ingatan manakala aras keyakinan
yg rendah memudahkan proses lupaan.
 Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam
menyampaikan isi pengajarannya akan
melancarkan proses p&p.
KEKURANGAN KEJELIKITAN
KEPADA INGATAN
 Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke
dalam struktur kognitif dengan baik kerana
penerangan guru kurang baik dan kefahaman
pelajar adalah rendah.
 Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan
baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.
 Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah
dikategorikan secara berkesan untuk
menentukan kejelikitan kepada ingatan.
GANGGUAN PROAKTIF &
GANGGUAN RETROAKTIF
 Gangguan proaktif berlaku apabila
pembelajaran lama mengganggu
pembelajaran baru.
 Gangguan retroaktif pula berlaku apabila
pembelajaran lama masih tidak difahami
dengan baik namun guru telah mengajar
pembelajaran yang baru.
TERLALU BANYAK MAKLUMAT
YG PERLU DIINGATI
 Pelajar akan menghadapi kesukaran
untuk mengingat jika terlalu banyak
maklumat yg perlu diingati.
 Ini biasa berlaku semasa musim
peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/
isi pembelajaran yg perlu diingati.
 Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan
menyebabkan lupaan.
Cara-Cara Meningkatkan Ingatan
 Belajar berlebihan

Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal


lebih lama dan proses ingat kembali menjadi
lebih mudah apabila sesuatu bahan itu
dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai
sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar
supaya belajar dengan berlebihan terutama
dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
Sambungan…
 Pemahaman
Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan
menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar
dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar
maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk
kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai
contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat:

100816449362516941

Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam


ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali
semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu
tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan
kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.
Sambungan..
 Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada
Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru
yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila
bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid,
pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan
tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama
dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan
disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan
memudahkan proses ingat kembali.
Sambungan…
 Mengajar dengan menggunakan bahan
pembelajaran yang bermakna supaya lebih
mudah diingati oleh murid.

Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang


sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka,
seterusnya membentuk konsep yang
betul.
Sambungan…
 Iklim pembelajaran yang kondusif.

Membentuk iklim pembelajaran yang


kondusif supaya emosi pelajar adalah
tenteram sebelum aktiviti pembelajaran
dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan
gagal memperoleh keberkesanan hasil
pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan
kuantiti ingatan.
Sambungan..
 Mengajar secara menarik untuk
menangkap perhatian pelajar.

Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya


pelajar berasa seronok semasa
pembelajaran. Menggalakkan pelajar
dengan memberi ganjaran dan elakkan
hukuman yang akan membunuh semangat
pelajar serta mengurangkan ingatan
mereka.
KESIMPULAN
 Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting
yang berkaitan dengan pembelajaran.
 Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang
banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang
dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat
manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses
lupaan.
 Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-
langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan
semasa menjalani proses pembelajaran.